200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

CFS ku..

Monday, March 16, 2009
Bismillah.

Masih tak terlewat rasanya untuk mengucapkan Salam Maulidurrasul buat semua. Tahun ni aku kurang rasa kehangatan sambutannya. Haritu aku pergi 'camping' dgn kawan2, agak terputus dengan dunia luar, line internet dan 3g pun x dapat, tp nape sampai begitu sekali aku tak rasa ye? Adakah sebab tiada tv yang paparkan iklan maulid nabi? Atau tiada orang yang sibuk-sibuk bersiap untuk 'join' perarakan di sekolah waktu pagi? Atau aku sendiri yang kurang berselawat..? Hmmmm... tapi alhamdulillah, malam tu ada sedikit marhaban kat dewan, sambil melagukan ratibul haddad (dari buku putihn seminar pembangunan ummah). Bait-bait syair yang memuji2 Allah dan habibullah. Sangat indah dan mengasyikkan. Aku yang tengok dari jauh pun terasa seronok. Sollu 'ala Nabiy.
Semoga selawat menjadi pemangkin untuk kita mengingati baginda yang banyak berkorban demi kita umatnya.. Sehingga baginda hampir wafat, baginda ada menyebut 'Ummati..ummati..ummati...'..
Allahumma Solli 'ala Muhammad

Masuk hari ni, dah 2 minggu cuti semester bermula. Cuti semester yang memisahkan hidup aku di Petaling Jaya dengan Kuantan. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, lepas ni aku akan sambung belajaar kat Kuantan pula... Selamat Tinggal CFS.

Bila terkenang, sedih sebenarnya nak tinggalkan CFS. Hidup 2 tahun kat sana banyak memberi benda yang baru kat aku. Banyak pengalaman pahit manis masam kelat masin yang aku dah lalui sendiri dan bersama rakan-rakan. Bumi yang banyak mentarbiyah diri aku. Bumi yang banyak memperkenalkan aku dengan benda yang aku tak pernah tahu. Bumi yang memperkenalkan aku dengan manusia-manusia yang aku tak pernah jumpa sebelum ni. Bumi yang banyak mendorong aku buat sesuatu yang aku tak pernah terfikir nak buat. Dan Bumi yang mendorong aku untuk mengambil tahu benda-benda yang orang lain tak mahu tahu. Bumi yang mengajar aku erti dan nilai kesabaran, kegigihan, kepayahan, keIslaman, kejayaan, persaudaraan, persahabatan, dan perjuangan...

Bak kata Abg Amin Idris, jika kita menghabiskan sesuatu tempoh masa itu dan kita alami perubahaan diri ke arah yang positif, itu tandanya masa yang digunakan itu bermanfaat. Alhamdulillah, aku bersyukur...

Di samping subjek bio1,2,3, chem1,2,3, fiz1,2 dan math 1,2 serta subjek2 sampingan yang lain (bi, arab, fim dll) telah dihabiskan mengikut silibus sebagai syarat untuk ke 'main camp', tapi segala2 ilmu teori itu kadangkala tidak dapat meninggalkan kesan sehebat pengalaman@apa yang dialami. Pengalaman berharga yang dapat aku kutip itulah sedikit sebanyak dapat mematangkan diri dan pemikiran dalam kembara hidup menuju Ilahi ini.. ( tak reti nak crita tara mana pengalaman ni.. kalu diceritakan panjang berjela plak.. biarlah menjadi suratan hidup yang bermakna buat diri sendiri.. jika anda rasa kita mengalami perjalanan hidup yang hampir sama, anda akan dapat tahu betapa manisnya pengalaman tersebut... kan? ha, cepatla rasa dgn lidah=P)

Di kesempatan ini, aku@saya@ana ingin memohon kemaafan zahir dan batin kepada semua warga CFS mahupun bukan CFS, dari pakcik dan macik guard ke makcik cafe, kakak cleaner, uncle bas, lecturers, rakan2, seniors, juniors, classmates, roomates, segala peringkat sahabat saya, andai tersilap kata, tersalah duga, tersengaja atau tidak sengaja membuat dosa kepada anda@antum@engkau@awak semua... Terima kasih@syukran kathir... Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua (^.^)

Kelas Fizik, 2nd semester. Tak perlu cari kepala brothers, sebab kelas kami 'bebas brothers' melainkan lecturer..heh


Perkongsian Fatimah dan Huda..


Lecture Hall yang dirindui. Pernah cari suis air cond sebab nak tutup elakkan pembaziran bersama beberapa org sahabat. Akhirnya, selepas kami berputus asa, air cond tertutup dgn sendirinya. Automatik rupanya.



Mahallah Aisyah di waktu malam. Masih ada yang menghirup udara malam. Kelihatan tingkap bilik Fatimah dan Sabati dari sini =)



Mahallah Khadijah dah jadi mahallah paling cantik. X sempat nak rasmi =(


AMF. Ketika forum khas yang didatangi wakil dari kedutaan Palestin.

SM Building behind the doctor-to-be. Where labs and science classes are placed. Ignore the person in front...


0 thoughts from optimists:

Post a Comment