200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

i Quest

Saturday, October 17, 2009


Forum " Suara Siswa " sempena I-QUEST 2009

Tajuk : "Transformasi Malaysia : Mahasiswa Menerajui Perubahan "
Tarikh : 17 Oct 2009
Masa : 9.00 mlm
Hari : Sabtu malam Ahad
Tempat : KOM Square,IIUM Kuantan
Panelis : 1) Bro. Muhammad Faisal Abdul Aziz
President Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) 2009/2010
Mantan Setiausaha Luar Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 2008/2009
Mantan President ADR Students' Society 2008

2) Bro. Mohd Faridzul M.Nasaruddin
President Ma'ruf Club IIUM Gombak 2008/2009
Jurucakap Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA)
Mantan President LAWSOC 2008

3) Bro. Mohd Idris Mohd Yussoff
President Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) 2009/2010
President Ikatan Studi Islam UKM (ISIUKM) 2009/2010
Exco Majlis Perwakilan Pelajar UKM (PMUKM) 2009/2010

Moderator : Al-FadhilatusSyeikh Ustaz Ahmad Fakhrurrazi Yahaya
Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) Pahang 2009
Mantan Timb. President Majlis Perwakilan Pelajar (SRC)
IIUM Kuantan 2007/2008

DIJEMPUT SEMUA RAKYAT SATU MALAYSIA ..PERCUMA!!!

semua dijemput hadir
tolong gtau & ajak semua shbt2, ab, kwn, rakan, member, kenalan, sedara & sape2 dtg ke prog ni..
"ke arah penjernihan k-politic mahasiswa".. ws..


Wacana Ilmiah 2009




Tajuk : "Sebat Kerana Arak : Adilkah?"
Tarikh : 22 Oct 2009
Masa : 8.30 mlm
Hari : Khamis malam Jumaat
Tempat : Audi KOM
Panelis : Ustaz Nasrudin At-Tantawy (KETUA DPPP)
Dato' Safri (Exco Agama Pahang)
En. Najid bin Husin (Peguam Syarie Phg)
Dr. Hamidah Marican (Executive Director, Sister in Islam)
Moderator : Prof Dr Fauzi, Dean KOM

*TURUT DIJEMPUT: JIM, ISMA, ABIM, HALUAN, MACMA dll
*PERCUMA!!!
*TERBUKA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA!!!!

semua dijemput hadir
tolong gtau & ajak semua shbt2, kwn, rakan, member, kenalan, sedara & sape2 dtg ke prog yg julung kali diadakan di uia kuantan ni..
bukan senang us. nasrudin nk masuk secara rasmi ni...

HPA - Muslim iCON


LET'S SUPPORT MUSLIM PRODUCTS~ together we care.

Kartika yang kusayang 1

Thursday, October 8, 2009
Saya masih ingat, dulu-dulu pernah borak dengan adibah(ebah), sahabat sekelas pasal hudud ni.

"Huda setuju x hudud?"
"Ntah,"
"Kalau ebah, ebah setuju sangat, watpe nak tolak hudud, kate kite ni negara Islam.."

Hm. Namun isu hudud ini kembali lagi bangkit menyapa nasional, bukan lagi setakat kami berdua. Ape lagi kalau bukan isu Kartika. Seorang bekas model yang pernah meminum arak, dan memohon hukuman sebat diatasnya dijalankan. Walaupun banyak pihak yang 'PELIK' menawarkan khidmat guaman, petisyen bantahan dan sebagainya untuk menyelamatkan Kartika dari disebat, namun Kartika masih memohon untuk disebat agar menjadi pengajaran kepada diri dan orang lain. Dan yang paling penting, Kartika tidak mahu memperlekehkan ajaran agama. Ternyata, walaupun pernah menjadi model dan meminum arak, dia masih mempunyai jati diri beragama yang kuat setelah insaf.

Berbalik kepada isu hudud dan sebat, kehadiran isu Kartika menggamatkan lagi nasional. Orang bising-bising. Kenapa orang bising-bising? Sebab orang x setuju sebat dijalankan ke atas kartika. Kenapa orang tak setuju pula? Sebab takut hudud ke? Atau sebab dirasakan hudud ni tak sesuai? Ke zalim?

Memetik kata-kata Ustaz Hasrizal,
Belum lagi terlaksana, baru sahaja dimanifestokan perlaksanakannya, seluruh alam menjadi kecoh. Pelbagai komen paranoid terbit dari mulut semua lapisan masyarakat. Yang cerdik menjadi bodoh, yang jahat menjadi hangat. Lalu keluarlah kenyataan-kenyataan yang menggambarkan kekecohan dan ketakutkan itu.


Yang cerdik menjadi bodoh
Mungkin golongan-golongan yang bijak pandai di Malaysia ada melontarkan persoalan-persoalan yang berbunyi begini :

Mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya?

Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

“Mengapa kes model itu begitu cepat diproses, sedangkan dia yang menderita kes rumah tangga saya sudah bertahun lamanya, mahkamah syariah belum putus apa-apa?”


Persoalan begini mungkin sering kedengaran di kalangan masyarakat, kerana rata-ratanya berilmu professional tetapi dangkal agama. Saya tidak katakan salah, tetapi takut-takut jika kita termempersoal hukum Allah.

Hukuman yang ditetapkan Allah yang Maha Adil, apakah masih tidak adil dan tidak sesuai?
Barangkali ya bagi mereka yang tidak memahami agama.
Tetapi, sekali-kali tidak bagi mereka yang mengambil agama sebagai prioriti utama kehidupan.

Setelah sedikit mengkaji, rata-ratanya menyimpulkan bahawa hudud kelihatan zalim kerana umat Islam sendiri yang kurang memahami. Berikut adalah sebahagian kesimpulan yang sempat saya kumpul :

Dr Asri Zainal Abidin
Saya menasihati diri saya dan orang ramai, yang pro atau kontra dengan isu ini, fahamilah maksud dan hikmah prinsip hukum dalam Islam ini dengan cara yang betul. Menyokong atau menentang secara membuta tuli hanya merugikan dunia ilmu dan akan mencemarkan hakikat bagi sesuatu perkara.

Wanita JIM
Semoga kemelut isu Kartika juga menjadi `pembuka mata’ kepada kita semua, betapa perlunya umat Islam di negara ini kembali kepada akidah yang sahih, penghayatan ilmu yang mantap dan keazaman yang tinggi dalam mempraktikkan Islam dalam kehidupan.

Leokid (nickname blogger)
Inilah masanya kita sendiri belajar dan mengkaji, mengenai agama kita sendiri. Tatkala kita didatangi oleh rakan-rakan non-muslim, guru-guru russia, hatta rakan-rakan seMuslim lain, inginkan penjelasan berhubung sesuatu isu -- maka apa yang ingin kita terangkan kepada mereka? Adakah cukup sekadar mengangkat bahu? Atau menurut jejak langkah puak yang liberal, mempertikaikan agama kita sendiri?

Pemuda PAS
Menurut Us NAsaruddin TAntawi, pemuda PAS sangat menentang JAG dan SIS yang cube mempertikaikan hukuman 6 sebatan yang dijatuhkan ke atas kartika. Beliau turut meenegaskan melalui soalan ni : atau mereka(SIS dan JAG) suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?



Islam dan Allah sebaik-baik tempat kembali
Sekarang, tepuk dada tanya iman. Adakah isu sebesar Kartika ini telah membocorkan rahsia kita yang selama ini mengambil Islam sebagai agama ritual sahaja? Tiba masa untuk kita mengkoreksi, mengkaji, dan menilai semula nilai-nilai keindahan dan kesempurnaan Islam yang diamalkan. Wallahualam bissawab....

“Justice for Kartika”
Kartika issues may be so simple for Muslims to neglect but it is a big chance for Muslim enemies to destroy Islam

May the issue brings a giant leap for every Muslim in Malaysia and the world

DaRul_Idris,
Kaybee Kuantan,
101009 (birthday K Dayah)
1028 am selesai menulis.

Qawiy dan Amin

Friday, September 25, 2009
Sungguh saya tak berapa minat untuk mengisahkan hal peribadi di blog. Kerana matlamat blog ini asalnya bukan untuk itu. Tapi kadang-kadang, terselit 2-3 juga berkenaan diri ini, sebab, sedikit sebanyak perkongsian merupakan pengalaman saya. Pengalaman yang berbeza dengan orang lain. Sekadar mencari ketenangan, sebab saya perlu menulis untuk mencari ketenangan. Lega manyapa, bagaikan satu kegundahan hilang setelah menulis...

Pada Ramadhan lepas, saya diperkenalkan dengan 2 kalimah dari al-Quran,

al-Qawiyy dan al-Amin

Bak kata ustaz tu, kita bukan sahaja nak qawiy, tapi kita perlukan amin juga. Amin dan Qawiy perlu bergerak seiring. Amin tu bagai hikmah bagi mereka yang dekat dengan Allah, Allah yang mengilhamkan dan memandu seseorang itu. 2 intipati penting bagi seseorang Muslim dan pemimpin, kita tak nak kita ni nampaknya qawiyy je, tapi tiada sifat amin.. Ustaz tersebut mengakhiri tazkirahnya dalam sedu sedan keinsafan, meninggalkan kesyahduan kepada telinga yang mendengar.

Namun selepas itu, 2 perkataan ni menimbulkan banyak tanda tanya kat diriku, ada apa dengan amin dan qawiyy ni sebenarnya? Bukankah dari segi bahasanya kuat dan jujur? Kenapa penting bagi seseorang pemimpin atau setiap Muslim?

Korek lagi..

Saya menjumpai satu artikel Ustaz Hasrizal yang bertajuk Saya, Amin Idris, dan Magnet Diri yang membuatkan saya berfikir. Di sini, beliau sertakan ayat 26 Surah Al-Qasas yang berbunyi :

28_26

“Sesungguhnya orang terbaik yang boleh engkau upah untuk bekerja ialah orang yang Qawi (berkompetensi) dan Amin (bertintegriti)” [al-Qasas 28: 26]


Hamdalah, saya menjumpai 2 kalimah ini sekali lagi. Ketika ustaz Hasrizal membicarakan mengenai seorang motivator yang bermagnet, En Amin Idris. Walaupun kita kelihatan adik beradik hanya pada sekadar nama ya, abang Amin
=), nak juga aku menyelit. Mana tahu boleh lapat badi orang hebat heh.

Al- Qawiyy ialah berkompetensi. Al-Amin ialah berintegriti.

Saya menyelak Tafsir Al-Azhar karangan Pak Hamka yang berhabuk di rumah. Di sebalik ayat al-Quran yang penuh hikmah ini, tersimpul kisah Nabi Musa yang dimaksudkan Qawiyy dan Amin ini.

Ketika Nabi Musa as melarikan diri ke negeri Madyan dari pegawai-pegawai Firaun yang ingin membunuhnya, Nabi Musa tiba di satu telaga air yang menjadi tempat memberi minum binatang ternak. Telaga air itu akan ditutup dengan batu setelah orang menggunakannya. Batu tersebut berat sehinggakan 10 orang diperlukan untuk mengalihkan batu itu. Apabila Nabi Musa berada di situ, terdapat 2 orang perempuan yang susah hati, kerana tidak berdaya mengangkat batu. Lalu, nabi Musa mengangkat batu itu dengan seorang dirinya dan terangkatlah. Selesailah tugas budak perempuan itu untuk memberi kambing-kambingnya minum.. Apabila pulang ke rumah, diperihalkan cerita tentang pemuda yang menolong mereka, dan meminta pemida tadi menerima upah.


"Berkata salah seorang dari keduaa anak perempuan itu, Sesungguhnya orang yang paling baik untuk ayah upad ialah yang kuat lagi dipercayai"

Kenapa Qawiy?
Anak perempuan itu menjawab bahawa tutup sumur yang boleh diangkat sekurang-sekurangnya 10 orang, dapat diangkatnya sendiri.

Kenapa Amin?
Sikapnya yang sangat sopan apabila dijemput ke rumah. Tiada raut yang menampakkan nafsu melihat perempuan. Dan sikap Nabi Musa yang pada mulanya jalan di belakang anak perempuan itu, namun setelah dilihatnya betis perempuan itu akibat tiupan angin, dia berjalan mendahului gadis itu di belakang, disuruhnya saja memberi isyarat ke mana jalan selanjutnya.

Hamdalah, selesai satu kekusutan.
Semakin saya jelas apa yang dihuraikan ustaz Hasrizal, bahawa amin itu suatu pengaruh. Suatu pengaruh yang dicipta, bukan suatu aset diri yang sudah memang ada. Suatu magnet diri.

A leader is a servant
Teringat kata-kata seorang sahabat, "Sebenarnya rakyat adalah pemerintah, pemerintah adalah kuli"
'Kenapa macamtu?' Duga saya.
"Yelah, sebab pemerintah yang kena berkhidmat.."

Seseorang pemimpin itu sebenarnya pekerja. Dia yang perlu memastikan segalanya baik. Beratnya amanah itu jika dia memahaminya. Once you are a leader, you are a servant. Good leader will give good service to his or her members.

"Tahniah la dapat jadi batch leader..." ucap saya kepada seorang sahabat saya.
"Hmph, batch servant adelah..! " jawabnya bergurau.

Tak pernah saya terfikir untuk duduk makan di meja VIP. Tak pernah terfikir untuk jauh dari meja kawan yang penuh gurauan lalu melayan VIP yang penuh adab. Terasa tidak layak untuk memimpin dengan pemikiran cetek budak-budak. Tapi inilah harga pengalaman yang digelar amanah, banyak lagi 'unexpectable things' yang telah Allah tetapkan di masa muka, bersedialah dan terus bersediaa dan bersungguh-sungguhlah agar sesuatu itu takkan membebani engkau di akhirat kelak...

Pemimpin yang Amin
Memimpin dengan pengaruh lebih mudah berbanding mempimpin dengan kuasa. Seseorang pemimpin itu tidak perlu disegani dan dihormati semata-mata kuasanya, tetapi dia akan dihormati dengan sendirinya sejauh mana pengaruhnya dan perhatiannya dicuri oleh orang sekeliling.

Apalah yang ada dengan kuasa... Jangan lupa yang pemimpin tu kuli saje...

Doakan semoga kita sama-sama dapat membawa amanah kepimpinan dengan pengaruh baik selari dengan ajaran Islam yang syumul. Ingatlah pesan Imam Al-Ghazali, amanah itu adalah seberat-berat perkara.

Ingat selalu yang setiap orang adalah pemimpin!

Buka mata, buka telinga, selalu berwaspada akan pimpinan kita.
Bina pengaruh yang baik...

Cukuplah kegagalan masa lalu yang banyak memberi erti...

Saya semakin jelas berkenaan al-Qawiy dan al-Amin...

Graduan UIAM syahid di Palestin

Monday, September 21, 2009
tajuk dan isi kandungan seperti dari sumber : martinelli

Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.

Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago and passed away yesterday.”

Sepanjang belajar di UIA Ubaida sangat aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid. Beliau baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Dikatakan bahawa dia ditembak selepas solat di sebuah masjid di kampungnya di bandar Al Khalil (Hebron) semasa melalui sekatan jalan oleh tentera Israel. Pihak Israel menuduhnya hendak menikam salah seorang tentera…. alasan biasa yahudi untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh rakyat Palestine. Beliau dibawa ke hospital dan koma selama 19 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang sangat aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Ubaida pernah menjadi salah seorang pimpinan kelab ini. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.

Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini . Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepada Masjidil Aqsa yang mereka perjuangkan.

Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.

Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.

Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Diari Ridhwan

Dia, ingin pergi.
Belum puas Ridhwan bersamanya.
Belum puas Ridhwan bertarawikh, bersahur, berbuka bersama.
Belum puas Ridhwan bertadarus bersama.

Dia, Ridhwan tatapi sekali lagi. Lama. Takut-takut tak sempat berjumpa.
Putih kulitnya. Mulus. Berseri wajahnya. Bersinar-sinar matanya.

Ya Allah, Engkau telah menciptakan dia seindah ciptaan-MU. Indah... tak terungkap indah.

Aku perlu pergi sekarang. Masa yang diperuntukkan ALLAH kepadaku tak mengizinkanku untuk berlama-lama denganmu. Cukuplah sebulan aku menziarah, semoga kenangan kita bersama akan menjadikan dikau insan yang benar-benar bertaqwa... Memandumu ke arah yang lebih baik... Selalulah panjangkan doa agar kita dapat bertemu lagi... Agar aku dapat membantumu memadu kasih, mencari cinta yang indah...

InsyaALLAH..

Tak ternafi engkau sangat berharga buatku.. Tak sanggup aku lepaskan gandaan 700x pahala denganmu...

Panggilanku telah datang. Aku pergi dulu... Tapi aku ada satu pesanan...

Apa?

Jangan jadi hambaku. Jadilah hamba ALLAH...

Zup. Azan maghrib kedengaran. Waktu berbuka 29 Ramadhan 1430H bermula.

Dia, dah pergi. Dah pergi! Sungguh dah pergi???
Sungguh.
Dia pergi meninggalkanku. Jauh. Tiada lagi masa indah bersama.
RINDU....
Dia mungkin menyuruhku untuk berdiri di kaki sendiri.

RAMADHAN!!! Moga kita bertemu lagi!!!!!!

Ketika berbuka, pesanan terakhir Ramadhan bermain-main dalam kepala... Meleraikan satu simpulan yang berlegar di sebalik pesanan - Jangan jadi hamba ramadhan, tapi jadilah hamba Allah....

DaruL_Idris,
535 am,
Usrati KB,
Kuantan

Salam Aidilfitri

Ketika kehangatan Ramadhan masih belum puas dirasai,
Ketika ternanti saat pulang ke kampung,
Ketika blur memikirkan pendrive ada di mana,
Ketika resah mengenangkan diri,
Ketika fajar 2 Syawal bakal menjengah,
Ketika kesunyian semua orang diulit mimpi,

Ada banyak perkara yang masih tidak kuselesaikan,
Ada banyak masa yang telah ku bazir,
Ada banyak hati yang telah kusakiti,
Ada banyak tanggungjawab yang tak terlunas,

Justeru, di kesempatan yang ada,
saya nurulhuda idris ingin memohon ampun zahir dan batin kepada semua,
yang mengenali atau yang tak mengenali,
andai ada hak-hak anda saya abai,
TaqabAllahu minna wa minkum,
Kullu 'aam wa antum bi al-khair,
Salam Aidilfitri 1430 H.

~mewakili diri saya dan famili yang ceria (^^V)~
. 2 Syawal . - bukan hari raya.
sebab ayah pesan hari raya 1 Syawal sahaja. heh.

1112 intro

Monday, August 31, 2009
“While the street of London had no lights and pavements, and while most of the houses in Britain were without windows, Cordova boasted of 200,000 homes, streets miles long, well lighted and paved, 300 mosques, 50 hospitals and a library containing over 250,000 volumes”

Amin A.Khairallah : 1946

Benar... Hakikatnya Islam tak memerlukan kita namun kita yang memerlukannya...

Teruskan usaha sehingga ke gerbang jaya...
Selamat berjaya buat sahabat-sahabat sekuliah RX 8 semua...
Maan najah!

AL-FATIHAH

Sunday, August 23, 2009
Mari sama menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah Chu Yas kesayangan, pak saudara saya yang paling muda, yang baru pergi menghadap Ilahi pagi tadi, bersamaan 2 Ramadhan 1430 H, sewaktu sahur.

Kali pertama pemergian ahli keluarga terdekat setelah aku akil baligh dan mumaiyiz, mampu mengenal baik dan buruk. Kalau sewaktu kanak-kanak pergi menziarah orang mati, memang tak tahu apa-apa. Duk bergalak dengan sepupu ade la...

Perginya arwah mengejut semasa tidur, meninggalkan aku yang dah lama tak jenguk beliau, kira-kira 5 minggu... 2 permintaan terakhirnya padaku hanya tinggal permintaan yang aku tak akan dapat lunaskan sampai bila-bila..

Segalanya tinggal kenangan...
Terima kasih atas nasihatmu dan terima kasih atas segala perkongsian...
Akanku ingat perkongsian dikau yang mencetuskan idea untukku buat tajuk EAP...
Sampai sekarang, apa yang ku belajar di kuliyyah ada kaitan dengan apa yang kau kongsi...
Aku mengenali Chu Yas tak seperti aku kenal orang-orang lain...
Semoga dikau ditempatkan di kalangan orang-orang soleh Chu Yas..
Semoga dikau bahagia di sana..
Berehatlah dikau dengan tenang..
Kami akan menyusul jejakmu..

Al-Fatihah

p.s : ada sesiapa nak sedia siap-siap kain putih 12 meter dah siap potong kat rumah?

sejarah internal security act

Thursday, August 6, 2009
Salam 'alaik.

Tempoh hari, siapa pergi demo? Syabas. Demo membantah ISA. Dan aku ada berdiskusi dengan rakan-rakan berkenaan ISA ni. Ada yang tanya.. Gapo ISA? Salah ke? Kejam ke? Nape orang suka menentang? Sebagai manusia yang semakin dewasa dan menuju setapak ke kematian, wajarlah kita melengkapi akal kita dengan isu-isu nasional. Bukan nak dikatakan berpolitik bagi yang takut dikatakan berpolitik, tapi ni mungkin salah satu cara 'acquiring extra knowledge' melangkaui batasan akademik semata-mata... Sedikit sejarah Akta Keselamatan Negeri atau dikenali sbg Internal Security Act (ISA) setelah digoogle.

Sumber : sejarah2u


Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960.

Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.

Pernyataan seksyen perundangan yang berkaitan Akta ISA adalah seperti di bawah:

Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."

Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.

Akta ini merupakan satu mekanisme pencegahan yang sangat berkesan serta masih dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Sila baca juga:
1) Operasi Lalang