200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

::: Pengalaman ::: Umrah 1

Friday, January 27, 2012

Salam 'alaik.

Semoga hati kita masih segar di bawah nikmat iman dan islam.
Ya Muqollibal quluub, sabbit quluubana 'ala deenik.

Memang ada niat nak tulis panjang pasal pengalaman umrah masa cuti ni. Entah nape, dah 6 bulan berlalu baru rasa tahu nak tulis apa. Sebelum ni, tak reti macamane nak mulakan.

Titik mula
Kalau orang tanya aku pasal gi umrah, n dia bgtau hasrat yang sama, aku akan cakap, first sekali, start dengan niat. NIAT. Niatkan dalam hati nak pergi bila, dan doa. Macamtulah aku mula. Terdetik kat hati lepas tengok Aisyah Md Noor ng Masturah gi umrah, aku dah niat. Seingat aku, aku pernah komen kat post umrah yang mas tulis kat blog dia, aku komen, doakan aku sampai sana tahun depan. Dan Alhamdulillah, Allah maha Mendengar. Betul2 tahun depan lepas aku komen tu, Allah izinkan aku pergi sana. Time final exam sem 2, aku ajak2 ayam parents ng adik beradik gi umrah. N lepas final exam, Allah mudahkan urusan. Ayah plak jumpe sahabat dia yang jadi mutawwif, jadi urusan jadi makin senang. Kami tak guna Andalusia/Rayhar, tp just syarikat kecik je, Sri Wangsa Holiday dengan khidmat seorang mutawwif, Us Nasurdin. Yang juga kawan ayah. Bila ayah dah kenal, jadi lebih senang dia nak berurusan..


Sebelum pergi
Sebelum pergi, makcik Ziah bg nasihat kt aku, "Banyakkan SABAR ye. Sabar dari sekarang". Mula2 aku pelik sangat kenapa dia memintaku bersabar. Mula2 aku sekadar angguk buat2 faham. Lama2, barulah aku faham. SABARlah anda dari buat maksiat. SABARlah anda dari marah. SABARlah anda dari sesuatu yang bisa mencabut kesabaranmu. Huhu. Makcik ni baru balik umrah, dan bila dia tahu aku bakal menjadi tetamu Allah, dia nasihat mcmtu. Makcik Ziah ni seorang muslimat, kenal sebab pernah sama2 bekerja dan wat khidmat masyarakat dengan dia...

Pada sesiapa yang tahu, aku pergi umrah bulan 5 thn 2011, 4 orang je, ayah ma, dan mak sedara. Pada mulanya, merancang nak pergi dengan 3 lagi adik beradik, tapi di saat2 akhir, sorang2 x dapat cuti. Kakak nak genapkan tahun kritikal dia. Sorang kakak baru je kerja, risau nak mntak cuti lama. Nak wat pasport dll tu pun kena mintak cuti gak. Adik baru start sem, akan busy dengan registration dll. (padahal nak je aku ajar dia ponteng, tp utk kesejahteraan semua, ayah galakkan dia utk datang kelas.) so.. belum rezeki mereka nak pergi lagi. Dan aku yang 5 bulan cuti ni, alhamdulillah free boleh pergi. Abang pun x nak ikut, katanya tak berminat.

Alhamdulillah, urusan pasport, gambar, tiket, dll berjalan lancar.

Cume sebelum pergi, ada beberapa insiden yang menimpa aku. Beberapa kejadian yang berturutan nilah yg sedikit sebanyak mematangkanku. Dijadualkan aku jadi komiti program 4 hari sebelum fly, so minggu sebelum tu mmg agak all out utk menjayakan program ni. Program luar. Sape yang tahu, tahulah. Nak wat tu, memang agak tensed. Banyak benda perlu diconsider. Aku ulang alik berjumpa orang sini sana, di hospital, di rumah, di kedai makan. Pastu, nak dijadikan ujian untukku, kereta kena langgar kat bandar... langgar sikit je, tapi kena gi workshop juga. Allah maha Mengetahui. Mungkin Dia nak selamatkan aku dari perkara yang aku tak mampu hadapi, lalu Dia datangkan seorang wanita cina yang boleh tak nampak kereta aku bila nak keluar simpang. Dan beberapa perkara yang agak menguji imanlah. Time tu memang aku tak prepare pun lagi barang2 nak gi umrah, sebab utamakan program ni yang 3 hari lagi awal dari hari fly. At last, program tu terpaksa dibatalkan. Macam2 perasaan datang dan pergi waktu ni. Kejadian2 yang berlaku dalam linkungan ni mmg memberi "hard hit" untukku. Susah nak menerima, namun 1 pesanan hikmah dari makcik ziah, SABAR sahaja yang boleh membantu. Mungkin masa ni gunanya SABAR into practise. Nah rasakan, susah senang nak berSABAR.


Dan ketika itu aku rasa, umrah aku memang datang tepat pada masanya............. Umrah untuk membawa diri. Umrah untuk mengosongkan jiwa dan minda. Masa utk membawa jiwa. Jauh dari kekusutan hal-hal dunia. Ya, kembara ini kembara jiwa! Bukan sekadar suatu kembara jasad. Kembara ini kembara hati. Aku memasang niat, moga-moga umrah dan ziarah ini mampu mengelokkan mana yang cacat, menyegarkan mana yang kusam, menghidupkan mana2 semangat, ruh2 dan sel2 yang telah mati dalam diri.


Boarding Day. Family Kak Long antar sampai airport Kuantan je. Kakyi join naik flight ke KLIA. Masa ni teringat abang long muhammad duk nangis kena tinggal. Terharu plak rase, sebab sebelum ni dia n nabil sokmo duk umah ngan aku. Dah mintak maaf siap2, sebab tak tahu umur kita panjang pendek. Di KLIA, kakngah n anak2, kakya, cik yah (pn Azizah) sepupu mak, datang hantar kami. Alhamdulillah... tkasih pada yg datang n mendoakan. Aku banyak diam je, sebab aku tak tahu ape yang bakal kuhadapi sepanjang perjalanan kan. Dah dipesan jaga mulut, jaga hati dari ape2 lintasan buruk. Ni mungkin manifestasi "SABAR" macam yang dinasihati makcik Ziah padaku awal2 dulu.


Dalam flight. Amik seat sebelah ma. Perjalanan yang sangat paaaanjang dan lama. 9 jam. Bertolak 12 tghari Malaysia, tiba jam 9 malam Malaysia n 4 petang Jeddah. Sempat juga aku koreksi diri dan betulkan paradigma. Aku masih lg terkejut dengan apa yang menimpa diri aku. Sesekali aku adukan pada Ma. Ma seorang yang sangat memahami. Responnya luhur dari pandangan seorang ibu. Ada juga dia bg pandangan mewakili ayah. Sedikit sebanyak aku lega kerana dapat menyelami n mencungkil isi hati ibu ayah. Allah Allah. Detik2 dalam flight adalah detik2 manis aku dengan ma! Bertemankan pemandangan2 di luar tingkap yang sangat mengujakan. SubhanaAllah benarlah Allah maha Hebat. Sampai ade salji melekat kat tingkap, aku ngan ma 2-2 jakun, ingatkan tingkap retak tadi.. memang kampung.. huhu.



Jeddah
Sesampai di Jeddah, kami tiba di airport yang baru, x siap sepenuhnya. Sampai pukul 4 petang. Masa ni, ada beg sorang ahli jemaah hilang. Rombongan kami paling lambaaaat keluar dari airport gara2 tak jumpa beg makcik ni. Sian kat makcik ni, datang sorang2, tumpang mahram orang, tiba2 beg dia hilang. Aku panggil dia makcik Nik. Orang Kelantan. Peramah n baik orangnya. Dia hanya ade 1 beg je, mujur duit2 dia ada kat beg petak kecik yang dipegang. Cari punya cari, adu punya adu, at last mmg x jumpa. Akhirnya, kami semua diminta mutawwif naik bas menuju ke Madinah memandangkan hari sudah lewat. Dalam jam 10 malam jugak masa tu. Jeddah ke Madinah ambil masa dalam 7-8 jam. Dalam bas, semua amik kesempatan utk tidur, sebab kalau kira, hampir 24 jam tidak tidur bermula dari Malaysia.

Masa ni first time aku belajar tentang orang Arab. Jangan anggap sistem airport kat semua tempat smooth macam kat KLIA. Lain tempat lain cara. Sempat lagi kami beratur panjang dulu, barulah geng2 pak arab amik tempat di kaunter. Namun, aku hanya memerhati dan memahami. Tidak bercadang untuk komen lebih2, kerana teringat pesan hikmah suruh banyakkan berSABAR. Tanah orang, jangan komen lebih2, bila2 masa Allah boleh tunjuk.

On the way nak pergi ke tempat bas pun, rilek2 je orang2 Arab bersidai2 kt airport. Sedangkan airport ni suatu tempat yang agak berprestij jugaklah kan kalau kat Malaysia. tapi airport kat Jeddah ni, macam ala-ala pasar n terminal bas. Ada segolongan orang2 Arab duduk berkumpul berbincang. Seolah2 x hirau dengan tetamu dan pelancong2 dari luar yang datang. Aku suke suasana ni. Suasana masyarakat yang lebih hidup. This is coool! Tak de skima2, tak de standard2 sangat. Ala2 masyarakat kat indon. spt yg digambarkan dlm beberapa novel yang aku baca. Tapi sdikit sebanyak suasana ini akan bg impresi yang sederhana pada tetamu dan pelancong yg datang melawat......

Keterujaan
Antara perkara2 terawal yang mengkagumkan aku di tanah arab..adalah..bahasa arab! Sekarang aku berada di dunia yang betul2 menggunakan bahasa arab. Kalau dulu2 setakat belajar untuk exam n prasyarat universiti, kat sinila engkau nak guna walaupun hanya pass level 1. pandang papan tanda tandas, tulis arab. kat mana2 bahasa arab. n lebih mengkagumkan, bila di mana2 pun, boleh jumpa kalimah2 al-quran. sebagai penyambut tetamu mahupun peringatan. subhanAllah=) bangsa arab bangsa yg dimuliakan dengan al-Quran.


Gambar atas, kiri - Gurun. Nice!
Gambar atas, tengah - Di atas awan.
Gambar atas, kanan sekali- kalau perasan, ada retak2. Itulah yang aku dan ma sibuk risaukan..
Gambar bawah, kiri - Airport Jeddah.
Gambar bawah, kanan- Kalimah MasyaAllah tabarakAllah menyambut pelanggan. Kat sini kami minum as-shai(teh). Otw ke Madinah.



Huh, panjang pulak esei ku... InsyaAllah lepas ni akan sambung entri seterusnya.. pengalaman berada di Madinah... insya Allah jika Allah izinkan.....

entri2 selepas gi umrah yang berkaitan..
1. Jabal uhud dan kisah yg tersimpan
2. Tawaf is a circle- nasihat drpada seorang makcik

4 thoughts from optimists:

  1. I.N.T.A.N said...:

    salam dik huda,
    saya tgh blog walking and found ur sweet blog.

    mmg dik xkenal saya, kalu sy nk minta dik tlg sama2 doakan semoga saya dan mak saya boleh ke sana juga...boleh?

    jzkk.

  1. Huda Idris said...:

    salam kak, terima kasih atas komen..insyaAllah, yang terbaik utk akak dan mak akk... smg urusan hidup kak selalu dipermudahkan Allah :)

  1. FAIZMIN said...:

    cite yg agak bagus, kalu leh jgn post gambar dlm satu frame, x brp nmpk

  1. Unknown said...:

    I think you must be from Indonesia i can't understand your language but i m sure you have good trip if you are interesting to do it again i recommend cheap umrah packages for you through which you can perform umrah again and again.

Post a Comment