200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

selamat pendek umur?

Friday, November 13, 2009
Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Begitulah ucapannya. Ucapan yang nampak kasar, tetapi terkandung makna yang benar.
/sweat

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Mendalam maksudnya. Ketahuilah,umurmu semakin pendek. Semakin menghampiri alam lain. Semakin sedikit ruang masamu di atas dunia. Makin melangkah tahun baru, makin pendeklah tahun-tahun yang berbaki.

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Ucapan sinis sebagai tazkirah agar bertungkus-lumuslah bersedia. Bersedialah sebelum mati, kerana mati itu hanya sekali. Tidak boleh diulang, no repeat paper, walaupun sekali. No and never. Sekiranya baik, baiklah, sekiranya buruk, buruklah. Tiada lagi permohonan kedua memasuki madrasah kehidupan. Tiada pentadbir yang akan menimbangkan sama ada permohonan kemasukan semula diterima atau tidak, kerana tiada tawaran untuk itu. Tiada istilah untuk hidup dua kali melainkan di alam yang baru.

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Benarlah ucapannya. Dia ulang lagi, selamat pendek umur. Pendek umur kerana kita mengakui bahawa mati itu haq, neraka itu haq, syurga itu haq, dan Allah itu haq. Orang Islam yang matlamat akhirnya adalah Allah, maka ucapkanlah selamat pendek umur padanya. Biar dia sentiasa beringat. Tambahnya, ucapan selamat atau semoga panjang umur itu mainan yahudi. Supaya kita lupa pada alam selepasnya. Supaya kita lupa untuk berlumba-lumba bersedia untuk hidup di sana.


Selamat hari lahir, selamat panjang umur. Berbahagialah menjadi orang yang semakin pendek umur. Tempoh masa kita ‘berkahwin’ dengan alam kubur semakin dekat... maka, berfoya-foyalah lagi...


:) :)>- testing benda baru dalam blog /hmm
Terima kasih atas ucapan yang benar... Terima kasih atas doa-doa sahabat-sahabat semua... Sesungguhnya, saya menumpang kekuatan dari doa-doa tulus dari kalian, tempanglah saya tanpa doa-doa kalian... teruskan menembak doa untuk kebaikan kita...

0 thoughts from optimists:

Post a Comment