Bismillah,
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad...
Dah tengok bajet 2011 yang bertemakan Negara Maju berpendapatan tinggi?
Jom dengar apa kata pemimpin kita...
1. Bajet 2011 bukan bajet PRU, kata Muhyiddin. (as cited in Us Wan Ji)
komen aku : hehehe.
2. Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita, kata us Nasharuddin Mat Isa.
3. Golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud.Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan. Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja,"kata Salahuddin Ayub.
4. "Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan .
"Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.
"Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," oleh Anwar Ibrahim.komen aku : bila yang baik-baik sahaja disebut, apekah itu tanda positive thinking atau menutup kesalahan? memang teringin nak tahu pasal defisit negara kalau boleh, nak tahu apa la yang jadi kat jabatan audit negara bila dapat arahan kena keluarkan bajet bla-bla. Jangan diorang yang pening nak cekau duit kat mana sudahla bila berlakunya defisit.
defisit = rugi. bila belanja lebih dari pendapatan.
lain-lain perihal bajet.
1. Banyak kelebihan untuk penjawat awam.
2. Tambahan bajet untuk JKKK.
3. Tambahan bajet untuk infrastruktur jalan antara kawasan bandar dan luar bandar.
4. Dana pencen swasta. menarik!
5. Dana untuk pertanian dan penyelidikan.
6. Bajet untuk program permata. Bajet yang agak besar untuk seseorang yang bukan berjawatan rasmi dalam kerajaan... sedikit pelik di sini oh...
6. Last, dana untuk bangunan PNB 100 tingkat. Yang ni tidak membantu certain golongan yang berpendapatan rendah. Apa keperluan lah agaknya...
harapan dari seorang rakyat malaysia, kurangkan korupsi, tingkatkan integriti... ke arah Malaysia sebagai baldatun tayyibatun warabbun ghafur... negara baik dan diredhai Tuhan...
p.s : mungkinkah nanti akan muncul bajet untuk memperkasakan tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat dan ekonomi islam melalui implementasi dinar emas? *berangan...*
sumber : harakahdaily n bharian. kenyataan dari menteri2 lain dan Tun Mahathir x jumpe dicari. blog tun mahathir hilang dari simpanan haji google. sekian.
salam huda dah lama tak dtg sini :)
aku tak fhm sgt bajet apebende yg krjaan / Dato Najib bentang tu. bagi aku tu sume angka2 je... tp yg plg x best ialah: dia punya tema lagi. tema: negara maju berpendapatan tinggi. berpendapatan tinggi? sgt materialistik...dan sgt x realistik... bukankah lebih baik temanya: membantu rakyat miskin.. ni ada pulak golongan "miskin tegar"..rakyat miskin ada bnyk golongan ke? hairan i....