200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Berakhirnya sebuah kenduri...

Wednesday, December 10, 2008
Bismillah (^.^)

Alhamdulillah, tadi sudah selesai satu kenduri kecil-kecilan kat rumah, kenduri bersempena akikah bayi baru, Sufiya Nur Zahirah. Tapi, bayi-bayi yang lama juga turut nak cukur rambut, termasuklah Izzah Tasnim dan Basyirah Amani.. Hee.

Sudut yang menarik ttg kenduri yang ingin aku kongsikan, dari segi hidangan makanan untuk tetamu. Selalunya, untuk kenduri kecil-kecilan sebegini, ibu dan ayah mengambil keputusan untuk masak sendiri bersama-sama ahli keluarga. Tapi, kali ini lain pula. Ayah dan ibu tempah makanan dengan caterer. Caterer ni bukan calang-calang. Lauk yang dihidang memang menggamit mata memandang apatah lagi selera. Hampir semua orang yang cakap ttg makanan tadi memuji-muji keenakan hidangan. 'Sedapla..' 'Bukan macam catering biasa la..' 'Macam masakan rumah la..'

Mesti korang tak sabar nak tahu rahsia keenakan masakan ni kan. Rahsianya bukanlah terletak pada kemahalan ibu dan ayah membayarnya dan bukan juga pada keturunan tukang masak ini. Kalau tanya ibu ayah, sudah tentu ayah nafikan bahawa wang yang banyak menjadi syarat makanan sedap. (x hairanlah kakak terus tanya ayah ttg harga setelah majlis selesai). Bukan juga pada keturunan kerana ayah tukang masak tersebut merupakan nelayan. Dan, jangan hairan sekiranya aku beritahu yang tukang masak ni adalah lelaki. Ya, pak cik yang memasak. Setelah dianalisis, aku berpendapat rahsia kesedapan masakan pak ci ni berpunca dari... KEBERKATAN...

Baru beberapa jam yang lalu, pak cik tersebut datang ke rumahku untuk mengambil semula cawan-cawan yang tertinggal dan bayaran yang dijanjikan. Sambil berborak dengan ayahku, banyak rahsia-rahsia memasak yang dikongsi.

Satu. Setiap langkah-langkah untuk memasak disertai dengan selawat.. Tak kira membasuh beras, sayur, dan sebagainya.. dan di situ terkandungnya keberkatan.

Dua. Ayam yang digunakan didapatkan dari pusat penyembelihan terus.. no intermediate from supermarket.. Pergi tengok rumah sembelihan, pilih ayam yang elok, tgk cara menyembelih, kenal penyembelih.. Baru ayam yang disembelih diyakini bersih.. Kadang-kadang, ada orang yang menyembelih ayam yang telah mati, dan akhirnya pengguna yang tak tahu nilah menjadi mangsa.. **be inquisitive**

Tiga. Basuh sayur2 dan bahan2 untuk memasak bersih2.

Yang uniknya, dalam kehangatan bandar Kuantan tiada air, paip dapur pakcik ni tiba-tiba ada air sehinggalah dia selesai memasak makanan2 siang tadi... Sehingga ayah kepada pakcik ni hairan sambil berada di sebelahnya danbertanya, "Mana dapat air ni?" ketika melihat bekalan air paip itu seolah-olah tidak terganggu ketika proses penyediaan dia memasak.. Perkara2 kecil yang dititikberatkan tadi bukan setakat memberi kesedapan kepada setiap inci masakan pakcik ini, namun turut memberi kesan rohaniah kepada individu yang menikmati hidangan.. Pak cik ni pesan, kalau taknak anak degil dan susah dengar kata, kena jaga dari makan dia lagi.. Aspek kebersihan, ketelitian, kesucian, dan sebagainya perlu diambil kira.. Maka, tak hairanlah pakcik ni sebegitu teliti, dia sebenarnya merupakan tukang masak bagi pelajar2 maahad tahfiz... Aspek-aspek kecil yang mengundang BARAKAH sangat dititikberatkan..

Terkesan dengan kehebatan BARAKAH dalam masakannya dan kesederhanaan peribadi pak cik, ibu dan ayah bercadang untuk membeli ayam di rumah sembelihan selepas ni. Makanan membentuk peribadi, makanan yang bersih dan suci turut dapat melunakkan hati dalam berhubung dengan Allah...

p.s: Terkenangkan McD, KFC, dsb yang dah menjadi darah daging.. Lepas ni kena beli satu buku Halal Haram CAP warna hijau tu letak kt rumah.. ummmpph

1 thoughts from optimists:

  1. alfaqeer said...:

    SubhanAllah.. :)

    Pernah jugak dengar cerita macam gini. Nampaknya dari sekarang, kene lebih teliti lah masa pergi shopping tu. Hmm.

    Terima kasih kerana berkongsi!

Post a Comment