”Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. ” (al-Ahzab 33:23)

Semasa seorang wakil mahasiswa ke meeting bersama badan bertindak "Stop Lynas, Save Malaysia", mereke juga merancang beberapa perkara termasuklah beberapa siri demontrasi sebelum tiba tarikh demonstrasi besar-besaran di Pahang.
Bahkan semasa beliau(wakil mahasiswa tersebut) sendiri berbincang dengan Ketua PKR Pahang Dato' Fauzi, beliau sendiri melihat perlunya piket besar-besaran sehingga kerajaan membatalkan lesen projek ini.
Hakikatnya, mereka sedar isu ini bukan lagi isu politik pilihanraya, bahkan isu ini melibatkan kesihatan, keselamatan, kemanusiaan dan nyawa rakyat. Mereka sedar pentingnya menjaga nyawa berbanding memperoleh laba dan keuntungan projek ini.
Bagi beliau sendiri, kempen bantah besar-besaran tidak akan menjadi masalah besar kerana kaum Cina untuk bersama-sama dengan kita, tetapi apa yang dibimbangkan ialah kita mungkin menghadapi masalah sambutan yang tidak menggalakkan daripada kaum Melayu sendiri! Oleh itu, mahasiswa seharusnya memainkan peranan untuk turun berjumpa dengan orang Melayu dalam pelbagai cara yang ada. Mereka bukan sahaja harus disedarkan tentang bahaya projek ini, bahkan mereka seharusnya memperjuangkan hak dan keselamatan mereka sebagai rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat.
Tidak cukup hanya kita beri kefahaman, andainya mereka tidak bersama-sama dengan kita untuk memperjuangkan isu yang memberi kebaikan kepada mereka.
Kerana itulah kita perlukan ramai tenaga dalam memobilisasikan isu ini. Kita perlukan solidariti mahasiswa dalam isu masyarakat. Ayuh! Kita pulihkan kembali fungsi mahasiswa. Ayuh! Buktikan kita mahasiswa bukan hanya di dewa kuliah. Kita harus buktikan, mahasiswa harus turun dari kampus ke lapangan ummah!!!
KAMI MEMERLUKAN BANTUAN SAHABAT-SAHABAT DALAM MEMBUAT HEBAHAN TENTANG PEMBANTAHAN @ PEMBOIKOTAN LYNAS INI. BAHAN2 SEPERTI SURVEY, ARTIKEL, POSTER, INSYAALLAH ADA DISEDIAKAN. MODUS OPERANDI TERPULANG KEPADA KEKREATIFAN MASING-MASING. KEPADA PARA SAHABAT MUSLIMIN MUSLIMAT, IKHWAH AKHOWAT YANG SUDI MEMBANTU, SILA TINGGALKAN NAMA DAN EMEL ANDA DI BAWAH POST INI. JAZAKALLAH KHAIRAN JAZAA'.
p.s : Seseorang saya pernah menyatakan yang maksudnya sebegini, jika isu ni betul-betul dihadam dan digunakan kepada masyarakat, keadilan akan ditegakkan. (anonymous)
InsyaAllah, Wallahu'alam =)
tumpang share kt fb ye huda..