200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Baiknya Allah.. Rindu Umi

Monday, September 7, 2015
Baiknya Allah..

Di saat hati aku kekeringan dan ketandusan nasihat, Allah ilhamkan umi untuk call aku.

"Kenal tak ni sapeee?" Soalan pertama Umi.
"Ummiiiiii..." 
"Hehe apelah suara umi ni tak boleh buat mcm suara orang lain.. Mesti kau kenal yo lah"
"Hehehe"

"Umi apa khabar?"sapaku
"Syukur Alhamdulillahh...Allah bg sihat"

Allah2. Bait2 kata umi adalah nasihat.
"Huda amalkan tak doa nabi Yaakob yg umi bgtahu tu?"
"Errr.. Yg mana ek umi. Ade skit2..." Coverku.

Umi dlu pernah nasihat suruh amalkan surah toha 12x sehari.

"Umi, surah thoha tu tak mampu huda nak amalkan 12x.. Sekali je.. Tu pun susah umi" ngaduku. Nangis.


"Umi doakan huda... Same2 ye. Bilo laei nak datang seremban. Ingat lagi tak jalan pi sromban nu?"

"Huhu. Ingat la umi.. Mano sey lupo aih" jawabku bersahaja.

Allah2. Terima kasih Allah. Terima kasih umi. Bercakap denganmu beberapa minit  lepas mengecas diriku sedikit sebanyak.

Therapy time dicelah2 kesibukan dunia.
Harini rasa macam nak pecah kepala...
Lagi nak pecah bila memikirkan benda-benda yang tidak diundang...

Mujur Allah ilhamkan umi call. Dan Allah ilhamkan aku angkat(last week 2x nombor tak dikenali call dan aku refuse to answer). Sebab umi guna nombor anaknya,katanya pinjam kredit. Ujarnya takut juga aku tak angkat bila tak keluar nama.


Nangis.
Sayang umi kerana Allah.


P.s: umi adalah ibu kepada sahabat madrasah darul ulum dahulu, yang selesa memanggil dirinya umi. Dengan automatiknya menjadi mak ter-angkatku semasa di Seremban dahulu kala. Hee

0 thoughts from optimists:

Post a Comment