200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Kenapa memilih farmasi?

Friday, June 12, 2009
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil’alamin...

Antara langkah-langkah penyediaan sebelum masuk main camp, pencerahan diri sendiri terhadap farmasi perlu dibuat... Alhamdulillah, Allah izinkan aku menceduk sedikit ilmu hasil chat dengan prp pharmacist, kak Zarith .

Kalau orang tanya aku, “Kenapa pilih farmasi?” Hm.. aku mungkin tiada jawapan exact untuk menjawabnya.. Atau aku mungkin menjawab, “Sebab tak nak amik medic.” Hehe. Ataupun “Sebab suka chemistry waktu sekolah,” Ataupun maybe akan terlintas, “Sebab tak tahu dah nak amik ape..” .Macam orang tiada pendirian. Aku ni bukanlah orang yg super genius untuk suka-suka pilih kos yang ada, buktinya pelajaranku di matrix pun tak maintain langsung. Hatta, kelayakan minima sebenar kos ni pun tak aku capai, tapi syukur, lantaran budi baik bicara UIA terhadap pelajar-pelajarnya, aku diterima masuk ke kos ni. Kalau mahu kira aku belajar farmasi sebab minatkan chemistry, tapi kenapa subjek kimia 1, 2, dan 3 kat matriks takde langsung yang aku skor mumtaz.. Sungguh teruk. Tapi, hakikatnya Allah yang maha mengetahui setiap perkara, masih ditempatkan-Nya aku ke dalam kos ini, mungkin sebagai petunjuk supaya aku berjuang dalam bidang ni... Mungkin aku mampu menghadapinya... Wallahu’alam.

Setelah habis sem 2 matriks, aku memang terkejut ramai yang bertukar kos, ke medic dan dentist... Betulkah mereka tukar sebab minat, atau ada sebab-sebab lain... Hairan memang hairan, sebab setelah aku melihat seorang student yang baru lepas belajar medic selama 5 thn, macam nak lelah aku tengok dia, kasihan pun ada juga, aku rasa medic memang terlalu mencabar, dan siapa yang suka-suka tukar medic tanpa minat yang mendalam, aku risau mereka akan menyesal nanti.. oho, mintak maaf akan kenyataan ini.. Walaupun aku sedih sebab ramai kawan dah tukar kos, tapi takpelah, semoganya segala yang terbaik untuk kamu semua.. Biarlah farmasi menjadi kos yang paling kurang popular di antara 3 kos itu... dan biarlah aku belajar farmasi dengan jayanya.. dengan izin Allah. Semoga kau dan aku cemerlang dalam bidang masing-masing, semoga kita beroleh dean’s list tiap-tiap semester, amin, amin amin.. he he.. Semoga cemerlangnya kita, berguna buat agama suatu hari nanti, bukan berguna buat diri sendiri je.. insyaAllah!!

Ok, masuk cerita... Belajar farmasi ni 4 tahun kalau di UIA. Ada seorang kakak ni bagitahu, bila tahun ke 3, baru rasa seronok nak jadi ahli farmasi ni. Maksudnya, pendedahan tu lebih meluas, dah start praktikal@klinikal. Waktu belajar, banyak pergi lawatan (ni yang best ni), gi kilang-kilang dan sebagainya. Farmasi guna pointer, bukan pass/fail macam medic.

Dan dipendekkan cerita, selepas belajar, perlu housemanship selama setahun di hospital kerajaan... Waktu ni, seseorang tu dipanggil sebagai PRP (pre-registered pharmacist), kalau doctor plak dipanggil HO( hospital officer). Cuma yang bezanya, HO 2 thn h/manship, PRP pulak 1 thn... Dan bila dah habis, boleh naik ‘pangkat’ jdai FRP yakni fully registed pharmacist, kalau doctor plak, bila dah habis houseman dikenali sbg MO... Tp bagi yang nak smbung masters, boleh apply waktu jadi PRP, dan tak perlu apply untuk FRP. Bila dah FRP, kiranya dah dapat lesen pharmacist dah, dan boleh kerja, tapi dengan syarat kerja dengan kerajaan 3 thn sebelum kerja sendiri...Maksudnya sebelum kerja sendiri tu kena kerja 1+3 tahun. Kerja sendiri tu maksudnya nak bukak perniagaan ke, nak kerja swasta ke, dan lain-lain. TAPI, kalau pemegang scholar JPA, perlu tambah 3 tahun lagi kerja dengan kerajaan. Total 1+3+3= 7 tahun.

Kalau kat hospital, ada bahagian-bahagian dia, outpatient, ward round, dan lain-lain.. Nak terperinci boleh baca dialog chattingku dengan kak Zarith.. rasanya tak perlulah aku nak salin semua balik...Cuma nak tambah skit lagi, antara istilah-istilah yang baru belajar semalam :

TDM- therapeutic drug monitoring (kena adjust dose dan bagi suggestion dose kat doctor)
Satelite pharmacy – ’cawangan’ dari inpatient dpmt untuk meringankan beban kerj yg banyak
Locum- kerja dengan farmasi luar utk dapat extra income semasa kerja dengan govt
enforcement-g wat check farmasi, kedai2 ubt cina, kedai2 mkn
Outpatient dpt, inpatient(inpt) dpmt, TPN pharmacy, DIC, stor deparment.

Selebihnya, boleh baca terus dari perbualan kami semalam. Aku kepilkan sekali yang dah diedit. Semoga bermanfaat.


Klik untuk besarkan. Mmg ni buah tangan utk sahabat2. Save pun boleh.. Saja background love, kasi sayang lebih sama farmasi. Huhu




Khas buat Nani, Ika, Ika Huda, Yana Abd Rahman, Arifah, Faiqa, Najwa, Najihah, Kak Sarah, Adibah, Hafizza(shah),
Kak Sa, Kak Muni, Che Nat, Aisyah, dan Husna ganbatte~ chaiyok~ sama-sama kita berjuang ye^^
Ye.. tak lupa juga yang dah tukar kos... Kak Ain, Wan, Sarah Zahrawi, Sarah Shah, Syuha, Idayu, Asma, Alia, Wani, Izzati Naseri, dll.. chaiyok juga~

Buat Liyana Nordin, semoga Allah permudahkan urusan kamu...
Dan semua kawan2 sahabat handai... selamat memartabatkan Islam..!


sedikit je ni yang dapatku kongsi... faham ke? ni ada link yg lebih tersusun : Hospital Sibu-unit farmasi

KAK ZARITH, thank u soo much! All the best for you and Kak Shaabana~

Wassalam :)

p.s : dpt/dpmt/dept -deparment, pt -patient, dispens-dispensari.

Darul,
4.00 pm,
120609

22 thoughts from optimists:

  1. izzahfarhana said...:

    hehe gud luck huda!sy nih tatao nk ami apee

  1. DaruL said...:

    wahhh izzah. baru je hanta dah ade komen.
    kalau sy physc, saya prefer sains kewangan (ye ke camni eja dia??). sbb nak cepat faham ekonomi. leh wat dinar emas, n... cepat kaya. heh, berangan sungguh.

    thanks 4 dropping by~

  1. Anne said...:

    Salam,
    saya nak tau..
    sthu sya, pharmacist ni kerjanya bg medical prescriptions kt psakit kn?
    jd klw pharmaceutical yg buat ubat 2..apa nama course dia?

  1. DaruL said...:

    wassalam, mintak maaf lambat reply.. baru perasan

    anne, yg bg medical prescription islah doctor, bukan ahli farmasi.

    ahli farmasi yang mendispense ubat-keluarkan ubat,
    dan ahli farnasi juga belajar tentang buat ubat, dan sifat2 ubat tersebut..

    sekian, selamat memahami farmasi,

    utk tahu lebih lanjut, bleh lawat blog ni
    http://gentamycin.blogspot.com

  1. Anonymous said...:

    salam akak , saya budak lepasan spm. Nak tanya sikit kan, antara kos medik n pharmacist, akak bsuggest yg mana? saya sekarang nie , berminat nak amek antara 2 kos nie. tapi, ntah la cam confuse. Nak amek medik , ramai org kata susah la , apa la, cuba akak bagi pendapat sikit. thanks a lot akak :)

  1. DaruL said...:

    wa'alaikumussalam warahmatullah..:)

    name sape ye dik?
    1. tanya pade diri adik balik, minat adik macamne? kalau minat utk diagnos penyakit, jumpa orang, ambillah doktor.jika kurang minat bersosial, minat deal dengan ubat-ubat, ambillah farmasi.

    2. dua-dua kos ni same tough. ada aspek ,farmasi lebih tough, ada aspek medic tough lagi.

    3. lepas dah bertimbangkan baik buruk,tanya family n teman2 , istikharahlah, tanya Tuhan.

    All the best:)
    salam dan doa dari akak. muda dipermudahkan urusan.
    Doakan akak juga, sedang periksa final sem tahun 4,
    Kuliyyah of Pharmacy, IIUM.

    ~Huda Idris

  1. Anonymous said...:

    Akak Huda :)

    Assalamualaikum
    Nama saya Mursyida. Akak, sebenarnya mula-mula tu ingat nak ambik medik tp bila fikir balik saya sebenarnya lebih minat chemistry drpd bio. Adakah saya patut ambik pharmacist? :) Bagaimana dengan peluang pekerjaan pulakk eyh ?

    p/s : Insya' Allah sy doakan akak . Doakan sy sekali eyh untuk result SPM nanti. :)

  1. DaruL said...:

    wa'alaikumussalam warahmatullah
    peluang kerja lebih kurang ja. kalau dapat JPA, masuk gov n habiskan kontrak dengan JPA..

    minat chem, amik farmasi lah =) farmasi belaja macam2, integration of chemistry, biology, botani, physics(dalam subjek physical pharmacy) =)

  1. fiekah said...:

    Assalamualaikum kak,sy ikah,nk ambik kos farmasi mst ada sbjek fizk kh?

  1. Anonymous said...:

    assalamualaikum wbt. saye nak tanye soalan yg agak mengarot sikit... bidang farmasi ni termasuk dlam sains dan kesihatan kan?
    untuk menjadi seorg ahli farmasi, ade kriteria tertentu ke dari segi fizikal? mksd saye, untuk jadi ahli farmasi nie kene ade bdan yg kurus dan sihat ke?

  1. DaruL said...:

    wsalam, ya. nak cakap kena ada tu mungkinlah tak semua mampu. tapi yang penting kita berusaha ke arah yang lebih baik, sbb nanti kita juga nak educate ppl ttg kesihatan.

    -huda idris
    -revision week. mohon doa dipermudahkan.

  1. DaruL said...:

    fiekah : fizik tidak berapa penting sangat

    maaf lambat :)

  1. Anonymous said...:

    assalamualaikum kak...saya nak tanya ..kiranya kita tak jadi frp lagi la tyme sambung master pastu lpas habih master bru kita apply frp n then keja 3 tahun with kerajaan..gitu ke ceritanya????

  1. ummi athirah said...:

    assalamualaikum kak. saya berminat dalam bidang pharmacy. tapi im not sure sendiri or pengaruh parents. tapi saya memang minat subject chemistry. btw, bidang ni basically belajar chemistry and little bit biology ya?

  1. DaruL said...:

    ummi athirah: wsalam wbt dik. sebenarnya, 2-2 pun guna dan 2-2 pun penting.

    Ilmu chemistry lebih banyak guna untuk bidang 'industrial pharmacy', where it relates to dosage design, drug invention, etc..

    Meanwhile, Biology is also quite important as it help us in clinical part. Belajar biologi manusia, apa nasib ubat dalam badan, miracle of what Allah creates, memang subhanAllah sangaaaat2 interesting :))

  1. DaruL said...:

    anonymous : sooryyy lambat reply! Masa sambung master tu pun dikira sebagai FRP=)

  1. Anonymous said...:

    assalamualaikum, saya bakal grad dr cfs beberapa minggu lagi. minggu dpn ada interview utk ke kuliah pharmacy. ada apa2 tips tak? dan apa subjek yg perlu strong utk ambil course ni? tq

  1. Anonymous said...:

    Asalamualaikum .. Saya nak tanya, utk menjadi seorang ahli farmasi, kalau study dekat matrikulasi kena ambil jurusan sains modul yg mana ?

  1. Anonymous said...:

    Assalammualaikum kak..lepas abis ijazah dlm bidang farmasi ni..nanti senang tak nak sambung blajar(master)
    Akak dkt IIUM eh..brpe tahun ye kak? Yang x ad asas arab boleh masuk x? Bidang farmasi dkt IIUM di ngeri mane ye? Tq

  1. Huda Idris said...:

    wsalam wbt.

    maaf atas kelewatan membalas.
    kos farmasi di IIUM 6 tahun semuanya (2 matrikulasi, 4 degree)

    master bedasarkan pencapaian. iAllah x susah:)

  1. JohnDaus said...:

    ASsalamualaikum
    jika berminat utk belajar farmasi di malaysia blh watsapp saya 0162634270.

  1. Unknown said...:

    assalamualaikum akak nk tnya, univeristi kt malaysia yg plg ok utk bdg farmasi ni ape eh kak ?

Post a Comment