Allahuakbar. Salah seorang sahabat sama sekolah, Wan Hasanuddin atau lebih dikenali sebagai Hasan telah pergi dulu ke rahmatullah. (20 Mac 2011, pagi)
Seorang sahabat memaklumkankan melalui kiriman sms.
Aku telefon kepada pengirim msg tu, dan aku minta izin untuk sebarkan.
“Wan Mohd Hasanudin (shahian 0206) telah kembali ke rahmatuLlah. Al fatihah. Semoga ruhnya dicucuri Allah dan ditempatkan di kalangan orang soleh”
Seram sejuk badanku. Rasa yang sama bila arwah ayah saudaraku, Chu Yas pergi. Juga rasa yang sama bila arwah Kak Hajar, arwah Nabil dan arwah Fatimah Zurwanti, beberapa sahabat dan kenalan pergi.
Biarlah peristiwa-peristiwa ini menjadi i’tibar pada aku dan kita semua.
Suatu hari semasa slot tazkirah berkenaan zikrul maut (mengingati mati)di kelas RX8,
Allah.
Kisah mereka sudah tamat. Tinggallah kita yang perlu berusaha untuk hidup kita nanti kelak.
Tak tertanding kebahagiaan hakiki di sana dengan segala harta dan perhiasan dunia.
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik”
AL-FATIHAH
0 thoughts from optimists:
Post a Comment