200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Antara dua... 2 S

Thursday, October 28, 2010
Bismillahi walhamdulillah.

Maha Suci Allah yang mengilhamkan aku apa yang aku tulis,
Maha Suci Allah yang memberikan aku daya di atas keizinan-Nya,
Maha Suci Allah yang setiap urusanku di dalam pengetahuan-Nya :)

antara dua... menulis atau tak?
terlampau lama aku berkira-kira untuk mencoret beberapa perkara, bahkan banyak barangkali. Namun, bila ditimbang-timbangkan, antara dua...
Perlu atau tak?
Bermanfaat atau tak?
Dapat pahala atau dosa?
Riya' atau tak?
Setiap yang dilontarkan akan dikira dan dinatijahkan dengan dua akibat... pahala atau dosa.
Setiap yang dilontarkan itu akan kembali diuji pada diri... amali atau sekadar teori.
Allahu Allah.

Antara dua... Episod-episod kehidupan yang berlaku banyak memaparkan antara dua pilihan.
Antara sunnatullah dan syariatullah,
Antara negara dan agama,
Antara rela dan terpaksa,
Antara beban atau tanggungjawab,
Antara ilmu atau peperiksaan...
Antara cepat atau penghayatan...

Semuanya diizinkan Allah untuk menjadi halwa bagiku berfikir, berkira-kira, dan mengambil keputusan. Andai diizinkan, akan ku kongsi satu persatu di saat masa yang direzekikan oleh-Nya.

Antara sunnatuLlah dan syari'atuLlah...

Aku pernah mencoret tentang dua S ini suatu ketika dahulu. Dan aku suka membangkitnya semula. SunnatuLlah dan syari'atuLlah ketika sedang peperiksaan. Sunnatullah iaitu hukum alam menggariskan manjadda wajada. Siapa berusaha, dia akan dapat hasilnya. Siapa yang berjaya mengekang nafsu tidur, makan, lagho, dia akan dapat jawab dengan baik, cemerlang dan yakin.

Dan syaria'tuLlah menunjukkan siapa yang memelihara hukum-hukum Allah tetapkan, contohnya meningkatkan ibadah seharian, turut akan berjaya. Namun, bagaimana kalau hanya doa sahaja tanpa ada usaha? Bolehke tunggu buah naga muncul dari pokoknya dengan sekadar berdoa dan menunggu sehingga buah naga muncul?

SunnatuLlah yang membenarkan syari'atuLlah
Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh di samping meningkatkan doa, ibadah dan tawakkal kepada Allah, kejayaan yang dicapai akan lebih berkat kerana melaksanakan syari'atullah selari dengan hukum alam, man jadda wajada.

Aku teringat satu kejadian semasa di matriks, di mana kebanyakan pelajar yang aku nampak, berjaya menghabiskan compilation mid sem semasa menjawab soalan maths 2. Namun, dengan keyakinan hanya berasaskan sunnatuLlah, tanpa disangka-sangka, ramai juga yang sangkut semasa periksa tu. Wallahu'alam, perancangan Allah adalah yang terbaik.

Syariatullah tidak boleh dikesamping di samping berusaha keras mematuhi SunnatuLlah.
Itu yang terbaik, kualiti seorang Muslim.

Lalu, jika aku sering bermalas-malasan, harus selalu beringat bahawa kejayaan tidak akan datang tanpa sinergi 2 S ini. Terima kasih pada kawan-kawan sekeliling yang banyak beri aura dan galakan secara tak langsung untukku mencabar diri sendiri memperhebatkan 2 S ni.
"The toughest rival is our self", bak kata Yana.

Pernah seorang sahabatku berpesan, " Study-study gak, tapi bergantung pada-Nya perlu pada tahap tertinggi..."
Tak kurang juga yang menyuntik semangat "Study study study sampai habis...Berjuang sampai ke titisan terakhir.. jangan menyerah sebelum habis berjuang"

Akhirnya, buat diri sendiri dan semua, selamat melakar sejarah. Selamat berperang. Kita masih punya masa, sebab kita mampu mengubahnya :)

Doa seorang ni pulak, si A memang akan selalu buatku tersenyum dan tercabar, "ya Allah, permudahkanlah urusan sahabatku ini. Semoga dia cemerlang demi Islam!"
Amin sahabatku A . Amin Amin.

Sebenarnya Ust Hasrizal yang mula-mula ajar berkenaan 2 S ni. Aku hanya ringkaskan mengikut keadaanku dan panjang-panjangkan.

Wallahu'alam Wassalam.


nurulh,
500+ am,
bilik kasih sayang,
Talhah 3

Adik ipar Tony Blair peluk Islam

Tuesday, October 26, 2010
Sumber : Harakahdaily 26/10/2010

LONDON, 26 Okt:
Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail Ahad lalu.

Beliau berkata, "sekarang ini saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al Quran setiap hari. Kini saya sedang membaca pada muka surat ke 60.

"Saya juga tidak minum alkohol dalam 45 hari ini, satu tempuh masa yang terpanjang dalam 25 tahun. Peliknya sejak saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya tidak mahu lagi menyentuh alkohol," katanya.

Sebelum memeluk Islam, Booth sangat simpati dengan Islam dan menghabiskan masa yang lama di Palestine. Beliau juga menentang keras peperangan yang dipaksakan ke atas Iraq.

"Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keselesaan yang diberi (oleh Islam)," katanya.


komen saya : SubhanAllah Allahuakbar.
'ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN...'

madah periksa empat

Rahsia Zainab Al-Ghazali,

"..HasbiyAllahu wani'mal wakil,wala haulawala quwwata illa biLlah.."
.

'Cukuplah Allah sebagai penolong, dan tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.'




Mutiara Usrah 8 bersaudara,

221010.

madah periksa tiga - drug derak

Monday, October 25, 2010
1st kali, ampun maaf banyok2 kt sek2 tganu kelate kalu ade pcemaran bahasa kt sini.
Sekadar nak mudoh ingat...
Bila banyok ngat fakta ng ciri2,
jadila mende pelik-pelik camni.
Sori deh.
Hi hi hi=)


Drug suko berderak
Hari ni hari isnin, bukan hari raya. Drug tak kisah bila-bila ye suke berderak. Bila rasa nak, ye berderak g umoh ore. (jnstantaneous). Pah derak, balik mula. Derak jah, balik mula(reversible). Bila ye g derak, ye mmg aktif ngajok kawan2 ye unless ye dah sapa umoh kawan ye, br je diam. (active when free, inactive when bound). Kawan2 ye pun kaum sejenis yang dikenali sbg drug gop. Tapi, bilo umoh pnuh doh, drug yang tggal kat jalan raya akan bising2. (there will be more free drug when binding sites are saturated). Tapi sumo saling memahami. Ye harmonis, seimbang sokmo. Ade yang masih duk kat jalan, ade yang duk umoh. Pahtu yg kat jalan duk umoh mula, yg duk umoh g jalan mulo. (equilibrium)Tapi, bilo male datang, sumo berebut nak balik umoh cepat2 (competition for binding sites).

Nature of plasma protein binding - instantaneous and reversible- equilibrium-active when free and inactive when bound-more free drug when the sites are saturated-compete for binding site.


Yang baik teladanilah,
yang buruk sempadanilah.
Ginilah jadi kalu belajar 'telor'
celup-celup.
Any komen, diam2 saje.


Goodluck! All the best my friends.


Ilmu itu cahaya...
DaRul,
Bilik kasih sayang,
Talhah 3.

madah periksa dua

The world rules whoever loves and seeks it,

and serves whoever abandons and denies it.

The world is that which desires and that which is desired.

Whoever desires the world is rejected by it.

Whoever rejects the world is followed by it.

The world is a bridge over the road to the Hereafter.

Cross that bridge, but do not behave as if you will remain on it forever.

It is unwise to build palaces on bridges.

Take as much from the world as will lead you to the Hereafter,

but leave behind that which will prevent you from entering it."

-Yahya Ibn Muadh


"Fight against your ego with the four swords of training: eat little, sleep little, speak little, and be patient when people harm you... Then the ego will walk the paths of obedience, like a fleeing horseman in the field of battle."
Yahya Ibn Muadh Al-Razi

credits : Kak Kamilah n Wiki.

madah periksa satu

Sunday, October 24, 2010

"Izinkan aku bernikah dengan ilmu, agar bisa aku menjaganya sampai akhir ayat.."
.



amanah ini belum selesai!!!

"Ma, boleh ke izinkan?
Hehehe."

di sebalik naturally occuring drugs

Tuesday, October 19, 2010
ni cube teka pokok ape? sumber : wikipedia

Naturally occuring drugs.


epinephrine... naturally occuring compound from tyrosine (synthetic pun ade gak)

norepinephrine...chemical mediator liberated by mammalian postganglionic symphathetic nerves

dophamine... occurs naturally in basal ganglia (regulation of movement) and andrenal medulla...metabolic precursor of norepihephrine and epinephrine

yohimbine...from Pausinystalia yohimbe. An alkaloid with stimulant. An alpha-2 antagonist. Can be used to treat erectile dysfunction.

atropine...from atropa belladona. Also derives from alkaloid...

cocaine...from the leaves of coca plant. Also from alkaloid group.

strychnine...from the seed of strychnine tree.

digoxin...from foxglove plant, digitalis lanata. useful foe treatment of heart conditions- atrial fibrillation and heart failure.

Many drug that occurs naturally can be found from alkaloid group... Thus, a new question arise :

"What is alkaloid then?"

Alkaloid is a group of naturally occuring chemical compounds which mostly contain basic nitrogen atoms, it includes some natural compounds and weakly basic properties...Several other alkaloid also been discovered such as : xanthine, caffein, nicotine, coniine, colchicine, sparteine... (tahun dijumpai boleh rujuk wikipedia..)


"Ilmu ni, biar ingat sampai mati. Jadikan 'Gagal jawab dalam kuiz tempohari' satu lonjakan sumber tarbiyah bahawa ilmu bukan semata-mata untuk kuiz. Jadi, jika suatu hari nanti,si cucu akan bertanya...

"Ape contoh naturally occuring drug..?"

Dan kau boleh jawab sambil tersengih sambil menampakkan gigi palsu....

"atropine, yohimbine, cocaine, epihephrine, dopamine, norepinephrine!"

"Wow... nenekku.." balas si cucu dengan bersinar matanya.. tanda gembira =D "...



Wallahu'alam.


ni nama dia pokok poppy, ingat anak anjing(puppy), ingt poppy.
sumber : wikipedia



references : wikipedia n lecture note

yang sedang mencari tarbiyah di sebalik ilmu dadah-Nya,
Bilik kasih sayang,
Talhah 3.

Sekitar Bajet 2011

Saturday, October 16, 2010
sekadar lintasan : adakah sesuatu bajet perlu semata-mata pada pembangunan material sahaja?
bagaimana dengan spiritual dan modal insan yang menguruskan? gambar : kredit utk blog oh malaysia


Bismillah,
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad...

Dah tengok bajet 2011 yang bertemakan Negara Maju berpendapatan tinggi?
Jom dengar apa kata pemimpin kita...

1. Bajet 2011 bukan bajet PRU, kata Muhyiddin. (as cited in Us Wan Ji)

komen aku : hehehe.

2. Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita, kata us Nasharuddin Mat Isa.

3. Golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud.Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan. Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja,"kata Salahuddin Ayub.

4. "Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan .

"Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan.

"Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," oleh Anwar Ibrahim.

komen aku : bila yang baik-baik sahaja disebut, apekah itu tanda positive thinking atau menutup kesalahan? memang teringin nak tahu pasal defisit negara kalau boleh, nak tahu apa la yang jadi kat jabatan audit negara bila dapat arahan kena keluarkan bajet bla-bla. Jangan diorang yang pening nak cekau duit kat mana sudahla bila berlakunya defisit.

defisit = rugi. bila belanja lebih dari pendapatan.

lain-lain perihal bajet.
1. Banyak kelebihan untuk penjawat awam.
2. Tambahan bajet untuk JKKK.
3. Tambahan bajet untuk infrastruktur jalan antara kawasan bandar dan luar bandar.
4. Dana pencen swasta. menarik!
5. Dana untuk pertanian dan penyelidikan.
6. Bajet untuk program permata. Bajet yang agak besar untuk seseorang yang bukan berjawatan rasmi dalam kerajaan... sedikit pelik di sini oh...
6. Last, dana untuk bangunan PNB 100 tingkat. Yang ni tidak membantu certain golongan yang berpendapatan rendah. Apa keperluan lah agaknya...



harapan dari seorang rakyat malaysia, kurangkan korupsi, tingkatkan integriti... ke arah Malaysia sebagai baldatun tayyibatun warabbun ghafur... negara baik dan diredhai Tuhan...



p.s : mungkinkah nanti akan muncul bajet untuk memperkasakan tarbiyyah diri, keluarga, masyarakat dan ekonomi islam melalui implementasi dinar emas? *berangan...*

sumber : harakahdaily n bharian. kenyataan dari menteri2 lain dan Tun Mahathir x jumpe dicari. blog tun mahathir hilang dari simpanan haji google. sekian.

muhasabah jumaat : surah al kahfi

Bismillah.
Allahumma Solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Yes!!! Jumaat datang lagi. Apa yang ada pada hari Jumaat? Kelas ungs? Definitely. Heh. Entah kenapa hari jumaat ni seolah-olah memberikan ketenangan sedikit berbanding hari-hari lain. Mungkin sebab hari jumaat lengang sikit. Ramai orang balik rumah. Jarang kelas petang. N part yang paling best, sebab boleh balik rumah jugak. Hehe sorry pada yang jarang-jarang balik. Nanti korang kerja puas-puas kat kampung halaman eh.

Ada lagi satu yang menariknya jumaat ni. Bukan pada fizikalnya, bukan pada persekitarannya. Tapi pada amalan yang disunatkan membuatnya. Satu yang aku nak kongsi, tentang surah al-kahfi.

Lepas tanya Haji google, dapat beberapa rujukan hadis daripada sumber ini (klik utk ke blog nya)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)



Bukanlah aku nak huraikan hadith ni. Sungguh dengan ilmu yang tak sampai tahap sedikit ni, maknanya lebih sikit dari sikit ni, tak layak aku nak memanjangkan perkara yang bukan aku ahlinya. Cumanya, aku nak berkongsi beberapa nilai-nilai tarbiah dan akhlak dalam surah ni... iaitu tabiat mengucapkan insya-Allah dan merendahkan diri apabila dipuji dengan mengembalikan kepada Allah s.w.t....


1. Mengucapkan insyaAllah untuk sesuatu perkara

وَلَا تَقُولَنَّ لِشَاْىۡءٍ إِنِّى فَاعِلٌ۬ ذَٲلِكَ غَدًا (٢٣)
إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَهۡدِيَنِ رَبِّى لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَـٰذَا رَشَدً۬ا
(٢٤)

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (al-kahfi ayat 23-24)

2. Mengembalikan pujian kepada Allah atas kelebihan (merendah diri)
.
قَالَ هَـٰذَا رَحۡمَةٌ۬ مِّن رَّبِّى‌ۖ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ رَبِّى جَعَلَهُ ۥ دَكَّآءَ‌ۖ وَكَانَ وَعۡدُ رَبِّى حَقًّ۬ا

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi :98)


Tarbiyyah akhlakiyyah (pendidikan akhlak) yang direct dari Al-Quran.
Mengucapkan insyaAllah dan merendah diri.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Ar-Rahman :13 )

Selamat mentadabbur...

nurulh,
usrati kaybee,
mencari kekuatan rohani.


stress ke? hihihi

Friday, October 8, 2010
s.t.r.e.s.s

everything is in the state of your mind


.enjoy.
.optimistic.


Promise yourself to be so strong that nothing can disturb your peace of mind. Look at the sunny side of everything and make your optimism come true. Think only of the best, work only for the best, and expect only the best. Forget about the mistakes of the past and press on the greater achievements of the future. Give so much time to the improvement of yourself that you have no time to criticize others. Live in the faith that the whole world is on your side so long as you are true to the best that is in YOU! - D. Larson

who says you don't have enough time?
you do have because you are wasting time.

why stress is so good?
because it increases the production of glucose by ACTH feedback of pituitary hormone.

It is good to do literature search.
You got many. The stress, the glucose, and the knowledge. Hehehe.

Live life to the fullest :)
say 'i can' 7 times.
put the believe in.
Chill~





insyaAllah.

usahlah diragukan keupayaan diri

Monday, October 4, 2010
"kenangan menggamit rasa, lalu suburlah rasa memandu laku dan akal. Lagu yang menyuntik semangat pada rasa bukan pada namanya"

Semangat yang Hilang

Tidak Engkau Seorang
Juang Hingga Titisan
Rempuh Tak Berharapan

Nanti aku Di Sana
Di Ufuk Pemikiran
Lalu Menghayatinya

Kita Laksanakan
Mata Hati Yang Damai
Di Sana Kejujuran

Semarak Impian Segunung Harap Dipulang
Usahlah Diragukan Keupayaan Sendiri
Hati Yang Membara Mengikutkan Kata-kata
Jawapannya Di Sini
Semangat Kita Yang Hilang
Oh Kita Cari Pulang

Malu Bertanya Kawan
Sesat Cari Jalan Pulang
Biar Ia Berkesan
Di Lubuk Hati Terbenam


artis : XPDC
tajuk : semangat yang hilang
sumber : google