200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Pluralisme

Saturday, November 28, 2009
4 Fahaman yang diuatakan oleh Us Mujtaba kepada Ali

1. Pluralisme 1 toleransi
2. Pluralisme menegaskan wujudnya hakikat yang satu.
3. Pluralisme melihat hakikat yang satu itu boleh ditanggapi dengan cara yang berbeza.
4. Pluralisme membawa erti hakikat itu terdiri daripada pelbagai unsur dan masing-masing terdapat dalam pelbagai agama.

Petikan dari novel Tuhan Manusia karya Faisal Tehrani

Ada idea?

Akan bersambung...

yang berlaku dalam November 2009

Friday, November 20, 2009
Salam'alaik warahmatuLlah,

Hari ini bertarikh 21 November. Masih tak terlewat kurasa untukku rakamkan dedikasi ini. Dedikasi hari lahir buat semua yang lahir pada bulan ini, bulan yang penuh erti. <:-p
2 Nov - Ude Mariah(smart group)

3 Nov - Dinie (shah)
6 Nov - Muhammad Nur Ramadhan, Kak Mutmainnah
12 Nov - Syamimi (sekolah rendah), Ucu Afifah(smart group)
13 Nov - Marhabsyah (sekuliah rx8), Wawa (Allied)
14 Nov - Atikah Dawam (shah), Kak Jannah (sekuliah rx8)
16 Nov -Amalina Rahmad(shah), Siti Nor Aisyah (sahabat dunia akhirat)
17 Nov-Izzaty Abdullah (sekuliah rx8)
19 Nov -Zarifah (shah- bff insya ALLAH :) ), Kak Thiqah
20 Nov - Fatimah Amirah (ex roomate CFS-allied-sahabat dunia akhirat)
24 Nov - Huda Zambry (Sekuliah rx8)
26 Nov -Syuhada Hj Mat(sahabat dunia akhirat, bilik kita selevel tapi dah macam sebilik, semahallah, seuniversiti, seperjuangan, sehobi, se.. se.. )

Dedikasi

Ketika Abu Yusuf, sahabat Imam Hanifah an-Nu'man berada di sebuah jalan di Syam, datang dengan tiba-tiba seorang lelaki muslim dan berkata, "Wahai Abu Yusuf, nasihatilah saya dengan nasihat yang akan saya jaga terus bahwa itu darimu."

Menangislah Abu Yusuf dan berkata, "Ketahuilah, wahai saudaraku. Adanya pertukaran siang dan malam, dan peredaran keduanya mempercepat kehancuran badanmu, punahnya usiamu dan datangnya ajalmu, maka semestinyalah engkau tidak tenteram, dan tidak tenang sampai kamu tahu di mana tempat tinggal dan kembalimu kelak. Apakah Tuhanmu marah kepadamu kerana kelalaianmu, dan dosa-dosamu atau dengan kasih dan sayangnya ridha kepadamu?

Anak Adam yang lemah! Hari ini engkau adalah mani, esok bangkai yang mati. Jika engkau rela dengan keadaanmu ini, ikutilah perintah, dan engkau kelak akan tahu dan menyesal di saat penyesalan tiada lagi bermanfaat."

Menangislah Abu Yusuf. Menangislah lelaki itu, dan siapa yang bersama mereka semua.

(cerita ni diambil daripada yahoogroup yang aku sertai, ihsan kak idayu:D)

Salam hari lahir buat anak-anak November. Semoga bertambah iman dan amal kita.

13 November 2009
Aku menyambutnya dalam perasaan yang bercampur baur. Sedih mengenangkan hidup 20 tahun yang kurasakan macam sia-sia, takut, dan gembira. Tapi sungguh, ucapan-ucapan dan doa-doa dari semua menyuburkan semangatku. Moga-moga segalanya memberi erti supaya lebih teliti menjalani kehidupan. Kali ini, aku petik beberapa ucapan sahajalah untuk dikongsi..

"selamat pendek umur.." -ayah

"ape perasaan bile birthday?"tanyanya seceria orangnya.
"sedih"
"salah! bersyukurlah pertama sekali! dah sujud syukur belum?" -ainun

"Kalau dulu Sultan Muhammad Al Fateh tawan konstantinople ketika berumur 24 tahun, Salahuddin Ayyubi bebaskan baitulmaqdis umur 21 tahun, apakah yang kita dah buat sebelum ni? Semoga menjadi somebody for Islam" -ucapan ainun tahun lepas.

Doa-doa yang dikirim sangat aku hargai. Walaupun tidak pada pemberian material, hadiah spiritual itulah yang memberi aku daya. Teruskan menembak doa untuk kita! Walaupun bumi lain-lain, tapi doa kita menembus langit yang sama. Turut terharu dengan hadiah dan dedikasi dari kawan-kawan sekelas. Terima kasih, terima kasih. Rezeki hari lahir jatuh bila semua orang dah jadi orang kaya baru hehe.

Berpisah di mata, bersama di hati dan doa
Buat 2 orang sahabat yang akan meninggalkan UIA Kuantan, Kak Sufi dan Kak Munirah salam perpisahan. Kita berjumpa dengan satu kebetulan, kita bersama dengan satu tujuan, dan kita akan terus bersama walaupun jauh di mata. Terima kasih sangat-sangat atas segala tunjuk ajar. Kak Sufi, semoga ada peluang bersua muka semula. Syukran atas barang hikmah 'mesti kuat semangat' tu. Saya akan ingat kata-kata semangat yang akak pernah tanam kat diri saya bulan 3 dulu. He. Kak Munirah, tak sabar nak tunggu kelahiran 'anak sulung' akak. Kenangan bulan 3 tempohari benar-benar mencetuskan akak yang produktif. Tahniah sebab akaklah orang pertama antara kami yang dalam proses lahirkan 'anak' secara zahirnya... Teruskan mengembangkan sayap, kalau panjang rezeki, saya nak lawat akak kt sana nanti. He. Saya akan selalu berada di sini menanti kehadiran anak-anak akak yang seterusnya. Buat sahabat-sahabat lain yang terbang ke bumi anbiya dan keluar uia, selamat maju jaya sehingga ke akhirnya. Ukhuwah takkan putus tanpa kehadiran sesorang di depan mata, dan akan terus kekal di dalam doa sahabatnya... Uh..
:-h :-c

KHAS BUATMU ;)


Kau, Kawan, Sahabat & Teman
Album : Tika Itu
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku

Kupasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama




DaRul,
usratiy kaybee,
201109

Ghulam Dakwah

Saturday, November 14, 2009


"Nak dengar kisah ashab?"

"Ashab ape cikgu? Ashabul kahfi saya tau dah.... Mak saya pernah cite dah. Yang tido dalam gua, pusing sana pusing sini, sampai 300 tahun lebih tu kan..."

"Alamak, dah tau ke? Oklah, cikgu cerita pasal ashabul ukhdud pulak... Mengisahkan kisah seorang budak (ghulam), rahib, dan ahli sihir..."



"Okei!!"

"Denga elok-elok.. Sape tido cikgu cili mata dia..."

"Erk!" /blur


**********************************************************************************
Hadith mengenai Ahli Sihir, Rahib dan Ghulam (Dalam Kitab Sunan Tarmizi)

Mahmud bin Ghailan dan Abdun bin Hamid menceritakan kepada kami dengan cerita yang mernpunyai makna yang sama, kedua-duanya berkata; Abdur Razak menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada Shabit al-Banaani daripada Abdur Rahman bin Abu Laila daripada Suhaib bahawa beliau berkata;

“Rasulullah (s.a.w) apabila bersembahyang Asar, baginda menggerakkan dua bibirnya seolah-olah baginda bercakap. Dikatakan kepada baginda; “Kamu wahai Rasulullah, apabila kamu bersembahyang Asar, karnu menggerakkan dua bibirmu seolah-olah kamu bercakap. Maka baginda bersabda: “Salah seorang daripada para nabi merasa ajaib dengan umatnya lalu dia berkata; “Siapakah yang akan mengendalikan urusan mereka?! Maka Allah mewahyukan kepadanya supaya memberikan mereka pilihan sama ada membunuh diri atau dikuasai oleh musuh. Mereka pun memilih membunuh din. Maka kematian berleluasa di kalangan mereka. Pada suatu hari berlaku tujuh puluh ribu kematian.”

Suhaib berkata; “Apabila Rasulullah menyebut hadis ini, baginda akan menceritakan hadis yang lain.”Baginda (s.a.w) bersabda; Terdapat seorang raja di kalangan raja-raja yang rnempunyai seorang tukang nujum’ yang berkhidmat kepadanya, Tukang nujum [1] tersebut berkata; “Carilah untukku seorang ghulam yang mudah memahami atau dia berkata; yang cerdik dan cepat faham supaya aku dapat rnengajarnya ilmu aku mi, Sesungguhnya aku bimbang aku akan mati dan ilmu ini tiada yang mewarisinya serta tiada seorang pun di kalangan kamu yang mengetahuinya.”


-gambar hiasan- sumber

Baginda bersabda lagi; “Mereka pun mencarinya berdasarkan kepada ciri-ciri yang disebutkan dan ghulam yang dijumpai diperintahkan supaya menemui tukang nujum tersebut dan sentiasa mendatanginya. Maka ghulam tersebut pun berulang-alik menemuinya. Di perjalanan, terdapat seorang rahib yang beribadat di gerejanya. Ma’mar (salah seorang perawi hadis ini) berkata; “Mereka yang berada di dalam gereja ketika itu adalah golongan muslimin.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam sentiasa bertanyakan rahib tersebut setiap kali dia melaluinya. Keadaan tersebut berterusan sehinggalah rahib menceritakan kepadanya dan berkata; “Sesungguhnya aku menyembah Allah.”

Baginda bersabda lagi; “Ini menjadikan ghulam berhenti untuk berjumpa rahib dan lewat menemui tukang nujum. Tukang nujum pun menceritakan kepada keluarga ghulam dengan mengatakan; “Dia lewat datang menemuiku.” Ghulam menceritakan perkara ini kepada rahib lalu dia menjawab; ‘Apabila kamu ditanya oleh tukang nujum; Di mana kamu sebelum ini?. Jawablah; Bersama-sama keluargaku. Apabila keluargamu bertanya di mana kamu sebelum ini?, beritahulah mereka bahawa kamu bersama-sama dengan tukang nujum.

Baginda bersabda lagi; “Keadaan tersebut berterusan sehinggalah pada suatu hari dia melalui sekumpulan ramai manusia yang tertahan disebabkan seekor binatang. Sebahagian mereka mengatakan bahawa binatang tersebut adalah singa.” Sabda baginda; “Maka ghulam pun mengambil seketul batu lalu berdoa; “Ya Allah, sekiranya apa yang diperkatakan oleh rahib adalah benar, maka aku pinta daripada-Mu untuk membunuh binatang mi.” Dia pun melontarnya, maka binatang tersebut mati dan orang ramai tertanya-tanya; Siapakah yang membunuh binatang ini?

Sebahagian mereka menjawab; “Ghulam”. Maka manusia menjadi takut. Mereka berkata; “Sesungguhnya ghulam ini telah mengetahui suatu ilmu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun.”
Baginda menambah lagi; ‘Peristiwa ini diketahui oleh seorang buta, lalu beliau berkata kepada ghulam; Sekiranya kamu dapat mengembalikan penglihatanku, kamu akan mendapat sekian-sekian. Ghulam menjawab; “Aku tidak memerlukan semua itu daripada kamu, tetapi apakah pandangan kamu sekiranya penglihatanmu dikernbalikan kepadamu. Apakah kamu akan beriman kepada orang yang mengembalikannya?”. Beliau menjawab; “Ya.” Maka ghulam pun berdoa kepada Allah, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Dengan itu si buta beriman. Keimanan mereka diketahui oleh raja dan mereka dipanggil mengadap lalu raja berkata; “Aku akan membunuh kamu semua dengan cara yang berbeza-beza.”

Maka dibawa rahib dan si buta, lalu diletakkan gergaji di tengah-tengah kepala salah seorang daripada mereka, kemudian dia dibunuh. Seorang lagi dibunuh dengan cara yang lain. Selepas itu, arahan ditujukan kepada ghulam; “Bawa dia ke bukit sekian-sekian. Campaklah dia dari puncaknya.” Mereka pun mebawa ghulam menuju bukit tersebut. Apabila mereka sampat ke tempat tuju, mereka semua jatuh daripada bukit kecuali ghulam. Kemudian dia pulang menemui raja.

Selepas itu, raja memerintahkan supaya dia dibawa ke laut dan dicampakkan ke dalamnya. Maka dia dibawa ke laut, lalu Allah menenggelamkan mereka yang bersamanya dan menyelamatkannya. Selepas itu ghulam berkata kepada raja; “Kamu tidak akan dapat rnembunuh aku sehinggalah kamu menyalib dan memanahku. Kamu hendaklah berkata ketika memanahku; “Dengan nama Allah, Tuhan ghulam ini.”

Baginda (s.a.w) menyambung lagi; “Maka raja pun memerintahkan supaya dilakukan apa yang dicadangkan lalu ghulam disalib. Kemudian raja memanahnya sambil berkata; “Demi Allah, Tuhan ghulam ini.” Sabda baginda lagi; “Lalu ghulam meletakkan jarinya pada bahagian di antara mata dan telinganya. Selepas itu, dia pun meninggal. Dengan itu, orang ramai pun berkata; “Sesungguhnya ghulam ini mengetahui suatu ilmu yang tiada sesiapa pun yang mengajarnya. Dengan itu kami beriman dengan Tuhan ghulam ini.”

Baginda bersabda lagi; “Dikatakan kepada raja; “Apakah tuanku merasa resah gelisah ketika tiga orang tidak mengikut tuanku. Sesungguhnya alam seluruhnya telah menentang tuanku.” Baginda meneruskan cerita; “Maka parit pun digali. Kemudian dikumpulkan kayu api di dalamnya lalu dinyalakan. Selepas itu orang ramai pun dikumpulkan, lalu raja berkata; “Sesiapa yang kembali kepada agama asalnya, kami akan selamatkan dia. Sesiapa yang enggan, kami akan campakkan dia ke dalarn api ini.” Kemudian mereka pun dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Baginda bersabda; “Allah telah berfirman “Telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit. (Pari) api yang dipenuhi bahan bakaran. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya. Dan mereka menyaksikan apa yang mereka lakukan terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin melainkan kerana mereka beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”
Sabda baginda lagi; “Mengenai ghulam, dia telah dikebumikan.” Disebut bahawa pada zaman pemerintahan Umar bin al-Khattab, mayatnya dijumpai dan didapati jarinya masih berada pada bahagian di antara mata dan telinganya sebagaimana ketika dia dikebumikan. Abu Isa berkata; “Hadis ini adalah hadis hasan gharib.”

----> Sumber dan lanjutan kisah di sini : Disertasi . Kredit untuknya =D>

Nose drops and ear drops

Friday, November 13, 2009
Salam alaik,

Kadang-kadang bila kita beli ubat, kita selalu tak ikut cara yang betul... Lebih-lebih lagi pada deria sensitif seperti telinga. Untuk sesiapa yang ada guna nose drops dan ear drops, meh kite tengok cara-cara yang betul untuk gunakannya :) :)>-

Nose drops.
1. Basuh tangan. Jangan lupe...
2. Tiup dulu hidung secara perlahan.
3.Duduk atas kerusi sambil mendongak sehabisnya. Atau baring dengan mendongak.
4.Masukkan penitis secara menegak, dan picit.
5. Tunggu 2 minit, tarik nafas, gerakkan kepada kiri dan kanan.
6. Ulang untuk ubat yang lain.

Spray
1. Jangan goncang ubat.
2. Masukkan nose piece, tekan bekas, dan sedut.

Jaga-jaga.
- jangan guna ubat hidung lebih dari 3-5 hari.
-Pastikan penitis tak terkena hidung.
-Basuh dengan air panas lepas guna
-Jangan guna sekiranya ubat dah bertukar warna.
-Jangan kongsi ubat dengan orang lain. 1 ubat untuk 1 pesakit.


ni cara yang salah!! jangan tiru. gambar digoogle

Ear drops
1. Basuh tangan.
2.Pegang ubat, supaya ubat dipanaskan mendekati suhu badan.
3. Baring sisi untuk memudahkan ubat diisi.
4. Isi mengikut dos yang diarahkan. Tunggu 2 minit, masukkan kapas lembut
untuk mengelakkan cecair keluar.
5. Urut bahagian hadapan telinga dengan lembut.

sumber

Jaga-Jaga
-Goncang elok-elok sebelum guna.
- Elakkan penitis dari terkena telinga.
-Jika merasa berapi atau gatal, sila jumpa doktor segera.
-Tutup bekas rapat-rapat lepas guna.
_-Pastikan air tak masuk ke dalam ubat penitis telinga.
-Jangan masukkan dalam peti ais untuk buat aiskrim...ok~

Be careful.. especially when you handle it for kids... Appropriate methods will lead to safe treatment.. Thank You! :D

p.s please discard your medications after expiry date.

selawat : antara sunni dan bid'ah

oleh : dr mohd rosdi

Oleh : Dr Mohd Rosdi bin Ismail

صلوات شفاء

اللهم صل على سيدنا محمد، طب القلوب ودوائها ، وعافية الأبدان وشفائها ، ونور الأبصار وضيائها وعلى آله وصحبه وبارك وسلم


Pada hari Ahad, 8 November 2009, murid saya, Doktor Mohamad bin Paiman, dari USM Kubang Kerian, bertanya: "Apakah pendapat ustaz terhadap komen Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis, yang mengatakan Selawat Syifa' itu boleh membawa kepada syirik?" (untuk lihat kenyataan tersebut klik pautan ini. Saya jawab: "Maaf Doktor! Saya tak tahu sangat jawaban terperinci. Namun setahu saya selawat ini dah diamalkan sekian lama oleh ramai para alim ulama'. Apa kata kita tengok pendapat para ulama?" Beliau setuju dengan cadangan saya.

Pokok persoalannya ialah Dr Mohd Asri mengatakan: "kita dapati pertamanya selawat ini tidak ada sumbernya daripada syariah ... bahkan maknanya bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam. Setelah disemak dari beberap segi, maka ia bercanggah dengan akidah Islam".

Ada dua perkara yang perlu dilihat dalam dakwaan tersebut. Pertama; ketiadaan sumber dan dalil yang mengesahkan selawat tersebut boleh diamalkan pada syarak. Kedua; dimensi yang diambilkira sehingga ia dilihat bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah. Setelah meninjau pandangan berbagai pihak, saya dapati ada pro dan kontra tentang selawat tersebut.

Al-Syeikh Muhammed Soleh al-Uthaimeen berkata: "... pada apa yang zahir bagiku, doa ini lebih hampir untuk membawa kepada syirik (kerana) Nabi s.a.w. bukanlah penawar hati dan juga ubatnya dari sudut fizikanya. Maksudnya, apabila hati mengalami penyakit fizikal, maka Nabi s.a.w. bukanlah perawatnya. Ini kerana Nabi s.a.w. telahpun wafat (tiada) pada masa kini. Maka tidak ada sesiapapun yang boleh mengambil manfaat daripada baginda secara fizikal. Adapun apabila seseorang (yang beramal dengan selawat tersebut) bermaksud beriman dengan baginda sebagai penawar hati dan ubatnya, maka ini adalah benar. Memang tidak diragui lagi bahawa beriman dengan Rasul s.a.w. boleh menyembuhkan hati daripada penyakit-penyakit metafizika. Maksudnya, Baginda adalah penawar kepada penyakit-penyakit tersebut ..."

Untuk melihat kenyataan penuh beliau tersebut (dalam bahasa Arab, sila klik pautan ini). Setelah meneliti keseluruhan kenyataan beliau, saya dapati beliau tidak menggalakkan kita beramal dengan selawat tersebut. Sebaliknya beliau mengajak kita berselawat dengan apa yang didatangkan oleh sunnah sahaja. Beliau juga menggesa sesiapa yang pernah beramal dengannya agar bertaubat dan kembali kepada Allah s.w.t.

Apa yang menarik, melalui kenyataan di atas, walaupun kelihatan agak tidak bersetuju, kita dapati beliau masih berlapang dada apabila memberi dua sudut pandangan yang berbeza dari dimensi fizika dan metafizika. Ini menunjukkan bahawa sesebuah wacana itu boleh dilihat dari dimensi yang berbeza. Maknanya boleh berubah berdasarkan sesuatu dimensi yang diambil kira. Aspek ini masih belum menjadi elemen budaya sesuatu perbahasan awam di Malaysia.

Bertolak dari itu, kita mungkin boleh mengatakan bahawa aspek "makna" yang didakwa bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah tadi masih boleh ditakwil dengan makna lain yang tidak bercanggah. Dalam ilmu bahasa Arab, gabungan ilmu-ilmu Sorf (kata), Nahw (ayat), Ma`ani (makna) dan Bayan (gaya pengucapan) perlu diambil kira sebelum kita membuat penetapan "makna sebenar" yang dimaksudkan dalam sesebuah wacana. Makna sebenar ini bermaksud makna saringan yang diperolehi daripada makna kamus, makna konteks dan makna budaya. Ini menuntut kecermatan yang tinggi sebelum kita membuat sesuatu rumusan.

Aplikasi kepada aspek-aspek makna tersebut untuk mencari "makna sebenar" Selawat Syifa', telah digarap oleh Nik Mohd Nazimuddin bin Nik Ibrahim dalam kata-kata beliau : "Timbul satu persoalan, kenapakah pula diri Nabi s.a.w yang jadi pengubat atau penyihat bagi rohani dan jasmani, sedangkan syariat, ajaran atau Quran yang dimaksudkan sebagai pengubat? Menjawab persoalan ini, apabila Nabi Muhammad sebagai utusan Allah yang dilengkapi bersamanya Quran dan ajaran-ajaran syariat maka diri tubuh badannya adalah sebagai penterjemah kepada Al-Quran dan penafsir bagi syariat. Ini terbukti di mana segala tingkah laku perbuatan dan perkataan Nabi adalah akhlak Al-Quran yang dijadikan sebagai contoh-tauladan.

Justeru diri Nabi adalah seumpama Syariat, lalu disandarkan diri baginda sebagai penawar dan penyembuh bagi rohani dan jasmani. Sebagaimana juga disandarkan perbuatan jahat yang sentiasa dan sebati dilakukan oleh anak Nabi Nuh kepada tubuh badan dirinya sendiri dalam surah Hud:ayat 46: انه عمل غير صالح ertinya: “Sesungguhnya dia (anak Nuh) adalah perbuatan yang tidak baik”. Untuk melihat kenyataan penuh beliau, sila klik pautan ini.

Setelah membuat perbandingan antara ketiga-tiga pandangan di atas, saya melihat kita sering terbabas ketika membuat interpretasi ke atas sesebuah wacana. Selain itu, kita juga sering terjebak dengan "kecenderungan bawah sedar" untuk bias kepada apa yang kita anuti. Kedua-dua elemen ini boleh membuat kita terleka buat seketika sehingga rumusan yang kita buat sukar untuk diterima oleh pihak ramai.

Maafkan saya! Saya tidak akan memberi "fatwa baru" ke atas isu yang dibincang. Saya hanya membuka ruang untuk kita berfikir dan menilai sendiri sesuatu pendapat yang diberi. Lagipun saya bukanlah pakar dalam bidang syariah dan usuluddin untuk berbuat demikian. Apa yang ingin saya pesan, janganlah kita terlalu bergantung kepada satu aspek makna sahaja dalam membuat analisis ke atas sesebuah wacana atau kenyataan.

Ada kemungkinan besar Dr Mohd Asri "menyerang" Selawat Syifa' ini dengan tujuan "menyelamatkan" umat Islam Malaysia daripada terjatuh ke dalam bid`ah. Bagaimanapun, mereka yang masih ingin beramal dengan Selawat Syifa' tidak perlu terlalu gusar dengan kenyataan Dr.Mohd Asri tersebut.

Dalam fatwa no 38193 yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa di pautan ini, yang menyebut: "Dengan apa lafaz sekalipun, apabila seseorang itu berselawat ke atas s.a.w. dia telah melaksanakannya dan akan diberi ganjaran kerananya, selama mana lafaz tersebut tidak mengandungi perkara-perkara yang dilarang. Cuma, seafdal-afdal sighah (ucapan selawat) ialah sighah Selawat Ibrahimiah kerana Nabi s.a.w. telah mengajarkannya kepada para sahabat baginda bila mereka berkata : "Bagaimana kami hendak berselawat ke atas mu?" -Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain lagi.

"Adapun dari sudut sighah (Selawat Syifa'), maka tidak terdapat di dalamnya perkara yang dilarang syarak. Ini kerana zahir (nyata) dalam ibarat (ayat) orang yang berkata (selawat tersebut) bermaksud "apa yang di bawa oleh Nabi s.a.w.". Apa-apa yang di bawa oleh Nabi s.a.w. di dalamnya terdapat penawar hati dan ubatnya, penyihat badan dan penyembuhnya, sinar pandangan mata dan cahayanya. Semua itu sama sahaja samada dari sudut fizika atau metafizika".

Dalam fatwa nombor 5025, Majlis Fatwa tersebut juga menyatakan bahawa lafaz berselawat di luar solat adalah luas (tidak terhad).

Apa yang ingin ditegaskan, kita harus berhati-hati dan adil dalam menilai sesuatu wacana. Contohnya hadis Nabi s.a.w. :-

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول في خطبته يحمد الله ويثني عليه بما هو له أهل ثم يقول (من يهد الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، إن أصدق الحديث كتاب الله، وأحسن الهدي هدي محمد، وشر الأمور محدثاتها، وكل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار...) الحديث،

Maksudnya : Adalah Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam khutbahnya memuji Allah dan memuja Nya dengan apa yang layak untuk Allah. Kemudian baginda bersabda : "Sesiapa yang Allah beri ptunjuk kepadanya nya, maka tidak ada lagi yang dapat menyesatkannya. Dan sesiapa yang Allah sesatkannya, maka tiada lagi yang dapat memberi petunjuk kepadanya. Sesungguhnya setepat-tepat pengucapan ialah kita Allah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad, seburuk-buruk perkara ialah perkara baru yang diada-adakan, setiap yang baru diada-adakan adalah bid`ah, dan setiap bid`ah itu kesesatan, dan setiap kesesatan itu di dalam neraka...")

Setakat pembacaan yang telah dilakukan, saya dapati kebanyakan kita mudah cenderung untuk mengikat pemahaman kita kepada makna permukaan sesuatu wacana. Kita sering cepat membuat kesimpulan berdasarkan beberap kerat dalil sahaja. Sebagai contoh, dalam hadis di atas, ramai penganalisis sering terarah untuk memberi tumpuan kepada beberapa aspek tertntu sahaj dan mengabaikan aspek-aspek lain yang berkaitan dengannya.

Contohnya perkataan "bid`ah" dalam hadis di atas telah mendapat perhatian lebih di kalangan pembaca dan pemikir para berbanding perkataan "dholalah". Definisi "Bid`ah" telah dihurai dengan ditil dan terperinci. Kebanyakannya menjurus kepada maksud "sesuatu yang baru diada-adakan dalam beribadat kepada Allah sedangkan ia tidak mempunyai apa-apa perkaitan dan mana-mana "usul syarak" pun.

Sebenarnya sebelum kita melangkah jauh, kita perlu melihat kepada bentuk kata (محدثات) itu sendiri. Ia adalah kata sifat, terbitan daripada perkataan ( حدث = hadatha) yang dibentuk melalui acuan kata ( مفعل = muf`al). Dari sudut makna morfologi, acuan kata tersebut bermaksud merujuk kepada apa-apa yang dilakukan secara sengaja. Dengan itu, apa sahaja perkara baru yang sengaja diada-adakan adalah bi`dah. Jika definisi "bid`ah" kita hanya berlandaskan atau lebih dipengaruhi oleh makna morfologi sahaja, maka tiada siapa pun dalam hidup ini yang tidak terlibat dengan bid`ah. Oleh sebab itu, untuk membezakan antara bid`ah dengan sunnah, para ulama menetapkan jika sesuatu amalan yang baru itu ada kaitan dengan "usul syarak" maka ia dikira sunnah dan bukannya bid`ah.

Saudaraku, di sinilah bermulanya titik percanggahan sesama kita apabila kita ;-

1-Agak ketat atau terikat dengan satu dimensi sahaja ketika mengaitkan sesuatu amalan baru itu dengan sesuatu usul syarak. Contohnya ada pendapat yang mengatakan bersalam sesudah solat itu bid`ah kerana Nabi s.a.w. tidak berbuat demikian. Baiklah, tapi bagaimana pula jika seseorang itu melihat amalan tersebut sebagai suatu perbuatan yang tidak ada kena mengena dengan solat, sebaliknya dia melakukannya atas niat "musofahah" pada kesempatan bersolat secara berjamaah. Apa kita nak kata? Nampaknya, faktor niat dan tujuan juga ada signifikannya untuk merubah status sesuatu amalan baru itu daripada bid`ah kepada sunnah atau sebaliknya.

2- Tidak melihat makna sesebuah wacana secara holistik. Tajuk atau mesej utama hadith tersebut ialah persoalan HIDAYAH dan DHOLALAH. Nabi s.a.w. ingin menjelaskan bahawa ia adalah urusan Allah s.w.t. Kedua-duanya datang daripada Allah s.w.t. Seseorang manusia sama ada berada dalam petunjuk atau kesesatan adalah di bawah kemahuan Allah. Namun, ia tidak menafikan keupayaan manusia untuk berusaha mencari petunjuk daripada Allah dan hadith Rasulullah s.a.w. Oleh sebab itu, dalam hadith tersebut, baginda memberi amaran agak kita tidak mengada-adakan perkara baru yang boleh membawa kepada kecelakaan dan kesesatan sehingga manusia terjerumus ke dalam neraka.

Itulah intipati wacana hadith tersebut. Oleh itu, kita tidak harus lupa bahawa antara ciri-ciri "bid`ah" (selain merujuk kepada perkara-perkara baru yang di adakan), ia juga merujuk kepada perkara yang membawa kecelakaan dan kesesatan. Perkataan (شر) dan (ضلالة) yang disebut dalam hadith tersebut juga perlu diambil kira sebagai ciri asas dalam menentukan sesuatu amalan itu bid`ah atau tidak. Jadi, bagaimana sikap anda dalam tindakan membid`ahkan sesuatu yang baru? Adakah anda nampak ciri-ciri kesesatan pada mereka yang bertahlil ke atas si mati? Adakah akan masuk neraka mereka yang berwirid sesudah solat? Anda tentukan sendiri sikap anda.

3- Terlupa atau tidak tahu bahawa banyak amalan dalam hidup kita yang tidak ada nas yang jelas itu boleh disandarkan kepada "perkara-perkara yang dibolehkan" (al-Jawaaz). Maksudnya ia tidak dilarang atau disuruh dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum yang telah sedia ada. Contohnya konsep ibadat "Rahbaniyyah" yang telah dicipta oleh pengikut Nabi Isa a.s, sedangkan Allah tidak mewajibkannya ke atas mereka, tetapi telah diterima oleh Allah. Firman Nya;-

ثُمَّ قَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِمْ بِرُسُلِنَا وَقَفَّيْنَا بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَآتَيْنَاهُ الإِنْجِيلَ وَجَعَلْنَا فِي قُلُوبِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ رَأْفَةً وَرَحْمَةً وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلا ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللَّهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا ۖ فَآتَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُون

Maksudnya;
"Kemudian Kami iringi sesudah mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri) dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik (derhaka)" - al-Hadiid/27

Apa yang ingin ditonjolkan dari ayat tersebut ialah manusia masih mempunyai ruang untuk mengadakan perkara-perkara baru selagi ia tidak bercanggah dengan usul syarak sekalipun dalam perkara-perkara ibadat umum. Perkataan (وجعلنا = menjadikan) dalam ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah menerima konsep "Rahbaaniyyah" yang diadakan oleh pengikut Nabi Isa a.s. Penerimaan tersebut merupakan ruang untuk manusia berinovasi dalam kehidupan mereka. Apapun, saya tidak berniat menyebelahi mana-mana golongan. Saya lebih suka andai kata perbincangan kita dalam kes-kes begini, bersih daripada unsur-unsur kata serangan kepada pihak lawan atau mereka yang tidak sealiran dengan kita. Marilah kita berlapang dada berbincang secara damai dan insaf.

Cukup dulu untuk kali ini. Dalam tulisan berikutnya, saya akan cuba mengupas formasi perkaitan makna "Dholalah" dengan "Bid`ah". Semestinyakah setiap yang baru itu bid`ah dan menyesatkan? Apa maksud baru? Bagaimanakah cara sesuatu yang baru itu boleh dikaitkan dengan sesuatu nas atau usul syarak? Jawapan-jawapan kepada soalan ini akan dapat memberi penjelasan kepada status Selawat Syifa untuk di amalkan atau tidak.

Sekian

selamat pendek umur?

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Begitulah ucapannya. Ucapan yang nampak kasar, tetapi terkandung makna yang benar.
/sweat

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Mendalam maksudnya. Ketahuilah,umurmu semakin pendek. Semakin menghampiri alam lain. Semakin sedikit ruang masamu di atas dunia. Makin melangkah tahun baru, makin pendeklah tahun-tahun yang berbaki.

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Ucapan sinis sebagai tazkirah agar bertungkus-lumuslah bersedia. Bersedialah sebelum mati, kerana mati itu hanya sekali. Tidak boleh diulang, no repeat paper, walaupun sekali. No and never. Sekiranya baik, baiklah, sekiranya buruk, buruklah. Tiada lagi permohonan kedua memasuki madrasah kehidupan. Tiada pentadbir yang akan menimbangkan sama ada permohonan kemasukan semula diterima atau tidak, kerana tiada tawaran untuk itu. Tiada istilah untuk hidup dua kali melainkan di alam yang baru.

Selamat hari lahir, selamat pendek umur. Benarlah ucapannya. Dia ulang lagi, selamat pendek umur. Pendek umur kerana kita mengakui bahawa mati itu haq, neraka itu haq, syurga itu haq, dan Allah itu haq. Orang Islam yang matlamat akhirnya adalah Allah, maka ucapkanlah selamat pendek umur padanya. Biar dia sentiasa beringat. Tambahnya, ucapan selamat atau semoga panjang umur itu mainan yahudi. Supaya kita lupa pada alam selepasnya. Supaya kita lupa untuk berlumba-lumba bersedia untuk hidup di sana.


Selamat hari lahir, selamat panjang umur. Berbahagialah menjadi orang yang semakin pendek umur. Tempoh masa kita ‘berkahwin’ dengan alam kubur semakin dekat... maka, berfoya-foyalah lagi...


:) :)>- testing benda baru dalam blog /hmm
Terima kasih atas ucapan yang benar... Terima kasih atas doa-doa sahabat-sahabat semua... Sesungguhnya, saya menumpang kekuatan dari doa-doa tulus dari kalian, tempanglah saya tanpa doa-doa kalian... teruskan menembak doa untuk kebaikan kita...

sampai ke hatiku dari hatinya

Thursday, November 12, 2009
Hari-hari yang kita lalui tak menjanjikan warna pelangi indah dan ceria.Adakalanya suram.Hanya senyum pudar yang mampu terukir pada bibir.Namun, percayalah...Pada duri yang ada di kiri dan kanan jalanan, pasti ada hikmah yang ingin Allah titipkan.Tidak sia-sia aturanNya walau sesekali jiwa terasa berat untuk menerima apatah lagi akur pada takdir itu.......Be strong!Allah be with us:)

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,
dan
ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"
- IBNUL QAYYIM-


“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him.
And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him.
And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.”
- Ibn Al-Qayyim

Kita sering menangis memikirkan persoalan yang telah dan akan terjadi.... tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.. kelmarin Tuhan telah menolongmu.. percayalah,esok pun Dia tetap akan menolongmu..... - nasihat Imam Syafie

Berpenat lelah lah kerana
sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.
Jgnlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikianlah hidup itu diciptakan.."
-Imam Asy Syafie



~resapi semangat pada jiwa yang makin layu...moga ia terus kembang mekar biar dimamah seribu mehnah~

###ENTRI DARI HATI KE HATI OLEH kak dayah.... sahabat dunia akhirat.. Tanda kasih sayang Ilahi sering disampaikan melalui hidayah :) ####

refleksi

refleksi selepas menjawab soalan akhir sem subjek kimia organik
pelik sungguh bunyinya.. 'organic chemistry'

"ayah, susah betul exam tadi"
"Baguslah. "
"......................"

Antara 2 Cinta
Album : Antara 2 Cinta
Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com


Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi
Hakcipta : OVA Productions


Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta



Jalan-jalan cari makna
( makna kenapa susah nak jawab chem?? ) dan lain2

indanhye, luasnye.

Bot besar kena lintas dengan bot kecik.

Bot kecik yang lain datang semula.

Lagi sekali bot besar kene lintas. Makin jauh ditinggalkan.

Langit petang yang sangat indah. Lokasi Kb.

Buruk sangka
Bot tu nampak besar, tapi dilintas oleh bot kecik.
Kesimpulan : Fizikal x melambangkan kekuatan.

Baik sangka
Bot tu mungkin berhenti sebab nak tangkap ikan, n jual kat pasar.
Kesimpulan : Niat, tujuan, objektif adalah sesuatu yang tidak diketahui umum. Orang luar boleh buat pandangan yang macam-macam.

Akhirnya,
Nelayan bot besar tolak ikan kat peraih untuk dijual di pasar.
Kesimpulan : Baru nampak kebaikan dan manfaat bot besar yang berhenti tadi....

Kesimpulannya...... jagalah hati. Jagalah niat. Dasar yang baik akan membuahkan luaran yang baik. Tujuan yang murni membuahkan perlakuan yang suci.

Kita bukan siapa2... tapi kita manusia. Manusia khalifah.
Tapi kitalah juga yang sering melakukan kerosakan.

chem oh chem...
masa oh masa...
diri oh diri...

darul,
usratiy kaybee,
12/11/09,
19 tahun pada hari yang ke 365.