Kadangkala tak rasa macam ada blog. Tapi, sesekali ada notification di emel menandakan komen masuk. Walaupun segan sebab tak istiqamah menulis, namun kadang2 sedikit komen2 yang muncul di ruangan emel seperti "terima kadih berkongsi" "bermanfaatlah" dll tu sedikit sebanyak memacu semula semangat saya untuk menulis kembali.
Cuti
Alhamdulillah, dah kira-kira sebulan bercuti. Cuti yang diisi dengan program, latihan industri, jaulah n derak sana sini, jamuan, dan aktiviti keluarga. Alhamdulillah sempat berjumpa dengan sahabat2 dan berziarah adik-adik D'nasti selepas lama tidak bersua. Alhamdulillah jua dapat peluang untuk berpraktikal industri di tempat sendiri, boleh duk umah jimat kos... =) Cuma rasanya tggjawab sbg seorang anak belum betul2 terlaksana. Mode masih tak berpuas hati.
Jutaan tahniah buat rakan dan sahabat yang telah melangsungkan pernikahan. Dan juga mabruuk wat yang telah melahirkan zuriat ataupun yang bakal melahirkan zuriat. Smg Allah memudahkan urusan semuanya, kerana Dialah yang maha Mengatur....
Pra-Ramadhan
7 Julai, dan beberapa hari lagi kita semua akan menyambut Ramadhan al-Mubarak, selamat bersedia Huda. Sedia semua, fizikal n mental, n yang paling penting sediakan hati. Hati. Hati. Oh, sediakan hati. Rasanya dalam banyak2 ramadhan, aku paling suka ramadhan lepas. Ramadhan selepas umrah. Ramadhan semasa cuti. Masih ingat lagi, pas terawih, leh makan2 rumah 'ummi', seorang makcik ahli jemaah ngan kak umi. How wonderful it is. How ramadhan strengthen the ukhwah among us. Pas terawih, kalau rajin, meluncur gi musolla raudhah dengar kuliah haraki. Kuliah2 yang sangat superb. Teringat tajuk kuliah us Hazmi dalam youtube - "bidadari cantik bermata jeli". Huhu. Allah2. Sangat sedap, lebih sedap dari cheesecake. Memanglah bulan ramadhan bulan tarbiah dan bulan ibadah. Dan hasilnya untuk kita tuai 11 bulan nanti. Apapun, perlu sediakan hati, setkan hati dan minda, niat, niat dan terus baja niat-mahu dan cari apa dalam bulan bertuah ini. Sebagai manusia, memanglah iman itu suatu yang turun naik, namun bila ianya naik, jangan disia-siakan =)
Bila teringat Ramadhan, teringatkan aku suatu kisah popular dari us Hasrizal tentang piala taqwa. Semoga itulah piala yang kita nanti-nanti, dan piala itulah dalam hati kita. Sediakan hati untuk memperoleh piala itu (merujuk kepada ayat teras ramadhan dr surah al-baqarah). " Mudah-mudahan kamu bertaqwa." Mudah-mudahan aku bertaqwa. Mudah-mudahan ahli2 keluargaku bertaqwa. Mudah-mudahan kami semua bertaqwa, ya Allah. Ramadhan-bulan Quran, bulan puasa, bulan perang Badar, bulan kesabaran.
Salam awal ramadhan.
Salam pertengahan syaaban.
Salam cuti semester.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung.
Pesanan untuk diriku-Buat lah apa-apa, asalkan benda yang bukan sia-sia.
اللهم ارزقنا استقامة...
0 thoughts from optimists:
Post a Comment