200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Islamophobia

Tuesday, June 23, 2009
"Ketika orang-orang kafir menanamkan kesombongan dalam hati mereka (iaitu) kesombongan jahiliah, maka Allah menurunkan ktenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin, dan (Allah) mewajibkan kepada mereka tetap taat menjalankan kalimat takwa, dan mereka lebih berhak dengan itu dan patut memilikinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (48: 26)

"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi."
(48 :28)


Bila aku fikir-fikir, kenapalah orang-orang bukan Islam (sila baca : orang kafir) sangat memusuhi Islam, dan bila aku teringat ayat-ayat Allah kat atas tu, aku pun buat kesimpulan awal di atas pemikiran yang cetek ni, mungkin sebab diorang benci bila Allah janjikan kemenangan dan ketenangan ke atas orang-orang beriman. Dan mereka mungkin takut dengan janji-janji Allah, dan disebabkan 'hamiyyah'-kesombongan yang tinggi, mereka menentang Islam habis-habisan... berasa jijik dengan Islam.. atau sengaja menyuntik fikrah 'islamophobia' dalam diri sepekat-pekatnya..

Ni antara kenyataan2 mereka yg islamophobia, terasa nak tembak je sorang2. LINK

Pandainya mereka.
Pandainya mereka, memusing apa yang dipusing. Setuju tak jika aku cakap, hasil dari kebencian dan ketakutan mereka, mereka berjaya mencipta pelbagai idealisme sebagai contoh, hedonisme, pluralisme, sekularisme, LIBERALisme, dan segala isme2 yang lain. Tambahan dengan jarum2 suntikan dari beberapa S dan F (sex, song, food, sport) yang kita nikmatinya hari-hari. Tapi tanpa sedar, kita seronok menikmati dunia ciptaan mereka.

Pandainya mereka.
Akhirnya, atas usaha-usaha yang bersungguh, kepekatan 'islamophobia' mereka tercurah dalam cara yang halus kepada kita, remaja-remaja Islam sedikit demi sedikit. Kita mungkin menjadi fobia jika perlu mengikut ajaran Islam secara menyeluruh. Bahkan, dahulu, aku pernah fobia kepada mereka-mereka yang sering berjubah dan bertudung labuh... Pernah ada perasaan macam ni x?

Kini
Hakikatnya orang-orang kafir jauh, tapi, segala macam perang pemikiran mereka, sampai kepada kita, kita yang mengambil Islam sebagai ritual dan adat resam... Islamophobia ini ancaman untuk kita? Atau kita dah menjadi mangsa? Mereka akan bergelak ketawa keriangan andai melihat kita terkapai-kapai jauh dari Islam yang hakiki. Berjayalah misi mereka... 1 muhasabah.

Aku doakan agar kita dapat mengamalkan Islam yang sempurna, kerana di situ kunci kejayaan dan kemenangan kita... *TAQWA*


takbir~!

2 thoughts from optimists:

  1. btoi3..setuju3..
    lagipun tanda2 kiamat kan..banyak alim ulama meninngal dunia...
    orang Islam ramai di atas mukabumi tapi yang benar2 Muslim dan Islam tu sangatlah sedikit~

    ingatlah selagi mana kita tidak menegakkan kembali tamadun Islam di atas mukabumi Allah ini..selagi itulah kita semua berdosa~

    renungan untuk diri sendiri dan enti~

  1. DaruL said...:

    salam akak, syukran kathirrrrr.

    sebenarnye... saya nak kaitkan...
    janganlah rasa terasing jika kita perlu bertudung melabuhi paras dada, kerana itu satu keperluan..
    janganlah rasa extravaganza jika kita berqiamullail, kerana itu juga satu keperluan..
    janganlah rasa terasing akan sesuatu perkara yg nampak islamik, hakikatnya itu satu keperluan..

    tapi, takut nak menulis.. takut diri sendiri pun tak betul.. HA5X. tapi bila teringat islah nafsak wad'u ghairak... saya tulih gak kt sini..

    smg istiqamah..^^
    everything i wrote is for me especially
    haha, dedah kelemahan.
    takpe2, memang lemah pom.
    ..........

    datang lg yaaa sadiq~

Post a Comment