200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Showing posts with label SAYANG NABI. Show all posts
Showing posts with label SAYANG NABI. Show all posts

Binnabil Huda..

Sunday, March 25, 2012
Assalamu'alaikum.. :)

Setelah beberapa ketika k. long sampai rumah tadi, dia cerita... teruja anak2nya menyanyikan lagu Binnabil Huda.. Sebab ada name Nabil (angah) n Cikda (aku..) Katanya along duk hafal lagu tu.. wah2, bagus along.

Duk-duk cari youtube, lirik, dan makna, akhirnya jumpa. Alhamdulillah. Nasyid ni mengisahkan tentang Rasullullah s.a.w... Kat sini, aq paste makna lepas digoogle..

BINNABIL HUDA

Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..

Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya




Allah..rindu plak rasa nak solat kat masjid nabawi lepas tengok video ni. Terbayang ape lah yg roomateku tengah buat di sana. Mungkin dia tengah beriktikaf kat masjid nabawi, tunggu waktu subuh. Teringinnya nak pergi lagi. Pengalaman n kenangan2 yang speechless. 


Semenjak belakangan ni, Alhamdulillah Allah sempatkan aku alami beberapa perkara, yang manis dan pahit. Aku redha segala yang berlaku, semoga peristiwa yang dah berlalu membawa 1000 hikmah dan pengajaran buatku dan sahabat2. Doakan kesejahteraan kami :)

Cuti; visit drug abus, assignment untuk disiapkan, al-quran, dan beberapa amanah lain untuk ditunaikan. Termasuk amanah untuk mak ayah dan adik beradik. Enjoy bila dapat main masak2 kat dapur, then hidangkan kat abang & adik tadi. Lagi seronok bila test sendiri lauk baru, yang jarang2 mak buat. Banyak lagi tips masak kena cari nih.



Semoga semua urusan kita dipermudah. Mudah & mudah. Allahumma Ameen.







Lau Kana Habib

Tuesday, January 31, 2012
Salam'alaik... memandangkan bulan ni bulan maulid, banyak program, majalah, rancangan tv, radio etc yang memuatkan kisah pasal Nabi Muhammad s.a.w dalam rancangan dan penerbitan mereka.. Tadi rancangan bicara tv hijrah yang dihoskan amin idris juga berkisar tentang Nabi Muhammad s.a.w.. bersama ahli panel us maszlee malik dan 2 orang lagi yang tidak disebut namanya.. Pagi tadi, selak2 majalah anis di tempatku praktikal, juga memuatkan banyak kisah ttg Rasulullah s.a.w dan para sahabat... Sempat baca kisah saidatina Juwariyyah yang dilamar Nabi Muhammad s.a.w, pernikahan yang membawa rahmat kepada tawanan2 bani Mustaliq.. Juwairiyyah daripada kaum bani Mustaliq, nama sebelum masuk Islamnya, Barrah.. pernah bermimpi bulan jatuh ke riba sebelum peperangan..rupa2nya, mimpinya tu bermaksud dia kembali kepada agama fitrah(peluk Islam) dan Nabi Muhammad s.a.w menerimanya sebagai isteri.. subhanAllah hebat.. dalam masa yang sama dia menjadi madu kepada Aishah dan Ummu Salamah..

Kat TV hijrah tadi ada tunjuk vclip lagu lau kana habib..(andai rasullah bersama kita..) sekali dengan subtitle melayu.. ni lagu favourite ayah.. dari dulu dia nak tahu maksud lagu ni, n at last ada kuar terpampang kat tv tadi.. n disebabkan lagu ni best, ayah mintak lagu ni dipasangkan masa kenduri nanti..wait n see.. insyaAllah.. person in charge tak siap2 lagi tengah kumpul2kan lagu.. otw memanjang.. sape la yer yang in charge ni.. =)

Cari punya cari, alhamdulillah jumpe pun video, lirik arab n malay. Ramai dah pernah dengar lagu ni kan?
Ni dia.




Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Mengharap melihat sinar kebaikan sebelum ia padam : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين
sumber : lirik 


Kat baris ketiga tu sy ada ubah skit. Kalau ikut dalam link maksud yang ditulis adalah Dari Taibah sebelum Magrib, tp kalau tgk dalam sub BI, dia tulis "hoping to see a sun of goodness before it sets". so saya translate jd macam di atas- Mengharap melihat sinar kebaikan sebelum ia padam. wallahu'alam.

oh sebelum terlupa. 12 rabiul awwal tahun ni jatuh pada 6 Februari iaitu hari Isnin. officially cuti haritu n lecture pun start lambat. 12hb 2 ade program Pekan Berselawat di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan. Tak sure masjid baru ke lame. Masjid baru Pekan tak pernah lagi pergi setakat ni. Us Don Bijayid + Habib Alwi pun ade sekali. Allah, murahkan rezki aku ke sana nanti. Jom2 kita gi ramai2 =) Jumpa iklan kat fb.



Semoga Allah menghimpunkan kita semua dalam kasih sayang dan kebaikan, dan menjauhkan diri kita dari sifat2 yang tercela, munafik dan fasik. Ameeen..



p.s: 1 post 3 istighfar. *Astagfirullahal 'adzim- Astagfirullahal 'adzim - Astagfirullahal 'adzim*

Kerinduan Rasulullah s.a.w...

Friday, December 23, 2011
(nak post kat blog sendiri, tp terpost kt blog kelas plak..)


بكى رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يوماً
Menangis Rasulullah s.a.w pada 1 hari..

فقالـوا : ما يبكيك يارسول اللّه ؟!
Apa yg membuatkan engkau menangis?

قـال: إشتقت لأحبابي !!
Kata baginda, aku rindu orang2 yg kusayang(dalam kisah lain, ada menyebutkan.. ikhwan saudaraku)

قالـوا : أولسنا أحبابك يارسول اللـّہ ؟!
"Bukankah kami orang2 itu, ya Rasulullah?"

قـآل : لا ..... أنتم أصحابي
أما أحبابي فقوم يأتون من بعدي يؤمنون بي ولم يـروني !
"Tidak.. kamu sahabat2ku. Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku ttp mereka beriman padaku..

~اللّـهم اجعلنـا ممن اشتاق لهم نبينـا محمّد صلى اللّه عليـه وسلم وبلغنـا شفاعته واجعلنـا من أحبابه عليه الصلاه والسلام~
"Ya Allah jadikan kami yang insan2 yg merindui Nabi kami, Nabi Muhammad s.a.e dan sampaikan pada kami syafaat baginda, dan jadikan kami dr gol yang mencintai baginda..allahumma ameen"




اللهم صل على سيدنا محمد....

Jom Selawat!

Sunday, January 30, 2011

sumber : Selawat ke atas Nabi s.a.w.

Apakah suatu amalan yang dianjurkan oleh Nabi kita untuk sentiasa mengingati beliau, yang berupa selawat atau ayat Al-Quran yang dapat kita hadiahkan kepada Nabi kita itu pada setiap kali sembahyang atau setiap kali kita mengingatinya?

Apakah ada nas mengenainya?

Ada amalan menghadiahkan Al Fatihah kepada Rasulullah SAW, setiap kali hendak berdoa, adakah ini ada dalam nas?


Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

  1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
  2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
  3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Kedudukan selawat ke atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup).

Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai sekali seumur hidup.

Menurut jumhur ulama dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim memperbanyakkannya.

Berkait juga dengan soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang. Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi, selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya tetapi dalam keadaan yang makruh.

40 hadith presented in poem

Thursday, June 3, 2010
reblogged from barukiglimpse.tumblr



Here are the words to the poem:

1 Know that all actions are by intentions
2 And the deen was taught through angelic interventions
3 Islam is built on five pillars of might
4 And the angels while in our mother’s wombs did write
5 The deen rejects all types of innovation
6 And the heart is the limbs temptation or salvation
7 The religion is based all on advice sincere
8 And the sanctity of a Muslims blood is severe
9 We don’t ask about that which is obscure
10 And Allah only accepts that which is pure

11 We leave things that are doubtful and suspect
12 And things that don’t concern us, we don’t inspect
13 And to love for you, what I would love for me
14 And blood to never be spilt, except for three
15 And to speak only good, if not, then refrain
16 Anger is from the heat of hell, avoid its flames
17 Everything is to be done in an excellent fashion
18 Fear Allah everywhere, treat people with compassion
19 Everything that happens is only by Allahs permission
20 Hayaa was forever written, as every prophets vision

21 Believe in Allah and be steadfast
22 Perform halal, avoid haram, pray, and fast
23 Purification is equal to one half of our Iman,
24 And oppression was forbidden to Allah and man,
25 Everyone has something they can give in charity
26 Even picking up litter, a selfless rarity
27 sin is what makes your heart feel resistance and unease
28 Upon us is the Sunnah, in times of difference and disease
29 The tongue is the most common catalyst to the fire
30 About those things kept silent, we should not inquire

31 Show indifference to the world, you shall be of the Zuhaad,
32 There’s no initiating harm, or reciprocating harm to add,
33 Evidence is to be brought forth by the accuser,
34 And who sees munkar, must be its remover
35 Be the servents of Allah, all together as brothers
36 Allah is in your service, so long as you are for each other
37 And every good deed Allah takes and multiplies
38 And He is for His awliya, their hearing, hands and eyes
39 He has forgiven us duress, mistakes and what we forget
40 We are strangers in this world, don’t settle just yet

41 Perfection occurs, when passions fall in line with the Divine
42 And Allah will forgive all sins, and He will not mind


p.s : veryy nice, syukran broooo =)


Allahumma Solli 'ala Muhammad

Sunday, May 23, 2010

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim

Pengajaran Hadis:
i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.



Allahumma Solli 'ala Muhammad







Respon dari hari melukis karakter Nabi... orang Muslim membantah sekeras-kerasnya..
"JANGAN LUKIS GAMBA NABI KAMI!"
"JANGAN MAINKAN NABI!"
"Dont' draw our prophet!"

Orang2 kafir mungkin berkata "Why they are too religious?!"... "but then they follow our lifestyle.. HAHA!"

Spt pesan Us Hasrizal, pemboikotan dan protes besar-besaran tidak akan bertahan lama, jika akar umbinya tidak dibaiki. Hidup semula dengan cara hidup Islam nan indah, syumul, dan mulia, yang dibawa baginda Rasul s.a.w yang kita kasihi dan sayangi. Kekasih ALLAH, penghulu segala Anbiya'.

Terngiang-ngiang 1
scene dalam cerita Perempuan Berkalung Sorban, pelajar2 pesantren melaung2kan...
"WALA TALBISUL HAQQA bil BATHIL.. (sehingga akhir ayat..)"
(Mafhumnya, jangan dicampur yang baik dengan yang buruk..)

Berderau juga darah, bergetar juga segala saraf ini.

Mengenangkan dunia akhir zaman dan segala kekacauan.
Baik dan buruk tidak jelas. Bencana alam. Bumi kian panas.
Tabiat manusia yang ganjil.

Berkiralah wahai diri, sebelum hari Hisab yang abadi.



Allahummar zuqnal jannata wa na'imaha wa ma yuqarribu ilaiha, min qaulin, wa fi'lin, wa niyyatin, wa i'tiqood.. AMIN

ehadith dari web jakim.


...kerana itulah kami menyulam cinta

Friday, April 16, 2010
...kerana itulah kami menyulam cinta. (tajuk hangat dan kontroversi!!)

adik-adik comel berqasidah

Aku tersentak kehairanan, ketika terdengar ada orang yang melagu-lagukan.. “Tholama ashyku ghorami..” dengan girangnya. Aku hairan bukan kerana suaranya, tapi kerana jarang sekali mendengarnya melagukan qasidah itu. Tak tergambar gembiranya hati, aku pun ikut menyambung dalam hati, sambil menyumbat telinga dengan headphone pembelian kakak (bukan pemberian, pembelian. hehe. kakak tolong beli )

طالما أشكوا غرام يا نور الوجود
Begitu lama aku mengadukan cintaku, wahai "Cahaya Kewujudan"
و أنادى يا تهامي يا معدن الجود
Dan begitu lama aku menyeru, wahai nabi yang lahir di Tihamah(Mekah), wahai "Lombong Kedermawan..

Aku dan dia dalam keasyikan, sambil menjamah nota-nota exam. Biochem n Microb. Tenteramnya hati bukan kepalang membelek nota sambil mendengar bait-bait kecintaan itu.
Titik permulaan kami berjinak-jinak dengan bait qasidah itu adalah pada malam munajat perdana anjuran biro dakwah dan tarbiyyah RX 8. Qiyammullail yang diselang-selikan dengan qasidah. Ya Badratim (Wahai Purnama), Tholama Asyku ( Telah lama aku mengadu), Ya Thoybah, dan lain-lain yang aku tidak tahu namanya.


Pada malam yang penuh hening dan barakah itu, memutik sedikit demi sedikit rasa kasih dan kerinduan kami pada junjungan besar-Nya. Betapa perasan itu sering kali tenggelam dalam rencah sibuk kehidupan kami yang entah sibuk dengan apa. Kami merasakan kehadiran perasaan itu. Perasaan yang sepatutnya kami suburkan sejak dari kecil. Perasaan kasih sayang kepada baginda Nabi Muhamad s.a.w. yang sering tercabut dari jiwa umat-umat Islam kini. Ustaz pernah menyebut tentang ini. Kami benar-benar merasakan SQ yang wujud pada malam itu antara jiwa hamba dan Pencipta. Inilah kuasa yang tidak difahami dan senjata yang didahagai oleh orang-orang kafir dalam memerangi kita, orang-orang Islam.

“Weh, bestlah qasidah tadi, Huda!” ucap kawan baikku seraya mengemas pulang.

“Yup, memang best. Tapi, qasidah kene dengar sokmo. Baru senang nak ikut..”

“Ha’ah kan...” tambah yang lain.

Dengan mengalunkan qasidah kepada junjungan besar-Nya, kami gembira. Dari situ, kami belajar menyulam cinta. Cinta kepada yang Haq. Cinta kepada Dia dan kekasih-Nya yang berhak menerima cinta kami dari dahulu lagi. Cinta kepada baginda yang terlebih dahulu mencintai dan menyanyagi kami. Namun, cinta itu sering sirna dan pudar ditelan masa. Makin kelam dan luput jika tidak disuburkan.

Professional Muslim
Barangkali, tokoh tamadun lampau menguasai SQ yang tinggi (perasaan cinta ini). Apabila diri diikat sebagai hamba kepada Tuhan yang mutlak, kelangsungan kepada IQ dan EQ tidak terjejas. Ilmu mengurus diri mereka mantap. Ilmuwan seperti Ibu Sina dan AL-Khawarizmi umpamanya, hafaz al-Quran pada umur 7 dan 10 tahun. Kemudian, mereka dilengkapi dengan ilmu-ilmu fiqah, tafsir, dan bahasa utama dunia, sebelum terjun ke medan ilmu fardhu kifayah, yang melibatkan algebra dan perubatan. Ilmu-ilmu ini diperlukan sebagai ilmu mengurus sistem.

Selepas maghrib, kedengaran jiran-jiran bilik sebelah melagukan bait-bait indah qasidah yang kami peroleh pagi tadi. Lebih menggembirakan, ada sahabat rx8 dari tingkat atas turun untuk join bersama-sama dengan pakaian telekung dan qasidah di tangan. Moga, malam itu terus memangkinkan kita untuk menjadi “professional Muslim Pharmacist” suatu hari nanti. Peranannya bukan semudah kita mengungkapnya, namun cita-cita di langit tinggi itu perlu bermula dengan satu impian. Malam Munajat Perdana, di situ kami, RX 8 menyulam cinta, mengecas tenaga, dan menyubur cita-cita.

muka happy dapat breakfast free. Sebelum bersalaman
Alfun Syukran LiLlah.

p.s : qasidah-qasidah boleh digoogle and disedut menggunakan tube U - youtube.

sumber dan watak yang membantu :
milenia muslim, roomate compartment A, roomate bilik sebelah, D_n_T RX 8, RX 8, Mr batch leader (masuk jugak la as my appreciation :) )

Nah, hadiah untuk semua. senyumlah macam arifah n cik tim hehe.


Darul_Idris,
16 April,
Usrati_KB,
@ Jumaat yaumul barakah

a.k.h.l.a.k

Thursday, April 15, 2010
bila happy dan excited,
mulut pun sedap berkata-kata,
berkata tanpa berfikir
lupa berhati-hati
lupa dosa
lupa lidah pinjaman
lupa diri
lupa bumi
lupa dunia
lupa semuanya

a.k.h.l.a.k
akhlak bunga diri
kata-kata = cerminan akhlak
andai...... (sila tarik pitching suara anda)
sesuatu itu,
sejuk dengar dek telinga,
sejuk lihat dek mata,
sejuk rasa di hati,
= indah akhlaknya

terima kasih kepada yang mengingatkan
minta maaf kepada semua.....,
andai terlanjur laku dan bicara,
dan over excited punya..


sebaik-baik "role model" akhlaqul karimah ialah akhlak Rasullullah s.a.w.
berlembut dalam kata,
jua tingkahlaku,
ketawa dalam senyuman,
kesopanan memikat,
pengasih kepada semua,
penyantun,
pembalas bunga kepada pemberi besi.

Insya ALLAH (ada bunyi-bunyi harapan di sini...)
Ameen (ada doa dalam hati.. amin3x)
he :)

mak ayah, doakan anak-anakmu berakhlak mulia,
kerana kami tahu,
kami sering membawa namamu ke mana kami pergi,
dan yang penting sekali,
kami bawa kemuliaan Islam dan identiti Muslim.....

sayang Allah dan RasululLlah, sayang mak ayah, sayang semua.... =D

siapa akhlak baik, ada bunga ros cantik ni dalam hati dia..

surah ali mran ayat 30-32

Friday, March 19, 2010
3:30
Sahih International
The Day every soul will find what it has done of good present [before it] and what it has done of evil, it will wish that between itself and that [evil] was a great distance. And Allah warns you of Himself, and Allah is Kind to [His] servants."
Tafsir al-Jalalayn
And remember, the day every soul shall find what it has done of good present before it, and what it has done of evil (the [last statement constitutes the] subject, the predicate of which is [what follows]), it will wish that between it and that there were a great distance, an extremely lengthy distance so that it [the evil] could never reach it. God warns you of His Self (this is repeated for emphasis), and God is Kind to His servants.

never reach it. God warns you of His Self (this is repeated for emphasis), and God is Kind to His servants.

3:31
Sahih International
Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."
Tafsir al-Jalalayn
When they said, ‘We only worship idols out of our love for God, that they might bring us close to Him’, the following was revealed: Say, O Muhammad (s), ‘If you love God, follow me, and God will love you, meaning that He will reward you, and forgive you your sins; God is Forgiving, as regards the sins, committed previously, by one who [now] follows me; Merciful, to him.


3:32
Sahih International
Say, "Obey Allah and the Messenger." But if they turn away - then indeed, Allah does not like the disbelievers.
Tafsir al-Jalalayn
Say, to them: ‘Obey God, and the Messenger’, as regards the [belief in the] Oneness of God which he enjoins upon you. But if they turn their backs, [if they] object to obedience, God loves not the disbelievers, meaning that He will chastise them (the [third person] pronominalisation [‘they’] is replaced by the overt noun [‘the disbelievers’]).

Salam Maulidur Rasul

Wednesday, February 17, 2010


selawat : antara sunni dan bid'ah

Friday, November 13, 2009
oleh : dr mohd rosdi

Oleh : Dr Mohd Rosdi bin Ismail

صلوات شفاء

اللهم صل على سيدنا محمد، طب القلوب ودوائها ، وعافية الأبدان وشفائها ، ونور الأبصار وضيائها وعلى آله وصحبه وبارك وسلم


Pada hari Ahad, 8 November 2009, murid saya, Doktor Mohamad bin Paiman, dari USM Kubang Kerian, bertanya: "Apakah pendapat ustaz terhadap komen Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis, yang mengatakan Selawat Syifa' itu boleh membawa kepada syirik?" (untuk lihat kenyataan tersebut klik pautan ini. Saya jawab: "Maaf Doktor! Saya tak tahu sangat jawaban terperinci. Namun setahu saya selawat ini dah diamalkan sekian lama oleh ramai para alim ulama'. Apa kata kita tengok pendapat para ulama?" Beliau setuju dengan cadangan saya.

Pokok persoalannya ialah Dr Mohd Asri mengatakan: "kita dapati pertamanya selawat ini tidak ada sumbernya daripada syariah ... bahkan maknanya bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam. Setelah disemak dari beberap segi, maka ia bercanggah dengan akidah Islam".

Ada dua perkara yang perlu dilihat dalam dakwaan tersebut. Pertama; ketiadaan sumber dan dalil yang mengesahkan selawat tersebut boleh diamalkan pada syarak. Kedua; dimensi yang diambilkira sehingga ia dilihat bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah. Setelah meninjau pandangan berbagai pihak, saya dapati ada pro dan kontra tentang selawat tersebut.

Al-Syeikh Muhammed Soleh al-Uthaimeen berkata: "... pada apa yang zahir bagiku, doa ini lebih hampir untuk membawa kepada syirik (kerana) Nabi s.a.w. bukanlah penawar hati dan juga ubatnya dari sudut fizikanya. Maksudnya, apabila hati mengalami penyakit fizikal, maka Nabi s.a.w. bukanlah perawatnya. Ini kerana Nabi s.a.w. telahpun wafat (tiada) pada masa kini. Maka tidak ada sesiapapun yang boleh mengambil manfaat daripada baginda secara fizikal. Adapun apabila seseorang (yang beramal dengan selawat tersebut) bermaksud beriman dengan baginda sebagai penawar hati dan ubatnya, maka ini adalah benar. Memang tidak diragui lagi bahawa beriman dengan Rasul s.a.w. boleh menyembuhkan hati daripada penyakit-penyakit metafizika. Maksudnya, Baginda adalah penawar kepada penyakit-penyakit tersebut ..."

Untuk melihat kenyataan penuh beliau tersebut (dalam bahasa Arab, sila klik pautan ini). Setelah meneliti keseluruhan kenyataan beliau, saya dapati beliau tidak menggalakkan kita beramal dengan selawat tersebut. Sebaliknya beliau mengajak kita berselawat dengan apa yang didatangkan oleh sunnah sahaja. Beliau juga menggesa sesiapa yang pernah beramal dengannya agar bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t.

Apa yang menarik, melalui kenyataan di atas, walaupun kelihatan agak tidak bersetuju, kita dapati beliau masih berlapang dada apabila memberi dua sudut pandangan yang berbeza dari dimensi fizika dan metafizika. Ini menunjukkan bahawa sesebuah wacana itu boleh dilihat dari dimensi yang berbeza. Maknanya boleh berubah berdasarkan sesuatu dimensi yang diambil kira. Aspek ini masih belum menjadi elemen budaya sesuatu perbahasan awam di Malaysia.

Bertolak dari itu, kita mungkin boleh mengatakan bahawa aspek "makna" yang didakwa bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah tadi masih boleh ditakwil dengan makna lain yang tidak bercanggah. Dalam ilmu bahasa Arab, gabungan ilmu-ilmu Sorf (kata), Nahw (ayat), Ma`ani (makna) dan Bayan (gaya pengucapan) perlu diambil kira sebelum kita membuat penetapan "makna sebenar" yang dimaksudkan dalam sesebuah wacana. Makna sebenar ini bermaksud makna saringan yang diperolehi daripada makna kamus, makna konteks dan makna budaya. Ini menuntut kecermatan yang tinggi sebelum kita membuat sesuatu rumusan.

Aplikasi kepada aspek-aspek makna tersebut untuk mencari "makna sebenar" Selawat Syifa', telah digarap oleh Nik Mohd Nazimuddin bin Nik Ibrahim dalam kata-kata beliau : "Timbul satu persoalan, kenapakah pula diri Nabi s.a.w yang jadi pengubat atau penyihat bagi rohani dan jasmani, sedangkan syariat, ajaran atau Quran yang dimaksudkan sebagai pengubat? Menjawab persoalan ini, apabila Nabi Muhammad sebagai utusan Allah yang dilengkapi bersamanya Quran dan ajaran-ajaran syariat maka diri tubuh badannya adalah sebagai penterjemah kepada Al-Quran dan penafsir bagi syariat. Ini terbukti di mana segala tingkah laku perbuatan dan perkataan Nabi adalah akhlak Al-Quran yang dijadikan sebagai contoh-tauladan.

Justeru diri Nabi adalah seumpama Syariat, lalu disandarkan diri baginda sebagai penawar dan penyembuh bagi rohani dan jasmani. Sebagaimana juga disandarkan perbuatan jahat yang sentiasa dan sebati dilakukan oleh anak Nabi Nuh kepada tubuh badan dirinya sendiri dalam surah Hud:ayat 46: انه عمل غير صالح ertinya: “Sesungguhnya dia (anak Nuh) adalah perbuatan yang tidak baik”. Untuk melihat kenyataan penuh beliau, sila klik pautan ini.

Setelah membuat perbandingan antara ketiga-tiga pandangan di atas, saya melihat kita sering terbabas ketika membuat interpretasi ke atas sesebuah wacana. Selain itu, kita juga sering terjebak dengan "kecenderungan bawah sedar" untuk bias kepada apa yang kita anuti. Kedua-dua elemen ini boleh membuat kita terleka buat seketika sehingga rumusan yang kita buat sukar untuk diterima oleh pihak ramai.

Maafkan saya! Saya tidak akan memberi "fatwa baru" ke atas isu yang dibincang. Saya hanya membuka ruang untuk kita berfikir dan menilai sendiri sesuatu pendapat yang diberi. Lagipun saya bukanlah pakar dalam bidang syariah dan usuluddin untuk berbuat demikian. Apa yang ingin saya pesan, janganlah kita terlalu bergantung kepada satu aspek makna sahaja dalam membuat analisis ke atas sesebuah wacana atau kenyataan.

Ada kemungkinan besar Dr Mohd Asri "menyerang" Selawat Syifa' ini dengan tujuan "menyelamatkan" umat Islam Malaysia daripada terjatuh ke dalam bid`ah. Bagaimanapun, mereka yang masih ingin beramal dengan Selawat Syifa' tidak perlu terlalu gusar dengan kenyataan Dr.Mohd Asri tersebut.

Dalam fatwa no 38193 yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa di pautan ini, yang menyebut: "Dengan apa lafaz sekalipun, apabila seseorang itu berselawat ke atas s.a.w. dia telah melaksanakannya dan akan diberi ganjaran kerananya, selama mana lafaz tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang dilarang. Cuma, seafdal-afdal sighah (ucapan selawat) ialah sighah Selawat Ibrahimiah kerana Nabi s.a.w. telah mengajarkannya kepada para sahabat baginda bila mereka berkata : "Bagaimana kami hendak berselawat ke atas mu?" -Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain lagi.

"Adapun dari sudut sighah (Selawat Syifa'), maka tidak terdapat di dalamnya perkara yang dilarang syarak. Ini kerana zahir (nyata) dalam ibarat (ayat) orang yang berkata (selawat tersebut) bermaksud "apa yang di bawa oleh Nabi s.a.w.". Apa-apa yang di bawa oleh Nabi s.a.w. di dalamnya terdapat penawar hati dan ubatnya, penyihat badan dan penyembuhnya, sinar pandangan mata dan cahayanya. Semua itu sama sahaja samada dari sudut fizika atau metafizika".

Dalam fatwa nombor 5025, Majlis Fatwa tersebut juga menyatakan bahawa lafaz berselawat di luar solat adalah luas (tidak terhad).

Apa yang ingin ditegaskan, kita harus berhati-hati dan adil dalam menilai sesuatu wacana. Contohnya hadis Nabi s.a.w. :-

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في خطبته يحمد الله ويثني عليه بما هو له أهل ثم يقول (من يهد الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، إن أصدق الحديث كتاب الله، وأحسن الهدي هدي محمد، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار...) الحديث،

Maksudnya : Adalah Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam khutbahnya memuji Allah dan memuja Nya dengan apa yang layak untuk Allah. Kemudian baginda bersabda : "Sesiapa yang Allah beri ptunjuk kepadanya nya, maka tidak ada lagi yang dapat menyesatkannya. Dan sesiapa yang Allah sesatkannya, maka tiada lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Sesungguhnya setepat-tepat pengucapan ialah kita Allah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara ialah perkara baru yang diada-adakan, setiap yang baru diada-adakan adalah bid`ah, dan setiap bid`ah itu kesesatan, dan setiap kesesatan itu di dalam neraka...")

Setakat pembacaan yang telah dilakukan, saya dapati kebanyakan kita mudah cenderung untuk mengikat pemahaman kita kepada makna permukaan sesuatu wacana. Kita sering cepat membuat kesimpulan berdasarkan beberap kerat dalil sahaja. Sebagai contoh, dalam hadis di atas, ramai penganalisis sering terarah untuk memberi tumpuan kepada beberapa aspek tertntu sahaj dan mengabaikan aspek-aspek lain yang berkaitan dengannya.

Contohnya perkataan "bid`ah" dalam hadis di atas telah mendapat perhatian lebih di kalangan pembaca dan pemikir para berbanding perkataan "dholalah". Definisi "Bid`ah" telah dihurai dengan ditil dan terperinci. Kebanyakannya menjurus kepada maksud "sesuatu yang baru diada-adakan dalam beribadat kepada Allah sedangkan ia tidak mempunyai apa-apa perkaitan dan mana-mana "usul syarak" pun.

Sebenarnya sebelum kita melangkah jauh, kita perlu melihat kepada bentuk kata (محدثات) itu sendiri. Ia adalah kata sifat, terbitan daripada perkataan ( حدث = hadatha) yang dibentuk melalui acuan kata ( مفعل = muf`al). Dari sudut makna morfologi, acuan kata tersebut bermaksud merujuk kepada apa-apa yang dilakukan secara sengaja. Dengan itu, apa sahaja perkara baru yang sengaja diada-adakan adalah bi`dah. Jika definisi "bid`ah" kita hanya berlandaskan atau lebih dipengaruhi oleh makna morfologi sahaja, maka tiada siapa pun dalam hidup ini yang tidak terlibat dengan bid`ah. Oleh sebab itu, untuk membezakan antara bid`ah dengan sunnah, para ulama menetapkan jika sesuatu amalan yang baru itu ada kaitan dengan "usul syarak" maka ia dikira sunnah dan bukannya bid`ah.

Saudaraku, di sinilah bermulanya titik percanggahan sesama kita apabila kita ;-

1-Agak ketat atau terikat dengan satu dimensi sahaja ketika mengaitkan sesuatu amalan baru itu dengan sesuatu usul syarak. Contohnya ada pendapat yang mengatakan bersalam sesudah solat itu bid`ah kerana Nabi s.a.w. tidak berbuat demikian. Baiklah, tapi bagaimana pula jika seseorang itu melihat amalan tersebut sebagai suatu perbuatan yang tidak ada kena mengena dengan solat, sebaliknya dia melakukannya atas niat "musofahah" pada kesempatan bersolat secara berjamaah. Apa kita nak kata? Nampaknya, faktor niat dan tujuan juga ada signifikannya untuk merubah status sesuatu amalan baru itu daripada bid`ah kepada sunnah atau sebaliknya.

2- Tidak melihat makna sesebuah wacana secara holistik. Tajuk atau mesej utama hadith tersebut ialah persoalan HIDAYAH dan DHOLALAH. Nabi s.a.w. ingin menjelaskan bahawa ia adalah urusan Allah s.w.t. Kedua-duanya datang daripada Allah s.w.t. Seseorang manusia sama ada berada dalam petunjuk atau kesesatan adalah di bawah kemahuan Allah. Namun, ia tidak menafikan keupayaan manusia untuk berusaha mencari petunjuk daripada Allah dan hadith Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itu, dalam hadith tersebut, baginda memberi amaran agak kita tidak mengada-adakan perkara baru yang boleh membawa kepada kecelakaan dan kesesatan sehingga manusia terjerumus ke dalam neraka.

Itulah intipati wacana hadith tersebut. Oleh itu, kita tidak harus lupa bahawa antara ciri-ciri "bid`ah" (selain merujuk kepada perkara-perkara baru yang di adakan), ia juga merujuk kepada perkara yang membawa kecelakaan dan kesesatan. Perkataan (شر) dan (ضلالة) yang disebut dalam hadith tersebut juga perlu diambil kira sebagai ciri asas dalam menentukan sesuatu amalan itu bid`ah atau tidak. Jadi, bagaimana sikap anda dalam tindakan membid`ahkan sesuatu yang baru? Adakah anda nampak ciri-ciri kesesatan pada mereka yang bertahlil ke atas si mati? Adakah akan masuk neraka mereka yang berwirid sesudah solat? Anda tentukan sendiri sikap anda.

3- Terlupa atau tidak tahu bahawa banyak amalan dalam hidup kita yang tidak ada nas yang jelas itu boleh disandarkan kepada "perkara-perkara yang dibolehkan" (al-Jawaaz). Maksudnya ia tidak dilarang atau disuruh dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum yang telah sedia ada. Contohnya konsep ibadat "Rahbaniyyah" yang telah dicipta oleh pengikut Nabi Isa a.s, sedangkan Allah tidak mewajibkannya ke atas mereka, tetapi telah diterima oleh Allah. Firman Nya;-

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُون

Maksudnya;
"Kemudian Kami iringi sesudah mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri) dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik (derhaka)" - al-Hadiid/27

Apa yang ingin ditonjolkan dari ayat tersebut ialah manusia masih mempunyai ruang untuk mengadakan perkara-perkara baru selagi ia tidak bercanggah dengan usul syarak sekalipun dalam perkara-perkara ibadat umum. Perkataan (وجعلنا = menjadikan) dalam ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah menerima konsep "Rahbaaniyyah" yang diadakan oleh pengikut Nabi Isa a.s. Penerimaan tersebut merupakan ruang untuk manusia berinovasi dalam kehidupan mereka. Apapun, saya tidak berniat menyebelahi mana-mana golongan. Saya lebih suka andai kata perbincangan kita dalam kes-kes begini, bersih daripada unsur-unsur kata serangan kepada pihak lawan atau mereka yang tidak sealiran dengan kita. Marilah kita berlapang dada berbincang secara damai dan insaf.

Cukup dulu untuk kali ini. Dalam tulisan berikutnya, saya akan cuba mengupas formasi perkaitan makna "Dholalah" dengan "Bid`ah". Semestinyakah setiap yang baru itu bid`ah dan menyesatkan? Apa maksud baru? Bagaimanakah cara sesuatu yang baru itu boleh dikaitkan dengan sesuatu nas atau usul syarak? Jawapan-jawapan kepada soalan ini akan dapat memberi penjelasan kepada status Selawat Syifa untuk di amalkan atau tidak.

Sekian