Salam'alaik~
Morning~
Harini terdetik untuk menyelitkan sikit pasal perhimpunan rakyat bersih hari Sabtu lepas.. Saja tinjau2 berita n internet lepas ape yang berlaku.. suatu benda yang sangat menarik untuk kita fikir. Hok ni oyat gitu, hok tu oyat gini. Semalam, dengar kenyataan PM bahawa jangan risau, kita akan kekalkan demokrasi berparlimen di Malaysia. Tapi lepas tu, aku tengok balik puisi A. Samad Said, yang berkisar- Demokrasi kita demokrasi lara.. Masa ni baru terasa mendalam betul makna sajak A. Samad Said tuh.. dengan jiwa seni dia, dia boleh selitkan unsur2 yang meruntun jiwa dan merobek rasa di sebalik huruf-huruf yang menyusun kata.. Jom tengok ;
Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Release date: Jun 27, 2011
Puisi ni dikelurkan dalam seminggu sebelum perhimpunan bersih tu, dan lepas je sajak ni dideklamasikan scr rasmi, dapat berita yang A Samad Said dikaitkan dengan perhimpunan nih.. Em, pelik.. Cuba kita anggap A.Samad Said ni salah sorang rakyat Malaysia marhaen dan dia meluahkan rasa melalui sajak dia, sepatutnya takde masalah kan. Itu hak dia. Kan negara demokrasi kita negara demokrasi berparlimen? Rakyat sepatutnya diberi kebebasan bersuara.. Huhu.. << Peace no war>> Just mt 10 cent.
Banyak lagi perkara yang berlaku spt ;
1.Kematian Allahyarham Baharudin disebabkan gas pemedih mata,
2. Hj Shuhardi yang kekejangan dalam keadaan tangan brigak (terikat/tergari),
3. Kisah seorang nenek tua(The lady of liberty) yang disoal beberapa kali sebab dia pakai baju kuning-namun diceritakan takda sape pun yang bagitau dia jangan pakai baju kuning hari tersebut,
4. Perhimpunan Bersih di luar negara tanpa halangan polis dan sebagainya
5. Kenapa perhimpunan ini haram sedangkan demonstran mahukan "bersih" dan berhimpun dalam keadaan aman.. kul 4 katanya bersurai, memang bersurai di kawasan2 KL/ jalan menghala stadium merdeka..
tapi yang lain-lain tu cuba cari ulasan sendiri pucuk pangkal, cerita sebenar. Bukan malas nak ulas, tapi kalau cakap banyak-banyak nanti, banyak pula silap. Susah plak nak menghadapi Ramadhan dalam keadaan yang "bersih" nanti, akibat dosa yang mengunung. Allahhhh~
Perhimpunan yang lalu telah menjadi sejarah Malaysia. Untuk aku, kau, dan kita renung-renungkan. Kita golongan pertengahan yang akan mewarisi kepimpinan. Segenap kepimpinan, dari keluarga, tempat kerja, dan lain2. Kalau dok renung2kan, dok rok laa~
Huhu~ ni aku nak kongsi beberapa video menarik... Yang ni Yana tagged kat Fb...
ni puisi A. Samad Said
ni versi kartun punya.. comel lote.
yang ni kelakar.. tapi xda kena mengena directly dengan "bersih"...
ok, till then.
let's ponder.. and..
selamat beramal!
Ramadhan is coming!!
Nurul Idris,
Dar As-Salam,
KB, Kuantan.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment