200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Dinar dan dirham - suatu pencerahan

Monday, May 2, 2011
Salam.
Harga dirham KGT (kelantan gold trade) dah dibekukan di paras RM30 buat masa ni. Ada yang seronok, tak kura jugak yang frust dengan pembekuan ini. Jihad kita untuk bermuamalah dengan dinar dirham teruji. Antara kihmah harga dirham dibekukan, supaya dirham tersebut dikitar di dalam masayarakat. Jom baca ape yang Pn Alawiyah Abd Rahman Vadillo ulas tentang ni ;

1. Tujuan menempa dirham adalah untuk kitaran. Dirham bukan ditempa untuk memuaskan matlamat meraih keuntungan. Itu jelas. Dinar dan dirham ditempa untuk dijadikan matawang syari' untuk kitaran. Sesiapa yang ingin menimba keuntungan dalam jual-beli emas dan perak, harus membeli bullion bar dan tinggalkan keinginan meraih keuntungan dengan dinar dan dirham.

Dinar dan dirham adalah untuk mereka yang hendak meninggalkan duit fiat, duit penipuan pihak bank. Pengguna dinar dan dirham hendak menggunakan koin ini sebagai alat pembayaran/penukaran. Dan menunaikan ibadat zakat.

Jual beli dinar dirham dilihat dari kacamata pelabur adalah dunia yang berlainan dari matlamat bermu’amalat oleh pengguna2 dinar dan dirham.

Apabila Sdr melihat kepada dinar dan dirham dan Sdr hanya melihat keuntungan RM, Sdr akan terpisah dari titik tolak yang teramat penting. Dinar dan dirham adalah untuk kitaran dan BUKAN untuk dijadikan sebagai alat pelaburan.

Pergerakkan dinar dikembalikan kerana Allah swt. Untuk memahami apa yang kita dorongkan dalam usaha ini, kita harus memahami perintah Allah swt dalam memerangi riba. Ini ibadat kita. Ibadat kita bukan satu kesempatan pelaburan. Bukan spekulasi. Itu jelas.

'Allah membenarkan perdagangan dan mengharamkan riba.'

Penetapan harga dirham sekarang RM30 oleh WIM adalah langkah yang positif bagi mereka yang berusaha mengkitarkan koin2 ini. Tinggi rendah harga juga bukan satu kesempatan pelaburan. Ini salah. Orang2 yang menyokong penetapan harga dari WIM akan terus mengkitarkan dinar dan dirham.

0 thoughts from optimists:

Post a Comment