200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

corat coret celoreng

Saturday, March 14, 2009
"Hai blog... sian kamu dah lama terbiar.
Aku gagahkan jua jari jemari yang ringan ini untuk terus menaip walaupun aku merasakannya berat.
Ah..! Godaan syaitan la ni.. Nyah kau makhluk merah..!"

"Kak, ape kak meracau malam-malam ni? Mimpi ngeri lagi....?" adik berkata-kata separuh mamai sambil memeluk bantal busuk kegemarannya yang sama usia dengan dirinya.

"Haih, siapa yang mengigau ni dik?"

Okay.. tamat sesi warming up@muqaddimah...

Bismillahiwalhamdulillah=)
Apa yang aku nak catatkan di sini, biarlah menjadi tauladan buat diri aku selalu, juga buat muhasabah untuk rakan-rakan yang jauh di mata..
Selepas setahun aku dikurniakan nikmat untuk mendapat tarbiyah di bumi CFS secara langsung dan kadangkala aku diperlukan untuk agenda mentarbiyah juga (wallahu'alam, aku sebenarnya hanya layak ditarbiyah tetapi tidak mentarbiyah), baru-baru ini aku dan beberapa orang sahabat diuji dengan tarbiyah Ilahi secara tidak langsung..

Alkisahnya bermula... Suatu petang, aku dan 6 orang lagi sahabatku akan menaiki bas . 6 dari kami akan menaiki bas ke Kuala Lumpur pada jam 3 petang seperti yang tertera di tiket, manakala seorang lagi tiketnya ke Klang dijadualkan pada jam 2.15 petang. Untuk ke terminal bas di Hentian Medan, kami bertujuh menaiki van yang dipandu oleh seorang sahabat kami yang terkenal dengan kepakarannya membawa kereta (lg master la berbanding aku..). Jam melewati pukul 2. Kami bergegas masuk ke dalam van, dan semasa perjalanan, barulah aku tahu yang seorang sahabat ni tiketnya pukul 2.15.. Dari bersenda gurau dan berbual, kami sama-sama berzikir dan berselawat agar van tersebut sempat tiba di terminal pada masa yang genting itu. Sangkaanku terminal itu berada dekat sahaja dengan tempat kami bertolak, namun setelah jam di tanganku menunjukkan lebih 2.15, ternyata sangkaanku meleset. Aku menjadi risau. Aku mengerling ke arah sahabatku itu. Di sebalik raut wajahnya yang tampak tenang, mulutnya terkumat kamit tak berhenti memohon pertolongan-Nya. Van dipacu laju memotong kereta kiri dan kanan demi membalas dendam terhadap 2.15 petang yang sudah terlepas (memang ada gaya kereta lumba walaupun hakikatnya van tersebut agak 'antik' ). Malangnya, selepas lampu isyarat menunjukkan lampu hijau, van tidak bergerak. Gear gagal dimasukkan. Keadaan panik. Mujur sahabat kami yang memandu tersebut pantas bertindak dengan menolak van ke bahu jalan. Tidak lama kemudian, terdapat kereta gen-2 yang dipandu seorang rakan lain yang prihatin datang. 3 daripada 7 orang tadi masuk ke dalam kereta gen-2 dan kami seterusnya menuju ke terminal bas. Setelah diselidiki, syukur Alhamdulillah bas KKKL pada yan dijadualkan bertolak pada pukul 2.15 petang itu diganti dengan bas SE Super. Dan setinggi-tinggi kesyukuran, bas SE Super tersebut sedang diservis kerana penghawa dinginnya yang gagal berfungsi dengan baik. Sahabat yang tadi menarik nafas lega. Pada jam 3, aku dan seorang lagi sahabat, Azi menaiki bas Transnasional. Setelah kami mendapat tempt duduk, kami baru perasan kekosongan kerusi-kerusi dalam bas itu sepatutnya diisi oleh rakan-rakan kami tadi! 4 orang sahabat kami tadi masih tak muncul-muncul. Bas pula dah bergerak. Pabila ada seorang di antara kami beritahu pakcik bas, semacam mustahil untuk bas tu tunggu. Pemandu bas tu pun punya masa untuk ditepati. Rakan-rakan kami masih di dalam perjalanan. Setelah rentetan cadangan dikemukakan, mereka bersetuju untuk tunggu di bahu jalan sebelum tol simpang Pulai. Dan Alhamdulillah mujur, tol tersebut mmg menjadi laluan bas itu untuk keluar ke lebuhraya..

Sahabat-sahabat rakan-rakan dan pembaca yang budiman sekalian,

Tarbiyah pertama dr Allah yang aku dan rakan2 dapat :
--Van yang dipinjam oleh pak Khalid gagal bergerak. Gear tak 'makan'. Mungkin terputus kabel di bhgn kotak gear
Tetapi alhamdulillah, 3 orang dari kami bertujuh menaiki kereta gen-2 yang dipandu seorang sahabat lain yg prihatin.

Tarbiyah kedua :
--Sahabat kami terlepas tiket pada pukul 2.15 ptg.
Tetapi alhamdulillah, Bas KKKL tu dah ditukar dengan bas SE Super yang sedang diselenggarakan kerana penghawa dinginnya gagal berfungsi.

Tarbiyah ketiga:
--4 orang rakan kami hampir-hampir kehangusan tiket mereka dan ketinggalan bas kerana gagal menaiki bas pada masa yang ditetapkan.
Tetapi alhamdulillah, laluan bas itu sama dengan tempat mereka menunggu. Bas berhenti seketika untuk mengambil mereka walaupun pak cik pemandu bas tu dah mengomel kat aku selepas aku 'explain' yg "kereta kami rosak pakcik"..

Allahuakbar3. Tarbiyah anugerah Ilahi didatangkan khas tanpa diduga. 'Real-time modul'. Terpulang kepada diri dan hati untuk menilai sejauh mana kejadian yang berlaku dijadikan 'ibrah buat diri sendiri atau sekadar kejadian yang biasa dialami. Wallahu'alam.

Cuti yang lalu sangat memberi pengajaran... The next exciting parts of holiday is in making...
X sabar nak lalui! =)

0 thoughts from optimists:

Post a Comment