"Nak dengar kisah ashab?"
"Ashab ape cikgu? Ashabul kahfi saya tau dah.... Mak saya pernah cite dah. Yang tido dalam gua, pusing sana pusing sini, sampai 300 tahun lebih tu kan..."
"Alamak, dah tau ke? Oklah, cikgu cerita pasal ashabul ukhdud pulak... Mengisahkan kisah seorang budak (ghulam), rahib, dan ahli sihir..."
"Okei!!"
"Denga elok-elok.. Sape tido cikgu cili mata dia..."
"Erk!" /blur
**********************************************************************************
Hadith mengenai Ahli Sihir, Rahib dan Ghulam (Dalam Kitab Sunan Tarmizi)
Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mernpunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;
“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibirmu seolah-olah kamu bercakap. Maka baginda bersabda: “Salah seorang daripada para nabi merasa ajaib dengan umatnya lalu dia berkata; “Siapakah yang akan mengendalikan urusan mereka?! Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya memberikan mereka pilihan sama ada membunuh diri atau dikuasai oleh musuh. Mereka pun memilih membunuh din. Maka kematian berleluasa di kalangan mereka. Pada suatu hari berlaku tujuh puluh ribu kematian.”
Suhaib berkata; “Apabila Rasulullah menyebut hadis ini, baginda akan menceritakan hadis yang lain.”Baginda (s.a.w) bersabda; Terdapat seorang raja di kalangan raja-raja yang rnempunyai seorang tukang nujum’ yang berkhidmat kepadanya, Tukang nujum [1] tersebut berkata; “Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat rnengajarnya ilmu aku mi, Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.”
-gambar hiasan- sumber
Baginda bersabda lagi; “Mereka pun mencarinya berdasarkan kepada ciri-ciri yang disebutkan dan ghulam yang dijumpai diperintahkan supaya menemui tukang nujum tersebut dan sentiasa mendatanginya. Maka ghulam tersebut pun berulang-alik menemuinya. Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.”
Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dan berkata; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.”
Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa rahib dan lewat menemui tukang nujum. Tukang nujum pun menceritakan kepada keluarga ghulam dengan mengatakan; “Dia lewat datang menemuiku.” Ghulam menceritakan perkara ini kepada rahib lalu dia menjawab; ‘Apabila kamu ditanya oleh tukang nujum; Di mana kamu sebelum ini?. Jawablah; Bersama-sama keluargaku. Apabila keluargamu bertanya di mana kamu sebelum ini?, beritahulah mereka bahawa kamu bersama-sama dengan tukang nujum.
Baginda bersabda lagi; “Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia melalui sekumpulan ramai manusia yang tertahan disebabkan seekor binatang. Sebahagian mereka mengatakan bahawa binatang tersebut adalah singa.” Sabda baginda; “Maka ghulam pun mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh rahib adalah benar, maka aku pinta daripada-Mu untuk membunuh binatang mi.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini?
Sebahagian mereka menjawab; “Ghulam”. Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”
Baginda menambah lagi; ‘Peristiwa ini diketahui oleh seorang buta, lalu beliau berkata kepada ghulam; Sekiranya kamu dapat mengembalikan penglihatanku, kamu akan mendapat sekian-sekian. Ghulam menjawab; “Aku tidak memerlukan semua itu daripada kamu, tetapi apakah pandangan kamu sekiranya penglihatanmu dikernbalikan kepadamu. Apakah kamu akan beriman kepada orang yang mengembalikannya?”. Beliau menjawab; “Ya.” Maka ghulam pun berdoa kepada Allah, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Dengan itu si buta beriman. Keimanan mereka diketahui oleh raja dan mereka dipanggil mengadap lalu raja berkata; “Aku akan membunuh kamu semua dengan cara yang berbeza-beza.”
Maka dibawa rahib dan si buta, lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala salah seorang daripada mereka, kemudian dia dibunuh. Seorang lagi dibunuh dengan cara yang lain. Selepas itu, arahan ditujukan kepada ghulam; “Bawa dia ke bukit sekian-sekian. Campaklah dia dari puncaknya.” Mereka pun mebawa ghulam menuju bukit tersebut. Apabila mereka sampat ke tempat tuju, mereka semua jatuh daripada bukit kecuali ghulam. Kemudian dia pulang menemui raja.
Selepas itu, raja memerintahkan supaya dia dibawa ke laut dan dicampakkan ke dalamnya. Maka dia dibawa ke laut, lalu Allah menenggelamkan mereka yang bersamanya dan menyelamatkannya. Selepas itu ghulam berkata kepada raja; “Kamu tidak akan dapat rnembunuh aku sehinggalah kamu menyalib dan memanahku. Kamu hendaklah berkata ketika memanahku; “Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini.”
Baginda (s.a.w) menyambung lagi; “Maka raja pun memerintahkan supaya dilakukan apa yang dicadangkan lalu ghulam disalib. Kemudian raja memanahnya sambil berkata; “Demi Allah, Tuhan ghulam ini.” Sabda baginda lagi; “Lalu ghulam meletakkan jarinya pada bahagian di antara mata dan telinganya. Selepas itu, dia pun meninggal. Dengan itu, orang ramai pun berkata; “Sesungguhnya ghulam ini mengetahui suatu ilmu yang tiada sesiapa pun yang mengajarnya. Dengan itu kami beriman dengan Tuhan ghulam ini.”
Baginda bersabda lagi; “Dikatakan kepada raja; “Apakah tuanku merasa resah gelisah ketika tiga orang tidak mengikut tuanku. Sesungguhnya alam seluruhnya telah menentang tuanku.” Baginda meneruskan cerita; “Maka parit pun digali. Kemudian dikumpulkan kayu api di dalamnya lalu dinyalakan. Selepas itu orang ramai pun dikumpulkan, lalu raja berkata; “Sesiapa yang kembali kepada agama asalnya, kami akan selamatkan dia. Sesiapa yang enggan, kami akan campakkan dia ke dalarn api ini.” Kemudian mereka pun dicampakkan ke dalam parit tersebut.
Baginda bersabda; “Allah telah berfirman “Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Pari) api yang dipenuhi bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”
----> Sumber dan lanjutan kisah di sini : Disertasi . Kredit untuknya =D>
0 thoughts from optimists:
Post a Comment