Salam ramadhan..
Harini aku nak kongsi satu emel yang aku terima..
Salam ukhuwah akak makcik hulurkan buat Huda,
Wa'alaikummussalam makcik=)
salam dari Kuantan.
Saya masih belajar dan dalam tahun ke 4 bulan 9 ni insyaALLAH. Farmasi, insyaAllah lebih baik dari Biotech. Boleh saya tahu post saya yang mana yang makcik baca tentang kos farmasi?
Antara sebabnya:
1. Farmasi ni bidang dia luas...Kerja dijamin insyaAllah sebab Malaysia perlukan ramai lagi ahli farmasi. (walaupun sekarang ada persaingan esp dari universiti swasta) Belajar biotech, masa depannya saintis. dan kerjanya belum dijamin, makcik. Saya tengok senior2 yang dahulunya belajar biotech dan biomedic, they ends up become teacher, erja di syarikat buku,translator, dan sambil2 tu ada yang buat part time memasak.
2. Farmasi banyak cabangnya, tak macam doktor. Doktor cabangnya hanya merawat patient di hospital, kalau dah mantap skit buke klinik, namun farmasi lebih dari tu. Kalau minat environment di hosptal, boleh kerja kat hospital dengan doktor. Kalau minat invent/mencipta something, boleh kerja bidang industri, formulate ubat-ubatan. cth kerja di pharmaniaga, kilang glaxo, ain medicare, dll. Kalau minat bidang mengajar, boleh sambung belajar jd lecturer. Kalau minat berdikari n bisnes, boleh buka bisnes n retail. N retail shop(farmasi), kalau kena tempat memang laku. sale sehari dalam rm700 =)
3. Selain tu, bila belajar, farmasi dapat biasiswa JPA (mostly semua IPTA kos farmasi kat Msia ni, yang saya tahu memang dapat biasiswa JPA) which is about rm5000 per semester, and biotech x semestinya semua student dapat. (yang betul2 excel dan apply akan dapat, tp lambat..kos farmasi setakat ni automatik dapat apabila sambung degree)
4. Farmasi juga banyak belajar macam doktor... Kami kena tahu tentang penyakit juga sebab kami nak bagi ubat, jadi kena tahu bagaimana dan apa yang terjadi pada ubat tu dalam badan kita.. Kimia juga penting, kalau ada basic yang baik, B+.. saya rasa no problem..=)
5. Apepun bidang farmasi sangat seronok dan meliputi banyak disiplin ilmu... Ttg tumbuhan pun kami belajar, terutamanya untuk mengenali tumbuhan tradisional yang memberi khasiat. Dan yang bestnya sebab kami selalu ada lawatan =)
6. Bila belajar, sangat seronok. Bagi saya, farmasi agak tough dan memerlukan kecekalan yang tinggi. Kelas kami selalu penuh sampai petang, tidak seperti budak biotech. Dan farmasi selalu masuk lab..kadang2 pagi sampai tengahri kelas, lepas zohor sampai petang masuk lab/makmal.
Saya cadangkan makcik same2lah dengan anak buat istikharah n doakan yang terbaik untuk anak makcik... Sebab yang nak belajar, adalah dia=) Biotech juga suatu kos yang meanrik, namun saya tidak pasti tentang peluang pekerjaannya..
Semoga Allah memberi yang terbaik untuk anak makcik insyaALLAH
Ramadhan Kareem dan Selamat Berpuasa.
Wassalam.
Nurulhuda Bt. Idris,
Undergraduate Student,
Kuliyyah of Pharmacy,
International Islamic University Malaysia,
Kuantan Campus.
minta anak mak cik ni tulis kat kertas
SWOT analysis utk both courses
utk yg nak enjoy student life, farmasi mcm tak sesuai
stress je dari first year smpi final year
klu tak stress tak score
klu tak score, masa kerja nanti stress