200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Showing posts with label AQIDAH. Show all posts
Showing posts with label AQIDAH. Show all posts

Jami'. Jamaah. Keperluan berjamaah. artikel dr seorang sahabat.

Tuesday, December 28, 2010
Bismillahi walhamdulillah.

Ingin berkongsi satu artikel oleh seorang sahabat.

Maafkan saya kerana sekadar berkongsi. Diri butuh menulis untuk diri sendiri, namun saya sedar tidak cukup jika saya hanya menulis dengan tangan. Kadang kala tak sanggup untuk menambah amanah lagi. Tulisan yang akan menjadi amanah. Ditambah dengan amanah sedia ada dalam menunaikan amanah untuk memenuhi jiwa, hati, minda, dan akhlak dengan baik. Amanah menjaga hubungan dengan Allah, juga sesama manusia. Amanah dengan ibu ayah, ukhuwah bersama sahabat semilik, ukhuwah dengan BFF, dengan sahabat seusrah, saudara seIslam. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku andai ade hak yg masih belum dipenuhi. N harapanku, marilah kita saling membantu untuk perkara kebaikan dan taqwa. Perkara yg menjauhkan dr azab neraka. Pkara yg menjamin hidup yg bahagia di sana nanti. Sama-sama doakan. Doakan aku terus faham dan mampu untuk teruskan kebaikan. Teruskan kebaikan bersama-sama! Kita semua mampu. Pasakkan niat, and insyaALlah you will find your way..

Untuk artikel kat bawah ni, kredit untuk saudara Ahmad Ikhwan.

Keperluan Untuk Berada Dalam Keadaan Berjama'ah



Dalam dua tiga minggu ini, kepala agak sarat dengan perbincangan dan pemikiran berkisar tentang perkara ini. Masalah kerumitan bertambah semakin tegang apabila anasir yang cuba menyeleweng daripada kesucian hati mulai menapak dalam hati dan pemikiran.

Mungkin saya dilihat berjiwa besar dan idealistik, dan begitulah jua harapan dan doa kepada ALLAH agar kekuatan tersebut dapat diperoleh dalam jangka masa yang konsisten. Agak kasihan terasa di hati kepada sahabat-sahabat dan adik-adik yang masih tidak berupaya mendapatkan suatu bentuk kefahaman yang lebih matang dalam menghadapi isu picisan ini.

Jama'ah-jama'ah yang ada mempunyai sifat dan pendekatan masing-masing. Semua jama'ah yang berpegang kepada 'aqidah ahli sunnah wal jama'ah ialah saudara kita yang kita cintai kerana kesatuan 'aqidah dan perkara usul yang sama dan satu. Tuhan yang sama, Nabi yang sama, kitab yang sama, qiblat sama dan ideologi "Tiada Tuhan Selain ALLAH" yang sama. Boleh saya katakan, selagi mana semuanya bekerja kepada agama ALLAH secara haq, selagi itulah kita wajar bekerjasama dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Saya bersikap begitu positif dengan harapan tinggi agar kesemua jama'ah berperanan pada peringkat masing-masing dengan penuh iltizam. Kita tidak ada masa untuk masih lagi menaikkan kebenaran kononnya hanya milik jama'ah kita sahaja. Saya tidak ingin membangkitkan isu lapuk dan klasik ini, tetapi ingin mengemaskan pendirian yang sewajarnya kita ada. Apa yang sangat menyebabkan hati saya berasa tidak tenteram ialah apabila terkeluarnya kata-kata daripada fahaman sempit dan agak keterlaluan daripada kelompok yang tidak memahami hakikat "jama'ah" itu sendiri. Ada yang mengatakan pihak lain itu sesat, ada juga menyatakan mereka bukan harakah Islamiah tetapi parti politik, ada yang mengatakan suatu kumpulan itu adalah bersifat lalang, tidak jelas pendirian dan berbagai-bagai lagi bentuk dakwaan dan label yang saya berasa sangat tidak tenteram apabila mendengarnya.

Benar sungguh sabda Nabi, keseluruhan tindak-tanduk itu berpunca daripada keadaan hati. Dapat saya katakan, hampir tidak dapat lari daripada kebiasaan apabila saya bertanyakan pendapat sahabat-sahabat yang ditemui apakah pendapat mereka tentang kewujudan banyak platform pergerakan Islam, mereka akan menjadi cenderung untuk menaikkan kelebihan sendiri dan memaklumkan kelemahan pihak yang lain. Saya berandaian bahawa pihak sebegini mungkin telah terpesong dan terperangkap dalam jerat ruhaniah yang mengheretnya kepada kecacatan hati. Mereka lebih dekat kepada perasaan ta'asub, ujub, sum'ah, kibr, riyak dan sebagaimananya. Hati ini sentiasa merintih kesedihan mengapa masalah kecilan ini tampak agak sukar untuk dinyahkan daripada jiwa-jiwa yang ingin bekerja untuk agama ALLAH ini.

Mahu tidak mahu, kita perlu juga memilih jama'ah kita yang tersendiri untuk memberikan iltizam kepada Islam. Saya juga berhadapan dengan dilema dalam memilih. Perasaan cinta dan sayang kepada wadah-wadah Islam di negara ini menyebabkan pilihan begitu sukar untuk dilaksanakan. Namun, jika telah diberikan ilham oleh ALLAH s.w.t. hasil daripada solat sunat istikharah, maka pilihan itu wajar dilakukan sepenuh hati. Saya lebih berasa tenang untuk beranggapan semua jama'ah di Malaysia ini ibarat satu pasukan tentera Islam yang besar. Masing-masing diamanahkan oleh panglima perang Islam untuk memberikan pengkhususan kepada bahagian masing-masing. Ada yang menjaga bahagian perisikan, perubatan, artileri, infantri, renjer, kawalan udara, kawalan laut, semboyan, lojisitik, grup tentera elit (komando) dan berbagai-bagai lagi unit khusus dalam angkatan tentera. Semuanya berperanan dalam peperangan dengan tujuan yang sama.

Kita dituntut untuk berada dalam jama'ah. Saya merujuk kepada penulisan Al-Fadhil Ustaz Haji Yahya Othman dalam buku beliau yang berjudul 'Amal Jama'i (Pengertian dan Tuntutannya).

Dalil yang menunjukkan wajibnya berjemaah:

1.

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana `Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: `Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?` Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: `Kamilah penolong-penolong agama Allah`, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir, maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang."

Surah As-Saff ayat 14.

2.
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Surah Saff ayat 4.

3. Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Wajiblah ke atas kamu bersama-sama jama'ah Muslimin dan pemimpin mereka."

(Muttafaq 'alaih)

4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjama'ah dan mencampuri urusan orang ramai seperti menghadiri masjid."

(Hadits riwayat Ahmad bin Hanbal)

5. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Barangsiapa yang memisahkan dirinya daripada jama'ah sekadar sejengkal, sesungguhnya ia telah menanggalkan Islam daripada lehernya, sekalipun ia bersolat, berpuasa dan menyangka dirinya seorang Islam."

(Riwayat al-Tirmidzi,al-Nasa'i dan Ibnu Hibban. Dan berkata Al-Hakim:Sahih menurut syarat al-Bukhari.)

Demikianlah beberapa dalil naqli yang telah disusun oleh 'ulama dalam usaha untuk memberikan kefahaman kepada kita berkaitan kepentingan kebersamaan dengan jama'ah. Pendek ceritanya, memang sangat banyak manfa'atnya. Insya ALLAH, bersama-sama kita membentuk kefahaman yang benar, mendalam, matang dan jelas dalam usaha melibatkan diri dengan jama'ah umat Islam.

Sekian.

--
Jazakumullah khair al-jazaak (Semoga Allah memberikan anda sebaik-baik balasan kebaikan)

Ya Allah, tetapkan kami dalam istiqamah dan keikhlasan serta kurniakan kami hasanah di dunia dan di akhirat.


Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki

*****



Pluralisme 2

Thursday, February 18, 2010
gambar digoogle

Kupasan Novel Tuhan Manusia arya Faisal Tehrani

Menurut Abang Abbas kepada Ali Taqi ,


Ada 5 alasan untuk menolak pluralisme :

1. Pluralisme adalah satu fahaman sesat yang berasaskan materialisme dan sekularisme.

2. Pluralisme mamandang semua agama itu benar.

3. Puralisme ialah satu idea pemaksaan sebetulnya kepada umat manusia.

4. Pluralis ini mengaburkan identiti manusia.

5. Gerakan pluralis ialah gerakan ideologi Barat yang mendominasi budaya dan kehidupan manusia.


Rumit? Jom kupas satu persatu...


1. Pluralisme adalah satu fahaman sesat yang berasaskan materialisme dan sekularisme.

Materialisme memahami bahawa hakikat itu hanyalah olahan akal, justeru agama hanyalah cernaan akal berdasarkan mitos sejarah, adat resam, dan kecenderungan dalam emosi kehidupan. Agama yang dianuti hanyalah produk budaya manusia dan mempunyai kedudukan yang sama. ~Materialisme merujuk kepada kata akarnya, material – materialistik atau dalam bahasa mudahnya kebendaan. Fahaman kebendaan. Apa benda tu? Kebendaan adalah sesuatu yang zahir dan realistik lantas boleh ditafsir terus oleh akal fikiran kita. Jika sesuatu itu besar dan mewah, maka ‘expectation’nya tinggi. Ianya boleh dikaitkan dengan ‘first impression’.Pernahkah anda melihat seorang pak cik yang pakaiannya compang camping, rambutnya kusut masai, dan anda terus menganggapnya sebagai seorang usahawan yang mempunyai 10 stesen minyak? Tentu tidak. Namun, fahaman yang bukan materialisme mungkin membawa kepada satu pandangan optimis tentang pakcik itu tadi. Segala yang kita faham hanyalah olahan akal berdasarkan apa yang kita lihat. Justeru, ciri-ciri ‘supernatural’ dan revelation di dalam agama tidak dapat diterima oleh fahaman ini. Mulalah dikatakan bahawa agama hanyalah cernaan akal berdasarkan apa yang kita dengar dan warisan turun temurun. Justeru, agama hanyalah budaya yang diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain. Tidak mustahillah pluralisme ini menyamakan kedudukan semua agama... Sekularisme pula memisahkan agama dari kehidupan dan tidak mahu mengambil sumber pemikiran dari agamanya. Kosakata sekular ni.. mungkin dah cukup kita kenal. Sistem pendidikan yang bersifat sekular- nilai-nilai agama yang asing dari subjek-subjek yang dipelajari boleh jadi sebagai bukti. Hasilnya, agama tidak menjadi pedoman melalui sistem pendidikan. Berbondong yang berusaha untuk skor dan mengenepikan segala tuntutan agama..
Wallahu'alam bissawab
Selamat mencerna...

Ghulam Dakwah

Saturday, November 14, 2009


"Nak dengar kisah ashab?"

"Ashab ape cikgu? Ashabul kahfi saya tau dah.... Mak saya pernah cite dah. Yang tido dalam gua, pusing sana pusing sini, sampai 300 tahun lebih tu kan..."

"Alamak, dah tau ke? Oklah, cikgu cerita pasal ashabul ukhdud pulak... Mengisahkan kisah seorang budak (ghulam), rahib, dan ahli sihir..."



"Okei!!"

"Denga elok-elok.. Sape tido cikgu cili mata dia..."

"Erk!" /blur


**********************************************************************************
Hadith mengenai Ahli Sihir, Rahib dan Ghulam (Dalam Kitab Sunan Tarmizi)

Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mernpunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;

“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibirmu seolah-olah kamu bercakap. Maka baginda bersabda: “Salah seorang daripada para nabi merasa ajaib dengan umatnya lalu dia berkata; “Siapakah yang akan mengendalikan urusan mereka?! Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya memberikan mereka pilihan sama ada membunuh diri atau dikuasai oleh musuh. Mereka pun memilih membunuh din. Maka kematian berleluasa di kalangan mereka. Pada suatu hari berlaku tujuh puluh ribu kematian.”

Suhaib berkata; “Apabila Rasulullah menyebut hadis ini, baginda akan menceritakan hadis yang lain.”Baginda (s.a.w) bersabda; Terdapat seorang raja di kalangan raja-raja yang rnempunyai seorang tukang nujum’ yang berkhidmat kepadanya, Tukang nujum [1] tersebut berkata; “Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat rnengajarnya ilmu aku mi, Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.”


-gambar hiasan- sumber

Baginda bersabda lagi; “Mereka pun mencarinya berdasarkan kepada ciri-ciri yang disebutkan dan ghulam yang dijumpai diperintahkan supaya menemui tukang nujum tersebut dan sentiasa mendatanginya. Maka ghulam tersebut pun berulang-alik menemuinya. Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dan berkata; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa rahib dan lewat menemui tukang nujum. Tukang nujum pun menceritakan kepada keluarga ghulam dengan mengatakan; “Dia lewat datang menemuiku.” Ghulam menceritakan perkara ini kepada rahib lalu dia menjawab; ‘Apabila kamu ditanya oleh tukang nujum; Di mana kamu sebelum ini?. Jawablah; Bersama-sama keluargaku. Apabila keluargamu bertanya di mana kamu sebelum ini?, beritahulah mereka bahawa kamu bersama-sama dengan tukang nujum.

Baginda bersabda lagi; “Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia melalui sekumpulan ramai manusia yang tertahan disebabkan seekor binatang. Sebahagian mereka mengatakan bahawa binatang tersebut adalah singa.” Sabda baginda; “Maka ghulam pun mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh rahib adalah benar, maka aku pinta daripada-Mu untuk membunuh binatang mi.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini?

Sebahagian mereka menjawab; “Ghulam”. Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”
Baginda menambah lagi; ‘Peristiwa ini diketahui oleh seorang buta, lalu beliau berkata kepada ghulam; Sekiranya kamu dapat mengembalikan penglihatanku, kamu akan mendapat sekian-sekian. Ghulam menjawab; “Aku tidak memerlukan semua itu daripada kamu, tetapi apakah pandangan kamu sekiranya penglihatanmu dikernbalikan kepadamu. Apakah kamu akan beriman kepada orang yang mengembalikannya?”. Beliau menjawab; “Ya.” Maka ghulam pun berdoa kepada Allah, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Dengan itu si buta beriman. Keimanan mereka diketahui oleh raja dan mereka dipanggil mengadap lalu raja berkata; “Aku akan membunuh kamu semua dengan cara yang berbeza-beza.”

Maka dibawa rahib dan si buta, lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala salah seorang daripada mereka, kemudian dia dibunuh. Seorang lagi dibunuh dengan cara yang lain. Selepas itu, arahan ditujukan kepada ghulam; “Bawa dia ke bukit sekian-sekian. Campaklah dia dari puncaknya.” Mereka pun mebawa ghulam menuju bukit tersebut. Apabila mereka sampat ke tempat tuju, mereka semua jatuh daripada bukit kecuali ghulam. Kemudian dia pulang menemui raja.

Selepas itu, raja memerintahkan supaya dia dibawa ke laut dan dicampakkan ke dalamnya. Maka dia dibawa ke laut, lalu Allah menenggelamkan mereka yang bersamanya dan menyelamatkannya. Selepas itu ghulam berkata kepada raja; “Kamu tidak akan dapat rnembunuh aku sehinggalah kamu menyalib dan memanahku. Kamu hendaklah berkata ketika memanahku; “Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini.”

Baginda (s.a.w) menyambung lagi; “Maka raja pun memerintahkan supaya dilakukan apa yang dicadangkan lalu ghulam disalib. Kemudian raja memanahnya sambil berkata; “Demi Allah, Tuhan ghulam ini.” Sabda baginda lagi; “Lalu ghulam meletakkan jarinya pada bahagian di antara mata dan telinganya. Selepas itu, dia pun meninggal. Dengan itu, orang ramai pun berkata; “Sesungguhnya ghulam ini mengetahui suatu ilmu yang tiada sesiapa pun yang mengajarnya. Dengan itu kami beriman dengan Tuhan ghulam ini.”

Baginda bersabda lagi; “Dikatakan kepada raja; “Apakah tuanku merasa resah gelisah ketika tiga orang tidak mengikut tuanku. Sesungguhnya alam seluruhnya telah menentang tuanku.” Baginda meneruskan cerita; “Maka parit pun digali. Kemudian dikumpulkan kayu api di dalamnya lalu dinyalakan. Selepas itu orang ramai pun dikumpulkan, lalu raja berkata; “Sesiapa yang kembali kepada agama asalnya, kami akan selamatkan dia. Sesiapa yang enggan, kami akan campakkan dia ke dalarn api ini.” Kemudian mereka pun dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Baginda bersabda; “Allah telah berfirman “Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Pari) api yang dipenuhi bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”
Sabda baginda lagi; “Mengenai ghulam, dia telah dikebumikan.” Disebut bahawa pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, mayatnya dijumpai dan didapati jarinya masih berada pada bahagian di antara mata dan telinganya sebagaimana ketika dia dikebumikan. Abu Isa berkata; “Hadis ini adalah hadis hasan gharib.”

----> Sumber dan lanjutan kisah di sini : Disertasi . Kredit untuknya =D>

Belajar berjihad

Sunday, June 28, 2009
Cerita 1
“Berjihad, Huda!”
“Ha? Ape mak? “
“Berjihad... Jihad untuk periksa. Berkorban dan bersungguh.”
“Aa..A’a..Berjihad ek?” tanyaku ingin penjelasan. Macam tak percaya mak suruh berjihad.
“Ye.. Berjihad jugak la tu..” ujar mak semula.
“hm..ok2.. ye.. btul gak kan. Mekasih mak. Doakan huda.”

Cerita 2
“Wan, takutlah. Takutnya. Takut. Takut giler. Camana ni?” tanyaku mencari kekuatan apabila takut untuk menanyakan soalan ketika Duta Palestin, wakil FATAH berforum di CFS.
“Jangan takut Huda. Jihad yang paling besar ialah menegakkan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.”
“Em!”
Keadaan dalam dewan. Memang panas punggung dengar celoteh pak cik ni.

Cerita 3
Dalam aku membuang masa, datang mesej dari seorang kawan mengacauku lalu entah macam mana aku mengajaknya ulangkaji silibus jihad setakat yang kami belajar..

“..K beyeh2 apa dalil tuntutan berjihad? Na btau dulu la ek attaubah ayat 41.. Allah cite kat c2 berangkatlah kam samaada dalam keadaan ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kamu pada jalan Allah.. yang demikian itu lebih baik jika mengetahui..”

“Lg satu... as-Saff ayat 10-12..” celahku dalam sms.

Cerita 4
“Kak...lesulah duduk umah.”
“Jangan gitu, Huda. Rumahlah medan jihad sebenar kita. Bila jauh dari biah solehah, dari situ teruji supaya kita istiqamah ke tak dengan amalam-amalam yang baik...Selamat berjihad!” pujuk seorang kakak.
“Em....mekasih kak...Selamat berjihad...uh...”

Begitu lambat bagiku, hampir berumur 20 tahun baru mendapat pendedahan tentang jihad. Aku buntu siapa harus dipersalahkan, mungkin diri sendiri atau mungkin sistem pendidikan? Nak salahkan diri sendiri sebab rela masuk ke sekolah berasrama penuh lalu mendapat pendidikan sekular. Tapi sungguh, aku sering kali nak menyalahkan sistem pendidikan yang sekular, tapi nak buat macamana... Sekurang-kurangnya aku perlu bersyukur aku beroleh pendidikan jihad selewat usia ini, daripada kerugian jika berolehnya lebih lewat atau tiada langsung... Na’uzubiLlah

Semasa penyerangan Israel tanpa sebab ke atas Gaza awal tahun dahulu, aku lebih memahami akan jihad di Palestin. Itu jihad asghar. Jihad menentang musuh. Namun, aku diingatkan yang rata-rata umat Islam di negara lain juga sedang berperang. Perang pemikiran yang seringkali tewas. Kita perlu barangkali malu dengan pejuang agama yang syahid di Palestin, kuat menentang musuh, dan beroleh kemenangan dengan mati syahid. Tapi kita di sini... angkat senjata pun tak, budaya mereka jadi ikutan.. Na’uzubiLlah

Semasa cuti, baruku lebih faham mengapa jihad melawan nafsu tu jihad akbar. Hakikatnya nafsu sangat payah dilawan. Kata-kata semangat dari sahabat-sahabat sangat membantu hati mencari Allah...

Selesai sahaja menonton video jurutera keempat briged izzudin al-Qassan HAMAS, Muhannad At-Tohir, aku kian terasa betapa manisnya jihad itu. Beliau menyatakan.."Jihad itu adalah nikmat dari Allah s.w.t.”. Cara beliau dibunuh syahid sama seperti Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abd Aziz Al-Rantisi syahid.. dengan serangan helikopter apache Israel laknatuLlah.
"Jihad itu adalah nikmat dari Allah s.w.t.”-Muhannad At-Tohir

Dari suatu sumber yang dipercayai, jihad dari segi bahasa ialah bersungguh-sungguh dan mencurahkan sepenuh kemampuan tenaga, sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Jihad dari segi bahasa ialah bersungguh-sungguh dan mencurahkan sepenuh kemampuan tenaga, sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

Kalau berjihad untuk exam, kejayaan yang didamba. Kalau dalam perniagaan, untung yang difikirkan.

Dari segi syara' pula, jihad ialah seorang Muslim mencurahkan sepenuh tenaga dan kesungguhan dalam usaha untuk memenangkan Islam, bagi mendapatkan keredhaan Allah.’ Oleh sebab itulah dirungkaikan kalimah jihad Islam dengan fisabilillah yang bertujuan untuk men thabitkan bahawa jihad yang dimaksudkan ialah jihad syarie..
Jihad ialah seorang Muslim mencurahkan sepenuh tenaga dan kesungguhan dalam usaha untuk memenangkan Islam, bagi mendapatkan keredhaan Allah.’ Oleh sebab itulah dirungkaikan kalimah jihad Islam dengan fisabilillah yang bertujuan untuk men thabitkan bahawa jihad yang dimaksudkan ialah jihad syarie..

Kalau berjihad dalam agama, balasan pahala, ganjaran syurga, ketenangan, keberkatan, kemudahan, dan segala ‘income’ yang ditunggu-tunggu akan mengiringi kita.
Tetapi mestilah jihad itu perlu kepada keikhlasan dan istiqamah, memburu keredhaan Ilahi.

Semoga kita terpilih untuk berjhad dalam agama, terus istiqamah dan ditetapkan langkah.

Kami amat merindui syurga-Mu ya Allah. Kurniakan kami tempat di dalamnya.

Jihad jalan kami, mati syahid cita-cita tertinggi kami.

Takbir~!

seronok pula tatap gambar pejuang agama Allah ni...


Seorang jurutera dari Briged Al-Qassam juga, Basil. Sahabat seperjuangan Muhannad At-Tahir. Beliau kembali ke rahmatuLlah lebih awal dari Muhannad, dan Muhannad menggantikan tempat beliau sebagai pemikir dan perancang serangan suatu ketika dahulu.



Doktor Abd Aziz Al-Rantisi... seorang doktor pemburu syahid yang berjaya menamatkan hafalan al-Quran di dalam penjara pada 1990




Tokoh terulung yang menubuhkan HAMAS, Syeikh Ahmad Yassin. Walaupun badannya lumpuh, namun dengan segala kudrat yang ada, beliau berjihad habis-habisan dengan memimpin HAMAS dengan menyediakan nyawa untuk perjuangan sebelum kembali ke rahmatuLlah pada April 2004...


p.s : Cerita di atas kisah benar dan nama dalam cerita bukan nama sebenar.
maksud: Biah Solehah- persekitaran yang baik , asghar-kecil, akbar-besar. Briged al-Qassam-sayap perjuangan HAMAS.

rujukan: nota persendirian, Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden karangan Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor.


Darul, 12.20 am,28 Jun

Lagi tentang Islam Liberal

Lagi artikel copy and paste... dari saudara 'Izzat Anwari. Semoga bertambah kefahaman kita, dan dielakkan dari kekeliruan dan fitnah di akhir zaman. Dari : SUMBER

TAK DAK SAPA YANG TANYA,SAYA SENDIRI YANG NAK JAWAB

Golongan liberal sebenarnya sayangkan Islam namun ada beberapa fahaman mereka yang perlu diteliti. Namun dalam masa yang sama, golongan ulama’ harus juga memerhatikan apakah hujjah yang dikemukakan oleh mereka.”

Tidak, golongan Islam Liberal tidak sayangkan Islam. Mereka menggunapakai faham Islam melalui pandang sarwa Barat seraya mengkritik nas-nas al-Qur’ān yang jelas. Mereka didanai oleh yayasan-yayasan yang anti-Islam dan memegang objektif untuk de-Islamisasi masyarakat dari setiap sudut terutama dalam aspek ‘aqidah. Ulama’ lampau seperti al-Ghazali sudah lama mematahkan hujjah golongan Islam Liberal, namun hari ini golongan Islam Liberal didanai oleh Barat dalam memerangi semula pemikiran umat Islam terutama sekali selepas peristiwa 11 September. Kekuatan mereka dalam aspek material mematahkan kelemahan umat Islam dalam aspek faham ‘aqidah yang sebenar.

Saya lupa siapa tokoh SIS, namun beliau sentiasa menekuni ayat al-Quran setiap kali sebelum tidur. Ini bermakna, beliau cuba memahami Islam dan memperjuangkannya.”

Saya menekuni ayat-ayat al-Qur’ān juga, namun tanpa guru-guru saya yang pakar dalam tafsir al-Qur’ān, mana mungkin saya faham dengan maksud sebenar ayat al-Qur’ān tersebut. Golongan Islam Liberal memang menekuni al-Qur’ān, tapi mereka membaca terjemahannya sahaja! Lalu mereka mendakwa diri mereka boleh mentafsir al-Qur’ān sewenang-wenangnya seraya mengutuk ulama’-ulama’ lain akibat hukum-hakam Islam yang tidak selari dengan hawa nafsu mereka.

Kami pendakwah, bukan penghukum. Beza seorang pendakwah dengan ahli fiqh ialah, pendakwah melihat semua orang berpotensi untuk difahamkan tentang Islam, dan pendakwah melihat semua orang dengan penuh kasih sayang. Manakala ahli fiqh melihat sesuatu lalu menghukumnya dengan lima genre sama ada haram, wajib dan sebagainya.”

Mengatakan sesuatu yang halal itu haram atau sesuatu yang haram itu halal adalah haram, mengatakan sesuatu yang haram itu haram dan halal itu halal adalah wajib! Penda‘wah juga kena tahu bezakan yang mana halal dan haram. Mana mungkin penda‘wah namanya penda‘wah tetapi tidak dapat bezakan yang halal dan haram. Penda‘wah juga mesti berjihad. Persoalan ini sudah masuk dalam bab jihad. RasuluLlah SAW sangat berlembut dalam da‘wah baginda tetapi sangat keras dalam jihad sehingga Sahabat iaitu Ka’ab bin Malik dikenakan ‘hukuman’ yang cukup keras akibat meringan-ringankan jihad!

Saya sebenarnya telah membaca beberapa pandangan Islam Liberal. Yang paling menakutkan ialah apabila seorang tokoh mereka menyatakan tidak pernah wujud istilah Syariah Islamiah. Tidak pernah wujud Syariah Islamiah sebenarnya, kerana syariah tidak pernah Islamiah. Lalu beliau kemukakan beberapa bukti yang kukuh nampaknya, selain mempertikaikan beberapa perundangan yang wujud dalam Islam. Namun beliau bukan mengkritik Islam, sebaliknya mengkritik fahaman ulama berkaitan Islam.”

Salah sama sekali! Golongan Islam Liberal mengutuk ‘aqidah dan syari‘at yang dibawa Islam. Mereka sengaja menggunakan nama ulama’-ulama’ tertentu sebagai ‘umpan’ masyarakat umum untuk menunjukkan bahawa yang dikutuk itu adalah manusia biasa. Mereka ini juga menghina RasuluLlah SAW dan mempertikaikan al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kita kena kenal dulu golongan Islam Liberal daripada akarnya, bukan dengan mudah menilai golongan ini melalui bacaan-bacaan ringan lalu meletakkan mereka ini sebaris dengan orang-orang yang faham Islam.

Usul ini menunjukkan Pas sebagai extreme parti. Orang non-muslim akan takut dengan Islam jika begini. Saya lihat Pas belum lahirkan group dakwah yang mampu berhujah dengan baik, maka di mana peranan dewan ulama jika begitu?”

Ini bukan persoalan internal management PAS, tetapi pendirian umat Islam terhadap golongan sesat fahaman Islam Liberal. Menyalahkan gerakan lain sehingga tidak melihat gerakan sendiri seolah-olah meludah ke langit dan diludah ke muka sendiri oleh orang lain. Tidak ada orang non-muslim yang takut dengan Islam jika umat Islam mengharamkan sesuatu yang sememangnya haram. Apa yang dinilai adalah kebenaran atas keilmuan yang sahih lagi benar, bukan apa pandangan masyarakat terhadap kebenaran yang dibuat. Kita sering risau pandangan orang lain terhadap Islam jika usul ini direalisasikan, tetapi kita tidak risau jika SIS dengan pantas menganjurkan program-program sesat yang mengutuk Islam secara terang-terangan! Di mana akidah kita?

Saya tak bersetuju jika Pas ingin mengharamkan SIS, ia menghalang kebebasan bersuara tentunya, namun itu bukan faktor utama. Faktor utama, saya melihat Pas telah menunjukkan mereka sebagai Parti menghukum bukan gerakan dakwah, kedua, Pas menunjukkan ciri-ciri masih belum bersedia untuk memimpin. Apabila mereka tidak mampu menghalang SIS, mereka membuat resolusi mengharamkan, ini ‘kuku besi’.

Kebebasan bersuara dalam Islam wajib menurut al-Qur’ān dan al-Sunnah, bukan kebebasan bersuara mengutuk Islam secara terang-terangan yang dilakukan oleh SIS. Kebebasan bersuara sebegitu adalah mengikut acuan Barat – sekular-liberal! PAS tidak menghukum kerana PAS langsung tiada kuasa untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan di Malaysia. Dalam soal hudud juga, PAS tiada kuasa untuk menjalankan hudud kerana hudud adalah hak mutlak pemimpin Islam. Mana mungkin jiran saya mencuri saya memotong tangannya sesuka hati. Hanya pemimpin Islam yang berkuasa menjalankan hudud. Sama juga dalam konteks pengharaman SIS. Dalam konteks SIS, sepatutnya pertubuhan Islam menyeru supaya pihak yang berkuasa menyiasat dan mengharamkan ajaran sesat Islam Liberal dalam SIS, bukan pertubuhan tersebut.

Di mana Deedat dalam PAS?”

Di mana Deedat dalam kamu? Jangan mempersoalkan batang tubuh seseorang pemikir Islam yang lampau, tetapi persoalkan keilmuan dalam diri para penda‘wah di Malaysia. Deedat terbukti berkesan dalam da‘wah kepada non-muslim. Namun, dengan hanya mempertikaikan “di mana Deedat” untuk membantah suara kebenaran daripada sesebuah pertubuhan bukanlah sesuatu yang bijak. Bukan setakat membuka pekung di dada, malah perbuatan ini seperti melondeh seluar di khalayak ramai!

Kesimpulan, SIS seperti nyamuk. Ada yang digigit nyamuk lalu secara lemah-lembut menghalau nyamuk kerana dia percaya nyamuk adalah makhluk Allah SWT. Ada juga yang digigit nyamuk lalu menamparnya sehingga mati kerana khuatir nyamuk tersebut akan menggigit orang lain lalu menimbulkan penyakit atau wabak yang berbahaya. Malah ada juga yang digigit nyamuk lalu segera bangun dan mencari di mana tempat pembiakan nyamuk seraya menghapuskan kesemuanya kerana khuatir masyarakat sekitar akan dijangkiti penyakit atau wabak yang berbahaya tersebut!

Ini persoalan adab dalam berda‘wah. Variasi dalam da‘wah seharusnya dihormati sebagai jalan-jalan menuju kepada keberkesanan penyampaian kebenaran. Dengan mempertikaikan uslub orang lain yang berda‘wah walhal gerak kerja da‘wah sendiri masih lagi bertatih, mengeruhkan lagi masa depan da‘wah Islamiyyah di Malaysia. Semua gerakan da‘wah mempunyai mad‘u dan pintu-pintu yang bervariasi, maka pertahankanlah akidah Islam melalui pintu-pintu yang kamu jaga tersebut.

Jangan sesekali memberi pendapat tentang kesesatan fahaman Islam Liberal sedangkan kamu bukan ahlinya!

Maka, jangan sesekali cuba menghalang saya untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk tersebut dengan cara tersendiri!

[Koordinator Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)]

Islam Liberal

Wednesday, June 17, 2009
Bismillah..

Dalam kesibukan kita membuat tagged dan lain2, saya rasa isu ni perlu dihighlightkan. Walaupun sekadar copy and paste, tapi semoga ni langkah awal untuk kita mula faham, dan x mustahil satu hari nanti kita boleh kupas sendiri. Panjang, tapi nak dikira dengan isu akidah yang lebih besar, semoga ilmu ni berbaloi untuk kita di akhirat kelak. Ok, jom baca diam-diam... insyaAllah ikhlas... Heh.

sumber : Web Blog ABABIL-Menatang apa Islam Liberal?

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

Dewasa ini isu mengenai Islam Liberal menjadi topik utama perbahasan dalam masyarakat oleh ahli akademik, para pemikir bebas, dan ahli agama. Ramai yang memberi hujah yang sangat bernas dan mempengaruhi masyarakat umum terutama kepada mereka yang langsung tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar tentang Islam Liberal. Perkara ini sedikit sebanyak menjadi faktor penerimaan unsur-unsur Islam Liberal dalam masyarakat tanpa disedari.

Malah kehidupan kita hari ini dikelilingi oleh produk-produk Islam Liberal bermula dari cara berpakaian, cara bersosial sesama masyarakat hinggalah kepada cara beribadat. Lebih sukar lagi apabila masyarakat umum sudah menerima semua unsur Islam Liberal ini sebagai tatacara hidup ‘Islam’ tetapi hanya berdasarkan kefahaman akal mereka sahaja tanpa merujuk dua sumber pegangan Islam yang asas; al-Qur’ān dan al-Sunnah.

Siapa Islam Liberal?

Rata-rata kita keliru dengan istilah Islam Liberal yang sebenarnya. Liberal membawa maksud pembebasan atau pelonggaran. Golongan Islam Liberal juga selalu mentafsir istilah liberal sebagai pencerahan.

Pendukung Islam Liberal menganggap diri mereka sebagai penyelamat umat Islam susulan Islam itu sendiri membawa masalah kepada umatnya seperti undang-undang syari‘ah yang kononnya menindas masyarakat menurut dakwaan mereka. Golongan ini juga sering menyalahkan sebahagian besar ulama’ kerana terlalu berpegang dengan al-Qur’ān dan al-Sunnah.

Maka pembebasan atau pelonggaran yang ingin mereka lakukan adalah untuk jauh dari kefahaman Islam yang sebenar iaitu Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW sejak 1400 tahun dahulu. Pendukung Islam Liberal mendakwa perlunya reformasi dalam Islam supaya bersesuaian dengan keadaan semasa serta memenuhi semua keperluan dan kehendak manusia menurut peredaran zaman serta perkembangan akal fikiran.

Oleh sebab itu, banyak hujah mereka yang menggunakan ideologi-ideologi barat terutamanya, untuk menentang Islam secara diam-diam dan halus. Ideologi-ideologi ini hanyalah bersandarkan logikal akal semata-mata, maka ideologi ini mudah diterima oleh masyarakat yang kurang faham Islam sebenar dan longgar pegangan aqidahnya.

Lebih menakutkan lagi, semua umat Islam berpotensi untuk menjadi pembawa Islam Liberal akibat mentafsir ajaran Islam mengikut kefahaman akal semata-mata tanpa merujuk kepada al-Qur’ān dan al-Sunnah menerusi para alim ulama’ yang sahih. Tidak hairanlah jika ada di antara golongan Islam Liberal tidak akan mengaku mereka ini membawa fahaman Islam Liberal atas dasar mereka tidak mengenali antara satu sama lain walaupun fahaman yang dibawa adalah sama dari segi konsep asasnya.

Sejarah Liberal Agama

Sejarah bermulanya liberal dalam agama adalah di Eropah sewaktu cengkaman pihak gereja terhadap masyarakat di sekeliling mereka. Keilmuan golongan saintis ketika itu meningkat berdasarkan penemuan-penemuan baru yang kebanyakannya bercanggah dengan pegangan ajaran Kristian.

Maka pihak gereja menghalang sama sekali para ilmuan ini untuk mengesahkan penemuan mereka dan mereka ini dilabel sebagai pembawa ajaran sesat. Contohnya, pihak gereja sudah lama memegang kepercayaan bahawa bumi ini berbentuk rata dan mendatar. Apabila golongan saintis cuba membuat dakwaan bahawa bumi ini berbentuk sfera mengikut kajian yang telah dilakukan, golongan ini ditentang oleh pihak gereja atas alasan menentang fahaman Kristian secara terang-terangan. Maka terjadilah pergolakan sehingga Kristian berpecah kepada dua – Katolik dan Protestan. Golongan yang tidak bersetuju dengan pihak gereja ketika itu adalah Kristian Protestan.

Tragedi ini berlaku akibat ajaran Kristian itu sendiri telah diseleweng daripada ajaran Nabi Isa AS oleh Tarsus yang juga dikenali sebagai St. Paul atas kepentingan peribadi. Maka segala kepercayaan yang dipegang bukanlah suruhan Tuhan tetapi lebih kepada logikal akal manusia setempat dan semasa sahaja. Dengan itu ajaran Kristian telah berlawanan dengan hakikat kejadian alam dan perkembangan akal manusia.

Golongan saintis yang menentang pihak gereja sewaktu era pembaharuan di Eropah hanyalah ingin menyatakan kebenaran dan bukanlah menentang Kristian itu sendiri. Apabila kebenaran yang dibawa oleh golongan ilmuan berlawanan dengan kepalsuan yang dibawa oleh golongan agamawan, terjadilah pergolakan dan perpecahan.

Mengapa Islam Perlu Liberal?

Tidak ada langsung alasan yang kukuh golongan Islam Liberal untuk membebaskan ajaran Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku dalam Kristian. Ajaran Islam sudah pun lengkap dan sempurna syari‘atnya kepada umat manusia hingga ke Hari Kiamat. Ajaran Islam juga tidak menindas mana-mana pihak malah menjaga kesejahteraan manusia tanpa mengira umur, bangsa, adat, dan negara.

Golongan Islam Liberal juga mempunyai agenda tersembunyi dalam melonggarkan pegangan aqidah umat Islam atas dasar dibayar dengan lumayan oleh beberapa pihak tertentu yang anti-Islam. Perencanaan ini dilakukan dengan teliti dan menggunakan media massa sebagai alat utama menyerang pemikiran umat Islam dalam merosakkan aqidah serta memusnahkan pegangan terhadap al-Qur’ān dan al-Sunnah.

Di Indonesia sudah wujud satu agama baru iaitu Islam Liberal yang didukungi oleh Jaringan Islam Liberal (JIL). Jaringan ini sangat berpengaruh dalam membahas isu-isu Islam Liberal sehingga garis yang jelas di antara Islam sebenar dan Islam yang diliberalkan itu samar kelihatan. Situasi ini harus dijadikan iktibar dan amaran kepada umat Islam di Malaysia dalam menjaga kesucian dan ketulenan Islam itu sendiri hingga ke akhir hayat kita.

Saranan Golongan Islam Liberal

Golongan Islam Liberal membawa agenda merosakkan pegangan aqidah umat Islam secara sedar atau pun tidak melalui media massa, program tertutup dan terbuka, drama atau filem yang disuntik idea liberalisasi Islam, dan sebagainya. Kebanyakan saranan golongan Islam Liberal ini bersifat halus dan sukar dikesan akibat sebahagian besar isu yang diketengahkan sudah sebati dalam masyarakat.

Antara saranan utama golongan ini adalah mempertikaikan pandangan serta kenyataan para alim ulama’ yang benar. Mungkin kita kurang sedar tentangan golongan Islam Liberal terhadap alim ulama’ akibat pendedahan media massa yang lebih menyebelahi mereka dan kurang menekankan pandangan serta kenyataan alim ulama’ terhadap sesuatu isu. Situasi ini sangat berbahaya di mana masyarakat sudah berani mengkritik mufti-mufti atas fatwa yang dikeluarkan dengan pelbagai alasan logikal semata-mata.

Golongan Islam Liberal juga mengajak masyarakat kebanyakan supaya berani memberi pendapat terhadap sesuatu isu agama mengikut pandangan sendiri tanpa merujuk kepada ahli agamawan yang berkeutamaan dalam membincangkan isu tersebut. Situasi ini jelas bilamana perbincangan dalam isu-isu agama seperti poligami dibincangkan dalam media massa dengan menjemput artis-artis serta ahli korporat sebagai panel undangan. Mengapa para alim ulama’ diketepikan? Ini kerana isu yang dibincangkan hanyalah untuk memenangi agenda golongan Islam Liberal ini.

Usah terkejut jika ada di antara golongan Islam Liberal ini mempertahankan hak golongan gay serta lesbian. Atas alasan kebebasan individu untuk memilih pasangan, golongan Islam Liberal membuka ruang kebebasan kepada umat Islam supaya melangkah setapak lagi menjauhi aqidah Islam yang dipegang selama ini. Antara liberalis Islam yang lantang mempertahankan hak ini ialah Raquel Evita Saraswati, Koordinator Projek Ijtihad dibawah kelolaan Irshad Manji.

Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini sangat rakus menghentam institusi Mahkamah Syari‘ah atas alasan mengiktiraf Mahkamah Sivil sebagai jalan keluar menyelesaikan segala permasalahan undang-undang yang utama. Kebanyakan kes yang digunakan oleh golongan Islam Liberal untuk menentang institusi Mahkamah Syari‘ah ialah perceraian, hak penjagaan anak, hak untuk murtad, penentangan terhadap poligami, dan sebagainya.

Mari Banteras Islam Liberal

Tidak ramai orang yang sanggup menumpukan tenaga dan usaha untuk membanteras Islam Liberal hingga ke akar umbi. Puncanya ialah kurangnya pendedahan terhadap penyelewengan Islam yang dilakukan secara halus dan licik. Malah gaya hidup masyarakat Islam di Malaysia sudah dibelenggu dengan unsur-unsur liberal tanpa kita sedari. Hasutan dan propaganda yang dibuat oleh golongan Islam Liberal ini juga sangat halus sehingga kawan sendiri juga berpotensi menjadi lawan.

Risiko membanteras Islam Liberal terlalu besar namun tidak ada yang lebih besar dari kekuasaan Yang Maha Esa. Semoga usaha membanteras ini mendapat keredhaan-Nya dan sentiasa dibekalkan dengan kekuatan yang tidak putus-putus.

Saya akan mendedahkan lagi penyelewengan akidah oleh Islam Liberal dalam tulisan-tulisan yang berikutnya. Diharapkan tulisan ini dapat disebarkan dan usaha yang kita lakukan sentiasa dinaungi rahmat dari Allah SWT, inshaAllah.