I would like to express a warm Happy Islam@Hijrah New Year to all Muslimin and Muslimat...
New year, new resolution?
Have u get your last year resolution done?
hm... azam baru tak semestinya setiap tahun baru. Orang Islam perlu hari ininya lebih baik dari semalam. Maksudnya, hari2 azam barulah. Setiap detik tajdid(perbaharui) niat! Aku sering
diingatkan untuk perbaharui niat dalam setiap langkah, setiap detik.. agar ikhlas kerana Allah. Terima Kasih Allah kerana mengurniakan teman2 dan persekitaran yang membina. Terima Kasih atas nikmat Islam dan Iman yang tak terhingga. ....oh! Teringat lagu yang pernah dinyanyikan dengan Adibah Ahmad Sazili dulu-dulu sebelum melangkah masuk dewan makan Shah Pekan..
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh (2x)
sebagaimana nasihat seorang sahabat yang mencuit qalbu....
Professor Hamka pernah menulis: “Di sini timbul hairan melihat orang yang setiap hari menyisir rambutnya tetapi tidak menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak dicuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya”.
...sama2lah muhasabah....
~Doa awal dan akhir tahun boleh didapati di sini : [doa akhir & awal tahun]
0 thoughts from optimists:
Post a Comment