200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

an electronic letter... bidang farmasi dan biotech

Sunday, July 29, 2012
Bismillah..
Salam ramadhan..
Harini aku nak kongsi satu emel yang aku terima..


Salam ukhuwah akak makcik hulurkan buat Huda,

Makcik dari Melaka, terjumpa blog Huda semasa tercari2 info mengenai pharmacist ni.

Kisahnya begini.......

Anak makcik yg sulung sedang berkira2 memilih kursus utk sambung belajar. Dia sebut2 bidang farmasi ni dan makcik amat meyokongnya kerana makcik rasa bidang ini sangat cerah prospeknya dan tidak ramai perempuan melayu yang ada farmasi sendiri. She was very sure until last three weeks. Dia ikut school trip to America dan jumpa dgn few malaysian students kt sana. Diaorg galakkan dia ambil biotech....dan nampaknya dia sungguh2 nak ambil kursus tu.

Makcik rasa tak brp sedap hati sbb makcik lbh suka dia ambil farmasi dan akhirnya buka farmasi sendiri. Anak makcik beri alasan yang penguasaan subjek kimianya tidak begitu strong and she's more inclined towards biology. Medic mmg dia tak mau ambil walaupun suka bio......

Aduh....makcik mencari contoh dan alasan utk yakinkannya bahawa kursus farmasi ni ada keindahannya sendiri dan sesuai dgn wanita muslim. Bnyk bnda yg boleh diatur jika ambil farmasi berbanding biotech yang nanti kerjanya entah apa2.....

Boleh tak huda berkongsi pengalama huda sewaktu di U dan pandangan huda mengenai kerjaya sbg ahli farmasi ni. Kalau boleh, mintaklah huda bercerita tentang a day in your working life supaya dapat  makcik beritahu gambaran sebenar profession ini.

Wassalam.


dan begini jawapanku.. kalau ade sape2 nak tambah, silakan......

Wa'alaikummussalam makcik=)

salam dari Kuantan.

Saya masih belajar dan dalam tahun ke 4 bulan 9 ni insyaALLAH. Farmasi, insyaAllah lebih baik dari Biotech. Boleh saya tahu post saya yang mana yang makcik baca tentang kos farmasi?

Antara sebabnya:

1. Farmasi ni bidang dia luas...Kerja dijamin insyaAllah sebab Malaysia perlukan ramai lagi ahli farmasi. (walaupun sekarang ada persaingan esp dari universiti swasta) Belajar biotech, masa depannya saintis. dan kerjanya belum dijamin, makcik. Saya tengok senior2 yang dahulunya belajar biotech dan biomedic, they ends up become teacher,  erja di syarikat buku,translator, dan sambil2 tu ada yang buat part time memasak.
2. Farmasi banyak cabangnya, tak macam doktor. Doktor cabangnya hanya merawat patient di hospital, kalau dah mantap skit buke klinik, namun farmasi lebih dari tu. Kalau minat environment di hosptal, boleh kerja kat hospital dengan doktor. Kalau minat invent/mencipta something, boleh kerja bidang industri, formulate ubat-ubatan. cth kerja di pharmaniaga, kilang glaxo, ain medicare, dll. Kalau minat bidang mengajar, boleh sambung belajar jd lecturer. Kalau minat berdikari n bisnes, boleh buka bisnes n retail. N retail shop(farmasi), kalau kena tempat memang laku. sale sehari dalam rm700 =)

3. Selain tu, bila belajar, farmasi dapat biasiswa JPA (mostly semua IPTA kos farmasi kat Msia ni, yang saya tahu memang dapat biasiswa JPA) which is about rm5000 per semester, and biotech x semestinya semua student dapat. (yang betul2 excel dan apply akan dapat, tp lambat..kos farmasi setakat ni automatik dapat apabila sambung degree)
4. Farmasi juga banyak belajar macam doktor... Kami kena tahu tentang penyakit juga sebab kami nak bagi ubat, jadi kena tahu bagaimana dan apa yang terjadi pada ubat tu dalam badan kita.. Kimia juga penting, kalau ada basic yang baik, B+.. saya rasa no problem..=)
5. Apepun bidang farmasi sangat seronok dan meliputi banyak disiplin ilmu... Ttg tumbuhan pun kami belajar, terutamanya untuk mengenali tumbuhan tradisional yang memberi khasiat. Dan yang bestnya sebab kami selalu ada lawatan =)
6. Bila belajar, sangat seronok. Bagi saya, farmasi agak tough dan memerlukan kecekalan yang tinggi. Kelas kami selalu penuh sampai petang, tidak seperti budak biotech. Dan farmasi selalu masuk lab..kadang2 pagi sampai tengahri kelas, lepas zohor sampai petang masuk lab/makmal.

Saya cadangkan makcik same2lah dengan anak buat istikharah n doakan yang terbaik untuk anak makcik... Sebab yang nak belajar, adalah dia=) Biotech juga suatu kos yang meanrik, namun saya tidak pasti tentang peluang pekerjaannya..

Semoga Allah memberi yang terbaik untuk anak makcik insyaALLAH

Ramadhan Kareem dan Selamat Berpuasa.
Wassalam.


Nurulhuda Bt. Idris,
Undergraduate Student,
Kuliyyah of Pharmacy,
International Islamic University Malaysia,
Kuantan Campus. 

Iman.... dan Ramadhan

Saturday, July 7, 2012
Bismillah...

Kadangkala tak rasa macam ada blog. Tapi, sesekali ada notification di emel menandakan komen masuk. Walaupun segan sebab tak istiqamah menulis, namun kadang2 sedikit komen2 yang muncul di ruangan emel seperti "terima kadih berkongsi" "bermanfaatlah" dll tu sedikit sebanyak memacu semula semangat saya untuk menulis kembali.

Cuti
Alhamdulillah, dah kira-kira sebulan bercuti. Cuti yang diisi dengan program, latihan industri, jaulah n derak sana sini, jamuan, dan aktiviti keluarga. Alhamdulillah sempat berjumpa dengan sahabat2 dan berziarah adik-adik D'nasti selepas lama tidak bersua. Alhamdulillah jua dapat peluang untuk berpraktikal industri di tempat sendiri, boleh duk umah jimat kos... =) Cuma rasanya tggjawab sbg seorang anak belum betul2 terlaksana. Mode masih tak berpuas hati.


Baru sebentar tadi, mendapat panggilan dari seorang sahabat, katanya dia sedang memilih jalannya menjadi seorang aktivis kemanusiaan, menyebar berita tentang isu myanmar-rohingya, katanya jika mahu membuat taklimat dan sesi penerangan tentang apa yang berlaku di sana, boleh hubungi dia dan kumpulannya. Mereka bernaung di bawah Himpunan Ulama Rantau Asia Tenggara(SHURA) dan mendapat akses terus tentang maklumat dari sana. Mereka bekerjasama dengan UNIROD, dan menyediakan jualan CD untuk mencari dana di samping kutipan tabung. Boleh disalurkan ke akaun : 162245661025 di bawah nama Muhammad Islam B Sultan Ahmad, ketua UNIROD. MashaALLAH, moga Allah membantumu sahabat. Teruskan perjuangan n doakan kita bersama. Dan buat masa ini, doakan aku boleh fokus sehingga habiskan belajar dengan lebih cemerlang di samping aktiviti2 sampingan yang penting. Aku cuba mengaplikasikan fiqh awlawiyyat dalam masa sekarang, kena kurangkan terburu-buru dan belajar lebih berfokus =)

Jutaan tahniah buat rakan dan sahabat yang telah melangsungkan pernikahan. Dan juga mabruuk wat yang telah melahirkan zuriat ataupun yang bakal melahirkan zuriat. Smg Allah memudahkan urusan semuanya, kerana Dialah yang maha Mengatur....

Pra-Ramadhan
7 Julai, dan beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat bersedia Huda. Sedia semua, fizikal n mental, n yang paling penting sediakan hati. Hati. Hati. Oh, sediakan hati. Rasanya dalam banyak2 ramadhan, aku paling suka ramadhan lepas. Ramadhan selepas umrah. Ramadhan semasa cuti. Masih ingat lagi, pas terawih, leh makan2 rumah 'ummi', seorang makcik ahli jemaah ngan kak umi. How wonderful it is. How ramadhan strengthen the ukhwah among us. Pas terawih, kalau rajin, meluncur gi musolla raudhah dengar kuliah haraki. Kuliah2 yang sangat superb. Teringat tajuk kuliah us Hazmi dalam youtube - "bidadari cantik bermata jeli". Huhu. Allah2. Sangat sedap, lebih sedap dari cheesecake. Memanglah bulan ramadhan bulan tarbiah dan bulan ibadah. Dan hasilnya untuk kita tuai 11 bulan nanti. Apapun, perlu sediakan hati, setkan hati dan minda, niat, niat dan terus baja niat-mahu dan cari apa dalam bulan bertuah ini. Sebagai manusia, memanglah iman itu suatu yang turun naik, namun bila ianya naik, jangan disia-siakan =)

          Bila teringat Ramadhan, teringatkan aku suatu kisah popular dari us Hasrizal tentang piala taqwa. Semoga itulah piala yang kita nanti-nanti, dan piala itulah dalam hati kita. Sediakan hati untuk memperoleh piala itu (merujuk kepada ayat teras ramadhan dr surah al-baqarah). " Mudah-mudahan kamu bertaqwa." Mudah-mudahan aku bertaqwa. Mudah-mudahan ahli2 keluargaku bertaqwa. Mudah-mudahan kami semua bertaqwa, ya Allah. Ramadhan-bulan Quran, bulan puasa, bulan perang Badar, bulan kesabaran.






Salam awal ramadhan.
Salam pertengahan syaaban.
Salam cuti semester.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung.
Pesanan untuk diriku-Buat lah apa-apa, asalkan benda yang bukan sia-sia.



اللهم ارزقنا استقامة...