Bismillah,
dengan nama Allah Al-Wadud, Ar-Rahman, Ar-Rahim
Result exam baru keluar. Tahniah pada yang result naik.. aku? resultku ditahan finance, mungkin ada terlepas pandang tu, esok-esok elok la tu server untuk orang-orang yang pernah disaman macam aku ni.
Anak-anak bertuah D'NASTI. Hawa kiri sekali, Syikin kanan sekali.
Harini, terdetik di hati mengenangkan 2 orang anak-anak kecil, Hawa dan Syikin. Hari ini selepas usrah di rumah kebajikan, pertama kali aku tak dapat berjumpa dengan 2 sosok tubuh kecil yang selalu senyum ni. Pada waktu sebegini tetapi Hari Jumaat minggu lepas, aku diamanahkan untuk menghantar mereka ke rumah dari asrama kebajikan. Kata penjaga mereka, setiap hujung bulan memang mereka dihantar ke rumah masing-masing. Mengenangkan mereka, aku rindu. Mengenangkan peristiwa minggu lepas di saat-saat aku datang ke rumah mereka pada waktu malam hari, aku insaf. Kehidupan mereka cukup buat aku berfikir semula. Benarlah kata-kata ini, ' untuk urusan dunia, lihat siapa di bawahmu, untuk urusan akhirat, lihat siapa di atasmu'. Kalau hal dunia, Kenali mereka yang di bawah kita, yang lebih susah dari kita, supaya kita lebih bersyukur. Kalau hal akhirat, kenali mereka yang di atas kita, yang lebih banyak amalnya, supaya kita boleh menambah amal kita sebagai bekalan di sana.
Kali pertama
Pengenalan dengan Hawa dan Syikin buat kali pertama, semasa Majlis Motivasi Anak2 yatim dan ibu tunggal anjuran D'Nasti n Nisa' Kuantan. Masa tu, ada sedikit sukaneka untuk kanak-kanak. Aku join jadi faci. Baru aku kenal skit nama-nama mereka, itupun bertatih aku ingat sorang-sorang. Yang tak dapat dilupakan, sebelum semua orang bersurai, Hawa dan Syikin pun naik kereta penjaga mereka yang dipanggil Ummi, seraya Syikin menjerit kepadaku,
" Bye Kak Huda!! I love you, One.. Two.. Three... !!"
Terkejut aku. Dalam masa yang pendek, dia ingat namaku, dan boleh cepat bermesra dengan orang baru. Aku pn membalas..
"Bye.. Love u, three, four, five!"
Jawabku sambil tak berape mengecam siapakah nama kanak-kanak tu.
Jumaat minggu lepas, 1130 malam.
Hari itu kami AJK Nisa' dipanggil untuk meeting Hari Kebudayaan dan Konvensyen Srikandi. Bila banyak agendanya, meeting jadi berlarutan sampai 11 lebih. Aku dah ready bawak kunci rumah siap-siap kalau-kalau sampai rumah lewat. Pernah ayah dan mak tunggu aku pulang, kerana risau aku tak sampai-sampai. Sebelum pulang, Ummi Tohirah mendekatiku, meminta tolong...
"Huda, tolong hantar hawa dan Syikin balik rumah boleh?"
"Sekarang ke? Boleh."
Aku ragu-ragu. Nak hantar budak-budak ni waktu malam-malam mcamni?
"Ha'a"
Jawabnya Ummi Tohirah.
"Bleh je.."
"Huda tahu kampung Tengah?"
"Tau.. tapi rumah diorang ni alik mane?"
Selepas Ummi Tohirah bagi panduan dan sedikit lakaran kasar dilukis, aku mendapat gambaran kasar tentang rumah adik-adik ni... Ummi Tohirah tanya Hawa,
"Hawa tahu jalan tak? Boleh tunjuk kat Kak Huda?"
Hawa geleng..
Memandangkan kampung Tengah tu kawasan di pertengahan jalan menuju rumahku, dan lebih-lebih lagi aku biasa dengan Kampung Jawa n Kg Tengah, aku rasa tiada masalah untuk mencari rumah mereka malam-malam ni..
Barang-barang mereka dipunggah. Beg balik kampung yang besar, beg sekolah, beras, dan beg plastik kasut. Memang macam aku asrama dulu-dulu. Tak sah kalau barang tak banyak.
Sepanjang perjalanan, mereka ajak berborak. Aku seronok melayan telahan Syikin, adik Hawa. Darjah 2.
"Hawa, tadi Syikin janji dengan kak Huda, nak dapat nombor 10... Hawa tak nak janji ke?"
Syikin memecah sunyi
Saja aku janji nombor 10, untuk peringkat dia.
Khatibunnas 'ala qadri 'uqulihim
Menetapkan sesuatu biar pada kadar kemampuan mereka.
Banyak cakap juga si syikin ni. Aku melayan dan layan. Sampai di suatu jalan,
Hawa berkata,
"Nak tengok kat mana atok kita kerja?"
"Ha.. tu"
Aku tak sempat melihat. Aku saja bertanya, untuk kepastian.
"Kilang papan ke?"
"Tak... Tokong" hawa menjawab
"Ha?? "
"Oo.."
Terusku sekadar "ooo" kerana kutahu, aku tak perlu untukku tanya budak-budak ini lebih mendalam.
Hampir sampai ke rumah..
"Ha, kak huda, belok kiri, yang depan tu..."
"Yang ni?" tanyaku.
"Ha'a.. ha..jalan depan skit..tu rumah kite."
"Yang ni?"
"Ha'a."
Aku tergamam. Di suatu sudut kawasan perumahan dua tingkat yang agak mewah, terletak sebuah rumah usang dikelilingi semak nipis.
Gelap.
Perlu melalui denai kecil untuk sampai ke rumahnya.
"Ada orang ke tu?"
"Ada. selalunya mak ade." jawab mereka.
" Mak awak tak tidur lagi ke?" ujarku dalam hati. Jam kereta menunjukkan pukul 1140 malam.
Kuberhentikan kereta, membuka bonet.
Gembiranya Hawa dan Syikin, mengangkat beg-beg mereka. Aku bagitahu mereka, tungguku. Aku nak pergi bersama. Risau mereka meredah denai tu sorang-sorang, takut ada ape-ape dalam gelap.
Namun, aku lupa. Ini rumah mereka, mereka dah biasa. Ah, aku saja yang begini agaknya. Risau sesuatu yang mereka dah biasa.
Tok Tok.
Syikin mengetuk.
"Maaaa, Hawa ni. Syikin ni.. kitorang dah balik..."
Tak lame kemudian, ada suatu suara di balik pintu..
"Syikin anak mama.. dah balik.."
Aku berdiri dengan mereka. Melihat pintu terkuak, seorang wanita menyambut kami.
Aku ke kereta, mengambil beras dan mereka mengambil barang-barang lain.
Aku masuk ke rumah.
Astagfirullah.
Dalam hati.
Hatiku berbisik, 'masih ada orang yang begini ya..'
Keadaan yang agak memilukan.
Menyedihkan.
Tak perlu aku huraikan.
Namun, melihatkan dua kanak-kanak bertuah ini memakai tudung comel dan berjubah cotton, aku menyorok perasaanku.
Mereka hanya tersenyum,
dan senyuman mereka seolah2 berkata,
"nilah rumah kitorang kak huda!"
Bertuah kanak-kanak ini. Cantik jalan yang Allah sediakan pada mereka. Dan cantik juga Allah sediakan pengajaran buatku.
Setelah berbasa basi dan berkenalan dengan ibu Syikin dan Hawa, aku meminta diri. Sekadar mengulang pesan Ummi Tohirah pada mereka,
"Jangan lupa solat kat rumah ye Hawa, Syikin..."
"Ok Kak Huda!! Tadi pun kitorang dah solat isya'"
Aku senyum.
Mereka mengiringi kepulanganku di muka pintu.
Aku kembali ke kereta, untuk pulang.
Memandu kereta dalam keadaan yang perlahan di malam yang sunyi, timbul macam-macam perasaan hiba dalam diri.
"MasyaAllah. Boleh adik2 tu tinggal macamtu?"
"Ya Allah. Beruntungnya aku."
"Astagfirullah...mcm tu keadaannya.."
dan macam-macam monolog yang bermain-main dalam hati.
Terasa seolah-olah Allah membuka suatu dimensi baru kepada penglihatanku. Melihat rencah hidup dunia yang luas. Asam garam. Tinggi rendah masyarakat. Miskin kaya kehidupan. Dan yang penting sekali, aturan Allah yang mengatur segalanya.
Dari keluarga yang kekurangan, namun adik Hawa dan Syikin terpilih untuk hidup dalam suasana kasih sayang Islam.
Sejuk hati melihatkan adik-adik ini bertudung comel.
Dari keluarga yang kekurangan, namun adik Hawa dan Syikin ceria dan menjalani hidup yang seolah-olah sangat indah bagi mereka.
Miskin harta, kaya jiwa.
Ah, mereka budak-budak. Mungkin hanya gembira mereka tahu.
Doaku, agar mereka yang bakal mengubah nasib keluarga kelak.
Ya Allah, berkatilah umur mereka, jadikanlah mereka generasi masa depan yang berguna buat agama dan bangsa kelak, amin!
Sedih dengan kemiskinan yang menimpa masyarakat.
Harini harga minyak RON 97 naik jadi RM 2.90.
Orang-orang yang tidak mendapat akses maklumat, dikatanya seimbang, gaji naik, dan barang naik, jadi masih boleh hidup.
Itu dia tak tolak dengan hutang-hutang yang sepatutnya dah tak menjadi beban, hasil hidup dalam sistem ekonomi acuan kafir.
Erm, tak nak masuk bab ekonomi kafir yang merosakkan hidup, itu lebih menyesakkan dan menyempitkan jika difikirkan.
Kalau mahu baca, boleh baca kat blog umaralfateh.wordpress.
Dari kiri, Hajar, Hawa, Syikin. Syikin yg di bawah. Muka 2 beradik ni banyak sama..
Sekarang, aku rindu adik-adik ni.
Dari saat malam tu, aku bertambah sayang kat dua beradik comel ni.
Rindu Hawa, si kakak dan Syikin, si adik.
Kangen mahu bertemu!
Semoga Allah permudahkan semuanya.
p.s : kredit gambar untuk makcik ziah. gambar dalam simpanan saya damage dan unreadable. selain berada dalam memory card yang tidak tahu di mana.
nurul idris,
kepingin bertemu Baitullah.