200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Jom Selawat!

Sunday, January 30, 2011

sumber : Selawat ke atas Nabi s.a.w.

Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?

Apakah ada nas mengenainya?

Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?


Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).

Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.

Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.

Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.

Dream Big

Saturday, January 22, 2011

Puaskah kau sekarang? Itukah maumu? Melukai hatinya? Apa yang terjadi denganmu, Ikal? Mengapa jadi begini sekolahmu? Ke mana semangat itu? mimpi-mimpi itu? biar kau tahu, Kal, orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu! Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati… Mungkin setelah tamat SMA kita akan mendulang timah atau menjadi kuli, tapi di sini, Kal, di sekolah ini, kita tak akan pernah mendahului nasib kita! Kita akan lakukan yang terbaik di sini! dan kita akan berkelana menjelajahi Eropa sampai ke Afrika! Kita akan sekolah ke Prancis! Kita akan menginjakkan kaki di altar suci almamater Sorbonne! Apa pun yang terjadi!”

"...orang seperti kita tak punya apa-apa kecuali semangat dan mimpi-mimpi, dan kita akan bertempur habis-habisan demi mimpi-mimpi itu! Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati…"

Hadith 23

Bismillahi walhamdulillah.

Pokok perbincangan mengenai hadith 23 dari hadith arba'in, matannya tidak disertakan sekali.

Sembahyang Itu cahaya
4 golongan yang meninggalkan solat
1. Golongan Qarun
- Gol yg meninggalkan solat kerana harta bendanya

2. Golongan Hamman
- Hamman pembesar yg sgt taat kepada Firaun
-Jadi, org yg terlampau setia kepada pembesar dia tergolong dalam golongan ini

3. Golongan Firaun
- Golongan yang leka dengan pangkat dan darjat

4. Golongan Ubai B Khalaf
- Golongan yang leka dengan perniagaan

Sedekah itu keterangan

"orang yg begini, menghulurkan sedekah tidak berasa kurang"

~ Mungkin bila kita bagi sedekah, duit itu hilang, tapi tak semestinya compensate dengan 7000 (macam dalam al quran setiap tangkai menumbuhkan 100 biji), tapi mungkin Allah balas dengan kelapangan jiwa, kemudahan urusan, dan keberkatan hidup = mama.
~ Perlu ikhlas, kerana what you give you get back. = che teh.
~ Bab ibadah, orang yang memberi itu akan lebih motivate hati dia untuk kerja lebih kuat dan lebih banyak memberi. = che su.

Isu Derma dan Tabung
" Kadang2 rasa malu je kalau sedekah RM 1 je... Kagum kalau tengok ade 2 je not RM 10 dalam tabung tu..."

"Entah2 orang tu letak RM 10 amik baki.."

"Hehehe."

"Sekarang ni banyak betul tabung. Kadang2 rasa berat nak derma sume tabung..."


"...Dengo x forum semalam, kadang2 hok kite derma tu, duit itu hilang, tapi tak semestinya compensate dengan 7000 (macam dalam al quran setiap tangkai menumbuhkan 100 biji), tapi mungkin Allah balas dengan kelapangan jiwa, kemudahan urusan, dan keberkatan hidup.."

"Huhuhu...Emm..."

" Paling penting ikhlas je, kite mudahkan urusan orang, nanti org mudahkan urusan kite plak... What you give you get back.."

"Em!"


Sabar itu sinaran
1. Sabar menghadapi takdir yg ditetapkan ke atas kita,
2. Sabar dalam ketaatan
~ Saidina ALi

Sabar dalam ketaatan..
-> sabar utk buat benda jahat cth macam mengumpat, dan contoh lain, banyak makan dan minum


Quran itu hujah bagi engkau atas atas engkau
~ Quran adalah hujan utk engkau,
~ Dan Quran nanti akan menjadi hujah dan bukti untuk kita, sama ada baik atau jahat lakunya.

Hal manusia menjual dirinya kepada Allah s.w.t
Allah membeli orang2 beriman dan dimasukkannya ke dalam syurga -Surah At-Taubah.
Siapakah golongan menjual diri ni dan kepada siapa dia menjual dirinya?

Betapa indah kita membincangkan hadith ini, sepatutnya kita menangis, bukan sebaliknya.
Sepatutnya selepas solat itu, kita mentarbiyah diri kita.
Tapi sejauh mana penghayatannya ke atas diri kita?


22 Januari 2011,
Usrah 8 bersaudara,
Semoga berjiran di syurga.

T.T

Thursday, January 20, 2011
Perjalanan itu panjang...

"selamat melangkah ke dunia hamalatul quran"
Aku terdiam. Hanya mengangguk. Antara faham dan tidak.

"Quran ni mukjizat. Kamu letakkan dia nombor 1, yang lain akan ikut.."
Menelan air liur.

"Jangan menduakan Quran. Kamu menduakan dia, dia tinggalkan kamu..."
Telan lagi.

"Macamane ni ngan Quran kamu ni? Saya x dpt nak tlg melainkan kamu tolong kamu sendiri"
Gugup.

"Sanggup x saya failedkan kamu kalau kamu berterusan macamni? kamu nak lulus exam ke nak lulus Quran?
"Sanggup" jawabku malu.
"Nak lulus 2-2." jawab sahabatku
"Kalau nak lulus 2-2, usaha kena double"
Terdiam.

"Kamu ulang berape jam sehari? Ngaji berape kali sehari? Kadang2 rase banyak sebab g banding dgn orang biasa. Cube tgk org y masyi. Brape banyak diorang ulang sehari???"
Tertunduk malu.

"kenikmatan menghafal bila kamu dapat mengulang bila tak yah tengok mashaf.. Kalau hafal tp tengok mashaf, baik x yah hafal"
Astagfirullah.

Aku Muslim, tapi jarang mengaji.
Aku Muslim, ngaji tapi jarang melekat.
Allah, Muslim apekah aku ni?
Manual Allah terus terang depan mata.
Mukjizat agung.
Kenapa culas sangat?
Manja sangat?
Sebab dah terbiasa?

Alasan nak bagi 100000 pn x kan cukup.
Jika hati dan laku yang tak berubah.

Usah bermimpi nak menolong Palestin
jika Quran itu luput layu.

"Sebaik2 ilmu adalah al -quran." -Us sk balok.

Dan aku akui sebaik guru adalah guru al-Quran yg menjaga al-Quran tu sendiri.



.......
Muhasabah Quran,
Pada hari Khamis yg paling ditakuti setiap minggu,
Menanti jiwa baru.