200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Solat Jenazah

Tuesday, July 7, 2009
AWAS! ENTRI INI TAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR.

Kursus Pengurusan Jenazah (gambar hiasan)

Ustazah sedang menerangkan tentang
bahan-bahan yang digunakan untuk mandikan jenazah.


Bismillah. Dah lama nak tulis pasal ni, beberapa hari lepas, tapi tak berkesempatan. Baru-baru ni aku cari cara-cara untuk solat jenazah, maklumlah tak pernah buat lagi. Moga-moga nanti bila aku mati sok pembaca blog ni boleh tolong wat solat jenazah untuk aku kan? Solat jenazah ghaib pun takpe dah. InsyaAllah...

Aku petik kaifiat solat jenazah ni... dari buku Solat Sunat yang ditulis Ustaz Jaluli, ustaz kat DBP. Mohon maaf sangat, harini aku cari buku tu untuk tengok tajuk dengan nama ustaz semula tapi tak jumpe plak. Nanti sok-sok bila panjang umur, kalau aku jumpe semula, aku tulis balik.

Selain dari bacaan al-fatihah dan al-ikhlas yang kita boleh sedekahkan kepada jenazah, kita digalakkan juga mendirikan solat jenazah, samaada ketika ada jenazah atau tidak(iaitu secara ghaib). Hukum solat jenazah ni fardhu kifayah jika ada orang lain sudah melakukannya. Kaifiat solat jenazah ni ringkas, kita hanya perlu berdiri dan mangangkat takbir selama 4 kali.

1. Niat
2. Takbir pertama, selepas takbir baca surah Al-Fatihah.
3. Takbir kedua, selepas takbir baca selawat ke atas Nabi.
"Allahumma Solli 'ala Muhammad"
4. Takbir ketiga, baca doa ke atas si mati.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, dan rahmatilah ke atasnya."
5. Takbir keempat, dan beri salam ke kanan, kemudian ke kiri.

(Sebelum salam, boleh juga baca doa sunat, "Ya Allah, janganlah Engkau halang pahala solat kami kepadanya, dan janganlah Kau turunkan fitnah kepada kami selepasnya, dan ampunilah dosa kami dan dosanya." -tengok gambar di bawah- )

Sila klik untuk besarkan.



Setakat ni sahaja. Sekadar perkongsian ilmu dari sebuah buku. Mohon maaf atas sebarang salah silap sepanjang tulisan ni. Akhir sekali, sebelum saya sambung belajar semula, saya kat sini nak memohon seinfiniti maaf kepada sahabat-sahabat, kawan-kawan, dan semua orang yang mengenali saya andai saya ada cacat celanya, keterlanjuran kata-kata, menimbulkan perasaan tak sedap hati atau melakukan kesalahan yang sengaja atau tak kepada anda semua. Mohon dimaafkan... Sebarang ape-ape nak refleks, dialu-alukan.. Tolong doakan agar saya dan kawan-kawan menuntut ilmu dengan kebaikan dan barakah sepanjang di tempat baru... Semoga sentiasa berada di bawah peliharaan Allah...

Ni step terakhir sebelum diikat sengan tali.
Gambar disiarkan dengan izin tuan punya badan.
Sebagai 1 muhasabah.
Nanti, macam ni lah pakaian aku.

Untukku,
Takut?
Takpe, baru takut sekali dari asyik bergelak bergurau, sampai lupa Malaikat Maut menjengah kita 70x sehari...

0 thoughts from optimists:

Post a Comment