200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Titik Celik & Bangkit

Tuesday, July 28, 2015

Salamun 'ala manittaba'al huda

Hari yg penuh cabaran, dihujani pelbagai soalan bertubi2 yg aku sendiri tiada jawapan. Mungkin disinilah gunapakai suatu ayat pedoman 'tak semua soalan perlu dijawab'. Aku tersenyum akhirnya, terasa terhibur walaupun pada awalnya agak panas untuk membaca dan meneruskan bicara, namun alhamduliLlah kami berjaya menutup bicara whatsapp kani dengan tenang.

Khilaf itu rahmat, seandainya kita tak mampu bersangka baik (husnuzzon), cukuplah kita berlapang dada (salamatul sadr). Apa2pun, sedikit kepanasan petang tadi membuka mata hatiku bahawa masih banyak kerja yg kita kena buat & dakwah yg belum tercapai.

Ku selitkan beberapa "words of thought" yg sempat dikongsi di Ig tadi

~Sedang beriman dengan spotong hadis pesanan Rasulullah saw;


"Brgsiapa yg beriman pada Allah & akhirat, berkatalah yg baik atau diam sahaja."


Pesan ustaz di IKIM td, sesuatu perdebatan itu, jika ianya meragut ukhwah yg terbina, wajarlah ditinggalkan. Kerana menjaga silaturrahim itu wajib, & menang perdebatan itu tidak wajib.  


Berdebat perkara ilmu kifayah tak sepenting berbicara mengenai ilmu fardhu ain.



Pesan Almarhum Ust Yahya Othman (dipetik dr bku biografinya-Us Nazeli), org muda jangan lah cepat ghuluw (tergesa2). Pernah mengisahkan suatu kisah anak muda yg makan dgn ulama' besar & dia membaca doa semasa ulama' itu tlah mula makan.. lalu menyebabkan ulama' itu terberhenti & mengikutnya menadah tgn. Pesannya, spatutnya anak muda itu baca dia dlm hati dan dlm keadaan itu, menjaga air muka ulama' itu lbh penting drpd membaca doa makan scara berjemaah. Dahulukan perkara yg lbh utama & tinggalkan perkara smpingan.


Wallahu'alam. Smg Allah memperindahkan akhlak, memperkuat iman, & menjaga hati2 kita dalam menongkah cabaran2 akhir zaman. Ameen inshaAllah.~





0 thoughts from optimists:

Post a Comment