200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Current Update

Monday, December 13, 2010
1. Tarikh tutup daftar mengundi ada dalam beberapa hari lagi. SEBELUM 15 Disember 2010. Yg dah dafatr, sila semak pendaftaran anda.

2. Pengundian rx8 kalini dibuat on9. Alhamdulillah syukur Allah pmudahkan urusan perbincangan dsb.

3. Saya terpaksa meng'hazafkan' sementara nama saya sebagai wakil kampus di blog dinar. Atas beberapa sebab. Mungkin akan diaktifkan semula bila tiba cuti. Pada siapa yang tahu dan yang pernah berurusan dengan saya, masih boleh kita teruskan. Apepun, sebarang artikel ttg kelebihan emas ini insyAllah akan diupdate dr semasa ke semasa oleh beberapa individu yg bertanggungjawab. Matlamatnya bukan semata-mata untuk keuntungan perniagaan, tetapi penerangan akan kelebihan emas dan perbandingan dua sistem ekonomi, islam dan fiat. Penggunaan emas adalah satu jihad ekonomi.

4. Sem 4 baru bermula. Muka-muka baru akan mewarnai kelas lepas ni dengan lebih ceria! Subjek-subjek baru sudah pasti lebih menyeronokkan.

5. Kejadian yang berlaku hari ni agak menyedarkan bahawa internet ni banyak bahaya. Menipu, merompak, menyeleweng, terbuka, dan lain-lain sampai menyebabkan saya rasa ramai orang yg terancam dalam diam. Tiba-tiba rasa mahu padam semua album gambar dalam fb kecuali profile picture. Sekian.

6. Pengajaran hari ni : Pegang pada perancangan awal. Tukar-rukar plan di saat akhir bukan sahaja melecehkan tapi juga menyusahkan.

7. Pengajaran masa cuti : Nilai kematangan, serik buat silap, dan pertimbangan yg wajar perlu selari dengan kedewasaan.

8. Apapun yang terjadi, percaya bahawa kita mampu. M.A.M.P.U. Positif. Allah tidak akan membebani hamba-Nya di luar tahap kemampuan masing-masing. Pengajaran mampu itu upaya difikirkan dengan akal, tetapi jiwa sering tergugat jika diuji. Masa transformasi dari teori ke praktikaliti! HasbiyaAllah wa ni'mal wakil, wala haulawala quwwata illa biLlah.

9. Umur makin tua, masa makin pendek, ujian makin bertambah, tenaga tengah banyak, akhirat makin dekat. Jadi?


Man jadda wajada, ma ra-a ra-a?
Takbir, takbir, takbir!!


~Satu kenangan~
Semangat adik2 kem menjiwai program.
Pengorbanan seorang sukarelawan mengambil 3 orang anak angkat, bersyif. Dipanggil ummi walaupun belum berkahwin.
Tangisan syahdu 3 anak yatim bila diingatkan tentang ibu dan ayah, menusuk jiwa yang melihat.
Teriakan 'Allahuakbar' seorang pelajar lelaki apabila diganggu sebagai tanda kebergantungan pada Allah.
Indahnya suasana surau pada pagi itu. Ibarat sebuah perkampungan, yang muda disayangi, yang tua dihormati. Bersalaman seluruh jemaah solat dengan peluk cium hasil kasih sayang persaudaraan Islam.
Menikmati sudut pandang sisi yang berbeza dari seorang ahli akademik, kupasan berilmiah dan berasaskan sejarah.
Kerjasama.
Ukhuwah.
Iman.
Islam.
Manis :)

0 thoughts from optimists:

Post a Comment