200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

selamat pendek umur?

Friday, November 13, 2009
Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Begitulah ucapannya. Ucapan yang nampak kasar, tetapi terkandung makna yang benar.
/sweat

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Mendalam maksudnya. Ketahuilah,umurmu semakin pendek. Semakin menghampiri alam lain. Semakin sedikit ruang masamu di atas dunia. Makin melangkah tahun baru, makin pendeklah tahun-tahun yang berbaki.

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Ucapan sinis sebagai tazkirah agar bertungkus-lumuslah bersedia. Bersedialah sebelum mati, kerana mati itu hanya sekali. Tidak boleh diulang, no repeat paper, walaupun sekali. No and never. Sekiranya baik, baiklah, sekiranya buruk, buruklah. Tiada lagi permohonan kedua memasuki madrasah kehidupan. Tiada pentadbir yang akan menimbangkan sama ada permohonan kemasukan semula diterima atau tidak, kerana tiada tawaran untuk itu. Tiada istilah untuk hidup dua kali melainkan di alam yang baru.

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Benarlah ucapannya. Dia ulang lagi, selamat pendek umur. Pendek umur kerana kita mengakui bahawa mati itu haq, neraka itu haq, syurga itu haq, dan Allah itu haq. Orang Islam yang matlamat akhirnya adalah Allah, maka ucapkanlah selamat pendek umur padanya. Biar dia sentiasa beringat. Tambahnya, ucapan selamat atau semoga panjang umur itu mainan yahudi. Supaya kita lupa pada alam selepasnya. Supaya kita lupa untuk berlumba-lumba bersedia untuk hidup di sana.


Selamat hari lahir, selamat panjang umur. Berbahagialah menjadi orang yang semakin pendek umur. Tempoh masa kita ‘berkahwin’ dengan alam kubur semakin dekat... maka, berfoya-foyalah lagi...


:) :)>- testing benda baru dalam blog /hmm
Terima kasih atas ucapan yang benar... Terima kasih atas doa-doa sahabat-sahabat semua... Sesungguhnya, saya menumpang kekuatan dari doa-doa tulus dari kalian, tempanglah saya tanpa doa-doa kalian... teruskan menembak doa untuk kebaikan kita...

sampai ke hatiku dari hatinya

Thursday, November 12, 2009
Hari-hari yang kita lalui tak menjanjikan warna pelangi indah dan ceria.Adakalanya suram.Hanya senyum pudar yang mampu terukir pada bibir.Namun, percayalah...Pada duri yang ada di kiri dan kanan jalanan, pasti ada hikmah yang ingin Allah titipkan.Tidak sia-sia aturanNya walau sesekali jiwa terasa berat untuk menerima apatah lagi akur pada takdir itu.......Be strong!Allah be with us:)

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,
dan
ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"
- IBNUL QAYYIM-


“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him.
And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him.
And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.”
- Ibn Al-Qayyim

Kita sering menangis memikirkan persoalan yang telah dan akan terjadi.... tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.. kelmarin Tuhan telah menolongmu.. percayalah,esok pun Dia tetap akan menolongmu..... - nasihat Imam Syafie

Berpenat lelah lah kerana
sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.
Jgnlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikianlah hidup itu diciptakan.."
-Imam Asy Syafie



~resapi semangat pada jiwa yang makin layu...moga ia terus kembang mekar biar dimamah seribu mehnah~

###ENTRI DARI HATI KE HATI OLEH kak dayah.... sahabat dunia akhirat.. Tanda kasih sayang Ilahi sering disampaikan melalui hidayah :) ####

refleksi

refleksi selepas menjawab soalan akhir sem subjek kimia organik
pelik sungguh bunyinya.. 'organic chemistry'

"ayah, susah betul exam tadi"
"Baguslah. "
"......................"

Antara 2 Cinta
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta : OVA Productions


Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta



Jalan-jalan cari makna
( makna kenapa susah nak jawab chem?? ) dan lain2

indanhye, luasnye.

Bot besar kena lintas dengan bot kecik.

Bot kecik yang lain datang semula.

Lagi sekali bot besar kene lintas. Makin jauh ditinggalkan.

Langit petang yang sangat indah. Lokasi Kb.

Buruk sangka
Bot tu nampak besar, tapi dilintas oleh bot kecik.
Kesimpulan : Fizikal x melambangkan kekuatan.

Baik sangka
Bot tu mungkin berhenti sebab nak tangkap ikan, n jual kat pasar.
Kesimpulan : Niat, tujuan, objektif adalah sesuatu yang tidak diketahui umum. Orang luar boleh buat pandangan yang macam-macam.

Akhirnya,
Nelayan bot besar tolak ikan kat peraih untuk dijual di pasar.
Kesimpulan : Baru nampak kebaikan dan manfaat bot besar yang berhenti tadi....

Kesimpulannya...... jagalah hati. Jagalah niat. Dasar yang baik akan membuahkan luaran yang baik. Tujuan yang murni membuahkan perlakuan yang suci.

Kita bukan siapa2... tapi kita manusia. Manusia khalifah.
Tapi kitalah juga yang sering melakukan kerosakan.

chem oh chem...
masa oh masa...
diri oh diri...

darul,
usratiy kaybee,
12/11/09,
19 tahun pada hari yang ke 365.

Kartika yang kusayang 3 -sila baca, sila sebar

Monday, October 26, 2009
Dari seorang sahabat, saya tolong siarkan :) /hihi

Klik untuk besar, sila baca, sila sebar.





































Terima kasih :)

Darul_i,
1229 am,
Kuantan Garden.

Couple centred to God centred

Sunday, October 25, 2009



Aku jalan2 dalam internet. Ada orang gambar berdua.Berdua berlainan jantina la. Mungkin, nak menunjukkan yang dia dah berpunya. Atau sebagai amaran - Jangan nak masuk line daa. Syukur, minda warasku masih tak berperasaan untuk cemburu. Tapak emosi otak tidak terasa langsung. Tapi, itu aku. Bagaimana jika yang lihat itu sahabatku? Dan dia cemburu? Lagi2 jika salah seorang daripada orang dalam gambar itu pernah sama-sama mengikat janji setia menggunung tinggi suatu ketika dahulu? Tapi akhirnya manisan mulut janji setia itu dimungkiri? Sakit hati? Sudah tentu, kita sebagai orang yang memandang geram, apatah lagi bahu yang memikul. Aku, ditimpa bermacam2 perasaan jika melihat kawan-kawanku turut sama berpasangan.

Rasa bimbang, kerana mereka berjanji atas sesuatu yang tidak pasti.

Sedih, kerana mereka mungkin tidak menyedari kasih sayang yang lebih banyak dicurahkan dari yang Maha Agung.

Buntu nak buat apa, kerana mereka sahabat dan kawan kita. Bila mereka bahagia, kita pun gembira. Hanya mendoakan agar masjid mereka cepat dibina supaya tamat segala kekecelaruan di kepala.

Takut, dengan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang kawan yang duduk saja, tanpa tindakan atau nasihat.

Hairan, kerana dia berpasangan tapi aku masih belum. Sedangkan kita duduk bersama2 menuntut ilmu agama suatu ketika dulu.

Buat biasa, selepas habis idea. Nasihat dan doa sebagai pengingat buat diri sendiri dan mereka.

Andaikata kau lari dari berpasangan selepas suatu pengalaman pahit, mari sama-sama belajar bersabar dan belajar dari hikmah Tuhan. Ada sesuatu yang Dia tunjukkan. Terutamanya, kasih sayang-Nya kepada dikau yang tidak terhingga, menyelamatkan dikau dari kancah yang merugikan. Aku tahu menghadapinya tak semudah apa yang aku kata, tetapi kekuatan ada pada dirimu. Carilah di dasar hati yang tulus jalan yang dikau ingin tuju. Orang sekeliling hanya boleh memberi galakan, tetapi yang merealisasikannya adalah dirimu yang kuat itu.

Andaikata kau lari dari berpasangan selepas beroleh keinsafan, mari sama-sama menadah tangan mengucapkan kesyukuran. Dikau mungkin insan paling bertuah di dunia kerana menikmati kasih sayang Tuhan. Dia yang menguji, Dia yang Maha Mengetahui. Bukan mudah untuk kau meninggalkan madu, menikmati hempedu. Tapi akhirnya, kau akan sedar, hempedu itu bukan selama-selamanya kau rasai. Di sebaliknya, kau akan bersyukur dengan nikmat lidah dan deria rasa yang tak terhingga. Sehingga aku turut insaf, dapat belajar dari kau. Dari pengalaman dikau.



Ya Allah, andai aku ini tidak memberi manfaat untuk kawan-kawanku, Engkau ampunkanlah dosaku. Permudahkan urusan kami memperoleh rahmat dan keampunan-Mu dalam pelbagai cara. Jauhkan diri kami dari tipu daya dunia, tipu daya syaitan, tipu daya lelaki, dan hambatan nafsu yang menekan. Amin Ya ALLAH.

Aku mohon ampun maaf zahir dan batin atas sebarang salah silap bicara dari entri ni. Maaf bagi yang terguris hati, tapi sebenarnya tulisan ni tak ku tuju pada sesiapa yang khusus. Sekadar refleksi diri dari pemerhatian yang menginsafi atas kejadian yang berlaku ke atas orang sekeliling. Aku khuatir nanti, jalan bahagia yang kita pilih, tak sampai ke penghujung. Tapi aku doakan yang baik2 sahaja. Madah dari seorang sahabat yang bimbang. Bukan apa, sebab... saya sayang kawan-kawan saya... Malu lah plak cakap sayang2 kat tempat terbuka ni. Nasib baik sayang yang halal, Hehe. ^.^ Sayang kawan2. Sayang sahabat2.

Couple centred to God centred
Kami mendamba kasih-Mu yang luas
Kami Sayang ALLAH



Mengucap panjang....



Darul,
1201am,
Kuantan Bumi Dia.

Inna Allaha ma'as sobirin

Salam alaik.

Huhu. Walaupun ku TAHU kerja bertimbun, peperiksaan mendekati. Tapi, sekarang aku masih dalam 'blogging-mode'. Biarlah, masih nak menconteng kat sini. Terbukti, kemahuan kita yang memandu diri berbanding apa yang kita tahu. Pinjam kejap kata-kata ustaz, kita bertindak berdasarkan apa yang kita mahu, bukan kita tahu! aku harap lepas ni, aku tak mahu dah blogging mode, biar study mode sebagai hamba datang berpanjangan... amin3.

Dalam kelas quran baru-baru ni (walaupun dah masuk u, tapi masih belajar quran, takpe2, alquran tu kene belajar sampai mati tau), aku melintasi ayat 153 surah al baqarah, juzuk 2, maqra 1, di mana ayat tersebut menyatakan perihal sabar. Seketika bila berhenti pada kalam 'Inna Allaha ma'as sobirin', aku terpana. Memikir kembali kisah yang pernah diceritakan kepadaku tentang ayat ini....

Ingat punya ingat, ada seorang sahabat aku pernah bercerita tentang pengalaman dia... Waktu raya, dia balik kampung, dan ziarah seorang nenek yang sakit. Nenek tu sakit sehingga badan tak boleh bergerak, dan ke 2-2 tangannya kejang dan sentiasa mengarah ke atas... Tapi, bila sahabatku dan ahli keluarganya datang melawat, nenek tersebut sangaaat mengalu2kan keadaan mereka, dengan gembira walaupun dengan keadaannya yang uzur begitu... Kawan aku cerita lagi, nenek tu berkata, nenek tak boleh menangis dengan keadaan nenek ni, kalau nenek duk sorang, dan nenek menangis, nanti ada orang marah nenek... Bila nenek tu cerita macamtu, pelik dan hairanlah seisi tetamu yang datang.. Mereka bertanya, siapa yang marah nenek? Apa yang suara tu cakap?

Nenek tadi menjawab, bila nenek terkenang keadaan diri nenek, dan bila nenek sedih, bila air mata nak keluar, ada orang marah nenek.. " Kenapa kau menangis?" "Jangan menangis!" "Inna Allaha maas sobirin!" Lepas tu, nenek tak nangis dah, nenek tak nangis dah sebab ada orang tak kasi nenek menangis...

Nenek tadi menjawab, bila nenek terkenang keadaan diri nenek, dan bila nenek sedih, bila air mata nak keluar, ada orang marah nenek.. " Kenapa kau menangis?" "Jangan menangis!" "Inna Allaha maas sobirin!" Lepas tu, nenek tak nangis dah, nenek tak nangis dah sebab ada orang tak kasi nenek menangis...


Terkejut dan kagum aku terhadap nenek tu, betapa Allah mengutuskan pertolongan kepada hamba-Nya, aku percaya, nenek tu mesti seorang yang kuat berzikir mengingati Allah... Allah memintanya bersabar, mungkin kerana nanti akan ada ganjaran yang indah buatnya di syurga...

Ya Allah, mulianya nenek tu... Terima kasih la kat sahabat aku, yang seringkali menyediakan makanan rohani dekat diri aku... Walaupun cerita selingan waktu datang beraya kat rumahku... Refleksi kat aku pula, baru-baru ini ada sorang lagi kawan baik yang cakap,' investment' dengan Allah ni untung... kalau mengaji, 1 huruf, dapat 10 kebaikan... Kalau sabar, dapat ganjaran yang hanya dalam pengetahuan Allah sahaja ganjarannya... kalau investment dengan manusia, paling hebat la kat pasaraya pun beli 1 percuma 2... tu pun percuma barang yang tak laku dah (hehe, selalunya macam ni la kan?)... Kawan baik tu tambah lagi, sabar ni bukan senang, solat pun kena sabar, nak bangun malam pun kena sabar, patutlah ganjaran dia besar...

Refleksi lagi kat aku, nak belajar untuk exam pun kena sabar, jangan dok tak sabar nak habis cepat je, jangan dok tak sabar nak banyak main je, sabar, sabar, sabar.. Mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.. ( Maksud ayat 153 surah al-baqarah)

Sabar separuh dari iman...
Bersusah-susah dulu...
Sabar menjadi hamba...
Sabar mentarbiyyah diri...
Sabar tahan nafsu...
Sabar dalam semua perkara...

Tekan suis on!

Aku mendoakan pembaca, penyinggah, sahabat, teman, taulan, kawan dan lawan aku sentiasa sabar dalam setiap perkara... Ya Allah, permudahkan urusan kami... Semoga nenek, ibu, ayah, makcik2, pakcik2, cikgu2, pensyarah2, aku dan kamu, dan orang2 yang berada di sekeliling aku, dan kamu, sentiasa sabar dalam segenap kehidupan... sabar dari melakukan perkara-perkara batil, lagha, maksiat dsb... amiiiiiin....

bukan senang nak baca entri blog aku yang x seserius macam entri yang harini.. heh:)
Wassalam!

Darul Idris,
1129 pm,
usratiy kaybee.

Buatmu

Friday, October 23, 2009
masih ada waktu, untuk kau dan aku, menghitung dosa-dosa lalu....

terima kasih sahabat

andaikata esok aku pergi dulu.... hiduplah dengan penuh bersungguh-sungguh....



"Membaca jangan untuk menafikan,mengeliru kan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan pinggiran, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai. mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. berkawan dengan musuh yang bijak lebih baik daripada bersahabat dengan kawan yang bodoh."

Kartika yang kusayang 2

Thursday, October 22, 2009
macam pelik je bunyi press statement ni....

Saya petik dari laman web ababil

Dipetik dari malaysiakini.com (25 Ogos 09/12:50pm)

Oleh :

Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim, pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun. Penulis juga aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI)


Komentar : Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam ‘hududi’?

Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno (foto) tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam.

Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian.

Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal.


Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?

Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum seseorang yang mencuri akibat kemiskinan.

Lupakah mereka tentang pesanan Allah: “Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Maaidah: 39)

Malah, banyak lagi ayat Al-Qur’an yang memberikan peringatan yang sama seperti An-Nahl: 119, Al An’aam: 54, dan An Nahl: 125.

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya?

Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Kartika?

****

~ tajuk asal artikel : apabila liberalis nak bersuara...

seorang anak murid yang degil dan kurang berdisiplin pernah bertanya kepada pensyarahnya, " Dr, is there any liberal in Islam?" "Yes, once a long time ago, but those liberal is allowed.." "But, what do u think bout liberal nowadays? Is it allowed? " " No, no, that is probihited. It is clear that today liberalism esp in Malaysia is against the quranic injunction." "what is ur opinion bout they used the dalil of laa ikraha fiddeen for the abandoning of tudung? can us? " " laa, laa sister. That is totally wrong!!" "thanks dr. later i'll find you again. " "no problem, sister. please come to my office in kuliyyah of science"


banyak yang perlu didalami. banyak yang perlu dibaiki. banyak yang perlu diambil tindakan. Ya Allah, teguhkan kakiku. Aku memohon dari-Mu dar gangguan2 syaitan yang terkutuk.

Darul, usratiy kaybee, 414 pm.


Bismillah...

"Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beroleh kemenanganlah mereka yang menyucikan jiwanya dan beroleh kerugianlah mereka yang mengotorkannya. "

Surah Asy-Shams : 7-10

"Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur."

Surah al-Insaan : 3

Jalan ini entah di mana hujungnya. Dia telah menunjukkan jalan yang lurus. AlQuran dan asSunnah telah diberikan sebagai signboard menuju ke destinasi. Amilin, bukan sahaja perlu mengikut penunjuk2 arah ini dlm menuju ke destinasi, tetapi kenderaan yang dinaiki perlulah cukup minyak, dan mampu menuju hingga ke akhir jalan. Bermaksud, amilin bukanlah hanya perlu membuat keputusan yang betul dalam memilih keputusan, tetapi perlu ada stamina dan skill dalam memastikan mrk tiba di destinasi akhirat yg abadi.

Kemahiran dan stamina inilah yang boleh menjamin sedikit sebanyak seseorg amil itu supaya tidak diserang stroke di tengah jalan.

Maka, Alquran telah memberi panduan apakah skill dan stamina yg perlu ada dlm jiwa seorang pejuang. Beruntunglah sesiapa yang mengambilnya sbg panduan hidup dan merugilah bg seorg pejuang itu jika hanya pandai membaca bahkan melagukan kalam2 alQuran, tetapi tidak mentadabbur dan mengambilnya sebagai signboard kehidupan.

MODUL QURANI :

Added value yg perlu ada :

(1) Beriman
(2) Beramal soleh
(3) Suka menasihati

Demi masa ! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan – pesan dengan kebenaran serta berpesan – pesan dengan kesabaran .

Surah Al – Asr : Ayat 1 – 3
(4) Istiqamah


Sesungguhnya orang – orang yang berkata Tuhan kami ialah Allah kemudian beristiqamah , nescaya berlumba – lumba turun ke atas mereka para malaikat lantas berkata : Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berduka cita malah bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu .

Surah Fushshilat. Ayat : 30



Dan tatkala orang – orang yang beriman menyaksikan kehadhiran pakatan musuh yang besar lalu mereka berkata : Inilah suatu yang pernah dijanjikan oleh Allah dan rasulNya kepada kita , dan telah benarlah Allah dan RasulNya dan tidaklah bertambah di dalam jiwanya melainkan keimanan dan penyerah diri kepada Allah swt. Sebahagian dikalangan orang – orang yang beriman , tokoh yang telah benarlah janji mereka dengan Allah , maka sebahagiannya telah gugur sebagai syuhada’ membenarkan janjinya dengan Allah sementara sebahagian yang lain pula sedang menunggu giliran dan sekali – kali tidak mereka menukar janji mereka .

Surah Al Ahzab . Ayat 22 – 23




Orang – orang yang menyampaikan risalah – risalah Allah , mereka hanya takut kepadaNya dan mereka sedikit pun tidak merasa takut kepada seseorang selain Allah swt. dan cukuplah Allah swt. sebagai Tuhan yang membuat perhitungan.

Surah Al Ahzab . Ayat : 39

(5) Tidak takut celaan orang yang mencela ( bersedia menerima kritikan )

(6) Tidak gentar menghadapi risiko . ( tahu bagaimana mengurus risiko . )

(7) Berani mencuba . ( tidak prejudis )

(8) Semangat mahukan perubahan . ( tidak statik atau kaku )

(9) Tidak memusuhi idea - idea baru atau pendekatan - pendekatan baru.

(10) Tidak membezakan tugas atau terlalu memilih kerja.

(11) Tidak emosional sebaliknya bertindak rasional .

(12) Tegas dan tidak mudah merajuk.

(13) Memberi dan menerima .

(14) Menunaikan hak orang lain dan tanggungjawab diri sendiri .

(15) Bersikap tolerensi terhadap pandangan orang lain dengan tidak menyangka hanya pendapatnya sahaja yang betul .

(16) Mengutamakan syura daripada pendapat sendiri .

(17) Optimis dengan kemenangan Islam .

(18) Memiliki fizikal yang baik , minda yang cerdas , prinsip yang berwibawa dan disiplin yang baik .

(19) Pengaruh dan penerimaan masyarakat terhadap peribadi dan perjuangannya .

Wahai orang – orang yang beriman ! Jadilah Pembantu Allah ( orang – orang Allah ) sebagaimana telah berkata Nabi Isa ibnu Maryam as. Kpd pengikutnya , siapa yang sedia menjadi pembantuku untuk menegakkan agama Allah , berkatalah pembantunya , kamilah penolong agama Allah ! Maka beriman sebahagian dari kalangan bani Israel dan sebahagiannya kufur . Lalu diberi sokongan kemenangan akan orang – orang yang beriman ke atas musuh – musuh mereka dan akhirnya jadilah mereka golongan yang beroleh kemenangan .
Surah As – Soff . Ayat : 14

Peringatan dari : kak rubi...

HPA - pengalaman hari pertama

Saturday, October 17, 2009
Seorang 'sister' datang, "Amende HPA ni?" Aku menjawab bla3 dan setelah dihuraikan kepentingan produk Muslim, kurang mendapat respon.

Seorang 'brother' datang menunjukkan minat, "apa kelebihan jadi ahli?" Aku menjawab ada mata dan dapat murah 50 sen. Hehe walaupun 50 sen. Namun, tanpa aku lanjutkan penghuraian terus dia masuk ke kedai untuk mencuba diagnosis tangan.

Seorang 'brother' merapati gerai, seolah-olah mencari sesuatu. Aku cuba membantu, akhirnya pertanyaan yang terkeluar, "Kat mana booth rokok ye dik?" Adui. Terasa nak rujuk petugas i quest yang tengah bertugas, takut-takut diorang tahu kat mana booth merokok yang tak aku perasan kat mana.

Aku mula tahu HPA ni dari muniyati, sahabat sekelas di cfs. memang beria diceritakan kat aku, HPA punya sumber memang terjamin halal dari mula, dan aku berniat gak nak jadi ahli satu hari nanti. Sekarang, walaupun tak jadi ahli lagi, selangkah aku mendekati produk-produk ni. Bukan main, ayam organik, nuget, sos cili pun dah ada keluaran HPA tau. HPA pun dah kembangkan sayap membina hotel dan kedai makan radix fried chicken. Hebat, hebat orang Islam ni.

Video promosi_berkenaan makanan halal dan boikot_








Semasa memandu pulang, berkali2 kata-kata ni diulang dalam radio... tahukah kita dalam sehari 10 juta dollar kita dah dermakan pada Israel? Erk. Lepas ni boleh rajin-rajin intai produk HPA, kat sekeliling pun dah ramai ahli... :)

Darul,
1018,
171009,
bumi kuantan.