200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

SYAFAKILLAH

Tuesday, June 30, 2009
Seketika pada hari semalam, handphoneku yang silent mendapat mesej. Dari seorang teman rapat, Liyana.

' Salam. Tolong doakan dan solat hajat untuk sahabat kita, Nabil yang sekarang ni alami bengkak hati dan doktor cakap (...........) . Fwd.'

Aku mereply. 'Betul ke ni? Dapat dari sape?' Tanyaku mengkhuatiri khabar angin.

'InsyaAllah betul. Dari kawan dia. Nape huda?'

'Saje nak tahu sumber... takut khabar yang bukan-bukan.. thanks yana'

Setelah aku menyelidik sumber SMS tu, aku disahkan dari seorang sahabat seperjuangan Nabil bahawa info tu daripada kakak Nabil sendiri. Lalu, aku sms Yana.

'Yana, dah dapat sumber. Dari kakak Nabil sendiri...'

'Alhamdulillah betul pun. Sebab sms tadi Yana wat ayat sendiri. Kasihan kan Huda, hebat dugaan dia, sebelum ni Yana dengar dia hidap chikukungya, anemia, darah beku kat otak..sekarang bengkak hati plak. Hebat dugaan dia... Semoga dia cepat sembuh...'

'InsyaAllah. Hebat orangnya.. Dugaan pun hebat.. SYAFAKILLAH. Yana, kalau x silap, yang pasal darah beku tu x betul... dia ni same kos allied ngan awak.' Aku mereply. Kami sedia maklum beliau merupakan student ex-Darul Quran... bumi penghafaz al-quran.. sudah tentu hebat.

'Owh yeke.. K.. InsyaALLAH.. mudah-mudahan kata doktor ttg peluang dia ***** x benar.. Moga dipanjangkan umut dia untuk beri sumbangan besar untuk Islam.. orang hebat macam dia penting untuk agama. Moga Allah bagi yang terbaik untuk dia..' reply Yana.

'Amin3.. insyaALLAH... K.. sebab dulu ada beberapa info x sahih tersebar... famili dia lagi sedih kalau terdengar brite x betul..mekasih ek yana'

Dan kami menyambung perbualan dengan tajuk lain..

Sebentar tadi, handphone sekali lagi menyala, tanda mendapat mesej. Mesej dari yana juga, yang berbunyi :

''Salam. Ana baru lepas melawat Nabil...skarang ni pihak hospital tgh tggu keadaan dia stabil skit untuk buat ultrasound.. ana dengan rasa rendah diri merayu kepada para sahabat utk sama2 mendoakan smg Nabil cepat sembuh..'-hamba Allah'

Aku mereply dengan mengucapkan terima kasih...


Berderau darah mendengar khabar berita beliau. Walaupun aku tidak mengenalinya serapat sahabat sisters yang lain, namun pengenalan yang bersahaja dari jauh membuatkan aku turut bersetuju dengan kata-kata Yana. Harapan dalam agama...

Tiada apa yang mampu aku tolong melainkan utusan doa supaya saudaraku ini dikurniakan 'afiah yang berterusan. Sama-sama kita mendoakan kesihatan saudara Nabil dan saudara-saudara kita yang lain. Semoga Allah menngurniakan kesihatan kepada mereka yang sedang diuji. Amin3...

I'tibar buat diriku sendiri supaya berfikir dan mensyukuri nikmat kesihatan. Adakah segala amalan yang dibuat selama ini diterima Allah..Berapa banyak calit lumpur dah disumbangkan untuk agama tercinta... Sekali lagi, berkata-kata itu tak mencukupi.. Mulalah dengan praktikal agar segalanya terbukti buat diri.. Yang penting, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati, ikhlaskan hati, membuat sesuatu bukan untuk perhatian duniawi...


p.s : Cerita di atas telah diedit sewajarnya...harap maklum.

Awards

A lot of awards and gifts^^ from my angelic friends..

from nik nadia izyan...


so sweet, like the sender too...

also from izyan,

from sarah shah,


10 things about sarah~ pernah amik kos archi, pernah bergelar student nursing, juga pernah berada dalam kos allied, akan datang amik kos dentistry, insyaAllah future dentist, nice, cool, dan sebagainya...

from raihan madihah@ang,



"FRIENDSHIP AWARD: THE BEST BLOGGER 2009"


"VESPA BLOGGER AWARD FRIENDSHIP"


from kak munirah yusof,


Sekian... Syukran Kathir. 'Afwan. Hehe;)

Transformers VS Kombat 1511H

Sunday, June 28, 2009

transformers 2

Sebaik menonton transormers 1, edisi pertama (2 tahun lepas dah cerita ni, tapi baru je tengok), aku kagum dengan sistem kerahsiaan, pertahanan, dan teknologi tentera Amerika. Tapi, Amerika tetap Amerika. Mereka yang cipta, mereka yang manipulasi. Tapi cerita bab perang tu memang kemas... Teringat pulak kat satu novel perang yang pernah aku baca...


KOMBAT 1511H.
novel library CFS
+ cute bookmark


Tuhan Manusia yang banyak merungkaikan idealisme Barat tentang pluralisme, dan Kombat 1511H yang menggambarkan perihal kemenangan Islam suatu hari nanti...
tangan Muhammad pun masuk gambar..


Kombat 1511H, karya Faisal Tehrani. Cerita perang yang menakjubkan!! Tentera Islam yang mempertahankan Al-Aqsa dari tentera kafir. Pada akhirnya tentera Islam menang!! Cerita mengenai masa muka, iaitu 1511H, Islam kembali menang sebelum tiupan sangkakala terjadi. Sebagai satu gambaran terbuktinya benarlah janji Allah, Islam menang sebelum Hari Akhirat menjengah. Jalan cerita yang kemas, idea yang mahal, dan pendedahan tentang perang yang sangat sistematik dan terperinci. Tentera Islam sudah tentu mempunyai matlamat perang yang mahal dan tidak ternilai harganya, iaitu menang atau mati syahid berpaksikan Allah s.w.t dan Islam... Berkomunikasi melalui fikiran dan bayangan, cip disimpan ibarat cyborg, strategi di luar sangkaan, dan kisah peperangan yang tak mengenal erti takut dan putus asa... Siapa yang berminat dengan perang, aku sarankan baca buku ni.. Siapa yang tak berminat pun boleh jadi minat, didedahkan dengan pelbagai jenis dan nama (nama rekaan mungkin) kenderaan dan 'gadget' perang. Memang naik semangat jihad... Naik motivasi untuk jadi Kapten Muhammad Amin seperti yang digambarkan.. Novel ni pernah menang anugerah Utusan, dan aku baca novel ni dari perpustakaan CFS tempohari, sungguh, kandungan yang mantap!

Selamat membaca para Kapten Muhammad Amin sekalian... :)

Sekian... Read it. Feel it. Experience it.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu); mereka satu sama lain saling melindungi. Barang siapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (5:51)

Belajar berjihad

Cerita 1
“Berjihad, Huda!”
“Ha? Ape mak? “
“Berjihad... Jihad untuk periksa. Berkorban dan bersungguh.”
“Aa..A’a..Berjihad ek?” tanyaku ingin penjelasan. Macam tak percaya mak suruh berjihad.
“Ye.. Berjihad jugak la tu..” ujar mak semula.
“hm..ok2.. ye.. btul gak kan. Mekasih mak. Doakan huda.”

Cerita 2
“Wan, takutlah. Takutnya. Takut. Takut giler. Camana ni?” tanyaku mencari kekuatan apabila takut untuk menanyakan soalan ketika Duta Palestin, wakil FATAH berforum di CFS.
“Jangan takut Huda. Jihad yang paling besar ialah menegakkan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.”
“Em!”
Keadaan dalam dewan. Memang panas punggung dengar celoteh pak cik ni.

Cerita 3
Dalam aku membuang masa, datang mesej dari seorang kawan mengacauku lalu entah macam mana aku mengajaknya ulangkaji silibus jihad setakat yang kami belajar..

“..K beyeh2 apa dalil tuntutan berjihad? Na btau dulu la ek attaubah ayat 41.. Allah cite kat c2 berangkatlah kam samaada dalam keadaan ringan atau berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kamu pada jalan Allah.. yang demikian itu lebih baik jika mengetahui..”

“Lg satu... as-Saff ayat 10-12..” celahku dalam sms.

Cerita 4
“Kak...lesulah duduk umah.”
“Jangan gitu, Huda. Rumahlah medan jihad sebenar kita. Bila jauh dari biah solehah, dari situ teruji supaya kita istiqamah ke tak dengan amalam-amalam yang baik...Selamat berjihad!” pujuk seorang kakak.
“Em....mekasih kak...Selamat berjihad...uh...”

Begitu lambat bagiku, hampir berumur 20 tahun baru mendapat pendedahan tentang jihad. Aku buntu siapa harus dipersalahkan, mungkin diri sendiri atau mungkin sistem pendidikan? Nak salahkan diri sendiri sebab rela masuk ke sekolah berasrama penuh lalu mendapat pendidikan sekular. Tapi sungguh, aku sering kali nak menyalahkan sistem pendidikan yang sekular, tapi nak buat macamana... Sekurang-kurangnya aku perlu bersyukur aku beroleh pendidikan jihad selewat usia ini, daripada kerugian jika berolehnya lebih lewat atau tiada langsung... Na’uzubiLlah

Semasa penyerangan Israel tanpa sebab ke atas Gaza awal tahun dahulu, aku lebih memahami akan jihad di Palestin. Itu jihad asghar. Jihad menentang musuh. Namun, aku diingatkan yang rata-rata umat Islam di negara lain juga sedang berperang. Perang pemikiran yang seringkali tewas. Kita perlu barangkali malu dengan pejuang agama yang syahid di Palestin, kuat menentang musuh, dan beroleh kemenangan dengan mati syahid. Tapi kita di sini... angkat senjata pun tak, budaya mereka jadi ikutan.. Na’uzubiLlah

Semasa cuti, baruku lebih faham mengapa jihad melawan nafsu tu jihad akbar. Hakikatnya nafsu sangat payah dilawan. Kata-kata semangat dari sahabat-sahabat sangat membantu hati mencari Allah...

Selesai sahaja menonton video jurutera keempat briged izzudin al-Qassan HAMAS, Muhannad At-Tohir, aku kian terasa betapa manisnya jihad itu. Beliau menyatakan.."Jihad itu adalah nikmat dari Allah s.w.t.”. Cara beliau dibunuh syahid sama seperti Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abd Aziz Al-Rantisi syahid.. dengan serangan helikopter apache Israel laknatuLlah.
"Jihad itu adalah nikmat dari Allah s.w.t.”-Muhannad At-Tohir

Dari suatu sumber yang dipercayai, jihad dari segi bahasa ialah bersungguh-sungguh dan mencurahkan sepenuh kemampuan tenaga, sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
Jihad dari segi bahasa ialah bersungguh-sungguh dan mencurahkan sepenuh kemampuan tenaga, sama ada dengan perkataan atau perbuatan.

Kalau berjihad untuk exam, kejayaan yang didamba. Kalau dalam perniagaan, untung yang difikirkan.

Dari segi syara' pula, jihad ialah seorang Muslim mencurahkan sepenuh tenaga dan kesungguhan dalam usaha untuk memenangkan Islam, bagi mendapatkan keredhaan Allah.’ Oleh sebab itulah dirungkaikan kalimah jihad Islam dengan fisabilillah yang bertujuan untuk men thabitkan bahawa jihad yang dimaksudkan ialah jihad syarie..
Jihad ialah seorang Muslim mencurahkan sepenuh tenaga dan kesungguhan dalam usaha untuk memenangkan Islam, bagi mendapatkan keredhaan Allah.’ Oleh sebab itulah dirungkaikan kalimah jihad Islam dengan fisabilillah yang bertujuan untuk men thabitkan bahawa jihad yang dimaksudkan ialah jihad syarie..

Kalau berjihad dalam agama, balasan pahala, ganjaran syurga, ketenangan, keberkatan, kemudahan, dan segala ‘income’ yang ditunggu-tunggu akan mengiringi kita.
Tetapi mestilah jihad itu perlu kepada keikhlasan dan istiqamah, memburu keredhaan Ilahi.

Semoga kita terpilih untuk berjhad dalam agama, terus istiqamah dan ditetapkan langkah.

Kami amat merindui syurga-Mu ya Allah. Kurniakan kami tempat di dalamnya.

Jihad jalan kami, mati syahid cita-cita tertinggi kami.

Takbir~!

seronok pula tatap gambar pejuang agama Allah ni...


Seorang jurutera dari Briged Al-Qassam juga, Basil. Sahabat seperjuangan Muhannad At-Tahir. Beliau kembali ke rahmatuLlah lebih awal dari Muhannad, dan Muhannad menggantikan tempat beliau sebagai pemikir dan perancang serangan suatu ketika dahulu.



Doktor Abd Aziz Al-Rantisi... seorang doktor pemburu syahid yang berjaya menamatkan hafalan al-Quran di dalam penjara pada 1990




Tokoh terulung yang menubuhkan HAMAS, Syeikh Ahmad Yassin. Walaupun badannya lumpuh, namun dengan segala kudrat yang ada, beliau berjihad habis-habisan dengan memimpin HAMAS dengan menyediakan nyawa untuk perjuangan sebelum kembali ke rahmatuLlah pada April 2004...


p.s : Cerita di atas kisah benar dan nama dalam cerita bukan nama sebenar.
maksud: Biah Solehah- persekitaran yang baik , asghar-kecil, akbar-besar. Briged al-Qassam-sayap perjuangan HAMAS.

rujukan: nota persendirian, Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden karangan Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor.


Darul, 12.20 am,28 Jun

Lagi tentang Islam Liberal

Lagi artikel copy and paste... dari saudara 'Izzat Anwari. Semoga bertambah kefahaman kita, dan dielakkan dari kekeliruan dan fitnah di akhir zaman. Dari : SUMBER

TAK DAK SAPA YANG TANYA,SAYA SENDIRI YANG NAK JAWAB

Golongan liberal sebenarnya sayangkan Islam namun ada beberapa fahaman mereka yang perlu diteliti. Namun dalam masa yang sama, golongan ulama’ harus juga memerhatikan apakah hujjah yang dikemukakan oleh mereka.”

Tidak, golongan Islam Liberal tidak sayangkan Islam. Mereka menggunapakai faham Islam melalui pandang sarwa Barat seraya mengkritik nas-nas al-Qur’ān yang jelas. Mereka didanai oleh yayasan-yayasan yang anti-Islam dan memegang objektif untuk de-Islamisasi masyarakat dari setiap sudut terutama dalam aspek ‘aqidah. Ulama’ lampau seperti al-Ghazali sudah lama mematahkan hujjah golongan Islam Liberal, namun hari ini golongan Islam Liberal didanai oleh Barat dalam memerangi semula pemikiran umat Islam terutama sekali selepas peristiwa 11 September. Kekuatan mereka dalam aspek material mematahkan kelemahan umat Islam dalam aspek faham ‘aqidah yang sebenar.

Saya lupa siapa tokoh SIS, namun beliau sentiasa menekuni ayat al-Quran setiap kali sebelum tidur. Ini bermakna, beliau cuba memahami Islam dan memperjuangkannya.”

Saya menekuni ayat-ayat al-Qur’ān juga, namun tanpa guru-guru saya yang pakar dalam tafsir al-Qur’ān, mana mungkin saya faham dengan maksud sebenar ayat al-Qur’ān tersebut. Golongan Islam Liberal memang menekuni al-Qur’ān, tapi mereka membaca terjemahannya sahaja! Lalu mereka mendakwa diri mereka boleh mentafsir al-Qur’ān sewenang-wenangnya seraya mengutuk ulama’-ulama’ lain akibat hukum-hakam Islam yang tidak selari dengan hawa nafsu mereka.

Kami pendakwah, bukan penghukum. Beza seorang pendakwah dengan ahli fiqh ialah, pendakwah melihat semua orang berpotensi untuk difahamkan tentang Islam, dan pendakwah melihat semua orang dengan penuh kasih sayang. Manakala ahli fiqh melihat sesuatu lalu menghukumnya dengan lima genre sama ada haram, wajib dan sebagainya.”

Mengatakan sesuatu yang halal itu haram atau sesuatu yang haram itu halal adalah haram, mengatakan sesuatu yang haram itu haram dan halal itu halal adalah wajib! Penda‘wah juga kena tahu bezakan yang mana halal dan haram. Mana mungkin penda‘wah namanya penda‘wah tetapi tidak dapat bezakan yang halal dan haram. Penda‘wah juga mesti berjihad. Persoalan ini sudah masuk dalam bab jihad. RasuluLlah SAW sangat berlembut dalam da‘wah baginda tetapi sangat keras dalam jihad sehingga Sahabat iaitu Ka’ab bin Malik dikenakan ‘hukuman’ yang cukup keras akibat meringan-ringankan jihad!

Saya sebenarnya telah membaca beberapa pandangan Islam Liberal. Yang paling menakutkan ialah apabila seorang tokoh mereka menyatakan tidak pernah wujud istilah Syariah Islamiah. Tidak pernah wujud Syariah Islamiah sebenarnya, kerana syariah tidak pernah Islamiah. Lalu beliau kemukakan beberapa bukti yang kukuh nampaknya, selain mempertikaikan beberapa perundangan yang wujud dalam Islam. Namun beliau bukan mengkritik Islam, sebaliknya mengkritik fahaman ulama berkaitan Islam.”

Salah sama sekali! Golongan Islam Liberal mengutuk ‘aqidah dan syari‘at yang dibawa Islam. Mereka sengaja menggunakan nama ulama’-ulama’ tertentu sebagai ‘umpan’ masyarakat umum untuk menunjukkan bahawa yang dikutuk itu adalah manusia biasa. Mereka ini juga menghina RasuluLlah SAW dan mempertikaikan al-Qur’ān dan al-Sunnah. Kita kena kenal dulu golongan Islam Liberal daripada akarnya, bukan dengan mudah menilai golongan ini melalui bacaan-bacaan ringan lalu meletakkan mereka ini sebaris dengan orang-orang yang faham Islam.

Usul ini menunjukkan Pas sebagai extreme parti. Orang non-muslim akan takut dengan Islam jika begini. Saya lihat Pas belum lahirkan group dakwah yang mampu berhujah dengan baik, maka di mana peranan dewan ulama jika begitu?”

Ini bukan persoalan internal management PAS, tetapi pendirian umat Islam terhadap golongan sesat fahaman Islam Liberal. Menyalahkan gerakan lain sehingga tidak melihat gerakan sendiri seolah-olah meludah ke langit dan diludah ke muka sendiri oleh orang lain. Tidak ada orang non-muslim yang takut dengan Islam jika umat Islam mengharamkan sesuatu yang sememangnya haram. Apa yang dinilai adalah kebenaran atas keilmuan yang sahih lagi benar, bukan apa pandangan masyarakat terhadap kebenaran yang dibuat. Kita sering risau pandangan orang lain terhadap Islam jika usul ini direalisasikan, tetapi kita tidak risau jika SIS dengan pantas menganjurkan program-program sesat yang mengutuk Islam secara terang-terangan! Di mana akidah kita?

Saya tak bersetuju jika Pas ingin mengharamkan SIS, ia menghalang kebebasan bersuara tentunya, namun itu bukan faktor utama. Faktor utama, saya melihat Pas telah menunjukkan mereka sebagai Parti menghukum bukan gerakan dakwah, kedua, Pas menunjukkan ciri-ciri masih belum bersedia untuk memimpin. Apabila mereka tidak mampu menghalang SIS, mereka membuat resolusi mengharamkan, ini ‘kuku besi’.

Kebebasan bersuara dalam Islam wajib menurut al-Qur’ān dan al-Sunnah, bukan kebebasan bersuara mengutuk Islam secara terang-terangan yang dilakukan oleh SIS. Kebebasan bersuara sebegitu adalah mengikut acuan Barat – sekular-liberal! PAS tidak menghukum kerana PAS langsung tiada kuasa untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan di Malaysia. Dalam soal hudud juga, PAS tiada kuasa untuk menjalankan hudud kerana hudud adalah hak mutlak pemimpin Islam. Mana mungkin jiran saya mencuri saya memotong tangannya sesuka hati. Hanya pemimpin Islam yang berkuasa menjalankan hudud. Sama juga dalam konteks pengharaman SIS. Dalam konteks SIS, sepatutnya pertubuhan Islam menyeru supaya pihak yang berkuasa menyiasat dan mengharamkan ajaran sesat Islam Liberal dalam SIS, bukan pertubuhan tersebut.

Di mana Deedat dalam PAS?”

Di mana Deedat dalam kamu? Jangan mempersoalkan batang tubuh seseorang pemikir Islam yang lampau, tetapi persoalkan keilmuan dalam diri para penda‘wah di Malaysia. Deedat terbukti berkesan dalam da‘wah kepada non-muslim. Namun, dengan hanya mempertikaikan “di mana Deedat” untuk membantah suara kebenaran daripada sesebuah pertubuhan bukanlah sesuatu yang bijak. Bukan setakat membuka pekung di dada, malah perbuatan ini seperti melondeh seluar di khalayak ramai!

Kesimpulan, SIS seperti nyamuk. Ada yang digigit nyamuk lalu secara lemah-lembut menghalau nyamuk kerana dia percaya nyamuk adalah makhluk Allah SWT. Ada juga yang digigit nyamuk lalu menamparnya sehingga mati kerana khuatir nyamuk tersebut akan menggigit orang lain lalu menimbulkan penyakit atau wabak yang berbahaya. Malah ada juga yang digigit nyamuk lalu segera bangun dan mencari di mana tempat pembiakan nyamuk seraya menghapuskan kesemuanya kerana khuatir masyarakat sekitar akan dijangkiti penyakit atau wabak yang berbahaya tersebut!

Ini persoalan adab dalam berda‘wah. Variasi dalam da‘wah seharusnya dihormati sebagai jalan-jalan menuju kepada keberkesanan penyampaian kebenaran. Dengan mempertikaikan uslub orang lain yang berda‘wah walhal gerak kerja da‘wah sendiri masih lagi bertatih, mengeruhkan lagi masa depan da‘wah Islamiyyah di Malaysia. Semua gerakan da‘wah mempunyai mad‘u dan pintu-pintu yang bervariasi, maka pertahankanlah akidah Islam melalui pintu-pintu yang kamu jaga tersebut.

Jangan sesekali memberi pendapat tentang kesesatan fahaman Islam Liberal sedangkan kamu bukan ahlinya!

Maka, jangan sesekali cuba menghalang saya untuk memusnahkan tempat pembiakan nyamuk tersebut dengan cara tersendiri!

[Koordinator Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)]

Satu Kegigihan

Saturday, June 27, 2009

Satu kegigihan. Tanpa disuruh, bawak buku duduk depan menyalin jawapan peperiksaan...

Bila malas dan rasa putus asa, aku patut malu dengan budak-budak ni. Aha..

Banyak yang aku belajar dari budak-budak ni. Semoga mereka membesar dengan baik, berguna buat agama dan semua.

Corat-coret kelas dan murid.

1, aku lupa action speaks louder than words. Bila sekali aku buat-buat baling marker pen dan pemadam papan hitam, esok-esok diorang baling pulak.

2, Budak-budak penat belajar dan buat sesuatu yang mereka tak faham dan tak tahu. Bila dipujuk buku cerita tu buku kawan-kawan ben10, tak sabar diorang nak membaca.

3, Mereka berpeluang bermain dalam kelas aku. Berlari, melompat, mengadu, bergaduh, dsb. Aku tak kisah bila ada cikgu kata aku tak reti control kelas. Haha memang betul pun. Aku bukanlah cikgu yang bertauliah, yang belajar classroom teaching methodology dll, asal budak-budak ni faham apa yang aku ajar, aku lega. Aku puas tengok mereka bermain dan menyakat kawan... Biar dari situ diorang belajar.

Differing view
Bila aku cerita yang budak-budak ni asyik mengadu, sorang cikgu cakap jangan dilayan sangat. Tapi, bila ade seorang yang lain dia mendengar, dia berpendapat, " Cuba wat aktiviti diorang mengadu sesama diorang. Budak tu baru belajar nak mengadu kat cikgu, sebab bosan belajar benda yang dia tak faham". Hoho hebat betul pandangan... Tak hairanlah sebab cikgu tu pernah jadi pensyarah pedagogi.. mesti dah masak dengan psikologi pendidikan.

4, Makhluk bernama budak ni ada tenaga yang melebihi batasan. Sebelum kelas main kejar-kejar, sewaktu kelas bergaduh dan bercakap banyak, selepas kelas bermain lagi. Ada budak yang cerdas otaknya, pernah bertanya aku, "cikgu, bumi ni berpusing kan?" tercengang kawan-kawannya. Lagi 1 soalan dia, "cikgu, fitnah ni lagi besar dosanya dari bunuh kan? fitnah tu tuduh kan?" MasyaALLAH. Mentaliti darjah 5 untuk budak darjah 2. Moga dia berjaya menjadi hafiz al-Quran sebagaimana nama hujungnya, al-hafidz.

5, Out of topic.. Aku sangat menyokong Kongres Sisstem Pendidikan Islam yang akan diadakan nanti. Semoga negara kita berjaya membangunkan sistem pendidikan Islam yang berjaya melahirkan insan holistik dari segenap sudut.. yang mungkin mendalami dan mengamalkan setiap tuntutan Islam... jihad dsb insyaAllah. Sila layari http://kongrespendidikan.blogspot.com

Kalau ada rezki.. nak pergi.. Jom...!



Sebelum balik... last snap of those kids.


BarakAllahu fii lakum.. Ma'an najah fis silmi kaffah...

2 minggu

Bismillah...

Semasa mula cuti, 2 minggu yang pertama aku tulis entri blog. Dan hari ini, minggu ke- 2 sebelum cuti habis, aku tulis entri penutup... huk3...

Banyak perkara berlaku waktu cuti... Iman pun yanzid wa yankus (turun naik)... Allah3.

Sebelum masuk belajar ni.... sape-sape boleh tolongku kasi tips2 persediaan sebelum masuk kuliyyah balik... Syukran!

Tazkirah

Sebelum hati ini kontang dengan ingat Allah, saya ambil krputusan untuk copy paste tazkirah ustaz Hasrizal untuk beberapa ketika. Semoga hati kita kenyang membacanya...

sumber : www.saifulislam.com

“Ustaz, ada perempuan minat dengan saya. Puas saya memberitahunya tetapi dia macam tidak faham-faham,” kata seorang anak muda kepada saya.

Kasihan.

Itulah nasibnya menjadi manusia ada rupa, barangkali.

“Anta cakap macam mana kepada perempuan itu?” saya menyoalnya.

“Saya beritahu dia yang saya belum bersedia untuk memikirkan hal ini. Saya baru sahaja menjejakkan kaki ke universiti, tak mahulah pening-pening kepala fikir tentang cinta,” jawabnya. Sugul.

“Hah, rasanya ustaz boleh agak kenapa perempuan itu tidak faham atau buat-buat tidak faham,” saya ketawa kecil.

“Kenapa ustaz?” anak muda itu seperti kaget dengan reaksi saya.

“Sebab anta masih memberikannya harapan. Perkataan anta menolaknya amat samar dan kesamaran itu diterjemahkan sebagai harapan” saya menambah.

Ya.

Itulah akibat-akibat yang timbul daripada perhubungan yang cuba dibuat di luar ikatan perkahwinan. Benda yang asalnya sudah salah, amat sulit untuk diperbetulkan.

Jika ia sebuah perkahwinan, maka komitmen perkahwinan diikat dengan proses ijab dan kabul, tanda menerima perhubungan itu secara sedar dan penuh tanggungjawab. Segala-galanya harus jelas. Apabila perkahwinan tidak lagi dapat dipertahankan, maka kaedah memutuskan ikatan yang telah dibina oleh ijab kabul itu, turut dilakukan dengan ijab kabul yang jelas juga.

Segalanya jelas.

“Aku terima nikahnya,” kata pengantin lelaki.

Ya, hubungan itu ialah sebuah pernikahan. Maka tanggungjawab, kasih sayang dan segala yang timbul tenggelam dalam perkahwinan itu dikendalikan oleh sebuah sistem bernama pernikahan.

Tetapi jika seorang lelaki dan perempuan itu ‘kawan-kawan dulu’, ‘teman tapi mesra’, ‘lebih hangat daripada biasa’ dan entah apa-apa lagi status rekaan seperti ini, atas dasar apakah garis panduan perhubungan itu mahu diuruskan? Melainkan serabutlah jiwa dan raga manusia yang terbabit dengan perhubungan seperti ini, dan ‘tiada Allah untuk membantu mereka’.

Itu soal menerima.

Soal memutuskan hubungan juga sama.

“Aku ceraikan engkau… dengan talak pertama” kata seorang suami.

Ungkapannya jelas. Bahawa ia bernama sebuah penceraian. Pemisahnya adalah talak. Justeru segala tanggungjawab, batas hubungan dan lain-lain, diuruskan oleh sebuah sistem bernama ‘penceraian’.

Tidak sekali-kali sebuah penceraian dibuat dengan ungkapan yang tidak jelas.

Ungkapan, “engkau tiada lagi di dalam hidupku” atau “mulai hari ini kita sudah tidak lagi boleh bersama” atau “pulanglah engkau ke rumah ibumu dan jangan kembali lagi” atau “engkau dan aku seperti anak panah yang sudah meninggalkan busarnya”, semua itu adalah ungkapan-ungkapan kinayah yang menyusahkan. Ia memerlukan kepada penyiasatan dan padanan contoh bagi mencari maksud apakah sang suami itu menceraikan isterinya, atau apa?

Maka permulaan perkahwinan adalah dengan ikatan yang jelas. Penyudah perkahwinan juga adalah dengan kenyataan yang jelas. Tiada samar-samar di dalamnya.

“Habis, apa yang patut saya buat?” tanya anak muda itu dengan wajah yang sudah agak cerah berbanding sebelumnya.

“Berikan perkataan yang jelas kepada perempuan itu” saya memberikannya cadangan.

“Aku ceraikan dikau?” soalnya sambil ketawa.

“Sudah aku terima nikahnya kah? Cuba anta sebutkan perkataan yang jelas. Ustaz nilaikan” saya menyoalnya pula.

“Saya tidak mahu bercinta dengan awak atau dengan sesiapa. Saya takut Allah. Lupakan saya. Lima tahun akan datang, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, pun tak mengapa” katanya, mencontohkan sebuah ‘talak’ untuk perhubungan di luar perkahwinan.

“Err… bahagian pertama lulus. Bahagian kedua, tak perlu” saya mengomen.

“Maksud ustaz?” tanya anak muda itu.

“Sebutkan sahaja yang anta takutkan Allah dan tidak mahu terbabit dengan cinta. Full stop. Bab kalau ada jodoh ke tak ada jodoh tu, tak payah sebut” saya menyambung cerita.

“Tapi macam kejam sangat bunyinya nanti, ustaz” kata anak muda itu.

“Ya, apalah sangat kejam pada menolaknya sekarang, berbanding kejamnya pilihan kalian menyertai kemurkaan Allah!” saya cuba menyudahkan perbualan.

“Hmm… I got the point. Thanks ustaz!” beliau tersenyum. Berfikir barangkali.

No sweat… Selamat menduda kerana-Nya” saya menghulurkan salam.

“Lepas buku AKU TERIMA NIKAHNYA, tulislah buku AKU CERAIKAN DIKAU pula, ustaz!” katanya.

Horrornya cadangan anta!” saya ketawa.

“Apalah sangat horror mengajar orang bercerai cara betul, berbanding horror membiarkan kami-kami ini kebingungan dalam kemurkaan Allah!” katanya, meniru ayat saya tadi.

“Amboi, pulang paku buah keras nampak!” saya tersenyum.

“Ustaz juga yang ajar!” jawab beliau, disambut dengan tawa kami semua.

Ya, andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari Barat dengan firman-Nya:

17_32“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang amat jahat” [al-Israa' 17: 32]

Mungkin kerana kurangnya teruna tunggal dan anak dara tunggal sebelum mereka berkahwin, menjadi punca membiaknya ibu tunggal dan bapa tunggal selepas mereka berkahwin.

Bala… bala!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

CIA mind control

Thursday, June 25, 2009


Manusia yang berperikemanusiaankah?

Kemelut tamat



Betapa lembutnya hati seorang ulama, cepat memaafkan kesalahan sahabatnya walaupun jauh lebih muda.

Betapa hormatnya ustaz, sehingga cium tangan tuan guru.

Betapa mulianya ulama, dihormati sedemikian rupa.

...Ya Allah, daulatkan Islam...

~no more unity goverment~ it's fixed~