200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Doa n amalan barang hilang.

Thursday, April 12, 2012
Alhamdulillah. Punya kawan2 yg sudi panjang2kan ilmu dari ustaz dan murabbi.
Berhajat buh sini untuk senang rujuk lepas2 ni..


1. Dari Us Muhadir
Mula2 solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali.

Kemudian baca doa ini :
'' Ya Jaamia'an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma' 'Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula''

2. Dari Akh Ikhwan.



Sedikit sebanyak kisah ttg doa ni.. ihsan blog sdr ikhwan
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.

Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.

Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.


Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.

"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."

3. Dari seorang Ustaz
Doa yg lebih lengkap
Doa yang lengkap seperti yang tersebut dalam kitab Guru Mulia Habib Zein:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَيْنَ ضَالَّتِيْ وَ أَيْنَ ضَلَّتْ اَللَّهُمَّ يَا رَادَّ الضَّالَّةِ وَيَا هَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ وَيَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِيْ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui dimana berada barangku yang hilang dan dimana ia hilang. Ya Allah, wahai Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang menghimpunkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, himpunkanlah (kumpulkanlah) padaku barangku yang hilang, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu

Petua lain
Ini sedikit petua cara untuk mengembalikan barangan yang hilang sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Guru Mulia Habib Zein BinSumaith yangtelah beliau ijazahkan secara khusus kepada al-fagir. Ada dua cara
1 - baca surah adh-Dhuha di empat penjuru pada tempat barang tersebut hilang, setiap penjuru baca 1x, setelah itu bacakan doa di atas. InsyaAllah, barang yang hilang akan ditemui kembali.


Moga ni kali terakhir walletku hilang.. Serik dengan benda begini.
(Sila usaha keras utk tidak ulang lagi, kalau tak, sila tadah telinga dengar  brainwash dr ayah...)

Namun ku yakin, segala apa yg berlaku ada hikmah dan pengajaran.
Maha Suci Allah dr jadikan ssuatu yg sia2.
Ade beberapa ilmu baru dapat ku cedok.
Jangan cepat berserah bahawa barang kita boleh hilang begitu sahaja.
Guna akal untuk fikir.

Namun pada yg melihat, ambillah pengajaran banyak dr kejadian ini.
Biarlah bahuku seorang yg menanggung, 
kerana Dia tahu musibah bagaimana utk mtarbiyah ku..
Smoga kita semua dijauhkan dr musibah2 yg tak diingini.
Salam tulus ikhlas.

kredit tuk along fatimah, adik hidayah, saudara ikhwan dan ustaz2/murabbi mereka.


p.s. Satu benda yg takleh lupe masa kejadian, sorang kawan cakap.. "Huda,teringat name blog awak". Sbb nama blo dulu carefulness. (nampaknya usaha menjadi careful belum berjaya dengan kes kehilangan ini  =.= *mood down*) Duh. Macam kena hempap batu je. Haha... Adeh2, sempat lagi kenakan saya. Lepas ni nak tukar name blog la. Name blog lame ni ilham abang, sayang pulak nak tukar. *akhirnya dari carefulness dah tukar jadi chang* jom hijrah:)

27 thoughts from optimists:

  1. Huda Idris said...:

    salam kenal..moga barang hilang dijumpai kembali

  1. Anonymous said...:

    doakan saya temui semula barang yang hilang.

    ~adahanis~

  1. Ashyra Jasad said...:

    semoga brg sye jga ditemui dgn selamatnya

  1. Sue said...:

    tudung saya hilang,, sayaa terlupa, kat mana saya letaknya.. semoga dengan ilmu - ilmu yang saya cari dekat internet ini akan membantu saya dalam menyeleaaikan permasaalahan saya....amin..

  1. Anonymous said...:

    assalamualaikum....
    Terima kasih kpd admin kerana telah post doa2 dan amalan diatas....
    2 hari yg lepas , sy telah kehilangan laptop sy.....
    keseluruh pelusuk bilik telah sy cari namun tidak terjumpa....

    Oleh itu sy cntact rakan sy(seorang pengamal perubatan alternatif), akhirnya, dia suruh sy mencari doa2 hilang barang di internet...
    sy pun terjumpa post admin ni.... Alhamdulillah, rupa2nya, seorang rakan sy yg tolong menyimpannya kerana bimbang dicuri kerana bilik sy tidak berkunci....Moga2 Allah dpt membalas jasa admin yg telah post doa2 ni....Sedikit perkongsian ilmu, rakan sy yg mengamalkan perubatan alterntif tuh melarang sy daripada mendoakn ke kecelakaan kpd pencuri laptop sy , malah dia suruh sy brdoa supaya dihindarknnya daripada sifat mazmumah dan permudahkan hatinya supaya pulangkan barang sy tersebut kerana doa org yg teraniaya ini makbul insyaAllah...
    oleh itu elakkanlah drpada mendatangkn kecelakaan kpd pencuri mahupun perompak lebih2 lg dengan menggunakan ilmu sihir... Astaghfirullah, syirik rakan2....
    terima kasih sekali lg kepada admin....
    assalamualaikum...

  1. Anonymous said...:

    Doakan saya ya semoga barang saya dapat diketemukan

  1. Anonymous said...:

    4.20am aq tersedar brg yg di amanahkan org tlah hilang,,,..4.30am bergeges d tempat terakhir aq mmegang brg tersebut.... 4.55am brg sdah tiada...,rasanya tukang sapu dah jumpa dulu..5.17am call org yg bg amanah n cerita tentang kjadian,,,.5.40am serba x kena ,,cuba tnangkan diri buka leptop cr doa,, ..jumpa... sya akan cuba .. terima kasih...

  1. Sigit Basuki said...:

    Terimakasih udah share...dan beberapa hari yg lalu saudara perempuan saya kehilangan motor, tp setelah amalan ini dijalankan, alhamdulillah motor sudah di kembalikan...subhanallah...salam kenal (sigit from Indonesia)

  1. Unknown said...:

    Alhamdulillah..terima kasih admin kerana post sesuatu yang amat berguna..Alhamdulillah, dengan izin Allah, selepas mengamalkan doa dan amalan di atas, saya bertemu smula dgn barang sy yang hilang selepas 2hari..semoga Allah merahmati admin dengan rahmat Nya yang tak terhingga..aamiiinn..

  1. Anonymous said...:

    terima kasih coz upload doa ini..mohon restu admin untuk mengamalkannya...moga admin mendapat pahala yg berlipat ganda..

  1. Unknown said...:

    saya mohon izin untuk mengamalkannya. terima kasih
    barokallahulak

  1. cahaya said...:

    Huda.. Jazakillahu khair sharing :)

  1. Huda Idris said...:

    'afwan...barakAllahu lakum.. smg Allah memudahkan segala urusan dalan kebaikan dan ketaatan pada-Nya...

    ameen3x..

  1. Asyari said...:

    udah 2 haari ini sya kehilangan barang berharga saya Tas beserta isinya ,,kehilangan di mesjid lagi.... Insya Allah dengan yaqin Kepada Allah SWT dan coba mengamlkan doa ini semoga barang saya ditemukan kembali..... Aamiin
    (@Sambas, Indonesia)

  1. juga dgn izin Allah.. doa ini berkesan utk saya

  1. Anonymous said...:

    boleh ke kalau ia digunakan untuk haiwan belaan kita yg hilang seperti kucing,sugarglider,hamster atau lain lain??

  1. VillaPengantin said...:

    Alhamdulillah jumpa tulisan ini. Kucing saya hilang. Insyaallah akn saya lakukn degera. Hanya padamu ku menyembah ya allah dan hanya padamu ku memohon pertolongan. Amjn.

  1. Anonymous said...:

    salam. hari ni 27/08/13 gelang sy hilang. last seen by me 7:30a.m. sbb teringat x pakai jam dan mmg yakin gelang tu masih ada. baru kejap td perasan da xda. org first notice gelang xda (kak ipar) ckp masa pergi rmh dia (12:30p.m.) da xda da gelang tu dkt tgn sy tp dia x bgtau pon sbb igt saja x pakai. nak amalkan doa ni dan esok akan usaha cari dkt jalan yg pernah lalu hari ni. moga ianya masih rezeki sy tp kalau xda akan redha dan terima semua yg jd ada hikmahnya. doakan sy. terima kasih utk post ni

  1. mantoba said...:

    assalamu'alaikum, mohon keizinan tuan bagi saya mengamalkan amalan tersebut.

  1. Anonymous said...:

    Assalamualaikum...
    Mohon izin kan saya amal amlan trsbut

  1. Anonymous said...:

    InsyaAllah saya amalkan. Kucing saya baru saja hilang..

  1. Anonymous said...:

    Salam , saya mohon izin amalkan doa tersebut. Doakan kucing saya hilang dapat jumpa balik ��

  1. Unknown said...:

    Mohon keizinan amalkan doa ini, kucing ku hilang dah buntu mencari.
    Masuk hari me 4 hari ini .
    Inshaaallah

  1. Unknown said...:

    kucing saya hilang 5 hri..semoga doa ini dapat meringankn beban saya mencari kucing kesayangan

  1. Unknown said...:

    Wallet saya hilang beserta kunci rumah saya dekat grab tgl 31-3-2019. Saya dah report polis dan dah pi dekat grab center tapi tak ada hasil apa pun. Mereka hanya membingungkan saya tentang aturan2 repot kes ni. Semoga saya di mudahkan mencari sendiri barang saya tu. Jika mmng barang saya tak dapat kembali juga semoga allah bantu saya mengikhlaskan.

  1. hana said...:

    Mohon izin amal doa ini dan amalannya..JazaakaLLAH,semoga barang saya yang hilang ditemui kembali..aamiin

  1. mas said...:

    Kucing saya hilang....semoga Allah mengembalikan kucing saya semula dalam keadaan sihat

Post a Comment