200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

4 Oktober

Wednesday, October 5, 2016

Alhamdulillah~ 

Penat yg berbaloi


Menyambut mereka yg baru balik

Mcm tak sangka boleh setel jadi maid berjaya dlm ~1 jam 


Kadang-kadang tak perlu tunggu

Kelapangan masa

Tapi 

Perlu cari kelapangan hati

Sebab hati yg lapang tak akan berkira dengan masa yg digunakan


Hati yang lapang

Ialah

Hati yang redha 

dengan tanggungjawab

Hati yang penuh 

dengan kasih sayang

Hati yang tidak berkira 

untuk memberi


Distance makes love grow fonder~ today i got the strength~ 


Tq Allah

Tq my familia


Walaupun orang tu selalu wat sakit hati, tapi tu lah yg wajib disayangi. #pasrah 

Maafkan je lah sblum tido.


Kui3


Almulk jom utk diri sendiri.

#randombabbling

Monday, September 12, 2016


JADI ORANG DAPUR
.
Hari raya merupakan hari merasakan "kenikmatan" menjadi seorang kitchen & house engineer. Kena rasa sakit pinggang seround dua baru padan. Huahua.
.
Sakit pinggang weh...
.
Perasaan berdebar & stress kalau kena kemas umah yg bersepah & prepare hidangan dalam masa setengah jam sebelum orang dtg. Hanya orang dapur sejati yg memahami keh3.
.
.
#kecohjerlebih:p
#barubrapajamjeni
#daupdatestatus
#kih3
.
Oh ye, Tq for coming to our humble house Syaraf, abi & umi ^__^

Aidiladha 2016

Salam Aidiladha buat semua muslimin muslimat, mohon maaf zahir batin drpd saya & keluarga😌

Semoga Allah menerima ibadah & pengorbanan kita yg lalu 
&
menjadikan kita manusia yg suka berkorban baik dari segi masa, tenaga,harta, jiwa, perasaan mahupun keluarga atas jalan kebaikan😌

قل متع الدنيا قليل..

Keletihan itu akan hilang, namun kebaikan itu akan kekal. Dunia tempat bercucuk tanam untuk sebuah kehidupan akhirat yang pasti,kekal & abadi. 

Bukan ustazah,
Huda Idris

Thank You Kuala Lipis & Dr Z

Thursday, August 11, 2016

Alhamdulillah terima kasih Kuala Lipis & orang-orangnya yg baik. Time changes, memories don't, kindness & good deeds is just blooming in the heart of others. Keep spreading good & positive vibes... Respect on you Dr Z. Tq friends for awesome teamwork spirit. جزاك الله may Allah grant you happiness. 

Thanks to Huey Miin oso 😘

#SyukurSelalu #yahayyuyaqayyum #birahmatikanastagith #aslihlisha2nukullih #walatakkilniilanafsi #thorfataain

Siiru 'ala barakatillah


Selesai menghubungi che long kesayangan nik atikah di kelate nu, amg Allah mempermudahkan semua urusannya, perjuangannya dan keluarganya..

Akhir sekali, clong ucap "siiru 3ala barakatiLlah.."

Jaga diri huda..jaga iman & akhlak.. Ifhfazillah yahfazka.. 

P.s: harini rasanya Allah ajar utk berkorban rm250 sebab kecuaian menjaga diri & hp. Retak beribu. Xpela, harga sebuah muhasabah. 

Corat coret Ogos 2016

Saturday, August 6, 2016
Assalamu'alaikum.. Blog ak yg da berhabuk..

Suka ak menconteng kt blog ni.. Since download apps, senang nak menulis.. Lagipun rasanya tak de orang baca skit kat sini. HAHA.

Harini seronok alhamdulillah sebab Inas ucapkan terima kasih cikda. Ak tanya sebab apa.. Sebab tolong masakkan nasi goreng. Alahai anak saudaraku. Sama2. Walaupun makcikmu ini jarang bebenor masaknya.

So ceritanya semalam... Alhamdulillah hati ak tenang. Dan sejak beberapa ketika, Allah permudahkan aku untuk bangun awal hampir setiap hari. (Bangun awal tak semestinya kuat hati utk ibadah-semuanya bergantung kpd rahmat Allah & hati masa tu) & pagi tadi pun aku bangun awal. Rasa hati kalini lebih lapang, ringan, dan tenang.

Istikharah bukan sahaja utk urusan jodoh ya=] Semua urusan pun boleh istikharah. Jom sekarang aktifkan mode mencari & menjemput rezki. Aktifkan mode menuntut ilmu Ilahi.

Setelah3 minggu berjalan2 masa weekend, Weekend kalini ak duk kuantan je walaupun ayah mak sekali lagi ke KL gi kenduri & umah kak ngah. Jadinya banyak benda nak kena buat kalini.

Sekarang, Inas dah ajak aku buat layang-layang. Ok inas let's bring it on... 


Umrah : Niat!

Saturday, May 7, 2016

[SHARING]


Setelah pulang dari umrah beberapa bulan lalu, ramai sahabat2 yg bertanya khabar. Lalu aku suka bertanya, "awak nak pegi bila?" Ramai yg menjawab, "tak tahu lagila.." "Lambat lagi lah.."


Huhu. Saya pun pada awalnya tiada plan yang sebetulnya, semuanya bermula dengan sebuah doa dan ajak-ajak ayam dengan ayah. "Ayah, hujung tahun ni yek kita gi umrah. Kite gi ramai2 bleh? Hehehe" seloroh aku awal tahun lepas.


Alhamdulillah, disebalik kesibukan ayah sbg seorang anak (masa tu masih ada nenek), tapi Allah lapangkan jua jalan satu persatu. Rezeki Allah nak bagi kita tak tahu.. Bermula dari ahli keluarga kami yang memenangi hadiah tiket umrah untuk 2 orang, simpanan yang mencukupi, dan rezeki yang datang dari arah yang kami tidak sangka, Alhamdulillah Allah cukupkan keperluan dan jemput kami ber-6 menjadi tetamu-Nya.


SubhanAllah walhamdulillah allahuakbar.


Betapa bersyukurnya kami atas nikmat pemberian ini. Walaupun tak kurang banyak jugak ujian, mehnah & tribulasi yang datang..


Kepada yang ada hasrat walaupun sedikit, suburkan impian itu. Banyakkan sahaja berdoa & menyebut untuk ke umrah, mungkin kata2 masa tu menjadi suatu doa yg Allah dengar:')


Moga kita semua direzekikan lagi untuk beribadah ke sana, Haramain- 2 tempat yg dijanjikan keamanan.




Post-Today

Kalau tak nak tanggung risiko, jangan jadi "player" dalam industri tu dan menyusahkan orang lain.



Kaji dulu apa2 risiko & garis panduan yg pihak berkuasa/pbt dah keluarkan. Ni tak, kurang ajo semata2 pentingkan diri sendiri. Sorry to say.



Opps..nampaknya dah bagi setan menang harini... Tiba-tiba butang pause tak jalan.



Life lesson #100th


Today's life lesson
Be MORE discipline

Harini belajar sesuatu. Tadi hampir2 kehilangan RM899. Rm899 menjadi suatu harga & nilai yg ditukar ganti akibat tidak berdisiplin & tidak menepati janji.

Bg seorang yg makan gaji sptku, rm899 merupakan amount yg sgt besar Wallahi😱. Boleh beli perabot ikea & bayar bil elektrik yg naik meninggi, sama naik dengan suhu luar & dalam rumah. 

Namun kerana kasih sayang Allah kpd hamba-Nya, ianya diselamatkan. Tkasih Angoh & Along yana & all the players for today. Letih tapi bermanfaat inshaAllah;) BIG things coming upfront with these big challenges..;) brace yourself yuk biiznillah.

Plan your work delicately, & work your plan full heartedly pls =]

Sekut dah sampai untuk dimakan. Nyum

Angan-angan

Sunday, April 17, 2016
Ayat yg kerap saya dengar semenjak dua ni, pasal angan-angan.

"Saya nk buka bank. Tu angan2 saya" kata UJH, yg berasal dr Kg Berhala Gantang.

& ia mengajar saya untuk berangan-angan juga. 
1....
2....
3....

Angan-angan kan free.
Beranganlah.
Berimpianlah.

^___^

Al-Kahf

Friday, April 15, 2016
Membaca surah alkahfi akan menjaga kita dari jumaat ke jumaat seterusnya..

Sangat berbeza kalau meninggalkan al-kahf.. Urusan mingguan tak teratur + kusut + rasa macam tak cukup masa + badan lemah + emosi down + tak termotivasi..

Jom habiskan. Semoga Allah menjaga kita semua dengan sebaik2 penjagaan:)

Ingin terbang BEBAS

Sunday, April 3, 2016
Kenapa begitu hiba
Tatkala dia gembira

Aku sedar aku tak sempurna
Kurang sabar untuk terus
Menjadi seperti yang diharapkan

Kenapa begitu kusut
Tatkala dia gembira

Kadang ada saja aku rasa
Ingin membawa diri
Berdikari di atas kaki sendiri

Hati kan lebih ampuh
Doa kan menjadi acapkali 
Langkah kan utuh

Walaupun diri akan pastinya lebih susah
Demi sebuah pengalaman

Biar dunia luas diterokai
Tanpa ada hati yang resah
Bimbang dan gelisah
Apabila lambat pulang

Biar susah di kejauhan
Tapi mudah dengan doa
Dari jiwa mereka yang redha
Akan sebuah pemergian


.anakmu.yg.sedang.belajar.menjadi.taat.dan.tak.degil.dan.degih

Soleh, wara' & mati syahid

Sunday, February 28, 2016
Soleh, wara' & mati syahid.. Cita2 yg dipandang sunyi.

Takut dilabel pelampau,
Lalu kita memilih utk menjadi biasa2.
Lalu kita memilih utk sekadar di tahap 'wasatiyyah'.

Seringkali kita memilih berada di tahap selesa - dapat kerja yg baik, cukuplah agama utk diriku soleh utk diri sendiri, dan semuanya diri sendiri.

Mencampur aduk.. Pagi ke masjid, malam berkaraoke, contohnya. Islam diambil secara moderat.

Tidakkah kita mahu menjadi extremely good?
Wasatiyyah bukan kesederhanaan, ttpi adalah keseimbangan

-Dr Faisal-
Wacana ideologi & pemikiran semasa,
Masjid Saidina Hamzah
Gombak-Sentul

Kosong

Thursday, February 25, 2016
Kehilangan kawan yg solehah & biah yang terjaga sangat mempengaruhi perubahan & istiqamahnya diri dalam ketaatan pada-Nya...

Mindset Kiamat

Saturday, February 13, 2016
Fluent & masyinya quran di dada Dr Danial ni..

Hidup sini stress, (ikut kajian umur 8 tahun pun dah stress -  stress angkat beg sekolah ), hidup di sana - akhirat tak stress..

An-nisa':27 - dunia itu hanyalah sedikit

Bincang kiamat ni supaya nak wujudkan MINDSET.. Supaya bersedia. 

Kalau kamu benar2 mengenangkan akhirat, nescaya kami ketawa sedikit & menangis banyak.

Solusi:
1. Baca Quran supaya mesejnya sampai ke hati
2. Beriman dgn hari kiamat dengan ILMU & rujukan yg benar.
3. Wujudkan MINDSET & muhasabah
-macamana solat ak?
-macamna dengan maksiat yg ak pernah terjebak?


HALAQAH TV9
Dr Danial Zainal Abidin

TBS - sistem yang patut dipuji👍

Sunday, January 24, 2016



[TBS- Sistem Pengurusan Bas yang patut dipuji]


Dalam hidup kita, ada banyak masalah yang pelbagai, tapi semuanya dapat diatasi dengan pengurusan yang efisien,cekap & baik. Antaranya adalah pengurusan kewangan, masa, emosi, manusia, & sistem. Pengurusan yang efisien mampu memelihara emosi & tenaga kita untuk terus 'perform' sepanjang hari. 


Alhamdulillah hari ini Allah izinkan untuk naik bas ke Kuantan dari TBS. Pengurusan TBS yang cekap sangat menggembirakan hati saya. Antara perkara yang boleh dipuji ialah:


1. Kaunter tiket bersepadu yang menjual semua tiket di semua destinasi di pintu masuk. Juga terdapat list bas mana plg awal nak bertolak & skrin utk pembeli utk memilih tempat duduk.


Mesra pelanggan, menjimatkan masa & efisien.✅🌟🌟🌟 3 bintang utk ini.




2. PA sistem- terdapat announcement yang memanggil NAMA penumpang utk segera berlepas. Pada mulanya akak pelik penjual tiket meminta nama. Tapi selepas diberikan, baru tahu kenapa dia minta😅


Mungkin kadang2 penumpang ada emergency, terlupa, sakit, uzur, & sebagainya, jadi panggilan ini membuatkan semua alert utk menaiki bas lebih awal.


3. Balai berlepas yang selesa, besar, selamat & tidak sesak. 


Ada skrin sebelah bas bgtahu status, 2 minit lagi bas akan bertolak...




Pada masa yg ditetapkan, skrin bertukar jadi "departed" & akan beralih ke bas seterusnya. Good time management ✅.

🌟🌟🌟 - 3 bintang utk ini



Kelebihan TBS sebenarnya lebih banyak lagi. Antara kelebihannya sbg inter-connecting station, di sana juga boleh jadi one stop centre utk macam2 perkara. Tapi disebabkan harini teruja sebab dah lama tak naik bas, jadi cerita pasal bas lah dulu.


Alhamdulillah.. I'm learning something new today. Good management will drive to good mood. Good mood--> effective ppl.


[berjalan,melihat,mentafsir] 😁

Kisah 11 Januari

Monday, January 11, 2016



The end of the today is: hati yang bahagia.



Tkasih Mak, Tkasih kak Tina, Tkasih Ust. Marziah, tkasih Dr yang bagi MC..


Harini Allah memperlihatkan kepada saya bagaimana infaq RM50 boleh jadi hampir RM200... 


Harini Allah membantu seorang yang demam tapi boleh pandu kereta.. Dan dia kembali sihat.


Harini Allah datangkan seseorang memberi feedback positive, padahal kalaulah dia tahu.... Aku hampir tersungkur dan tidak mampu.


SubhanAllah.. Hebat-Nya ALLAH.



~~Be strong is not an option, it's a must~~


P.s: Tahniah Muntaqim & Mardhiah atas pengumuman hari ini😍

Demam Januari

Sunday, January 10, 2016
 


Dah hari ke 3 suhu badan tak menurun.   




Doakan dikurniakan 'afiat berpanjangan 




Dosa diampunkan.

 



& rajin mengaji Quran.





Sepanjang 3 hari demam, da telan 2 biji panadol & makan 1sudu lebih madu yaman n madu kelulut. Madu yaman subhanAllah superb best sedap & likat. Tak pernah rasa madu sesedap tu. The good thing is,lepas makan x sampai setengah jam, badan boleh bangun, kepala boleh diangkat & sampai boleh drive kete jap td. Alhamdulillah. Ssguhnya madu itu penawar. & quran itu jua syifaa' (cume nak mujahadah n istiqamah tu Allahuakbar teramat payah) 



-gambar di Masjidin Nabawi Disember 2015-