200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Hormon yang beramar ma'ruf nahi mungkar :)

Wednesday, July 28, 2010



Salam kasih sayang rx8, membina personaliti kendiri.

SubhanALlah walhamduliLlah waAllahuakbar.

Maha Suci Allah di mana jiwa-jiwa kita berada dalam genggamannya, Yang menciptakan segala sesuatu dengan penuh disiplin dan bersistem.

Lama dah tak update benda alah ni (ayat tipikal). Jadi, doa-doakan saya rajin dan istiqamah menghidupkan blog ini...mengikut kesesuaian keadaan. insyaALlah. tQ!

Ade ape dengan tajuk hari ni? Hormon yang beramar ma'ruf nahi mungkar . Haha pelik. Nilah yang baiknya kalau belajar pharmaco. Tiba2 rasa seronok pulak, despite of too many lecture notes yang tak berjijok lagi. (means banyak lagi lecture notes yang tidak direvised) Ha ni nak cerita ni. Jangan bising-bising.

Hormon yang beramar ma'ruf nahi mungkar

Huhu. Kenapa amar maruf nahi mungkar? Ayat je bombastik. Sebenarnya, saya nak cerita dalam sistem badan kita yang penuh berdisiplin, ada hormon2 dan neurotransmitter yang Allah ciptakan sebagai blocker.

Dalam badan kita sendiri hakikatnya pun, bila sokmo excitatory, akan ada blockernya. Sebab, kalau excitatory too much, boleh jadi banyak akibat buruk. The muscle will become fatigue, stiffnes, dll.. (sila faham yang excitatory akan mengeluarkan Ach banyak-banyak :D)
ini dia motor end plate.. sokmo-sokmonya, Ach akan depolarize dan menjalankan excitatory di muscle.. (IPSP)


Jadi, wujudlah neuromuscular blocking agents yang menjalankan nahi mungkarnya... contohnya macam curare in general. Curare ni akan tolong untuk block Ach, untuk elakkan muscle kita ada prolong contraction.. Kalau tak, berat, berat...

kerja neuromuscular blcking agents ialah block Ach!


kalau nak tambah lagi, panjang ceritanya... neuromuscular blocking agents have two basic mechanisms. First, as the blockers at motor end plate(neuromuscular). Second, excessively depolarize at motor end plate). Neurotransmitters that involve also different. Kalau blocker kat motor end plate, sokmonya curare atau d-tubocurarine. Kalau depolarize kat motor end plate pulak, sokmonya succinylcholine.

Tara.. Alhamdulillah.

Apa kena dengan kita leni?

Apa kena mengena dengan kita? Ada ke yang bersangkut paut?
Bagi mereka yang berfikir dan cinta akan kebenaran, sudah tentu neurotransmitter yang berdisiplin dalam badan kita ni boleh diambil sebagai ibrah. Mahupun boleh jadi dalil aqli, yang bila kita berlebih2, perlu ada butang pause di situ. Interaksi antara neurotransmitter yang berlainan pun(Ach dan blocker) menunjukkan yang manusia ini saling memerlukan. Kita tak boleh hidup sorang-sorang. Perlu ada yang menegur andai kita berlebih-lebihan, perlu ada yang menasihat jika ada yang terlupa, perlu ada yang mendidik jika ada yang masih termangu-mangu.. dan perlu ada give and take. Nice!

Allah tunjukkan satu disiplin di dalam badan kita sendiri..walau hakikatnya saiznya jauh bernanocm lebih kecil dari apa yang kita boleh nampak... 1 Disiplin yang cantik!

Allahuakbar! Jika kita mengimbas kembali apa yang al-Quran ajar..

1. perlu ada segolongan umat yang ber amar maruf dan nahi mungkar... (Ali Imran 104)
2. ..Dan berilah peringatan, ssghnya peringatan itu bermanfa'at bagi orang2 beriman.. (Surah Al-Mukminun)..ayat tak sure..maaf ye
3. ..Allah menyukai mereka yang berjuang di jalan Allah ibarat satu bangunan yang kukuh (Surah Saff)

nescaya, akan lebih membuka mata hati kita... Allah ajar perlu ada 'block'nya jika ada excessiveness (in every aspects)..berdisiplin...

jadi sahabat..mari rapatkan saff, luruskan hati, smg ilmu2 yang kita belajar akan lebih terus terus dan terus mendekatkan diri kita kepada-Nya...

akan memandu kita untuk menunaikan tangunggjawab pada-Nya..

kan kita khalifah?

Wallahu'alam.

312am,
Bilik kasih sayang,
Talhah 3,
Indera Mahkota.

P.S: yana, cepat sihat!

you are never alone

Saturday, July 10, 2010


Sometimes
when the world not on ur side
You don't know where to run to
You don't know where to hide
You gaze at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes

Looking for a reason
To replace what is gone
Just remember remember
You are never alone

You are never alone
Just reach into your heart and Allah is always there
You are never alone
You are never alone

Through sorrow through grief
Through happiness and peace
You are never alone


Allah already bring you to it. He will help you to it. :)
Rabbi yassir wala tu'assir
InnaAllaha ma'as sabirin
InnaAllaha ma'ana
Kemanisan itu akan terasa selepas tempoh itu
Be grateful to ALLAH
Alhamdulillah 10x

Deep breathing
Smile


So now
as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothing gonna last
You see
But life is but a road
A Straight and narrow path
To our final abode
So travel well o Huda
And paradise will be your home
And always remember
That you're never alone






Life is like a chocolate. Enjoy it before it melts and condensed..Haha...


Salam Isra Miraj.

Berita lewat seminngu : Iran juga dihalang ke Gaza

Thursday, July 1, 2010

Selasa, 29/06/2010 -Bulan Sabit Merah Iran mengatakan pada hari Ahad bahawa selain sekatan yang dikuatkuasakan oleh Israel, Mesir turut melarang kapal bantuan Gaza-terikat dari memasuki Terusan Suez, yang menyebabkan perjalanan tertunda.

“Keberangkatan kapal telah ditunda kerana sekatan lebih dikenakan oleh rejim Zionis terhadap gerakan bantuan ke Gaza dan juga pencegahan kapal dari menggunakan Terusan Suez, walaupun terdapat koordinasi dengan badan-badan antarabangsa,” kata Bulan Sabit Merah dalam sebuah kenyataan fax ke AFP.

Kenyataan itu mengatakan perjalanan ke Semenanjung Gaza telah ditunda walaupun kapal bersedia untuk belayar dari pelabuhan selatan Bandar Abbas demi wilayah Palestin.


sumber :palestinkini.info

induction tarbawi

Monday, June 28, 2010

Penyanyi: Opick
Tajuk Lirik Lagu: Bila Waktu Telah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
[ Bila Waktu Telah Berakhir lyric found on www.lirik.my ]

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

* Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi




kongsi baca : Ramadhan Kareem dari Bro UIA

Subjects that are lingering
~fasobrun jamil
~Infiru.. infiru... infiru...
~Think kemboja and Palestin
~ikhlas
~Grab the chance
~Habis baik
~tinggi matlamatnya, tinggilah cabarannya
~La taghdob
~fasobrun jamil

Langit menjenguk

Wednesday, June 23, 2010
Bismillahirrahmanirrahim..

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w..


Langit menjenguk dunia,
ada manusia
yang dijemput menjadi tetamu Allah di haramain,

ada yang sedang berusrah menyegarkan rohani,
ada yang sedang bersolat menghadap Ilahi,
ada yang sedang bermesyuarat menyusun strategi,
ada yang berperah otak mencari idea,
tak kurang juga,
yang sedang menyiapkan diri.

Di sudut yang lain,
Langit menjenguk,
ada yang sedang berjuang untuk terus hidup,

ada yang masih berperang dengan diri sendiri,
dan masih ada juga...
yang terus memanjakan diri,
seperti hidup tak akan mati.


Allahu Allah. Bila terasa tiada booster untuk melakukan sesuatu, saya suka menyelak isu-isu konspirasi. Konspirasi tetap suatu teori, namun kesannya ade umph. Membuka minda, menyelongkar isu, dan menimbulkan tanda tanya. Akhir sekali, dapat jawapan yang ini : diri masih ketinggalan jauh ke belakang. Apabila mereka memerihalkan Bilderberg, kejatuhan ekonomi Greece, Kyrgyz dan Uzbez, Jahbulon, dan lain-lain lagi, diri hanya mampu termangu mengikuti.

Dunia kini di hujung jari, rugilah kalau kita tak ikuti, bila ilmu sebegini tak dicari...

Gunakan ruang dan peluang, selagi hayat dikandung badan. InsyaAllah.

Mari raikan budaya ilmu.

Jom belajar korek IP dan fikir-fikir kat entri bradokapak yang ini, isu hangat konspirasi kat blog ibnuyacob, dan tak kurang juga blog-blog kritis irnizar,rijal82, seutastasbih, dan macam-macam lg....

Suka juga membaca komen-komen yang membina. Juga turut berterima kasih kepada pemberi-pemberi komen blog ibnuyacob yang menginsafkan.

PR, PRU13, Sachs, Rothschild, dan anaknya di Malaysia?

Tuesday, June 22, 2010
sumber dan info yang lebih lanjut : ibnuyacob

Teori PRU 2011 : Pakatan Rakyat VS Rothschild

Sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi PRU13 yang dijangka pada 2011, maka realiti pertama yang bakal dihadapi oleh kepimpinan tertinggi ialah pengaruh agen-agen Rothschild yang menguasai sistem ekonomi di Malaysia.

Dengan pengaruh ini, bermakna PR terpaksa menghadapi krisis ekonomi yang bakal dicetuskan oleh gengster-gengster bank dari Rothschild jika sekiranya dasar-dasar ekonomi yang diminta oleh mereka (gengster) tidak dipenuhi oleh kerajaan PR.

Kejatuhan ekonomi mendadak selepas kemenangan PR 2011 akan mewujudkan krisis kepercayaan yang kronik terhadap kredibiliti kepimpinan Pakatan Rakyat.

Ilmu ekonomi dunia yang dibina oleh Yahudi Zionis bermula dengan bank. Bank dijadikan sumber kekuatan dan kayu ukur kepada kejayaan ekonomi sesebuah negara walaupun negara tersebut mempunyai minyak. Menguasai bank-bank dalam sesebuah negara bermakna menguasai keseluruhan nyawa ekonomi negara tersebut. Ini kerana bank memegang poket simpanan rakyat dan geran-geran harta rakyat yang dicagarkan.

Kesimpulannya, sekiranya PR menang, ia belum boleh lagi menarik nafas lega kerana seluruh ekonomi Malaysia dikuasai gengster-gengster asing.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga harus meneliti semula mesej ucapan dari Baron David de Rothschild tentang Malaysia pada Mac 2006 lalu;

“This new office reinforces our long term presence and commitment to Malaysia. We have great confidence in the Malaysian economy and look forward to growing our business.”

P/S : maklumat-maklumat tentang Rothschaild Malaysia tidak sulit, ia boleh didapati dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan majalah-majalah ekonomi tempatan.

Rejab

Monday, June 21, 2010
Ilmu yang baik, eloklah dipanjang-panjangkan dan sebarkan.

Jua sekadar memanjangkan entri dan tazkirah mengenai bulan mulia ini.

Untukku menulis, aku bukanlah ahli,

yang mengikuti disiplin ilmu agama dengan tertib.

Aku hanyalah seorang muslim di zaman yang disebut Nabi sebagai akhir zaman.

Sekadar berkongsi, selamat-selamat :)





Pengenalan bulan Rejab

sumber : Al-Azim.com, jabatan Mufti Melaka

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.



Peristiwa penting bulan Rejab


1. Hijrah pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. peristiwa Isra' Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.


3. peristiwa Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

-menurut ustaz Muhadir, Perang Tabuk berlaku selepas perang Mu'tah.

4.Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

-oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 rejab 583H

5. Kelahiran Imam Syafie
-Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H
bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar
dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

(waktu kecik2 dulu, suka sangat hafal nama imam syafie.. sebab ada nama ayah kat situ :D)

Align Center

dulu2, pernah ustaz pesan..sebelum bulan Ramadhan, eloklah kalau bulan rejab dan syaban di dijadikan medan latihan.. melembutkan mana yang keras.. sungguh, perjalanan kita masih jauh.. Allah sangat sayang akan hamba-hamba-Nya.. Semoga Allah menguatkan kita semua dalam berhijrah pada-NYA!

Allahuakbar!

salam rejab...
kay bee,kuantan.

Mengetuk pintu hati yang tidur...

Mengutuk pintu hati yang tidur...

(Entri ini lebih bertujuan supaya pintu hati sendiri diketuk...harap maklum ya...)

Tazkirah pertama oleh Us Zuridan, di mana dia huraikan 5 dugaan orang mukmin..

1. Orang mukmin yang dengki,
- Hasad dengki memakan kebaikan, sepertimana kayu dimakan api..
- Boleh merosakkan amalan dan perjuangan
2. Orang munafiq
3. Orang kafir
4. Syaitan
-Menyesatkan manusia
5. Nafsu

Tazkirah kedua berbentuk semangat oleh Us Yusof, yang berkisar mengenai Rijalut Taghyir..

Rijalut Taghyir - Pemuda Ejen Perubahan

Pemuda merupakan tenaga dan masa hadapan kepada perjuangan, dan pemuda perlu melengkapkan diri dengan beberapa perkara.. Ilmu, aqidah perjuangan yang mantap, ‘amal jama’ie, ‘amal siyasi, kebajikan, dan dakwah... Jati diri muslim dalam soal pembinaan akhlaq yang mulia dan tarbiah yang berksan akan membantu melahirkan ‘amilin dan ‘amilat yang mempunyai modal dari segi ilmu, iman, dan akhlak... Pemuda, tenaga harapan dan masa hadapan, perlu ada kesinambungan bekerja dengan orang-orang yang lebih lama.


Tekan ustaz lagi, sebagai seorang pemuda yang masih lagi belajar, perlu ada beberapa tujuan dan matlamat iaitu menjadi pelajar yang terbaik akademik, di samping keutamaan - menjadi hamba Allah yang terbaik, dan menggabungkan diri ke dalam jemaah. Dalam apa-apa perkara yang kita lakukan, perlu bermatlamatkan u‘budiyyah kepada Allah. (iaitu setiap yang dilakukan perlu mengikut batasan yang Allah tetapkan), dan wala’(taat) kepada Allah dan Rasul-Nya.

Menurut ustaz, perlaksaan kerja dakwah ketika di IPT hanya merangkumi 25% sahaja dari seumur hidup, dan lebihan tersebut dibahagikan kepada masa kerja 25%, anak 25%, dan kahwin 25%.

Ustaz ada membentangkan statistik anak luar nikah yang sangat tinggi kini (saya tidak membuat catatan), tapi jika dirujuk majalah milenia muslim keluaran jun 2010, statistik anak luar nikah pada setiap hari ialah seramai 47 orang! Dan ustaz turut menyuntik kesedaran ambil peduli dengan membentangkan bahawa kira-kira 2.2 juta warga Malaysia tidak turun mengundi.


Satu muhasabah dan suntikan semangat dari ustaz buat para pendengar tazkirah. Syukran ustaz. Semoga Allah mengurniakan kekuatan buat ustaz dalam meneruskan gerak kerja Islam dan dakwah.

Satu perkongsian terutama untuk diri ini khasnya. Yang selalu tidur dan lena dalan jaga. Benar hidayah itu milik Allah, namun kita perlu dan mampu berusaha untuk mendapatkannya. :)

Salam sayang.

Apa bagusnya fb didelete?

Baru-baru ni, selalu dapat mesej...

fb mengundang banyak dosa dan maksiat..

guna fb menguntungkan yahudi dan israel..

fb eksplotasi maklumat...

fb simpan data pengguna..

fb buang masa..

fb setan besar yang bertenggek kat skrin laptop..

fb langit terbuka..

tapi,

fb tempat menyebar maklumat ringkas dan cepat,

fb tempat jumpa kawan lama.. ( amalan berbalik kepada niatlah kan..)

fb tempat berdakwah... (wallahu'alam..)

fb seronok..

fb tempat nak kongsi gambar..

fb tempat nak kenal orang2 yang terkenal dengan lebih dekat..

fb tempat nak tahu isu-isu yang hangat dan terbaru..



baiknya ada juga yang buruk,

buruknya ada juga yang baik,

jadi sahabat2/kawan2/bakal2 pemimpin yang saya hormati dan kasihi..

ape pendapat tuan dan puan mengenai facebook ini?

saya rimas dan benci tersepit sebegini

jadi cepat lepaskan diri saya dari dibelenggu sebegini

pertolongan anda suatu sedekah

:)

to share is to care

Puisi - Gula sudah habis

Berita minggu,
Sanggar Kreatif
Ahad 20 Jun 2010

Gula oh gula
kemana kau menghilang
adakah dicuri semut jalang
atau tersembunyi di balik kelung
harga naik peroleh untung

Semut oh semut
merayap-rayap mencari gula
kerja kuat bagai nak gila
menghurung dan dihurung
seakan-akan sekawan burung
mencari rezeki seawal pagi
manusia tersenyum senang hati
harga gula naikkan lagi

Manusia oh manusia
makan duit sesuka hati
gaya lagak macam tak akan mati
Halal haram tolak ke tepi
bila ditangkap baru mengerti
sorokkan gula berkati-kati

Mohd Saipuddin Sulaiman
UKM Bangi