"Em.. bleh makcik terang?" aku lebih selesa memanggilnya pakcik. Kebetulan Allah menemukanku dengan seorang makcik yang seolah-olah seperti pakar motivasi.
"Tu.. tawaf tu kan bulat. Kadang-kadang kita di tengah, kadang2 di tepi. Kita pusing. Sekarang di Multazam, kemudian di tepi Hijir, kemudian ke Rukun Yamani.
Macamtulah hidup ni. Kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang di bawah.."
"Aa aa.." Aku mengiyakan sambil terlopong.
"What you gives, you get back!"
"Aa aa.. " Aku mengangguk-angguk.
"Aaa.. belum kot. Ceritalah makcik. Best plak dengar makcik cerita. Sementara belum masuk waktu ni.." sambungku sambil-sambil duduk menunggu waktu Maghrib. Saf-saf semakin penuh. Masih ramai jemaah yang tak putus-putus bertawaf di sekeliling Kaabah.
"Ok.. Ada satu ladang teh yang luas... Dan kita adalah petani. Tuan ladang bagi kita kerja untuk kutip teh. Kerja kita kutip teh. Kita petani..bangun pagi-pagi nak kutip teh. Kita bawak bakul belakang kita, lepas petik daun teh, letak dalam bakul yang kita galas. Lepas subuh, kita bersemangat nak siapkan kerja macam yang tuan kita suruh. Teh, macam2 jenis. Ada kat bawah bukit, ada kat atas bukit. Kita start kutip dari yang bawah bukit lepas subuh. Kita duk asyik sangat kutip teh, tegok-tengok dah sampai separuh dah kita kutip. Boleh agak ape point makcik?"
"Emmmm..boleh kot. Lepas kutip teh, kita hantar kilang, dapat hasil" jawabku.
"Ha'a..ada dah kena sikit tu."
Aku senyum. Makcik sambung.
"Erk." Penghujung yang tak aku sangka.
"Tak sangka kan?"
"A'a.." Aku jawab ringkas sambil mengangguk.
"Tuan ladang tu suka tak tengok teh kita sedikit sebab kena makan ulat?"
"Kita tak sedar.. sebanyak mana amalan kita yang benar-benar sampai kat Allah.. banyak mana yang Allah terima.. kita ingat bakul kita dah penuh, rupanya ade ulat.." simpul makcik tu.
"Em..." khusyuk aku memasang telinga.
"Amalan kita..kait dengan hati. Kita kena recheck. Selalu check hati kita. Takut-takut amalan yang dah kita buat tu rosak. Kan rugi..."
"A'aaa.." aku mengangguk dan tersenyum.
Tak lama kemudian, azan maghrib berkumandang. Makcik itu menutup tafsir di hadapannya dan meletakkan ke atas rak. Aku memohon pergi dahulu untuk menyempurnakan wudhu'.
SubhanAllah. Pertemuan yang tak disangka. Makcik yang nampak pendiam duduk memegang tafsir, sekali menyapa, macam-macam hikmah yang dia sampaikan. Seorang yang bekerja di hospital, namun memberi nasihat selembut seorang ibu dan sesemangat seorang pakar motivasi.
"Makcik ni macam seorang pakar motivasilah.."
"Eh..takdenya motivasi.. Sikit-sikit bolehla.."
"ingatnya kerja cikgu tadi.."
"75% orang yang makcik jumpa, cakap makcik ni cikgu.." balasnya.
Pada awal perbualan, memandangkan makcik dah lama bekerja di hospital, dan tahu aku bakal bekerja di hospital insyaAllah, dia memulakan bicara dengan suatu harapan... perubahan cara mendidik pesakit-pesakit di hospital.
"Kamu, masa depan nanti... Jihad kamu, mendidik pesakit-pesakit di hospital. Didik solat, didik terima ujian dengan redha..
Yang mereka tahu, sakit sakit.. Mereka tak nampak sakit itu ujian.. Ujia tu dari sapa.. Dari Allah.. Kalau mereka faham, sakit itu ujian, ujian tu dari Allah, mereka akan redha..
Yang ni... hanya tahu sakit, nak ubat..sembuh..
Ubat tu pun dengan izin Allah, sihatkan penyakit tu.. Doktor yang rawat tu.. dengan izin Allah juga.. baru sembuh sakit.."
"Doktor dan ahli farmasi sebagai wasilah.." ujarku.
"Ya...Farmasi tak banyak kerja sangat, mereka kalau tak sembuh lagi, datang balik jumpa makcik, kena diagnosis lain.." tambah makcik tu yang bekerja di makmal patologi..
"Hu.. terima kasih atas nasihat makcik.."
"Ada akal, fikir! Ada mata, lihat!" tambah makcik.
1. Sampaikanlah yang baik2. Janganlah kedekut dalam menyampaikan, kerana hidup kita ibarat roda, apa yang kita bagi, itulah yang akan kita dapat.
2. Sentiasa waspada dengan amalan kita, recheck hati supaya amalan yang kita buat, tak rosak seperti ulat yang makan daun teh. Sebelum menyesal sebelum menghadap Ilahi.
3. Didik pesakit dengan nilai-nilai Islam yang indah. Sakit itu rahmat.
4. Gunakan nikmat2 Allah dengan baik..akal, telinga, mata, dan sebagainya..
Kaabah itu rumah Allah. Jemaah yang datang tetamu Allah. Bukan menyembah Kaabah, tapi menyembah Allah. Jemaah yang datang beroleh banyak berkat. Mungkin, kehadiran makcik ini padaku selama beberapa minit merupakan rahmat Ilahi. Alhamdulillah bertemu di rumah Allah, dengan izin-Nya.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment