200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Next Sem Subjects

Tuesday, November 30, 2010
CORE

Course


Subject


Credit Hour
PHM 2112
Physical Pharmacy II
3
PHM 2222
Pharmacognosy
2
PHM 2232
Pharmaceutical Analysis II
2
PHM 2243
Body System I : Cardiovascular & Haematology
3
PHM 2252
Body System II : Respiratory
2
PHM 2262
Body System III : Gastrointentestinal & Hepatobiliary Systems
2
PHM 2272
Body System IV : Urinary System
2

an initiai rough ideas and overview..
Physical Pharmacy... deal with concept.. perkembangan dari phys pharm 1 of course.
Pharmacognosy.. mess with plants and herbs.. kena wat present n poster besar..
Pharm Ana.. process, technology, and automation.. HPLC
Body system... xde idea.. mesti pasal PK, pasal rate of absorption, keadaan system tu... bla, bla, bla.

Wallahu'alam.
Kepada yang mahu tambah dan yang lebih berpengalaman, silakan.

tarbiyyah harakiah islamiah

Entah kenape terngiang-ngiang kata-kata ni..

Tarbiyyah Harakiah Islamiah mengacu pembentukan setiap fardil Muslim dalam pelbagai kemahiran, bidang, tempat, dan situasi.


Dicampak di laut menjadi pulau, dicampak ke tanah menjadi pokok.


betul ke frasa ni?

Tulisan panjang2 pun tak guna bila malas nak baca...
Biar pendek, tapi bermakna...

Wallahu'alam.

Tentang Cinta

Wednesday, November 24, 2010
Dengan nama Allah Ya Wadud
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.


Mungkin ada yang tertanya2 ape kes si huda mencoretkan ttg cinta? Aduhai. Menyahut seruan al-Quran supaya memerhati alam sekeliling, aku rasa tepat masanya untukku utarakan pendapatku hasil pengalaman dan pengajaran yang kuperoleh. Semoga Allah melindung dari sebarang keburukan insyaALlah
Sekadar berkongsi.

Ada yang bertanya padaku bagaimana mahu menguruskan cinta dengan syari'ah. Puas aku berbasa-basi, lalu sampai ke satu titik yang membuatkan dia berpuas hati. Tidak berhubung. Itulah yang dia cari. Mahu taqdim atau khitbah(merisik dan ala-ala mengorat) teruskanlah, mengapa perlu dihalang perkara baik, cuma, jika perjalanannya masih panjang, simpan-simpankan, tahan-tahankan hubungan itu.

Aku sering mengingatkan diri aku dan mereka, perjalanan suatu rumah tangga nanti bukan sepenuhnya terletak pada kita. Allah sebaik-baik perancang dan kita manusia hanyalah hamba yang lemah di bawah perancangan DIA. Jika mahukan perjalanan menaiki bahtera yang baik, mulakan benda baik dengan cara yang baik. Tidak perlulah berlebihan-lebihan sebelum ikatan itu halal, kerana dibimbangi Allah akan menguji kesetiaan masing-masing selepas tali pernikahan dimeterai.
Apalah sangat gunanya setianya seseorang pasangan dalam 4 atau 5 tahun sebelum nikah sebagai contoh jika mahu dibandingkan dengan kesetiaan seorang suami atau isteri yang kita akan hidup berpuluh-puluh tahun selepas bernikah?

Apalah sangat gunanya setianya seseorang pasangan dalam 4 atau 5 tahun sebelum nikah sebagai contoh jika mahu dibandingkan dengan kesetiaan seorang suami atau isteri yang kita akan hidup berpuluh-puluh tahun selepas bernikah? Adakah kita mampu menjamin bahawa si pasangan kekasih hati akan setia dan sayang pada kita selepas perkahwinan sesetianya dia pada kita sebelum berkahwin? Mampukah kita menjamin tiada kebobrokan dan keretakan dalam rumah tangga yang dibina dalam masa 5 thn? 10 thn? Kita tidak mampu menjamin, melainkan hanya dengan petunjuk, kasih sayang dan rahmat Allah swt. Beberapa nasihat dan kata-kata seorang murabbi wajar saya petik, jangan disalahkan takdir jika anda diuji dengan pelbagai masalah dan ragam selepas berkahwin, seandainya permulaan perhubungan tidak mengikut syari'ah. Bimbang dan simpati saya melihatkan rumah tangga yang seringkali dilanda ujian selepas ikatan pernikahan, sedangkan sebelum bernikah, dilihat sebagai pasangan yang paling ideal. Saya hanyalah insan yang diberi peluang untuk melewati beberapa episod-episod rumahtangga masyarakat sekeliling untuk dibuat 'ibrah dan pedoman.

Lalu, ada yang tanya padaku, jadi tak bolehkah mula mencari dari sekarang?
Go on jika betul mahu berkahwin, jangan lupa niatkan hubungan itu kepada perkahwinan. Cuma kalau ade target umur berapa akan menamatkan zaman bujang, aku kira tak perlu terlampau awal mencari. Nanti, bila dah lama-lama, sama ada syaitan tu suka mengacau, atau kita sendiri akan bosan kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Apa kate masa yang anda kita enjoy dan suburkan cinta pada yang masih berhak? kat adik2, ahli keluarga, mak ayah, kawan2, kucing ke, dll. Semua kasih sayang dan cinta itu satu nikmat yang dikurniakan Allah buat hamba2-Nya.. :)

Perlu diingat yang kita akan berkahwin dengan seseorang bukanlah kerana cinta tapi kerana jodoh. Segalanya termaktub dalam urusan Tuhan, jadi rapat-rapatkan diri dengan Tuhan, rajin-rajinkan mencari Dia dan mohon pertolongan DIA agar dijodohkan dengan insan yang baik.

Kahwin kerana apa?
Kahwin kerana aqidah dan iman, bukan kerana cinta. Ni bait-bait hikmah yang kudapat dari salah satu ceramah. Aku terpegun dengan nasihat ustaz ni, lalu menyebabkan ku berfikir berkali-kali dan mengiyakannya. Maksud ustaz, kita bercinta/bersedia untuk kahwin kerana aqidah dan iman yang ada pada pasangan kita. Itulah penanda aras untuk sebuah perkahwinan Islam. Takkan kita nak kahwin dengan orang yang minum arak? Common guys, cuba fikirkan matlamat jangka masa panjang kita. Bukan selamanya kita nak hidup di dunia, yang penting kebahagiaan akhirat juga kita idam-idamkan. Dan lelaki@suami akan menentukan hala tuju seorang isteri dan keluarga. Nilah perniagaan yang Allah sebut dalam al-Quran, menjadi orang yang beriman (as-saff :10). Ramaikan keturunan yang beriman untuk memelihara agama.

Apa-apapun, pastikan pasang niat 'aku nak kahwin' dengan betul. Secara automatik, kita akan memandu diri kita untuk bersedia ke arah pernikahan, untuk memikul tanggungjawab baru. Bukan sekadar aku nak kawin sebab ramai dah kawan-kawan dah kawin, jadi dah xde geng... :( hu. Kenape nak kawin? Sebab kahwin itu menyempurnakan ibadah, sunnah, dan meramaikan zuriat Nabi s.a.w. Alang-alang berzuriat, lahirkan yang beriman. Dari mana datangnya iman kalau bukan dari didikan ibu bapa yang beriman ye tak...

Untung kita orang yang mempelajari pendidikan Islam, tahu adab dan hukum hakamnya. Maka, amalkanlah ilmu yang kita tahu dengan bersungguh-sungguh. Cukuplah manusia-manusia yang yang aku jumpa petang di pantai menyiat-nyiat hati. Lihat di batu sana berdua-duaan, di batu sini menjerit manja, di kereta, di mana-mana.. Ah.. Aku hanya bersangka baik mungkin mereka telah berkahwin. Mereka mungkin lupa apa yang pernah diajarkan pada mereka. Kita yang masih sedar dan bermaruah, usahlah menyumbang pada peningkatan golongan-golongan ini. Gejala sosial, anak laur nikah, dsb dah cukup menggerunkan untuk kita terjerumus dalam perkara2 yg so...sial ni.

Akhir kata, ucapan selamat buat yang mendirikan rumah tangga. Buat sahabat sekelas, Abqari & Amalina, Afifah & Fadhil, dan pengantin baru, K. Maryam & Tuan Hafiz, semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga... Ucapan selamat yang sama buat senior2 dan junior2.. juga ucapan selamat yang sama buat abang dan kakakku yang telah berkeluarga.. Buat kakak-kakak yang belum, selamat berusaha... ! XD Jangan dilambatkan benda yang baik..


Buat kawan-kawanku yang acapkali suka doakan aku, cukup-cukuplah tu doakan aku untuk cepat kahwin.. Semoga aku dan kalian akan bertukar status selepas kita betul-betul bersedia :)

***

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.

Min aina ila aina?

min turab ila turab...

isu kahwin hangat je, bila diingatkan pasal mati, semua kecut perut.

Ya Allah, janganlah Engkau golongkan kami dalam golongan orang-orang yang rugi..



p.s : pencerahan isu perkahwinan dari us Hasrizal (saifulislam.com) sangat2 membantu.

ilmu hari itu...

Hari itu, aku diasak dengan perihal dan istilah-istilah falsafah. Being a poor-knowledge-person and narrow minded about that part of knowledge, i started to visit here and there.

And the result is, knowledge i've gained for sure about the philosophy. Alhamdulillah.

Just a little note for my references one day soon.

Karl Marx

- mengolahkan kapitalisme lalu mempromosi sosialisme dan komunisme

Machiavelli

- Prinsip Machiavelli ditekankan dalam buku beliau, the Prince.

menekankan prinsip moral dan pemerintahan berkuku besi.

-prinsip2 moral perlu bg laluan kat keperluan semasa, dan seseorang pemerintah berhak lakukan apa sahaja untuk pelihara pemerintahannya.

Menurut Machiavelli, sifat-sifat untuk seorang pemimpin politik yang berkesan adalah: (copy dari Wiki)

  • kesanggupan untuk mencontoh perangai tokoh-tokoh, khususnya mereka yang dimasukkan dalam buku Rom Kunoyang ditulis pada Zaman Pembaharuan;
  • keupayaan untuk menunjukkan bagaimana kerajaan adalah perlu untuk kesejahteraan penduduk-penduduk, umpamanya dengan demonstrasi akibat memberi laluan kepadaperintahan perusuh melalui pelonggaran genggaman kuasa;
  • dedikasi kepada cara berperang — kalaulah untuk kewujudan kawasan pemerintahan yang sebenarnya;
  • pemahaman bahawa perbuatan-perbuatan yang nampaknya kejam dan buruk mungkin sangat perlu untuk mengekalkan kestabilan dan kuasa;
  • berusaha untuk memberi tanggapan kewarakan untuk mempengaruhi orang-orang yang tidak beradab. Machiavelli menyanjung Maharaja Ferdinand dari Sepanyol kerana berkali-kali menyerang Itali dengan berselindung di balik agama; beliau memuji muslihat itu walaupun beliau benci akan serangan Itali oleh raja-raja yang lain; dan
  • kebijaksanaan untuk meminta nasihat, hanya jika perlu.

Libertarianisme

-falsafah plitik yang menunjukkan tuan badan boleh buat ape sahaja @ bebas thdp nyawa tnpa membebankan orang lain

pragmantik

satu cabang linguistik yang mengkaji hal2 struktur bahasa (in which context contribute to meaning)

semantik

bidang yg mengkaji selok belok makna

buku rujukan

: hamid enayat modern islamic political thought

: idea post marxism oleh ernesto leclau

rujukan : wikipedia dan rausyanfikir.


22november2010

hidup jangan berhenti membaca. that's joy of knowledge... :)

Tips for Presentation

Bismillah.
Peace be upon our prophet Muhammad s.a.w.

Hye everyone. Apologies for a long time of hibernating. Still, I want to share some tips corresponds to my last ls presentation. First of all, the main thing is to get clear view of what we are going to present, of course.

1. Before present, get yourself pictured visually. You may imagine that you will deliver the presentation as good as possible. Fluently speaking, clear presentation, and what else? :)

2. Come early.

3. Feel that you is superior than the audience. (this is my friend's tips) He. The audience is like knowing nothing and you know everything. Just a psycho method actually.

4. Try not to read from your text and try to explain to your audience esp the accessors like you are a story teller and your story us worth to tell. If you have problems with some vocabulary and english in the middle of your presentation, do not stop. Just quickly think the brief point to explain and then proceed.

5. Have some body language. And.. oh, eye contact. Don't forget to put your eyes on the audience esp the accessors (but neither stare nor glare them, hehe). Put some smile on.

6. Hm... be cool.

7. Doa is a must. May Allah make your life easy to present.

Just my 10 cent for presentation. May apply in every kind of presentation.


Tips untuk 'presentation'.

1. Gambarkan diri kamu sebelum 'presentation'. Hari sebelum present, bayangkan yang anda akan bercakap dengan fluent, gerak geri yang mencukupi, audience mendengar dengan tekun, panelis yang menguji tersenyum, dan lain2. Fikirkan yg baik-baik aje.. (saya gunakan kaedah ni, walaupun sebelum ready sepenuhnya... wuu...)

2. Datang awal.

3. Rasakan yang kita lebih 'superior' dari penonton. Dalam aspek-aspek tertentu. Tips ni Baiti bagi. Anda boleh bayangkan yang anda bukan lag 2nd year pharmacy student (yg masih kurang ilmunya), tapi andalah prof noriah dan di hadapan kamu ade sebilangan 2nd year pharmacy student. He, maybe it's sound harsh, tapi nilah dikatakan...psikologi. :)

4. Cuba jangan bergantung pada teks. Jadikan seolah-olah anda seorang penglipurlara yang ada cerita baik punya untuk diceritakan. Jadi, ceritalah dengan bersungguh-sungguh. Walaupun kadangkala anda mungkin hadapai satu dua kesulitan..(vocab x ingat atau mati kata) semasa anda present, selesaikannya cepat-cepat dengan menerangkan point anda dengan mudah. Ayat sendiri sangat membantu..

5. Buat beberapa gerakan badan dan tangan.

6. Be cool.. Jadi sejuk.. heh. Tenangkan diri anda setenang anda mahu solat

7. last, Doa. Semoga Allag mudahkan urusan kamu. (ini perkara utama sepatutnya.. setiap saat pun hati boleh berdoa)

Sekadar perkongsian. Kebanyakannya pun dah sering diulaskan, :)

Hudaidris
Usrati Kaybee
241110

Taujihat Cuti Sem

Thursday, November 18, 2010


"Jangan dipendekkan cuti yang panjangnya sebulan dengan membuang masa, sebaliknya gunakanlah untuk memberi manfaat kepada orang sekeliling."

Lit Search..menarik :)

Tuesday, November 16, 2010
Bismillahi walhamdulillah.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Syukur alhamdulillah, tu je yg mampu kuucap lepas habis present LS. Accessor by Prof Noriah, Dr Kyi Kyi, n Dr May. Baik buruk present tu tak perlu la cerita kat sini.. cuma aku nak kongsi beberapa benda yang aku belajar secara langsung dan hasil perkongsian kawan-kawan sepanjang aq dan mereka wat LS...

Ada yang ucap tahniah dah selesai. Kami jawab terima kasih. Sama je kalau buat sekarang atau nanti. Masa yang diambil 4 bulan@ 1 sem jugak. So korang don't worry be happy...

Sepanjang present, yang aku perhatikan, accessor nak item2 ni:
1. Intro
2. Objective
3. Hypothesis
4. Methodology
5. Expected outcome/result

Methodology mmg kena power. Esp yang buat clinical studies yg mcm aq buat. Accessor x amik berat pun tentang literature review/discussion kita... sbb yang tu adalah revision yang kita buat dari journal2 experts. Yang mereka nak dengar dan tengok, tentang framework future research kita.

Future research?
Yup. Future research. Itula sebab nama subjek ni literature research. Means, sebelum kita nak buat research kita, kita kaji dulu literature2/journal2/article2 orang... Macam2 kita boleh tahu apa yang kita akan dapat untuk research kita. Kita boleh adapt methodology yang sama kalau match dengan experiment/research expert tu, kita boleh get overview.. n yang penting skali kita boleh dapat predict expected result kita.

Jangan lupa, LS ni adalah literature search bukannya research lagi.
Maksudnya, kita sedang construct future research kita. Kat sini, mula-mula aq sangat keliru. Sebab, dalam semua journal/article yang aq jumpa, sumenya adalah hasil research diorang yg dah established. Mula2, ingatnye yang LS yg akan diwat ni same ngan journal2 kt internet. tp, sebenarnya, BUKAN ye kawan2...

Inilah point yang Prof Noriah ingatkan semasa presenter 1st dan aq sbg yang ke-2 present...
Jadi, sepatutnya, discussion perlu ditukarkan kepada literature review... Sebab discussion tu untuk orang-orang yang adg performed research, ye kawan2...

Bila diakses oleh Prof Noriah, dia nak tahu kita cerita apa yang kite nak buat dan macamana kita nak buat. Bila aq dah sampai part discussion from literature, terus dia stopkan. Then, i just summarized everything. Bila dia nampak ade slide expected result, dia minta terang. Sebab dia kata," ha, tu expected result, baru terang. yang conclusion tu no need to explain because you haven't do any research yet. "

Ok, prof!

Next, LS ni tentang ape? But for me, it's everything about your title. Dig your title, elaborate it, analysis it, kaitkan apa yang perlu di antara satu perkataan dengan perkataan lain dalam tajuk tu, then there goes... your LS :)

Jadi, sangat bagus dan penting kalau kita yang cari topik sendiri.. dan kita dah ade knowledge tentang tu.. Macam aq punya, dr yang bagi. At first, terguling juga nak memahami dengan tahap knowledge 2nd year student yang kurasakan sangat cetek, tapi Alhamdulillah dgn izin Allah dan bimbingan dr Kyi Kyi, aq mampu memahami.

Coach dari Dr
Coach dari Dr pun penting. Penting untuk kita tahu salah silap kita. Sama ada kita masih on the track atau tersasar. Dengan Dr Kyi Kyi, beliau sangat concern. Cara dia macam EAP. nak 1st draft, 2nd draft, and 3rd draft. Mula2 kusangka 3rd draft is the last one sebab EAP sampai 3rd draft je kan, but then she gave back to me and need another final draft. Mula2, saat ni memang menguji aq. Disebabkan dah set mind sudah free dari kerja term paper LS, tapi bila dapat balik, semangat aq hambar. Itulah bahayanya set mind ye kawan2. Bak kata kakak khairani saya, prepare for the worst!!! Tapi Alhamdulillah, kasih sayang Allah selalu ada, saya berjaya melunakkan semangat yang down... buat skit-skit..slow2... dan siap sebelum present.. sebab dari termpaper perlu buat slide..

Taktik Mudah
Korang nak taktik yang menyenangkan kerja di kemudian hari tak? He.. meh sini 20sen. Macamni, selesai je cite satu sumber tu, terus buat references, susun ikut abjad. Teknik ni berjaya mengurangkan sakit kepala anda... X perlu nak cari-cari balik. Sebenarnya, takdelah taktik sangat. Sebab korang sume dah tau kan?

Jenis LS
Menurut senior, LS ni ada 2 jenis. Yang clinical research/lab/experiment atau yang jenis survey/questionaire. 2-2 ade pros n cons. Terpulang kat diri sendiri..nak pilih yang mane :)
Kami sem ni berempat buat LS. 2 orang buat jenis lab (aq n ezt), 2 lagi buat survey(byt n faizah). Kattang kali ah diorang punya.




Betullah kate senior tu, lepas siap, puas hati sangat2. Alhamdulillah. Bila x siap lagi, rasa macam ada yang slack kat mana2. Rasa macam ade je tak lengkap n point yang x faham, just copy paste. Tapi apa yang penting, perlu faham tajuk kita sebelum present.. Kalau tak, mahu terkantoi dengan lecturer...

Buatlah LS dgn sepenuh dan seikhlas hati.. kepuasan itu x dpt dijual beli.

Lastly, kata2 yg bg semangat time wat ls ialah... keep moving forward..there's no turning back.

ooh, terlupa nak bagitahu tajuk..

Tajukku : Assessment of salivary cortisol in opioid abstinence. Boleh teka x tentang ape?
Yg aq dok kaji ialah cortisol, ape g berlaku ng opioid abstinence, relationship dsb. itu shj :)

As what Baiti said ; (quote ti, pnjam kate2 mg..)
"u shud take it....very fun...it just like eating the drug....the first impression- vry attactive bcoz of d colouring-...the second when u swllow it-yuk! bitterrrrr- but the 3rd when u already feel its bioavailblty & biotransformation n bla bla in the body....Superb! that's all i can say..."

why the word 'try' is put b4 'umph'?-T-R-I-U-M-P-H
to suggest that we shud do our best b4 we cn feeeellll the victory.....!

Salam Aidiladha.
Wassalam.

13 november 2010...

Sunday, November 14, 2010
BismillahiwalhamduliLlah..
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad...

Kerja LS x siap lg, slide presnt x siap lg, lagi 2 jam kawan2 nak g visit, aq hanya duduk sini n say goodbye n goodluck je lah utk diorang... goodluck korang... pastikan aim kite tercapai.. tu yg plg penting sekali tau...

kisah hari ini... aku nak abadikan kat sini...

09 hb 11 : Exam Pharm Prac : Before jawab exam, tulis-tulis tarikh, apepun aq suka tulis tarikh, sebab tarikh tu melambangkan masa, sedikit sebanyak akan ingatkan aku... dah 09 hbulan 11 dah rupanya... x lame dah nak birthday aq rupenya.. isk.. dah besar...

10 hb, 11 hb : Aq harap, kawan-kawanku ni tak beria sangat menyambutnya.. Biarlah sekadar ucapan dan doa je... Biarlah hari tu hari yang cukup buatku berfikir tentang sejarah dan hala tujuku.. wuuuuu~ Bukan lah aq nak bersendiri, tp aq rasa birthday adalah hari terbaik untuk bermusabah. Kita berada di tengah2 antara dulu dan akan datang. Adakah akan datang kita ni akan sama sepanjang masa dulu yg kita lalui2? Adakah akan datang ni hidup kita akan lebih bermakna atau sama dengan yg dlu? Atau..adakah hidup akan dtg ni lebih merosot dr yg dulu..? Terpikir gak idea hasil pengajaran dari tahun2 yang lepas, biarlah aq plak yg raikan diorang. Ade la terpikir nak beli kek.... tapi setakat biat dalam hati dulu... hehe bernas x ideaku..

12 hb : Aih, nak pesan ke tak nak ek kat diorang x yah la beria sambut birthday aq??? Ke biar aq yang cepat2 beli kek ajak diorang makan? haha.. kang tak ke terguling-guling diorang frust tak dapat sambut bday aku... segan plak diorang nanti.. ngeh2. nampak mcm aq plak nak sambut bday sendiri sampai xde orang nk smbut.. haha. Pikir pikir balik, better raikan ape yang nak dirai... jadi.. aq diam je.. n malam 12 hb ni.. aku sense sesuatu yang pelik...

Esok, 13 hb, exam last kami MCQ (tp bukan bagi kami berempat yang amik LS ni). Si biha rumetku yang rajin study ni xde kat bilik. Selalunye dielah juara baca nota. Tapi, ape kes bila biha xde kt bilik? MCQ ni dah la 3 subjek. Sebabkan nak penuhi "the call of nature", aku ke tandas.. Perasan yang bilik aq ni sunyi semacam..tp biarkan... lalu depan bilik yana... banyaknyee selipar.... lalu, aq buat kesimpulan.. 'oho..start dah diorang bermeeting.. abaikan.. aq jangan plak nak kacau line.. mesti de pape nih...' fikirku.

Ika datang bilikku, dengan senyuman dia yang ceria sokmo tuh.. dia tanya aq pasal emas.. emas ni mmg faourite aq, pas explain skit-skit termasuk la ajar dia kira susut nilai emas.. ika tanya ade air gau tak, ika nak beli... then, aq kate amik la botol kecik tu, sebab aq ade botol kecik je... then ika tny..rm 1 ke uda? aku jawab, x yah la, smpena birthday aq esok, aq belanje..hehe..ika mcm malu2 pulak bila aq cakap mcmtu.. ttibe dalam malu2 tu die cakap hepy bday slow2 kat aq.. mesti dalam hati ika cakap..(haha, kitorang br je plan td...) hehehe..then, b4 ika balik, aq sempat pesan kat ika... "x yah la beria sambut bday orang tau esok..x yah beria laa...pesan kt diorang..." nges3.. ika pun senyum comel lagi..n hehe...die pn kuar...


Malam tu aq masuk tidur awal memandangkan dah tak larat dah mengadap nota. Lebih baik tidur dulu dan baca nota pas dah segar. B4 tido, aku silent hset.. sbb kalau bleh malas lagi baca msg2 birthday yg akan masuk.. sebab malas nak bg org sambut bday aq sbnarnya... (ayat ni mcm budget ramai je peminat..) sebab biarlah birthday ni sebagai peluang untukku renung dalam2...muhasabah...n berkira-kira dgn diriku... tu sebabnya aq ade mengharap x perlula ade orang nak sambut birthday aq nih...

Tapi, before tidur... aq ade terpikir2.. mungkinkah aq akan dikejut kul 12 ni? aahh...biarkan... tp nani dah keluar petang td.. mcm ade pape je.. mungkinkah aq kene baling telur n tepung.. aahh.. biarkan lagi..esok nak mcQ..takkan diorang x nak bace buku n korbankan masa b4 mcQ buat benda2 ni kan..aha...

13 hb... : Dah masuk 13 november secara rasminya kalau ikut kalendar masihi. dan bermaksud aq dah berumur 21 tahun. dari dulu, bila 21 ni satu je aq fikir... nak daftar mengundi... aq dah pk siap2 dah..nnti dah 13nov..aku nak update status facebook tulis, aq dah bleh daftar mengundi!! haha.. macam angau nak ngundi je.. bukan ape, ahritu bile ade kawan nak daftarkan aq..aq dah susah2 bg alamat, ic, nama dll.. last2, bile cek, xde dalam snarai... aq pn satu, x nak percaya kena tunggu bday dlu, bia cukup umo.. sbab ade yang bitau sesape yg lahir tahun 1989 (dr jan sampai disember bleh dah daftar...) so ng yakin dan optimisnye, aq g la daftar..time tu by sms je... tup2 xde plak name aq...

13 hb.. 2.30 pg.. Alhamdulillah, terjage awal... bleh baca nota dalam keadaan segar.. dalam Quran, surah muzammil pun Allah kata bacaan selepas bangun malam lebih berkesan kan... dari menda yg aq x paham trus rasa mcm masuk je.. seolah2 otak ni mcm span je mase tu... n aq update status ym..tulis, selamat datang hari yg indah.. hee. .. aq suke update status ym je.. makin banyak x aq update tu tandanye aq tgh x btul... x tenang... aq suke update status ym sbb xde orang bleh komen.. ekpun org yg on9 je nampak..bukan mcm fb.. aq ni kan pemalu.. jd x suke la nak letak sume benda yg kite wat kat fb...aq x nak mhalalkan langit terbuka kat fb lagi utk diri aq...

kat hset ade bbrape msg..msg yana, aisyah, n bbrapa org lagi...aq dah reply.. sape yg dpt msg aq reply tu mesti dapat sense semcm tsiqahnye ayattt tu..bukan aq, tp ayat tuh.. ntah nape aq pkir mende ntah.. huhu.. wuih, panjangnye dah aq crite.. kate x nak buat langit terbuka? aq harap ni bleh jadi entri selingan... ok sambung lg skit.. aq nak pendekkan la cite ni.. aq edit2 skit gadget laptop aq, kedepankan kalendar 13 November kat desktop..tanda meraikan diri sendiri..hoho......

pagi..mcm bese study sebab nak exam ptg tu... n sambil2 tu balas msg dr peminat... ade gak yang call.. kakak pg2 buta pun dah call aq.. thanks sume.. tp rumet2 n kawan2 aku wat x tau je... aq pn wat x tau je la...... tetibe aq terfikir... aq kan nak sangat spy diorang x smbut bday aq.. xkan sampai diorang x wish lgsung...? huhu..aq buat x tahu je... aq kan cool..so wat rilek2 cukup la.. he.

dalam dilema, nak balik umah ke x nak.. kaksa dah ajak kuar.. bile aq kate nak balik..yana, nani ade tny aq nak balik ke.. (hehe kat sini aq dah sense sometin..) ..so, tuk menjayakan plan korang, aq decide, x yah la balik..hehe =P kang sok pg korang nak p visit dah.. mesti nak kne tlg skit2... tp aq tgh pk..bile la nak curi masa balik umah ni... (dilema orang umah dekat..)

10 pg.. aq msg mak n ayah aq.. aq wat serangkap pantun kat mak aq... pastuh aq sambung la ng ayat2... ntah nape aq da sebak dah.... pastu aq edit je msg tuk mak tu, aq bg kat ayah.. tp msg kat ayah ceria skit la..ade pantun gak..tp dengan x malunye aq taip kat ayah aq..

"ayah, dengan rasa x malunye, saya nak bgtau yg harini bithday saya...hehehe"

saje declare kat ayah sendiri birthday. hihi sbb kalau x declare ayah x tahu. oleh itu saya berhak declare kan pada mereka.. (jangan tiru aksi x malu ini...)

sent... lepas sent..sebak kot.. aq rindu rumah sebenarnye... dah 4 hari kot x balik... satu kehairanan dan luar biasa bg aq.. sebab aq akan balik kalau ade ruang free walaupun kejap.. tp.. aq ade keje nak kene setelkan.. tup2 plak kaksa ajak p kelaur malam ni... aq terkepit.. xkan nak tolak ajakan kaksa..n x kanla birthday sdiri pn x nak balik harini? nak raikan kaksa n pd mase yg sme nk raikan mak ayah yg banyak berjasa,..... jadi, nak tak nak, aq decide nak balik gak makan tghari.. walaupun aq tau aq exam 230...!! nota mmg x habis bce lg.. aq spot nota2 yang aq rase penting, aq susun, aq target nak bce yg tu je..

aq msg ma... "ma masak ape hrni ma? rase mcm nak lunch kt umah"
ma balas.. "harini birthday huda, nak makan ape? mak masak."
aq reply.. "ape2 je..x kisah.."
ma balas.. "nasi minyak la.."

then aq fikir2... sempat ke.. aq reply, "Ma, uda exam ptg ni. sempat ke ma?"
ma reply, "X sempat..pas exam petang tu balik la.."
than aq reply.. " X pelah, uda balik gak nak lunch.. kul 12..sbb nak makan panas2.."

tu alasaan je tu nak makan makanan panas..sebenarnye aq ade hal skit ptg tuh..kawan aq ajak meeting masalah dunia.. dia pn dah ajak 2 hr awal, aq pn dah konfirm ng dia..

tp nak x nak, aq nak balik gak.. x leh jadi birthday sdiri x balik umah... malam ni kaksa ajak keluar. pg esok diorang2 ni visit. n kerja2 ls banyak yg ttangguh... so esok aq x leh main2.. isnin dah present..

kul 12.. kul 12.15.. kul 12.20..aq nekad, susun2 nota, zaaasss balik umah lunch..~ alhamdulillah slepas merempit selama 15 minit, selamat smpai umah... kat umah ni kenangan gak harini... abang sambut dgn harini besday dia.. then ayah pulak..kat dapur,...tny aq...

"kalau birthday ni kte nak ucap ape?"
aq pn jawab.. "kalau bahasa arab, sanah helwah.." aq jawab je bahasa arab sbb kadang2 ayah tanye aq ttg pkataan arab...
tp ayah aq cakap.." bukanla... patutnya kita ucap.. kesian..."
mak nyampuk, "nape kesian plak?"
dalam hati aq.."start dah,......" huhu. aq paham dah maksud ayah aq. ayah mmg suka memuhasabah kitaorg mcm ni. so, aq dah immune n aq hargai stp bait2 nasihat ayah ni sebab setiap nasihat2 ayah ni berseni.

"Kesian la..umur dah makin pendek........."ayah ckp.
"Ye la........" jawabku buat mcm malas amik tahu tp sebenarnya muhasabah ni yang sebenarnye hati aq tnanti2, biar tercuit skit hati ni. jangan tahu nak happy je.
maksud ayah aq, semakin hari lahir, semakin pendek umur. jadi, jangan tau nak gembira sangat..ingat2lah mati tu.. tu pesanan yg tersiratnya..aq ade tulis pasal slmat pendek umur ni thn lepas..

Pastu ayh ajak kami sume makan..ayah dah duk kat meja makan dah.. before makan... ayah tambah lagi setazkirah dia... sebab tgh tgk si Abdul baiki motor..

Sebaik2 manusia yang bg manfaat..

Aq wat x tau sambil amik nota bace kejap b4 makan..

pastu ayah tny, btul x huda?

Aq mcm terngiang2 satu ayat yg kak dayah pernah cakap.. "khairunnas yanfa'u linnas.."
aq pn sebutlah ...

n ayah kate, ni hadis ni... ayah pun ulang2 maksud dia..
"sebaik2 manusia adalah manusia yang memberi manfaat kat orang lain..."

aq kate..ye doh rase...

rasenye kalau x silap time ni ayah nak cakap jangan duk bagi manfaat kt motor jeh..sebab ade orang tgh khusyuk baiki motoe... huhu..lame skit.. sume dah datang meja makan...

Alhamdulillah mcm bese, mmg sdap.. abang ade cakap sumtin yg x jelas.. tp ayah tny n abang x jawab ape. time makanAyah tekankan yang... "time makan ni je nak bcakap..jadi tanye macam2..kita ade cikgu, kita ade ustazah..tanye la pape kalau x pasni susah nak jumpe dah..."

sedikit sebanyak makan dalam jugak aq. maksud ayah, hargai time makan bersama. time ni je yg bleh nak tny pape, sbb sume ade. masa kami bermesra. huuu, ape yg ayah cakap sume bermakna buat aq . aq nak jadi die hard fan ayah la sampai bile2. T.T

aq nyampuk.. "ha, mak ni ustazah.. ustazah marhaban.. "

mak n ayah gelak je bila aq cakap us marhaban kecuali abdul yang khusyuk makan. die mmg x makan jenaka org lain melainkan die sendiri yg berjenaka.

Alhamdulillah kenyang... n selepas bberapa urusan selesai, aq... vrooomm.. terus ke kop.. jad orang ke 2 terawal nak amik mcq petang tu.. Alhamdulillah Allah izinkan luang masa ng family walau pun kejap di hari lahir sendiri.. 13 Nov.. kebahagiaan family tulah rasanya syurga dunia buatku... x perlu harta n benda yg lebih2... yg penting nasihat ibubapa dan kemesraan bersama...penting utk motivasi anak2.. esp aq yg lebih banyak belajar dari itu.. tkasih mak ayah..

balik kop..exam macam bese.. exam ni x best nak dibincangkan..sbb soalan exam tough.. tough , bukan susah.. hehe, lain ke?

pas exam, ke sana ke mari, g cf bro, jumpe orang, n jumpe kawan ade meting sat... kawan2 excited sangat nak p main futsal.. yg plg excited, husnalah.. dari b4 exam mcQ lagi.. kak sa ade pesan time ni, kul 8 ek huda.. aq aaa? n angguk je la..

panjangnye dah cite ni... aq pendekkan la.. time kul 8 tu, sume orang nak kuar.. aini nak balik, biha kate nak keluar ng kawan medic (aq g caye plak..), aini nak kua ng yana sbb yana ade ajak aq g carefour sbb nak beli barang visit... dsebabkan aq dah janji ng kaksa, jd aq x ikut yana.... jadi orang last kua blik, aq yg kunci..sume pn mcm kejap ke menghilang ntah ke mane.......... ecm katenya... diorangs till x wish n wat mcm xde pe yg blaku.... so aq pn wat x tau la... aq dah fikir mlm ni sblum tido mcm ade somtin..tp biarkan..just let it happen......

aq nek keta ng jihah, kak fatin, kak alang@kak muni, ng kak sa....... sebab kak sa dah kate nak ajak aq so aq pn bye2 je la kt yana n nani b4 diroang g td..huhu.diorang pn mcm kesah x kisah je..aq pn biar la..
kak sa kate nak makan stimboat...aq on je... dah la tadi tlupe kaksa ajak makan..dah bli makanan pn..smpai skang x tmakan lg nasi tu.. japg lah wat breakfast... dah amik makanan... ttibe...

ramai2 masuk kedai... bawak kek... huhu... a BLAST BDAy kat aq... wuuuu malu ngat sero.......aq dah tutup muka ng tudung dah.... seb baik x de orang dangat dalam restoran tu....... terkejut aq diorang nih... baiti, nani, izah, ika, tkah, yana.. n yg paling excited, biha la.. mmg groom cantik2 la.. kek pn comel..banyak buah... Allah..korang smbut jugak...? terharuuuunye aq.. terima kasih korang atas hadiah ni..... x sangke sambut besday aq kt restoran nih.. aq puas mmg ingt biha keluar ng kawan medic dia... nani ng yana aq pn x expect nak makan..dah dorang kate nak beli barang.. punye la jujur..ade gak predict...tp aq x rajin pk panjang....

pttla nani pakai baju comey... aq pn dgn rajinnya iron la baju gok..doh orang nak rai..kita pn rai gop la op... n kami pn makan2.. tgkap gambar guna camera yana dll.. thanks korang sangat3 !!! smg ukhuwah kite ni kekal smpai ke syurga eh... acewah... tp aq mmg pelik bile korang x wish... kat situ aq dah rase pelik dahhh... haha, kantoi dah taktik ni..! xpe2, lain x kite pk cara kreatif lain pulak tuk org lain.. kreatif la korang ni.. kak sa kate dah ade plan A, B and C... mantop kekawan aq nih.. x sangka aq sanggup berbanyak2 plan plak.. huhuhu...

rupeny2 makan kat kedai ni plan A.. sbb ade yg nak merasa makan kedai stimbot tu.. n alhamdulillah sume pn dah merase.. syukur gak aq pun melunas kan plan A korang....... hihihii.

dpt bbrapa hadiah..ika beria nak mntak aq buka hadiah ng kad.. aq nak buke, tp terlupe..pas sibuk tangkap gmba n makan..sume pn tgh lapar..sanggup tggu malam n dr tghari x makan sbb nk xm.. terharu aq nani makan bun bilis je sbb lapo.. huuUuu...

yg meriahkan lg..ade jihan,khalid,timi, ng elina makan situ skali.. jd join skali lah.. pas habis.. rombongan baiti n faizah balik dlu... aq yg ikut ji balik kemudian... singgah kedai..n lepas singgah kedai... jeng2... kitorang wat projek...

ji excited sangat nak g tengok "kawan" die.. jadi ktorang pn decide p amik angin.. aq jadi pemandu arah..pergi ke lokasi yg sesuai... tet tet.. nampaknya, lokasi yang 10 thn lepas famous rupenya dah x famous dah... cume ade sorang kawan ji... n kitorang tukar lokasi... jumpe 3 orang lebih... ktorang bhenti n tinjau keadaan smasa... Ya Allah..mmg dunia akhir zaman, bila manusia memperkudakan nafsu .. Lindungi kami dari fitnah akhir zman n dr gol2 orng2 yg rugi Ya ALlah..

Dalam keta.. aq bg cadangan.. teringin nak p satu tmpat ni malam2.. TC... ttibe dpt skongan Ji... ji kate jommmm... so kitorang pn proceed plan... dgn niat turun ke lapangan..tp akhirnya, dsebabkan xde strategi.. kami hanya tinjau2.. bg salam.. dll je la.. cukup dah kami dipandang pelik..huhu, aq pn malas nak layan dah kalau org pndg mcmtu.. kmi ni pakai baju ckup kain,,,perlu ke dipandang pelik?? hu~hu..

Cita2 Ji.. harap penguatkuasa agama a.k.a pencegah maksiat ronda hari2... aq pn tmbh, kalau ronda pn x gune..better prevent than cure... jage keturunan, biar anak molek slalu.. tp ji kate lame... n aq tmbh.. kalu x mula, bila la kite nak tgk hasil nya....

dah puas meronda2 amik angin...kami pn pulang~~~ Alhamdulillah sume selamat....

dalam keta.. Ji cakap lagi pasal penguatkuasa... aq tambah..Ji, lagi 10 tahun ko dah jd jutawan sok, n aq time tu jadi wakil rakyat..(ni berangan je..), nnti aq ajak ko n kaksa jd speaker kat TC.. zero maksiat.. huhu... teruja Ji ng kaksa... kak fatin ng kak alang pn teruja same.. Ji amin je aq byk kali cakap pasal jutawan..amin amin kat dia..hehehe... sekadar mimpi di hujung2 13 nov 2010...


Semoga, dari mimpi itu kita kan berusaha... kan Ji? iAllah2...

Akhir kata... thank you Allah.. thank you my parents, my family.. myfriends... u made my 21st first day.. Alhamdulillah, Allah pinjamkan nikmat ni skit utk rasa bahagia. Ntah mcmane bahagia di syurga nanti, x dpt terbayang mata.

Allah, kasihilah orang2 yg mengasihiku dan umat2 Islam. kasihilah mereka yang menyayangi islam. teguhkan hati kami untuk menjaga Islam dalam diri kami seterusnya mendaulatkan Islam sebagai cara hidup seluruh alam..Amin...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Thank U Allah.
Jutaan penghargaan buat..
1. mak yang membesarkanku, banyak bersabar dgn stp fi'ilku dan anak2 dia.
2. ayah yang banyak mngajarku seni hidup.
3. guru2, lecturer2 yang membolehkanku menghargai hidup sampai ke tahap ni.
4. adik beradik yang banyak mengajar ku bijak dalam bertindak, menipu mengikut kesesuain. hehe. pesan sorang.. dunia ni bengkok dan jahat... jadi jangan lupe hati2. jgn suka senyum. hu.
5. sahabat2 rkan taulan ku...koranglah permata hatiku!! huhuhu. yang ajar aq buat baik, yang cuba x jemu faham aq, yang bertoleransi ng sikapku, yg bg smangat... yg menceriakan..yang kelakar..yang menolong..sumelah..superb~
6. sume muslimin dan muslimat yg mendoakan aku dan sahabat2 dan orang lain...

siapalah aq tanpa doa2 kalian. x kan aku mampu berdiri tanpa kasih Allah dengan bantuan doa korang sume.. tkasih banyak2...

Semoga hari2 masa depan, kita lebih matang, lebih konsisten(ayat ewa.. istiqamah barangkali), lebih serius.. lebih hardworking...~~~ syurga itu matlamat kite.......iAllah.chaiyok2222!! (ni macam nani bg semangat..hehe...)

Sahabat2 seroomate, sekampus..seusrah...sekuliyyah..sekelas...seuniversiti..sekolah dlu2.. semalaysia..(hambik nak..hehe)teruskan berjuang sbg Muslim..perjuangan kita belum berakhir..IALlah.. moga dalam berkat Allah dan tuntutan Rasulullah s.a.w..

SYUKRAN korang..aq minta maaf buat salah silap dr ujung rambut sampau ujung kaki.

Okeh...Chill~!!

pasni aq nak belajar teknik2 berhelah dan kelentong orang secara baik... nnti bleh sambut birthday korang tanpa disense! hehe.

Till now then. Wassalamu'alaikum.

p.s : panjangnye dah aq tulis. yg baik tu amiklah, yg buruk tu buanglah. peace. bukan senang nak tgk aq bercerita keluar dari entri2 skima kan? =P



Last... ni pantun yg ku dedikasi ke ma n ayahku

terik mentari memberi cahaya,
sumber utama untuk makana,
kasih ibu/ayah sungguh kaya
dah 21 thn sy dibesrkan.

~in memoirs of 21 thn pejuang mak ayah dibesrkn~....


back to LS..