Rabu , 17/03/2010 – Pegawai Fatah Marwan Al-Barghouti, 50, yang dikenakan hukuman lima kali penjara seumur hidup di sebuah penjara Israel telah menamatkan pengajian kedoktoran dalam bidang sains politik, menurut sumber Palestin.

Al-Barghouti adalah di antara beberapa ratus tahanan Palestin di penjara Israel yang telah mendaftarkan diri di universiti-universiti di seluruh dunia, termasuk di Israel sehingga membolehkan mereka menyelesaikan pengajian mereka secara online.

Pada tahun 1999, tiga tahun sebelum beliau ditahan oleh Israel, beliau diterima Universiti Kaherah dan Akademi Penyelidikan dan Pengajian Arab, juga di Kaherah. Tesis kedoktoran Al-Barghouti berjudul “Prestasi Perundangan dan Politik Majlis Perundangan Palestin dan Sumbangan kepada Proses Demokrasi di Palestin sejak 1996 hingga 2008.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz


dipetik dari : http://palestinkini.info