200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Mumbai : apa yg anda dengar?

Tuesday, December 9, 2008
BismillahiwAllahuakbar.

Mumbai.. pernah dengar berita ttg Mumbai x baru2 ini?
Jika ya, sila ke soalan berikutnya...

Apa yang anda dengar ttg Mumbai?
A. Kota Metropolitan ke-5 yg paling padat penduduk di dunia
B. Terletak di India tempat asal Datuk Shah Rukh Khan
C. Diserang oleh anggota kump. militan

Kalau anda jawab A, anda memang tidur sepanjang minggu lalu. ( untuk bersangka baik, anda mungkin tidak mempunyai duit poket untuk membeli paper, atau tidak berdaya untuk menonton berita tv atau pergi ke tempat2 untuk membaca akhbar percuma)

Kalau anda jawab B, anda seorang yang 'kipas-susah-mati' dengan Datuk Shah Rukh Khan. (untuk bersangka baik, anda suka sesuatu melalui skop yang besar, berpandangan luas)

Kalau anda jawab C, anda mungkin seorang yang mempunyai mata, kaki, dan telinga yang pandai mencuri. Mencuri masa untuk membelek akhbar atau mendengar radio mahupun televisyen. Tidak kurang pun,( jika anda masih mengaku anda seorang yang pemalas) anda mempunyai rakan-rakan yang prihatin yang sering memaklumkan kepada anda isu semasa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

heh. senasib dgn saya. minggu lepas tak kurang dari 3 kali saya terima SMS yang membicarakan isu-isu Mumbai dari rakan-rakan yang prihatin..hehe... dan x lupa juge miss cathrine! Bersungguh2 dia 'frust' sbb menyangka dialah orang yg paling lewat untuk tahu ttg kejadian ini... (sedangkan kami semua tercengang2 bila mendengar rintihannya!)

Mesej pertama berbunyi : Mumbai diserang - Kira2 110 orang terbunuh dan 135 orang cedera dalam serangan pengganas anggota militan.

Mesej kedua : Kumpulan yang mendalangi serangan dikenali sebagai 'deccan mujahideen'.

hm.... setelah diteliti, dikaji dengan sekadarnya, terkumpul banyak soalan yang berlegar2 dalam otak nih. Adakah serangan ni didalangi Amerika selain daripada menampakkan orang Islam yang bersalah? Serangan ni ada samanya dengan serangan 11 September.. di mana serangan ini dilakukan ketika hari perayaan orang2 Yahudi, so time tu orang2 Yahudi ni dah meng'hazaf'kan diri mereka masing2 dari terlibat dgn public.....
jangan kite lupa pula saksi kejadian runtuhan WTC 11 September tersebut, ada menyatakan yang dia ada mendengar letupan2 kecil di setiap tingkat sebelum dirempuh kapal terbang. Cuba korang taip Q33NY kat microsoft word, dan tukarkan ke tulisan simbol wingdings, menurut satu sumber, Q33NY tu ialah number siri salah satu kapal terbang yang melanggar WTC.. dan gambar2 yang muncul dari kod tu sangat mengejutkan. Cuba try dahulu.. kalau dah dapat, boleh msg sy smula...

Memetik tajuk isu ini dari tranungkite Online, 'Bush behind Mumbai terrorist attack', adakah ini suatu dongengan atau kenyataan??? Andai ini suatu kenyataan, sedarlah insan2 yang beriman dan mengucap 2 kalimah syahadah sekalian, bahawa agama kita kini sering dihanyak dilenyak dipenyek buat kesekalian kalinya oleh musuh2 Islam yang maha dengki akan kesejahteraan kita... Persoalannya, siapakah kita.. Seandainya kita mengakui kita Islam, Muslim, sejauh mana kita laksanakan tanggungjawab memahami dan menghayati Islam dalam segenap pelusuk diri dalam menjadi Fardhul Muslim??

~Wallahu'alam. Peringatan khas untuk diri sendiri yang naif..

Allahummansurna 'alal qaumil kafirin..takbir!

0 thoughts from optimists:

Post a Comment