200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Bertawakkal lah..

Saturday, January 21, 2012

Bertawakkal-lah..

Kadang-kadang, terfikir juga, tawakkal itu bagaimana? Apa yang disebut tawakkal?

Menjelang exam sem yang baru berlalu, terngiang kata-kata Vice President iPHA dalam satu sesi tazkirah, letakkan 20% usaha dan 80% tawakkal..usaha tetap kena dating dulu, tak boleh memanjatkan tawakkal sahaja.. bila ku minta penjelasan lagi, dia menambah.. kalau tengok ayat al-quran, “faiza ‘azamta fatawakkal ‘ala Allah”, setelah kamu bersungguh2, maka bertawakkallah kepada Allah.. mmg usaha itu yang dituntut dahulu, effort comes first.. !

Alhamdulillah, pernah terlibat dengan pengajuran suatu program NISA’ Kuantan, (NISA’ ni NGO Kebajikan dan Kewanitaan pada yang belum kenal..) tahun lepas, juga memperkenalkan aku dengan konsep tawakkal. Program yang besar, hari kebudayaan dan kesenian Islam dengan berbelas pertandingan dan aktiviti, tapi pada awal perancangan, kami hanya ada budget yang sangat sedikit.

Bila meeting, banyak aktiviti yang dibentangkan, namun aku hairan dan tertanya-tanya dalam hati… “Mana nak dapat duit?”

Memandangkan aku dan seorang sahabat lagi AJK Hadiah, duit adalah keperluan utama biro kami… Masalah duit ni bukan boleh buat main-main dalam program, silap2 pengurusan, akhirnya duit komiti akan digunakan.. Sebelum2 ni, ada jugak rungutan duit2 AJK digunakan dan tidak diganti2.. Untuk elakkan perkara ni berulang banyak kali, aku timbulkan dalam mesyuarat,

“Kak, budget camne?”

“He.. Jangan risau, kita run dulu!! Budget akan dapat along the way.. Tu lah rahsia program kita selama ni, orang ramai pelik tengok NISA’ buat program besar2, tak kurang juga yang ingat NISA Kuantan ni banyak duit, ada juga yang bertanya mana NISA’ dapat duit, tp sebenarnya.. kita plan dulu, tawakkal, dan usaha sepanjang tu.”

“Waah2~”. Aku teruja.

Setelah mesyuarat, aku dapat ilmu baru. Tawakkal perlu diutamakan dalam apa2 situasi.
Pesan ketua kami lagi di celah2 alam maya,

Apapun huda, the trademark kita "run"dulu!!!bukan senang nak memahami konsep tawakal'alallah..tasawufnya asma ulhusna..yg benar2 memahami Allah Ya Rozaq(Maha Pemberi Rezeki) Ya Wahhab(Maha Pemberi).Jika ada jutaan di tangan sekalipun,tp rahmat Allah tiada,maka tdk akan jadi.tawakal'alllah di permulaan niat nak membina sesuatu program,baru lah berusaha.mendahulukan Allah dan Rasul dlm segala hal!”

SubhanaAllah walhamdulillah waAllahuakbar.

Allah itu Maha Pengurnia Rezeki. Kepada siapa kita nak berharap selain dari-NYA? 17x kita ulang dalam solat surah al fatihah, ‘Engkau sahaja kami sembah Engkau sahaja kami minta tolong..’, namun sejauh mana kalimah2 itu difahami dan mendasar di hati dan amalan kita..

Muhasabah.
J (tiba2 jadi highlight biru plak bila menulis...)

0 thoughts from optimists:

Post a Comment