200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Berperang Untuk Mati?

Tuesday, December 30, 2008
"Mereka berperang untuk mati.. Israel berperang untuk hidup... mana sama!
Mereka kejar syahid.. Israel kejar dunia.. mana nak sama.... Siapa lagi hebat?" tanya ayah.


Terpana seketika mendengar ujaran ayah. Sedar dalam kelalaian, Gaza dan Palestin diserang lagi!

Handset tak sunyi tika cuti ni. Bersusun SMS yang diterima dari insan-insan prihatin.

SMS per1 : Israel bertindak ganas setelah 100 orang cedera (setelah diolah,sms sebenar dah
padam)
SMS ke2 : HAMAS isytihar intifadhah ke3 apabila Gaza dibomsmlm 200+syahid & 700 +
cedera! Mari tunjukkan Solidariti dgn bkumpul di Masjid Tabug Haji 11.30 pg.
SMS ke3 : Israel melepaskan bom dan melakukan serangan ke atas universiti Gaza semalam,
mengakibatkan banya kerosakan.
SMS ke4 : Wajib semua **** ******* mahasiswa Islam baca Qunut Nazilah kutuk Israel. Demo
mengutuk serangan Israel esok, 30 Dis di Kedutaan AS,11 am. TOLONG SEBARKAN.
-Presiden GAMIS.

Allahuakbar. Tika ku senang di Malaysia, rupanya ada saudara di sana yang sedang berhempas pulas menyelamatkan diri untuk hidup. Israel mmg x pnah puas mengancam Muslim. X cukup dengan peluru yang diberi, mereka juga mencucuk jarum-jarum agar pegangan aqidah Muslim di sana rapuh dan akhirnya berjaya membuat mereka menukar agama! Sampai begitu sekali. Tapi di Malaysia, budaya kuning atau hedonisme yang dipekenalkan dah cukup kuat untuk jadikan pegangan aqidah orang Islam kita goyah. Amat goyah. Dah sinonim hidup dalam sindrom aku-x-pedulisme . Mana taknya, kalau terlewat Subuh akibat main game sampai pukul 5-6, lebih 'membangga'kan kalau tertinggal terus. Mana taknya, kalau sanggup abiskan duit sendiri hisap rokok berkotak-kotak.. tanpa berfikir panjang akan orang di persekitaran. Mana taknya, kalau merempit pukul 2-3 pagi, free-free dedahkan nyawa kepada ancaman. Mana taknya, kalau gi konsert atau tengok bola sampai exceed waktu solat.. ala kak.. sekali-sekala! Sekali sekala alasannya.. tapi ingat, Matematik Islam, Kalau dalam soal Aqidah, bila 5 tolak 1, dah x jadi 4, tapi, bila 5-1, terus 0. Kalau dah cuba, konfem nak lagi, susah nak berhenti!

Ampun maaf dipinta atas celoteh yang panjang. Hati ni terasa sakit apabila melihat akan sakit-sakit yang dialami orang-orang yang 'sakit'. Jangan hairan pula hati dapat melihat. Hati kan punya kuasa melihat dari perasaan. Sekadar luahan dari diri yang hina.

Doa Qunut Nazilah:
Inilah Doa Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :

Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat
Wal muslimiina wal muslimaat
Wa allif baina quluubihim
Wa ashlih dzaata bainahum
Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim
Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina
Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka
Alloohumma khollif baina kalimaatihim
Wazalzil Aqdaamahum
Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil qaumil mujrimiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allohumma innaanasta'iinuka

Ertinya:

" Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"


Sumber doa - my blog, doa & tips. http://www.omaq.org/v3/index.php?do=post&id=doa_tips
sumber gambar - reuters



kita mulia kerana Islam.. Inna Solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillahi Rabbil 'Alamin..

Azam dan Tahun Baru..... Tajdid segalanya!

Sunday, December 28, 2008
Bismillah (^.~)

I would like to express a warm Happy Islam@Hijrah New Year to all Muslimin and Muslimat...
New year, new resolution?
Have u get your last year resolution done?

hm... azam baru tak semestinya setiap tahun baru. Orang Islam perlu hari ininya lebih baik dari semalam. Maksudnya, hari2 azam barulah. Setiap detik tajdid(perbaharui) niat! Aku sering
diingatkan untuk perbaharui niat dalam setiap langkah, setiap detik.. agar ikhlas kerana Allah. Terima Kasih Allah kerana mengurniakan teman2 dan persekitaran yang membina. Terima Kasih atas nikmat Islam dan Iman yang tak terhingga. ....oh! Teringat lagu yang pernah dinyanyikan dengan Adibah Ahmad Sazili dulu-dulu sebelum melangkah masuk dewan makan Shah Pekan..

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh (2x)

sebagaimana nasihat seorang sahabat yang mencuit qalbu....

Professor Hamka pernah menulis: “Di sini timbul hairan melihat orang yang setiap hari menyisir rambutnya tetapi tidak menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak dicuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya”.

...sama2lah muhasabah....

~Doa awal dan akhir tahun boleh didapati di sini : [doa akhir & awal tahun]

Cuti Dan Disiplin


cuti datang lg........

aiyak. satu kegembiraan bg setiap insan. dan satu cabaran bg aku. Disiplin waktu cuti memang bermasalah. Disiplin nak bahagikan masa, homework, beribadah, jalan-jalan, dan buat kerja lain.

Discipline is self control. If u're losing control to urself, that's mean no discipline.

Bila dah duk jauh dgn mak ayah, masa2 cuti beginilah mak ayah dambakan pertolongan anak2nya. Sudah tentu anak yang dah besar panjang diidamkan sebagai aset berharga mereka, bukan liabiliti yang perlu ditanggung!

Masa yang terluang ni pttnya dioptimumkan dgn segala hafalan nota, thaqafah, bekalan, dan amalan2 yag tidak merugikan.... oh!

Waduh waduh.. berhenti bercakap, mulakan kerja. Bak kata seorang sahabat.. 'Stop giving excuses, start making action!'

Pesanan ikhlas untuk diri sendiri terUTAMAnya..........

...Astagfirullah...

Bagi ahli perniagaan, masa ibarat duit. "Time is money!"

Seperti kata-kata Hasan Al-Banna, kewajipan itu lebih banyak dari masa yang ada. " Alwajibaat aksaru minal auqat.."

Selamat beramal... sebelum menjadi mayat. Pada ketika itu, barulah anda tahu betapa bernilainya masa sewaktu hidup..

Berakhirnya sebuah kenduri...

Wednesday, December 10, 2008
Bismillah (^.^)

Alhamdulillah, tadi sudah selesai satu kenduri kecil-kecilan kat rumah, kenduri bersempena akikah bayi baru, Sufiya Nur Zahirah. Tapi, bayi-bayi yang lama juga turut nak cukur rambut, termasuklah Izzah Tasnim dan Basyirah Amani.. Hee.

Sudut yang menarik ttg kenduri yang ingin aku kongsikan, dari segi hidangan makanan untuk tetamu. Selalunya, untuk kenduri kecil-kecilan sebegini, ibu dan ayah mengambil keputusan untuk masak sendiri bersama-sama ahli keluarga. Tapi, kali ini lain pula. Ayah dan ibu tempah makanan dengan caterer. Caterer ni bukan calang-calang. Lauk yang dihidang memang menggamit mata memandang apatah lagi selera. Hampir semua orang yang cakap ttg makanan tadi memuji-muji keenakan hidangan. 'Sedapla..' 'Bukan macam catering biasa la..' 'Macam masakan rumah la..'

Mesti korang tak sabar nak tahu rahsia keenakan masakan ni kan. Rahsianya bukanlah terletak pada kemahalan ibu dan ayah membayarnya dan bukan juga pada keturunan tukang masak ini. Kalau tanya ibu ayah, sudah tentu ayah nafikan bahawa wang yang banyak menjadi syarat makanan sedap. (x hairanlah kakak terus tanya ayah ttg harga setelah majlis selesai). Bukan juga pada keturunan kerana ayah tukang masak tersebut merupakan nelayan. Dan, jangan hairan sekiranya aku beritahu yang tukang masak ni adalah lelaki. Ya, pak cik yang memasak. Setelah dianalisis, aku berpendapat rahsia kesedapan masakan pak ci ni berpunca dari... KEBERKATAN...

Baru beberapa jam yang lalu, pak cik tersebut datang ke rumahku untuk mengambil semula cawan-cawan yang tertinggal dan bayaran yang dijanjikan. Sambil berborak dengan ayahku, banyak rahsia-rahsia memasak yang dikongsi.

Satu. Setiap langkah-langkah untuk memasak disertai dengan selawat.. Tak kira membasuh beras, sayur, dan sebagainya.. dan di situ terkandungnya keberkatan.

Dua. Ayam yang digunakan didapatkan dari pusat penyembelihan terus.. no intermediate from supermarket.. Pergi tengok rumah sembelihan, pilih ayam yang elok, tgk cara menyembelih, kenal penyembelih.. Baru ayam yang disembelih diyakini bersih.. Kadang-kadang, ada orang yang menyembelih ayam yang telah mati, dan akhirnya pengguna yang tak tahu nilah menjadi mangsa.. **be inquisitive**

Tiga. Basuh sayur2 dan bahan2 untuk memasak bersih2.

Yang uniknya, dalam kehangatan bandar Kuantan tiada air, paip dapur pakcik ni tiba-tiba ada air sehinggalah dia selesai memasak makanan2 siang tadi... Sehingga ayah kepada pakcik ni hairan sambil berada di sebelahnya danbertanya, "Mana dapat air ni?" ketika melihat bekalan air paip itu seolah-olah tidak terganggu ketika proses penyediaan dia memasak.. Perkara2 kecil yang dititikberatkan tadi bukan setakat memberi kesedapan kepada setiap inci masakan pakcik ini, namun turut memberi kesan rohaniah kepada individu yang menikmati hidangan.. Pak cik ni pesan, kalau taknak anak degil dan susah dengar kata, kena jaga dari makan dia lagi.. Aspek kebersihan, ketelitian, kesucian, dan sebagainya perlu diambil kira.. Maka, tak hairanlah pakcik ni sebegitu teliti, dia sebenarnya merupakan tukang masak bagi pelajar2 maahad tahfiz... Aspek-aspek kecil yang mengundang BARAKAH sangat dititikberatkan..

Terkesan dengan kehebatan BARAKAH dalam masakannya dan kesederhanaan peribadi pak cik, ibu dan ayah bercadang untuk membeli ayam di rumah sembelihan selepas ni. Makanan membentuk peribadi, makanan yang bersih dan suci turut dapat melunakkan hati dalam berhubung dengan Allah...

p.s: Terkenangkan McD, KFC, dsb yang dah menjadi darah daging.. Lepas ni kena beli satu buku Halal Haram CAP warna hijau tu letak kt rumah.. ummmpph

Tomato Ajaib

Tuesday, December 9, 2008
BismillahiwalHamdulillah.

Alkisah tersebutlah di sebuah kampung, sedang ketua tukang masak tengah mem'blender' bawang putih, bawang merah, dan halia untuk dimasak dalam jumlah yang pukal, anak-anak buah tukang masak yang sedang seronok potong memotong dan hiris menghiris sayur sambil bersimpuh sopan ala-ala gadis melayu terakhir, terkejut melihat suatu keajaiban di hadapan mata... 'SubhanAllah!' terpacul kalimah suci dari mulut salah seorang anak buah tukang masak sambil membesar-kecilkan mata untuk memastikan apa yang dilihat. "Eh, kau kenapa? Jumpa ulat lagi ke?" tanya kawannya di sebelah. "Takla... cuba kau tengok ni..."

Setelah diperhati jauh dan dekat, mereka telah menemui kalimah Allah dalam sebiji tomato secara kebetulan. Hikmah Allah. Akhirnya, tomato itu di'hazaf'kan sebagai bahan masakan dan makanan, namun telah dijadikan pameran untuk dijadikan pameran dan iktibar kepada orang-orang kampung....

Berita tentang penemuan tomato berkalimah Allah itu mendapat liputan luas media, sehinggalah tersebar ke alam maya.... dan mendapat tempat di blog ini. Heh. Bersama hayati dan ambil iktibar. AllahuAkbar AllahuAkbar. Allah bersama hamba2-Nya setiap waktu dan ketika.

p.s : credit utk kak min yg mengingatkan saya ttg kisah ni. kalau akak nak gamba tu, saya boleh sendkan =)

Mumbai : apa yg anda dengar?

BismillahiwAllahuakbar.

Mumbai.. pernah dengar berita ttg Mumbai x baru2 ini?
Jika ya, sila ke soalan berikutnya...

Apa yang anda dengar ttg Mumbai?
A. Kota Metropolitan ke-5 yg paling padat penduduk di dunia
B. Terletak di India tempat asal Datuk Shah Rukh Khan
C. Diserang oleh anggota kump. militan

Kalau anda jawab A, anda memang tidur sepanjang minggu lalu. ( untuk bersangka baik, anda mungkin tidak mempunyai duit poket untuk membeli paper, atau tidak berdaya untuk menonton berita tv atau pergi ke tempat2 untuk membaca akhbar percuma)

Kalau anda jawab B, anda seorang yang 'kipas-susah-mati' dengan Datuk Shah Rukh Khan. (untuk bersangka baik, anda suka sesuatu melalui skop yang besar, berpandangan luas)

Kalau anda jawab C, anda mungkin seorang yang mempunyai mata, kaki, dan telinga yang pandai mencuri. Mencuri masa untuk membelek akhbar atau mendengar radio mahupun televisyen. Tidak kurang pun,( jika anda masih mengaku anda seorang yang pemalas) anda mempunyai rakan-rakan yang prihatin yang sering memaklumkan kepada anda isu semasa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

heh. senasib dgn saya. minggu lepas tak kurang dari 3 kali saya terima SMS yang membicarakan isu-isu Mumbai dari rakan-rakan yang prihatin..hehe... dan x lupa juge miss cathrine! Bersungguh2 dia 'frust' sbb menyangka dialah orang yg paling lewat untuk tahu ttg kejadian ini... (sedangkan kami semua tercengang2 bila mendengar rintihannya!)

Mesej pertama berbunyi : Mumbai diserang - Kira2 110 orang terbunuh dan 135 orang cedera dalam serangan pengganas anggota militan.

Mesej kedua : Kumpulan yang mendalangi serangan dikenali sebagai 'deccan mujahideen'.

hm.... setelah diteliti, dikaji dengan sekadarnya, terkumpul banyak soalan yang berlegar2 dalam otak nih. Adakah serangan ni didalangi Amerika selain daripada menampakkan orang Islam yang bersalah? Serangan ni ada samanya dengan serangan 11 September.. di mana serangan ini dilakukan ketika hari perayaan orang2 Yahudi, so time tu orang2 Yahudi ni dah meng'hazaf'kan diri mereka masing2 dari terlibat dgn public.....
jangan kite lupa pula saksi kejadian runtuhan WTC 11 September tersebut, ada menyatakan yang dia ada mendengar letupan2 kecil di setiap tingkat sebelum dirempuh kapal terbang. Cuba korang taip Q33NY kat microsoft word, dan tukarkan ke tulisan simbol wingdings, menurut satu sumber, Q33NY tu ialah number siri salah satu kapal terbang yang melanggar WTC.. dan gambar2 yang muncul dari kod tu sangat mengejutkan. Cuba try dahulu.. kalau dah dapat, boleh msg sy smula...

Memetik tajuk isu ini dari tranungkite Online, 'Bush behind Mumbai terrorist attack', adakah ini suatu dongengan atau kenyataan??? Andai ini suatu kenyataan, sedarlah insan2 yang beriman dan mengucap 2 kalimah syahadah sekalian, bahawa agama kita kini sering dihanyak dilenyak dipenyek buat kesekalian kalinya oleh musuh2 Islam yang maha dengki akan kesejahteraan kita... Persoalannya, siapakah kita.. Seandainya kita mengakui kita Islam, Muslim, sejauh mana kita laksanakan tanggungjawab memahami dan menghayati Islam dalam segenap pelusuk diri dalam menjadi Fardhul Muslim??

~Wallahu'alam. Peringatan khas untuk diri sendiri yang naif..

Allahummansurna 'alal qaumil kafirin..takbir!

Sanah Helwah Aini!


A warm birthday wish to my beloved bestie, Noor Aini Esa! Welcome to 'kelab orang2 tua' deh 10.12.2008. May your life be bountifully reward by Allah s.w.t... and ur wishes always come true!

She's my friend since primary school, and we get closed from standard 6.... until now. may our friendship last long..... under the redha of Allah..... that's it ;)