200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Menjawab tag dengan penuh rasa

Sunday, December 5, 2010
Takbir! Allahuakbar.

sakit ape takbir awal2 ni. sakit kepale kerana mata perlu fokus tengok benda-benda halus. sekoci, gelendong, komputer. Jalan blog Tikah, baru teringat satu hutang kat Raihan-atau lebih mesra dikenali sebagai Ang. Sahabat same kelas masa matriks, kos nursing. Maaf Ang saya jawab lambat.

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, facts, habits, or goals about you
At the end, choose 25 people to be tagged
You have to tagged person who tagged you
If I tag you, it's because i want to know more about you.

25 things? sikitnye.. i can tell u more. hehehe.
Facts :
1. my name is nurulhuda. and people call me huda.
2. there's only one person call me nurul. my mak lang.
3. me? unexpected, susah nak difahami, peramah (kot..), pemalu, pendiam (kot...) hehe.
4. Anak perempuan pertama dari belakang.
5. Saya manusia dan hamba Allah yang dhaif, diberi nikmat belajar kat sekolah sains dengan kawan2 yang comel dengan sistem pendidikan yang sekularisme, diberi peluang menikmati secalit ilmu-ilmu tarbiyah dan kefahaman dalam perjuangan Islam selepas sekolah menengah, dan sekarang sedang menuntut ilmu dalam bidang ubat, tapi bukan perubatan.
6. Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk semua mahasiswa Islam mengambil berat isu pembinaan diri dan akhlaq selain hiburan semata-mata, kerana setiap dari kita adalah modal yang sangat berharga untuk ummah, faham? Alhamdulillah kalu faham, kamu memang diciptakan bijak :)
7. Lagi, saya berpendapat bahawa keluarga adalah institusi yang penting untuk membina masyarakat, jati diri, dan peribadi anak-anak agar selari dalam konteks penghayatan dan pengamalan Islam. Faham? Bagus... (^.^) V Jadi, marilah berusaha untuk menjaga keturunan dan islam as a whole.
8. Saya tidak berapa menggemari salah faham, tapi saya boleh terima jika pergaduhan atau pertelingkahan berlaku bukan kerana salah faham (maksudnya 2-2 faham dah ape masalah dan berusaha untuk menegakkan pendirian masing2). Kerana dari salah faham, boleh berlaku perpecahan. Jadi, saya lebih suka mengalah sebelum saya menang jika salah faham itu akan terus berlarutan... (walaupun saya masih ada point untuk mempertahankan yang saya ni betul..) Rasa-rasa tabiat macam ni bagus ke x?
9. Suka berangan
10. Sedang mencari seorang murabbi yang mursyid yang boleh saya rujuk selepas guru agama saya di matriks. Semoga Allah permudahkan urusan kita...
11. Sedang berusaha untuk mempromosi penggunaan emas (dinar etc) sebagai tukaran untuk menyimpan wang...
12. Juga mempromosi air gau tasnim ;)
13. Seringkali jadi mangsa 'judge book by its cover'... Tidak semestinya penampilan luaran yang baik, dalaman juga baik. Tapi, saya x la nafikan yang luaran yan baik mngkin berasal dari kekuatan dalaman...
14. Saya berpendapat bahawa usaha dakwah dan 'amar maaruf nahi mungkar perlu sentiasa berjalan dan bergerak, tak kira situasi, status dan kelayakan kamu... sama ade kita layak atau tak sememangnya kita layak sebab kita Islam, dan dakwah itu bukanlah tertakluk pada sesetengah golongan sahaja, tapi dakwah itu fleksibel untuk sume keadaan dan sume peringkat. Islam is rahmatan lil'alamiinnn (ni dalam lagu universiti kita..) hu.
15. Utk semua muslimin dan muslimat, saya berpendapat kita ada barang baik untuk perniagaan kita yang 'BESAR' ni. Jadi, mengapa malu untuk menjadi tukang promosi? WE as MUSLIM, we have ISLAM to be promoted. We have a great bargain as what Allah mentioned in Surah As-Saff verse 10. may Allah ease our way to be the best among the best. the BIG bussiness come with BIG benefit and of course need a continuous EFFORT InsyaAllah. Help ourselves and Allah will help us.
16. Alamak, baru no 16. nak cakap ape lagi ni ang? saya masih seorang student. Ilmu pn x banyak lagi.
17. seorang anak.
18. seorang kakak.
19. seorang sahabat.
20. seorang Muslim, yang penting.
21. Saya hidup di atas ihsan doa-doa mereka yang menyayangi saya, dan doa2 sekalian umat Islam. Jadi, perlu untuk saya berusaha menjadi orang yang bermanfaat walaupun bukan untuk mereka, tapi boleh jadi untuk saudara2 mereka, dan saudara2 kita juga....
22. Dulu2, saya pernah merasakan mustahil untuk Islam ni berkembang, dan saya rasa pelik dengan ustaz-ustaz dan mereka yang nampak Islamik, kerana saya rasa mereka out-to-date dan tak selari dengan zaman yang moden. Tapi setelah memahami bahawa Islam adalah sebaik-baik cara hidup dan bahan untuk diPROMOSI, mungkin sekarang dah tiba masanya untuk kita memajukan diri sendiri dan secara automatiknya Islam itu akan gemilang, cemerlang, insyaAllah.
23. Dulu2, saya pernah rasa usaha2 yang dilakukan adalah sia2 untuk Islam kerana situasi sekeliling x menyokong. Tapi, saya jumpa satu penyelesaian Alhamdulillah hasil dari kembara hidup seorang hamba, iaitu masukkan diri kamu ke dalam suatu sistem Islam yang baik. Modal insan di dalam suatu sistem yang baik akan lebih bertenaga, insyaAllah.
24.
Semoga Allah mudahkan urusan kita untuk menuntut.
ilmu-ilmu-Nya dalam menjadikan 'the world is worth living'
25. Semoga Allah mudahkan urusan kita untuk menjadi 'PROMOTER' terbaik...
26. Jatuh, kalah, bangun tapi jatuh semula, tersadung. Itu biasa. Matlamat kita satu al jannah, jalan kita beribu. Pilih jalan yang terbaik dan mulakan usaha. InsyaAllah.


okeh, siap! Mohon ampun atas segala bicara yang tidak enak didengar ya...
Semoga Allah melindungi dari sebarang keburukan entri ini

Memetik suatu puisi dalam Negeri 5 Menara..

Orang ilmu dan berada tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapat pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Imam Syafii

Negeri 5 Menara, A. Fuadi



2 thoughts from optimists:

  1. rijal88 said...:

    Amat brsetuju ngn yg ni...

    3. me? unexpected, susah nak difahami,
    tp yg ni peramah (kot..)??

    Novel "Negeri 5 Menara, a.fuadi", amt d galakkn utk d bace

    Selamat Memanfaatkn dan Memaknakn Cuti

  1. Huda Idris said...:

    errrr. hari2 mmg kene expext d unexpexted pn kan.

    negeri 5 menara, dah sampai tajuk 15 tp ana rase agak memboringkan. xde unsur saspens n link antara bab yg membuatkan pembaca teruja nak tahu kesudahan.

Post a Comment