Hari ini bertarikh 21 November. Masih tak terlewat kurasa untukku rakamkan dedikasi ini. Dedikasi hari lahir buat semua yang lahir pada bulan ini, bulan yang penuh erti. <:-p
2 Nov - Ude Mariah(smart group)
3 Nov - Dinie (shah)
6 Nov - Muhammad Nur Ramadhan, Kak Mutmainnah
12 Nov - Syamimi (sekolah rendah), Ucu Afifah(smart group)
13 Nov - Marhabsyah (sekuliah rx8), Wawa (Allied)
14 Nov - Atikah Dawam (shah), Kak Jannah (sekuliah rx8)
16 Nov -Amalina Rahmad(shah), Siti Nor Aisyah (sahabat dunia akhirat)
17 Nov-Izzaty Abdullah (sekuliah rx8)
19 Nov -Zarifah (shah- bff insya ALLAH :) ), Kak Thiqah
20 Nov - Fatimah Amirah (ex roomate CFS-allied-sahabat dunia akhirat)
24 Nov - Huda Zambry (Sekuliah rx8)
26 Nov -Syuhada Hj Mat(sahabat dunia akhirat, bilik kita selevel tapi dah macam sebilik, semahallah, seuniversiti, seperjuangan, sehobi, se.. se.. )
Dedikasi
Ketika Abu Yusuf, sahabat Imam Hanifah an-Nu'man berada di sebuah jalan di Syam, datang dengan tiba-tiba seorang lelaki muslim dan berkata, "Wahai Abu Yusuf, nasihatilah saya dengan nasihat yang akan saya jaga terus bahwa itu darimu."
Menangislah Abu Yusuf dan berkata, "Ketahuilah, wahai saudaraku. Adanya pertukaran siang dan malam, dan peredaran keduanya mempercepat kehancuran badanmu, punahnya usiamu dan datangnya ajalmu, maka semestinyalah engkau tidak tenteram, dan tidak tenang sampai kamu tahu di mana tempat tinggal dan kembalimu kelak. Apakah Tuhanmu marah kepadamu kerana kelalaianmu, dan dosa-dosamu atau dengan kasih dan sayangnya ridha kepadamu?
Anak Adam yang lemah! Hari ini engkau adalah mani, esok bangkai yang mati. Jika engkau rela dengan keadaanmu ini, ikutilah perintah, dan engkau kelak akan tahu dan menyesal di saat penyesalan tiada lagi bermanfaat."
Menangislah Abu Yusuf. Menangislah lelaki itu, dan siapa yang bersama mereka semua.
(cerita ni diambil daripada yahoogroup yang aku sertai, ihsan kak idayu:D)
13 November 2009
Aku menyambutnya dalam perasaan yang bercampur baur. Sedih mengenangkan hidup 20 tahun yang kurasakan macam sia-sia, takut, dan gembira. Tapi sungguh, ucapan-ucapan dan doa-doa dari semua menyuburkan semangatku. Moga-moga segalanya memberi erti supaya lebih teliti menjalani kehidupan. Kali ini, aku petik beberapa ucapan sahajalah untuk dikongsi..
"selamat pendek umur.." -ayah
"ape perasaan bile birthday?"tanyanya seceria orangnya.
"sedih"
"salah! bersyukurlah pertama sekali! dah sujud syukur belum?" -ainun
"Kalau dulu Sultan Muhammad Al Fateh tawan konstantinople ketika berumur 24 tahun, Salahuddin Ayyubi bebaskan baitulmaqdis umur 21 tahun, apakah yang kita dah buat sebelum ni? Semoga menjadi somebody for Islam" -ucapan ainun tahun lepas.
Doa-doa yang dikirim sangat aku hargai. Walaupun tidak pada pemberian material, hadiah spiritual itulah yang memberi aku daya. Teruskan menembak doa untuk kita! Walaupun bumi lain-lain, tapi doa kita menembus langit yang sama. Turut terharu dengan hadiah dan dedikasi dari kawan-kawan sekelas. Terima kasih, terima kasih. Rezeki hari lahir jatuh bila semua orang dah jadi orang kaya baru hehe.
Berpisah di mata, bersama di hati dan doa
Buat 2 orang sahabat yang akan meninggalkan UIA Kuantan, Kak Sufi dan Kak Munirah salam perpisahan. Kita berjumpa dengan satu kebetulan, kita bersama dengan satu tujuan, dan kita akan terus bersama walaupun jauh di mata. Terima kasih sangat-sangat atas segala tunjuk ajar. Kak Sufi, semoga ada peluang bersua muka semula. Syukran atas barang hikmah 'mesti kuat semangat' tu. Saya akan ingat kata-kata semangat yang akak pernah tanam kat diri saya bulan 3 dulu. He. Kak Munirah, tak sabar nak tunggu kelahiran 'anak sulung' akak. Kenangan bulan 3 tempohari benar-benar mencetuskan akak yang produktif. Tahniah sebab akaklah orang pertama antara kami yang dalam proses lahirkan 'anak' secara zahirnya... Teruskan mengembangkan sayap, kalau panjang rezeki, saya nak lawat akak kt sana nanti. He. Saya akan selalu berada di sini menanti kehadiran anak-anak akak yang seterusnya. Buat sahabat-sahabat lain yang terbang ke bumi anbiya dan keluar uia, selamat maju jaya sehingga ke akhirnya. Ukhuwah takkan putus tanpa kehadiran sesorang di depan mata, dan akan terus kekal di dalam doa sahabatnya... Uh.. :-h :-c
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
usratiy kaybee,
201109
0 thoughts from optimists:
Post a Comment