200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Kupas buku : ASMAUL HUSNA ATAS NAMAMU AKU MERINTIH

Saturday, December 11, 2010

[this is a scheduled post. it has been set to publish today]



Salam.
SubhanAllahi walhamdulillah.

Mood nak kupas buku. Kali ni tentang buku nipis, Asmaul Husna Atas Namamu Aku Merintih.

Kategori :
Buku himpunan doa. Perlu dimiliki setiap insan.

Pengisian buku ni
Himpunan doa dengan berwasilahkan nama-nama Allah untuk dihayati.

Beli kat
Kawan sekelas yg jadi ejen buku PTS.

Kisah di sebalik membaca buku ini
Tak pernah kenal dgn Dr Wan. Dah banyak kuliah dia buat tapi tak sempat untuk hadir. Sekali baca pada nama, ingatkan Dr lelaki. Rupa2nya ustazah. Hairan juga sbb surau tempat kuliah surau untuk muslimat@sisters sahaja.

Kuliah ustazah yang simple, duduk berhalaqah besar-besar, pengisian dari hati ke hati. Dengan tutur bicara yang lembut, apa yang disampaikan ustazah direct masuk ke hati para pendengar.

Khusyuk. Ustazah mnta tutup lampu dan kami duduk dalam gelap.

Kuliah ustazah berformatkan muhasabah dan diiringi doa. Akhir sekali, kami menadah tanagn berdoa diketuai ustazah.

Seusai kuliah, aku seronok. Tenang. Seolah-olah ustazah menyegarkan hati yang gelap ni. Diisi dengan satu hakikat kebenaran.

Semasa bersalaman, aku pandang kiri pandang kanan, aku nampak seorang sahabat, Wan (nama samaran) datang padaku. Dia amik kedudukan depan ustazah tadi walaupun datang lambat.

Aku tanya Wan ape khabar. Dia jawab sambil menghela nafas puas. Aku tengok Wan ni semacam. Pegang dada. Tiba-tiba tangan dia sejuk. Dan Wan cakap kat aku, aura ustazah ni tengah berlawan dengan benda jahat.

Benda jahat? Aku tertanya2.

*******

bersambung...

0 thoughts from optimists:

Post a Comment