200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

nota buat da'ie

Saturday, March 28, 2009



Siapa Da'ie?

Merujuk kepada suatu hadis Nabi s.a.w, yg bermaksud, ‘Sesiapa yg mengucapkan La Ilaaha illa Allah merupakan da’ie’ . Jadi secara tuntasnya, mahu tidak mahu, Allah telah melabelkan bahawa orang Islam ialah merupakan da’ie yakni pendakwah. Berbahagialah menjadi da’ie. Da’ie ialah orang yg berada di luar sindrom ‘aku tidak pedulisme’, jiwanya sebati dengan rasa kasih dan sayang akan saudaranya, peduli akan saudaranya, demi matlamat jangka pendek dan panjang, iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Oh, aku ni da'ie rupanya. Tapi bukan aku shj. Engkau pun. Dah, usah tidak mengaku engkau pun sama. Hadis itu buktinya. Kita sama-sama.

Aku Lesu. Da'ie yg lesu. Kau lesu? Kenapa kita begitu?

Lesu. 1 perkataan 4 huruf. Untuk mengatasi kuasa di sebalik perkataan ini, kita kena cari puncanya.

Untuk itu, aku ada melakukan sedikit kaji selidik. Hasilnya begini :

L . E . S . U . Kenapa ye?

1. Kerana hati kita sakit.. Macamana ibadah kita, adakah meningkat, menurun, atau sama dengan dahulu? (Soalan yang aku beri, soalan juga yang aku terima)
-duniabaruIslam

2. Ruh jihad tu belum sampai betul-betul ke jiwa, hati tak diikat betul-betul dengan Allah, lebih diikat dengan dunia, rasa nak berehat.. Sebab tu kita jadi lesu, sepatutnya kita malu dengan agen-agen musuh Islam, mereka lebih bersemangat sebarkan agenda jatuhkan Islam, tetapi kita sedang “tidur”
-nuurzukhruf

3. Mungkin kerana hati semakin mati dan x ghairah untuk wat kebaikan.. Mungkin banyak makan, banyak tidur, dan banyak tengok benda-benda yang tak patut..
-ruhul_jihad

4. Sama-samalah mujahadah.. Saya susah hati memikirkan hari-hari yang mendatang, takut berlalu dengan sia-sia, salinglah kita mengingati ye.(Em, spt kurang menjawab soalan, tapi jalan penyelesaiannya boleh dikongsi) -Acu

5. Lesu, selalunya sebab letih. Biasa dalam kalangan aktivis Islam, tak boleh dinafikan. Lagi-lagi, kita ada 5 musuh, kata Fathi Yakan. Dan yang terbesar, syaitan. Mestinya syaitan makhluk paling celaka saat syiar Islam ditegakkan. Itulah yang menyebabkan perjuangan Islam perlu disertai dengan motivasi yag tinggi. Iman dan takut pada Allah mesti sentiasa dipupuk.. tipu daya syaitan sangat banyak.. dari mana kita nak dapat motivasi? TAQARRUB pada Allah, banyak-banyakkan istighfar dan tajdidkan niat waktu kita sedar dari mula lesu. Dan banyakkan baca tentang sirah kegemilangan Islam. Semoga cita-cita “Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih”( yang bemaksud Islam lebih tinggi dari apa-apa yang tertinggi) terus subur dalam jiwa kita.. ALLAHUAKBAR! (Respon yang panjang, tetapi sangat padat dan turut disertakan langkah mengatasi)
-‘Adik’ Amirah(201189) yang suka membaca


Terima kasih kepada penjawab-penjawab soalan. Sedikit sebanyak menyentuh hatiku. Mungkin jiwa kau hidup hatinya, kental dan bercahaya. Dan aku doakan kita semua akan dapat mengecap nikmat manisnya iman dan kerdilnya diri. Doaku lagi, moga kita istiqamah.

Kau Lesu lagi..? Kenapa ye? (Bolehla berkongsi di ruangan komen)

* * * * * * *


Salam mujahadah ditujukan kepada rakan-rakan lama SHAH Pekan,

kepada yang jauh di perantauan Dinie, Syazwan, Amir, Fadzil, Munir,Syafiq, Noordin, Afiq, Sarah, Adzuwa, dan Atikah Dawam, selamat menjadi duta Muslim Malaysia di tempat masing-masing dan selamat mencedok kepakaran asing dengan banyaknya,

juga kepada mereka yang aku kasihi,

Zarifah,Zalikha,Hidayah,Hamidah, Ira, Dalilah, Sarah, Khairun, Fazreen, Kamilah, Fatihah, Fatehah, Nadhira, Bella, Hafizza (mula2 aku letak nama Hafiza di kalangan orang nak fly, tp rupa2nya, tak sangka kita akan sama Kuliyyah di UIAM insyaAllah.. Selamat amik exam Arab..) dan rakan-rakan yang lain ( x muat deh nak buh sini sume) tak lupa juga sahabat-sahabat istimewa 5 Bakti- Adibah, Qhayyum, Armilla, Dinah, Syimah, Hanum,Izzati..... dan Erin ;)

juga kepada sahabat-sahabat CFS yang banyak mengajarku...

syukran, mohon maaf, dan tegurlah aku...

1 thoughts from optimists:

  1. qamar_muneera said...:

    bismillahirrahmanirrahim..
    apabila matlamat dan cita-cita kita tidak selari dengan matlamat dan cita-cita Islam yang dikehendaki oleh Allah, maka natijahnya ialah kelesuan. tidak kira dalam apa bidang sekali pun. itu pendapat kak munirah..wallahua'lam

Post a Comment