200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Lau Kana Habib

Tuesday, January 31, 2012
Salam'alaik... memandangkan bulan ni bulan maulid, banyak program, majalah, rancangan tv, radio etc yang memuatkan kisah pasal Nabi Muhammad s.a.w dalam rancangan dan penerbitan mereka.. Tadi rancangan bicara tv hijrah yang dihoskan amin idris juga berkisar tentang Nabi Muhammad s.a.w.. bersama ahli panel us maszlee malik dan 2 orang lagi yang tidak disebut namanya.. Pagi tadi, selak2 majalah anis di tempatku praktikal, juga memuatkan banyak kisah ttg Rasulullah s.a.w dan para sahabat... Sempat baca kisah saidatina Juwariyyah yang dilamar Nabi Muhammad s.a.w, pernikahan yang membawa rahmat kepada tawanan2 bani Mustaliq.. Juwairiyyah daripada kaum bani Mustaliq, nama sebelum masuk Islamnya, Barrah.. pernah bermimpi bulan jatuh ke riba sebelum peperangan..rupa2nya, mimpinya tu bermaksud dia kembali kepada agama fitrah(peluk Islam) dan Nabi Muhammad s.a.w menerimanya sebagai isteri.. subhanAllah hebat.. dalam masa yang sama dia menjadi madu kepada Aishah dan Ummu Salamah..

Kat TV hijrah tadi ada tunjuk vclip lagu lau kana habib..(andai rasullah bersama kita..) sekali dengan subtitle melayu.. ni lagu favourite ayah.. dari dulu dia nak tahu maksud lagu ni, n at last ada kuar terpampang kat tv tadi.. n disebabkan lagu ni best, ayah mintak lagu ni dipasangkan masa kenduri nanti..wait n see.. insyaAllah.. person in charge tak siap2 lagi tengah kumpul2kan lagu.. otw memanjang.. sape la yer yang in charge ni.. =)

Cari punya cari, alhamdulillah jumpe pun video, lirik arab n malay. Ramai dah pernah dengar lagu ni kan?
Ni dia.




Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Mengharap melihat sinar kebaikan sebelum ia padam : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين
sumber : lirik 


Kat baris ketiga tu sy ada ubah skit. Kalau ikut dalam link maksud yang ditulis adalah Dari Taibah sebelum Magrib, tp kalau tgk dalam sub BI, dia tulis "hoping to see a sun of goodness before it sets". so saya translate jd macam di atas- Mengharap melihat sinar kebaikan sebelum ia padam. wallahu'alam.

oh sebelum terlupa. 12 rabiul awwal tahun ni jatuh pada 6 Februari iaitu hari Isnin. officially cuti haritu n lecture pun start lambat. 12hb 2 ade program Pekan Berselawat di Masjid Sultan Ahmad Shah Pekan. Tak sure masjid baru ke lame. Masjid baru Pekan tak pernah lagi pergi setakat ni. Us Don Bijayid + Habib Alwi pun ade sekali. Allah, murahkan rezki aku ke sana nanti. Jom2 kita gi ramai2 =) Jumpa iklan kat fb.



Semoga Allah menghimpunkan kita semua dalam kasih sayang dan kebaikan, dan menjauhkan diri kita dari sifat2 yang tercela, munafik dan fasik. Ameeen..



p.s: 1 post 3 istighfar. *Astagfirullahal 'adzim- Astagfirullahal 'adzim - Astagfirullahal 'adzim*

Hasanatul Abrar Wa Sayyiatul Muqarrabin

<...baru dipost setelah 2 minggu berada dalam draft>


Assalam 'alaik

Hasanatul Abrar Wa Sayyiatul Muqarrabin


term baru bagi ku. apakah ini?

ni antara jawapan2 yang saya terima

jawapan 1
hasanatul abrar wa sayyiatul muqarrabin ~ baik pada pandangan orang2 awam dan biasa, tapi buruk dan boleh jadi maksiat bagi orang2 yang mendekatkan diri dengan Allah (pendakwah , etc..)
Bagi org biasa, dlm banyak hal, termasuk dalam hal-hal makruh, dianggap biasa dan baik... tp bagi org yg dekat dan dilihat dekat dengan Allah (cth : org alim, org yg belajar agama, org yg dimuliakan kerana ilmu, pemimpin) ada antaranya tidak baik. - bro.

jawapan 2 
1. status dia di sisi Allah takleh sama dengan org biasa
2. pandangan org biasa terhadap golongan al-muqarrabin akan dinilai utk dijadikan border line dlm agama
kefahamannya adalah, perkara yg kelihatan baik2 shaja utk org biasa2, adalah prkra yg kelihatan buruk utk org2 yg sgt pious....cthnya kalu org biasa pakai baju tshirt ng sluar ng tudung biasa dah kira baik n tutup aurat....tp utk org yg lbh 'beriman' ia kleihatan jelek...gtu la lbh kurg...tp huraiannya kn tnya org lain yer... -kak NM


isu ini naik dengan kehadiran video "muslimat pas" semasa di hari pengumuman hukuman ke atas Anwar.
ramai orang terkejut tengok video tu.
ada yang kata, tak patutlah sebegitu.
timbullah pula isu akhlak
macam2 isu 
kemudiannya timbul

tak kurang juga
ada pula yang membela
lalu bagi link video wanita mesir di tahrir square
disifatnya mereka lebih "debe" 
berbanding video wanita malaysia 


tak kurang juga
ada yang memberi pendapat
sebegini
yang berbunyi
"hasanatul abrar wasayyiatul muqarrabin"
baik pada orang2 biasa, tp dilihat tidak baik pada golongan al-muqarrabin
pandangan ini kelihatan memberi suatu nilai
jika benar berjuang menjadi gol muqarrabin
maka tindakan ini tidak sesuai dilakukan
walaupun di pandangan mata umum
ianya biasa2

wallahu'alam
ambillah yang keruh, buanglah yang jernih
bertulkan persepsi
banyakkan husnudzon
mungkin kita tak faham kegembiraan mereka
yang pernah melalui kisah2 sejarah hitam mereka

mungkin ada yang mendiamkan kes kes ini
supaya tidak mahu menjatuhkan kredit suatu perjuangan islam

namun saya sekadar utarakan di sini
supaya kita sama2 dapat berfikir rasionalnya
fikir baik buruknya
untuk diambil iktibar
bukan menghentam dengan melulu
dan bukan juga menyokong tanpa tujuan
teringat kata2 seorang roomate, 
besederhanalah

wallahu'alam
pada yang pernah tengok video tu dan tahu video mana,
anda akan faham post ini
jika belum, bolehlah cari video tu,
tu pun kalau masih ada di youtube
sebab saya tak berminat nak postkan di sini .

terima kasih pada yang menjawab.
baru ku tahu, ada border line utk menjadi muqarrabin.
tak boleh nak samakan dengan yang biasa2.
sometimes mujahadah perlu utk menjadi yg luar biasa.
luar biasa itu bermakna yang muqarrabin.

lalu,
cukuplah berteori.
selamat menyemai praktikaliti ya
ojo kelalen, guyu guyu ^____^
dengan Bismillah, aku mula.



p.s 
pandangan peribadiku, sbg seorang perempuan video tu biasa2 shj, cuma kurang sedap bila ada adegan salam antara bukan muhrim. namun bila duk sembang dengan kawan2, katanya, dah jadi norm n lumrah bersalam dengan bukan mahram utk orang K.L. Mungkin ada ilmu yang kita tak tahu, ada situasi2 tertentu yg dikecualikan - Wallahu'alam.

::: Pengalaman ::: Umrah 1

Friday, January 27, 2012

Salam 'alaik.

Semoga hati kita masih segar di bawah nikmat iman dan islam.
Ya Muqollibal quluub, sabbit quluubana 'ala deenik.

Memang ada niat nak tulis panjang pasal pengalaman umrah masa cuti ni. Entah nape, dah 6 bulan berlalu baru rasa tahu nak tulis apa. Sebelum ni, tak reti macamane nak mulakan.

Titik mula
Kalau orang tanya aku pasal gi umrah, n dia bgtau hasrat yang sama, aku akan cakap, first sekali, start dengan niat. NIAT. Niatkan dalam hati nak pergi bila, dan doa. Macamtulah aku mula. Terdetik kat hati lepas tengok Aisyah Md Noor ng Masturah gi umrah, aku dah niat. Seingat aku, aku pernah komen kat post umrah yang mas tulis kat blog dia, aku komen, doakan aku sampai sana tahun depan. Dan Alhamdulillah, Allah maha Mendengar. Betul2 tahun depan lepas aku komen tu, Allah izinkan aku pergi sana. Time final exam sem 2, aku ajak2 ayam parents ng adik beradik gi umrah. N lepas final exam, Allah mudahkan urusan. Ayah plak jumpe sahabat dia yang jadi mutawwif, jadi urusan jadi makin senang. Kami tak guna Andalusia/Rayhar, tp just syarikat kecik je, Sri Wangsa Holiday dengan khidmat seorang mutawwif, Us Nasurdin. Yang juga kawan ayah. Bila ayah dah kenal, jadi lebih senang dia nak berurusan..


Sebelum pergi
Sebelum pergi, makcik Ziah bg nasihat kt aku, "Banyakkan SABAR ye. Sabar dari sekarang". Mula2 aku pelik sangat kenapa dia memintaku bersabar. Mula2 aku sekadar angguk buat2 faham. Lama2, barulah aku faham. SABARlah anda dari buat maksiat. SABARlah anda dari marah. SABARlah anda dari sesuatu yang bisa mencabut kesabaranmu. Huhu. Makcik ni baru balik umrah, dan bila dia tahu aku bakal menjadi tetamu Allah, dia nasihat mcmtu. Makcik Ziah ni seorang muslimat, kenal sebab pernah sama2 bekerja dan wat khidmat masyarakat dengan dia...

Pada sesiapa yang tahu, aku pergi umrah bulan 5 thn 2011, 4 orang je, ayah ma, dan mak sedara. Pada mulanya, merancang nak pergi dengan 3 lagi adik beradik, tapi di saat2 akhir, sorang2 x dapat cuti. Kakak nak genapkan tahun kritikal dia. Sorang kakak baru je kerja, risau nak mntak cuti lama. Nak wat pasport dll tu pun kena mintak cuti gak. Adik baru start sem, akan busy dengan registration dll. (padahal nak je aku ajar dia ponteng, tp utk kesejahteraan semua, ayah galakkan dia utk datang kelas.) so.. belum rezeki mereka nak pergi lagi. Dan aku yang 5 bulan cuti ni, alhamdulillah free boleh pergi. Abang pun x nak ikut, katanya tak berminat.

Alhamdulillah, urusan pasport, gambar, tiket, dll berjalan lancar.

Cume sebelum pergi, ada beberapa insiden yang menimpa aku. Beberapa kejadian yang berturutan nilah yg sedikit sebanyak mematangkanku. Dijadualkan aku jadi komiti program 4 hari sebelum fly, so minggu sebelum tu mmg agak all out utk menjayakan program ni. Program luar. Sape yang tahu, tahulah. Nak wat tu, memang agak tensed. Banyak benda perlu diconsider. Aku ulang alik berjumpa orang sini sana, di hospital, di rumah, di kedai makan. Pastu, nak dijadikan ujian untukku, kereta kena langgar kat bandar... langgar sikit je, tapi kena gi workshop juga. Allah maha Mengetahui. Mungkin Dia nak selamatkan aku dari perkara yang aku tak mampu hadapi, lalu Dia datangkan seorang wanita cina yang boleh tak nampak kereta aku bila nak keluar simpang. Dan beberapa perkara yang agak menguji imanlah. Time tu memang aku tak prepare pun lagi barang2 nak gi umrah, sebab utamakan program ni yang 3 hari lagi awal dari hari fly. At last, program tu terpaksa dibatalkan. Macam2 perasaan datang dan pergi waktu ni. Kejadian2 yang berlaku dalam linkungan ni mmg memberi "hard hit" untukku. Susah nak menerima, namun 1 pesanan hikmah dari makcik ziah, SABAR sahaja yang boleh membantu. Mungkin masa ni gunanya SABAR into practise. Nah rasakan, susah senang nak berSABAR.


Dan ketika itu aku rasa, umrah aku memang datang tepat pada masanya............. Umrah untuk membawa diri. Umrah untuk mengosongkan jiwa dan minda. Masa utk membawa jiwa. Jauh dari kekusutan hal-hal dunia. Ya, kembara ini kembara jiwa! Bukan sekadar suatu kembara jasad. Kembara ini kembara hati. Aku memasang niat, moga-moga umrah dan ziarah ini mampu mengelokkan mana yang cacat, menyegarkan mana yang kusam, menghidupkan mana2 semangat, ruh2 dan sel2 yang telah mati dalam diri.


Boarding Day. Family Kak Long antar sampai airport Kuantan je. Kakyi join naik flight ke KLIA. Masa ni teringat abang long muhammad duk nangis kena tinggal. Terharu plak rase, sebab sebelum ni dia n nabil sokmo duk umah ngan aku. Dah mintak maaf siap2, sebab tak tahu umur kita panjang pendek. Di KLIA, kakngah n anak2, kakya, cik yah (pn Azizah) sepupu mak, datang hantar kami. Alhamdulillah... tkasih pada yg datang n mendoakan. Aku banyak diam je, sebab aku tak tahu ape yang bakal kuhadapi sepanjang perjalanan kan. Dah dipesan jaga mulut, jaga hati dari ape2 lintasan buruk. Ni mungkin manifestasi "SABAR" macam yang dinasihati makcik Ziah padaku awal2 dulu.


Dalam flight. Amik seat sebelah ma. Perjalanan yang sangat paaaanjang dan lama. 9 jam. Bertolak 12 tghari Malaysia, tiba jam 9 malam Malaysia n 4 petang Jeddah. Sempat juga aku koreksi diri dan betulkan paradigma. Aku masih lg terkejut dengan apa yang menimpa diri aku. Sesekali aku adukan pada Ma. Ma seorang yang sangat memahami. Responnya luhur dari pandangan seorang ibu. Ada juga dia bg pandangan mewakili ayah. Sedikit sebanyak aku lega kerana dapat menyelami n mencungkil isi hati ibu ayah. Allah Allah. Detik2 dalam flight adalah detik2 manis aku dengan ma! Bertemankan pemandangan2 di luar tingkap yang sangat mengujakan. SubhanaAllah benarlah Allah maha Hebat. Sampai ade salji melekat kat tingkap, aku ngan ma 2-2 jakun, ingatkan tingkap retak tadi.. memang kampung.. huhu.



Jeddah
Sesampai di Jeddah, kami tiba di airport yang baru, x siap sepenuhnya. Sampai pukul 4 petang. Masa ni, ada beg sorang ahli jemaah hilang. Rombongan kami paling lambaaaat keluar dari airport gara2 tak jumpa beg makcik ni. Sian kat makcik ni, datang sorang2, tumpang mahram orang, tiba2 beg dia hilang. Aku panggil dia makcik Nik. Orang Kelantan. Peramah n baik orangnya. Dia hanya ade 1 beg je, mujur duit2 dia ada kat beg petak kecik yang dipegang. Cari punya cari, adu punya adu, at last mmg x jumpa. Akhirnya, kami semua diminta mutawwif naik bas menuju ke Madinah memandangkan hari sudah lewat. Dalam jam 10 malam jugak masa tu. Jeddah ke Madinah ambil masa dalam 7-8 jam. Dalam bas, semua amik kesempatan utk tidur, sebab kalau kira, hampir 24 jam tidak tidur bermula dari Malaysia.

Masa ni first time aku belajar tentang orang Arab. Jangan anggap sistem airport kat semua tempat smooth macam kat KLIA. Lain tempat lain cara. Sempat lagi kami beratur panjang dulu, barulah geng2 pak arab amik tempat di kaunter. Namun, aku hanya memerhati dan memahami. Tidak bercadang untuk komen lebih2, kerana teringat pesan hikmah suruh banyakkan berSABAR. Tanah orang, jangan komen lebih2, bila2 masa Allah boleh tunjuk.

On the way nak pergi ke tempat bas pun, rilek2 je orang2 Arab bersidai2 kt airport. Sedangkan airport ni suatu tempat yang agak berprestij jugaklah kan kalau kat Malaysia. tapi airport kat Jeddah ni, macam ala-ala pasar n terminal bas. Ada segolongan orang2 Arab duduk berkumpul berbincang. Seolah2 x hirau dengan tetamu dan pelancong2 dari luar yang datang. Aku suke suasana ni. Suasana masyarakat yang lebih hidup. This is coool! Tak de skima2, tak de standard2 sangat. Ala2 masyarakat kat indon. spt yg digambarkan dlm beberapa novel yang aku baca. Tapi sdikit sebanyak suasana ini akan bg impresi yang sederhana pada tetamu dan pelancong yg datang melawat......

Keterujaan
Antara perkara2 terawal yang mengkagumkan aku di tanah arab..adalah..bahasa arab! Sekarang aku berada di dunia yang betul2 menggunakan bahasa arab. Kalau dulu2 setakat belajar untuk exam n prasyarat universiti, kat sinila engkau nak guna walaupun hanya pass level 1. pandang papan tanda tandas, tulis arab. kat mana2 bahasa arab. n lebih mengkagumkan, bila di mana2 pun, boleh jumpa kalimah2 al-quran. sebagai penyambut tetamu mahupun peringatan. subhanAllah=) bangsa arab bangsa yg dimuliakan dengan al-Quran.


Gambar atas, kiri - Gurun. Nice!
Gambar atas, tengah - Di atas awan.
Gambar atas, kanan sekali- kalau perasan, ada retak2. Itulah yang aku dan ma sibuk risaukan..
Gambar bawah, kiri - Airport Jeddah.
Gambar bawah, kanan- Kalimah MasyaAllah tabarakAllah menyambut pelanggan. Kat sini kami minum as-shai(teh). Otw ke Madinah.



Huh, panjang pulak esei ku... InsyaAllah lepas ni akan sambung entri seterusnya.. pengalaman berada di Madinah... insya Allah jika Allah izinkan.....

entri2 selepas gi umrah yang berkaitan..
1. Jabal uhud dan kisah yg tersimpan
2. Tawaf is a circle- nasihat drpada seorang makcik

Bertawakkal lah..

Saturday, January 21, 2012

Bertawakkal-lah..

Kadang-kadang, terfikir juga, tawakkal itu bagaimana? Apa yang disebut tawakkal?

Menjelang exam sem yang baru berlalu, terngiang kata-kata Vice President iPHA dalam satu sesi tazkirah, letakkan 20% usaha dan 80% tawakkal..usaha tetap kena dating dulu, tak boleh memanjatkan tawakkal sahaja.. bila ku minta penjelasan lagi, dia menambah.. kalau tengok ayat al-quran, “faiza ‘azamta fatawakkal ‘ala Allah”, setelah kamu bersungguh2, maka bertawakkallah kepada Allah.. mmg usaha itu yang dituntut dahulu, effort comes first.. !

Alhamdulillah, pernah terlibat dengan pengajuran suatu program NISA’ Kuantan, (NISA’ ni NGO Kebajikan dan Kewanitaan pada yang belum kenal..) tahun lepas, juga memperkenalkan aku dengan konsep tawakkal. Program yang besar, hari kebudayaan dan kesenian Islam dengan berbelas pertandingan dan aktiviti, tapi pada awal perancangan, kami hanya ada budget yang sangat sedikit.

Bila meeting, banyak aktiviti yang dibentangkan, namun aku hairan dan tertanya-tanya dalam hati… “Mana nak dapat duit?”

Memandangkan aku dan seorang sahabat lagi AJK Hadiah, duit adalah keperluan utama biro kami… Masalah duit ni bukan boleh buat main-main dalam program, silap2 pengurusan, akhirnya duit komiti akan digunakan.. Sebelum2 ni, ada jugak rungutan duit2 AJK digunakan dan tidak diganti2.. Untuk elakkan perkara ni berulang banyak kali, aku timbulkan dalam mesyuarat,

“Kak, budget camne?”

“He.. Jangan risau, kita run dulu!! Budget akan dapat along the way.. Tu lah rahsia program kita selama ni, orang ramai pelik tengok NISA’ buat program besar2, tak kurang juga yang ingat NISA Kuantan ni banyak duit, ada juga yang bertanya mana NISA’ dapat duit, tp sebenarnya.. kita plan dulu, tawakkal, dan usaha sepanjang tu.”

“Waah2~”. Aku teruja.

Setelah mesyuarat, aku dapat ilmu baru. Tawakkal perlu diutamakan dalam apa2 situasi.
Pesan ketua kami lagi di celah2 alam maya,

Apapun huda, the trademark kita "run"dulu!!!bukan senang nak memahami konsep tawakal'alallah..tasawufnya asma ulhusna..yg benar2 memahami Allah Ya Rozaq(Maha Pemberi Rezeki) Ya Wahhab(Maha Pemberi).Jika ada jutaan di tangan sekalipun,tp rahmat Allah tiada,maka tdk akan jadi.tawakal'alllah di permulaan niat nak membina sesuatu program,baru lah berusaha.mendahulukan Allah dan Rasul dlm segala hal!”

SubhanaAllah walhamdulillah waAllahuakbar.

Allah itu Maha Pengurnia Rezeki. Kepada siapa kita nak berharap selain dari-NYA? 17x kita ulang dalam solat surah al fatihah, ‘Engkau sahaja kami sembah Engkau sahaja kami minta tolong..’, namun sejauh mana kalimah2 itu difahami dan mendasar di hati dan amalan kita..

Muhasabah.
J (tiba2 jadi highlight biru plak bila menulis...)

Menjadi lebih baik itu tiada titik noktah

Tuesday, January 17, 2012


Sekembalinya saya dari melawat mereka, seolah-olah mendapat suatu impak dan nafas baru. Saje saya mencari suatu yang boleh mencubit nafsu yang baru nak sedang meluaskan sarangnya dalam diri. Almaklumlah, pada awal-awal cuti ni, nafsu akan menuntut lebih-lebih haknya, sedaya upaya melalaikan iman. Menjadikan diri lebih teruk dari orang-orang yang jahil. Orang jahil mereka buat sesuatu maksiat sebab tak tahu, namun peringkat orang yang tahu tapi masih melakukan maksiat, lebih-lebih lagi memalukan sepatutnya. Muhasabah.

Seandainya kamu ingin belajar bersyukur dan muhasabah, lihatlah mereka yang lebih hebat dugaannya darimu. Seketika tadi, aku melawat adik2ku di madrasah darul ulum lilbanaat. Masuk saja pintu, aku didatangi adik2 yang mahu bersalam denganku. Melihat bekal makananku yang sedikit, aku bercadang membawa mereka keluar. Segan plak nak makan ber4 saja di hadapan ramai lagi pelajar madrasah. Sebelum keluar, sempat aku berbual dengan seorang pelajar, rupa2nya adik tu ketua pelajar di situ, dan dia juga orang yang paling tua.

Panjang bualan kami. Banyaknya berkisar tentang sistem pembelajaran di situ.

“Sehari ngulang berapa juz dik?”

“Saya mampu 2 je kak.”

Oooo ujarku dalam hati. Thoyyibah!! Setelah bertaaruf, aku meminta diri. Hajar, Syazmira, dan Nurul pun dah bersiap lengkap berjubah.

Dalam perjalanan ke pantai, aku mewujudkan suasana. Banyak soalan yang aku Tanya, hanya Nurul yang banyak menjawab, selaku yang lebih tua di kalangan mereka. Adik2 ini tak serupa dengan Syikin dan Hawa nampaknya, mereka lebih suka bercakap dan bertanya. Hajar dan Syazmira lebih suka mendiamkan diri di seat belakang.

Ada beberapa perkara yang kami bualkan. Antaranya yang mencuit nafsuku,

“Kak nak pergi mane? Nurul nak berbuka kat sini sekejap lagi.”
“Ramai orang berpuasa harini.”
Aku jawab.., “Yup, terlupa akak, harini Isnin.. “ sambil tersenyum..

Tanyaku lagi,”Camne jadual nurul kat sini?”
Jawabnya..”Bangun 4.30, solat2, lepas subuh ada kelas sampai tengahari..lepas zohor sambung zikir dan muzakarah sampai petang..”
‘SubhanAllah...’ desisku.

Quran + Puasa + Qiam
3 ibadah sunat yang perlu menjadi kelaziman. Namun setelah keluar dari suasana dan system yang menyokong, istiqamah itu seringkali teruji. Hanya dengan mujahadah, sabar, dan kekuatan, diri mampu bertahan. Tak kurang juga kuatnya asakan syaitan dan konco2nya. Cukup sekadar seminit 2 dia lekakan kita, kesannya untuk berjam-berjam lamanya.

Ok. Cukuplah sampai sini. Selamat buat diriku!! Bayangkan jika usiamu tidak panjang. Terima kasih pada yang hadir sebagai inzar buat diri.

Menjadi lebih baik itu tiada titik noktah.

Becoming better never has an end, Huda.



Salam’alaik.

refleksi 1 pasca demo mahasiswa UPSI

Thursday, January 5, 2012
Anak muda asasnya semangat yang dipandu ilmu dan hidayah. Anak muda bukan sekadar semangat melulu. Anak muda; aqidah perjuangan ditekankan sgt2 perlu.. partisipasi anak muda bukan kerana individu! partisipasi anak muda bukan kerana kecenderungan semata2! anak muda bukan semata2 ikut terkejut tanpa panduan ilmu, suluhan wahyu dan rasional akal.. (MNM)


~Anak muda berkualiti. Waktu muda tidak sia-sia dengan hiburan yg melampau. topup dengan ilmu dunia + ilmu agama + cakna isu sekeliling.. justeru akan melatih diri dalam membentuk dimensi pemikiran dan pendirian sendiri, bukan sekadar ikut2an. Panduan ilmu, suluhan wahyu dan rasional akal menjadi teras dalam membuat pertimbangan. Anak muda sayang waktu mudanya.

tahun baru

Monday, January 2, 2012
Assalam..

tahun baru masihi? masuk tahun baru, sume pakat nak wat azam2 baru. tp boleh tahan ada yang kata cukuplah dengan azam tahun baru hijrah. depends la..benda ni tak rigid. hari2 nak ada azam baru pun boleh.

aku? pun ada azam baru macam orang lain gak. azam baru yg pertama, rajin update blog to express walaupun skit dan bersahaja. hu hu. kalau dulu, payah betul nak update blog, aku letakkan syarat kena baca sekian2 dlu baru boleh update, kena ada isi baru boleh update. Last2, pi mai pi mai, tang tu jugak. Kalau tak baca, copy and paste bahan bacaan yg akan dibaca nanti.

And the time goes on, until i found 2 points why i think i need to write back.
1. what is not written does not exist
2. write to express, not to impress

wehu. kata2 ni dah lama da jumpa, cuma harini dapat ilham dengan izin Allah untuk kembali menulis dan berkongsi pengalaman2 menarik yg berlaku dalam hidup. ayatku masih skema macam dulu nampaknye, hehe sayang nak pendek2kan perkataan, takut2 x dapat A macam kat sekolah dulu.

Ok, there it goes. smg makin istiqamah menulis, smg pengalaman2 yg dialami dpt bg manfaat n rujukan utkku spy lebih cemerlang lepas ni.. sekadar nak merekodkan beberapa detik dalam hidup, sblum berjumpa pencipta.

azam pertama - pengupdate blog yang rajin.
azam kedua- menjadi anak yang lebih baik & kakak yang lebih baik.
azam ketiga- menjadi sahabat yang lebih baik
azam keempat- menjadi pelajar yang lebih baik.
(saja highlight title "kakak" sebab rasanya dr dlu lagi tak dapat jadi seorang kakak yg baik walaupun ade sorang je adik. hu. )




smg mati kita dalam iman. inginku bertemu ahli2 rumahku kembali di syurga.

tirai pembuka 2012 yg terburuk dalam sejarah mahasiswa

Sunday, January 1, 2012
SubhanAllah, walhamdulillah, wallahuakbar, laila ha illa ALlah..


sangat terkejut dengan berita mahasiswa dibelasah. geram..Allah2, terganggu baca buku n note. Ape $%^&* punye polis? mana mesra, adil n cekap? mane hati perut?


............................................................................

walaupun x kenal safwan anang, adam adli, tp mereka saudara2 ku seaqidah. semuslim. sama student. mungkin benda ni tak ade kene mengena ng ku directly, tp kalaula ape yg berlaku ni berlaku kt abang sendiri, adik sendiri, kawan kelas ? ape rasenya ek. ya Allah2. sangat geram pg2 ni. memang tak respek la kat tindakan bijak pandai polis. huh, dr dlu ade krisis ng set2 polis nih, bila tjadi kat orang lain, menyebabkan aq buleh rasa sekali. polis sangat. _______. teruskan menjadi an_____ jagalah kepentingan pihak2 tertentu. letakkan akal n kemanusiaan anda di lutut.


Marah ni kene lepas gak. Kalau x, x leh nak sambung study. SubhanAllah walhamdulillah wallahuakbar. engkau maha mengetahui segala sesuatu.


Smg cepat Malaysia berubah menjadi baldatun thoyyibah warabbun ghaffur!!! (negara yg baik n dirahmati Allah) ameen..

Keganasan bukan ape yg Islam ajar, polis spttnya insan2 front liner yg menyampaikan Islam pada masyarakat, lembut berhemah tinggi dan bertatasusila, mendidik masyarakat. bukan membelasah!!

cooling down, huda. please.

betul, tindakan adam yg turunkan bendera kt pwtc hritu mgkin kelhatan kurang matang n bukan 1 tndakan yg 100% bijak n beradab, tp x perlula sampai belasah nak tunjuk terer sampai orang koma... kes bg kek bentuk najis tu x de plak isu memanjang? yg tu lg la x matang!



doa qunut nazilah..


اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين