200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Farmasi 1511H

Monday, May 31, 2010
Farmasi zaman 1511H...

"Kak, sini ade jual ubat khusyuk tak?"

"Kak, saya cari ubat bangun malam."

"Kak, saya tengah nak kuruskan nafsu. Perlu makan ape ek?"

"Kak, tolong saya. Hati saya berbau dah ni. Ada penyembur untuk hati bagi wangi tak?"

"Kak, saya perlu pencerah dan penerang jiwa. Bimbang hati ni tak rasa ape-ape bila buat dosa."

~Tenggelam dalam kombat 1511H.

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. " (2:79)

Life Line For Gaza - Semoga Selamat







BismiLlah AlhamduliLlah. Selawat dan Salam ke atas baginda.

"(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "Kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (surah al fath :26)"


Berita AWANI tengahari tadi mengisahkan,
Pada jam 1030 pagi (waktu tempatan dan 5+ pagi waktu di sana) : Kapal konvoi diserang tentera Israel, 2 terbubuh, 30 cedera. Sama seperti 1 sms yang diterima terlebih dahulu.

2 sms doa diterima dari masturah dan aina,
Ya Allah, kau permudahkan urusan konvoi lifeline4 Gaza. Kau hantarlah bantuan buat mereka bagi emnentang Israel yang kau laknati. Kau bantulah mereka Ya Allah sebagaimana Kau menghantar burung ababil, sebagaimana Kau menghantar angin taufan yang kuat ketika Nabi-Mu berperang. ya Allah, kabulkan doa kami. Sesungguhnya kami hanya mampu berdoa bagi mereka.. Ameen.

Saya ingin berkongsi doa dan maksud Qunut Nazilah, doa yang disarankan baca ketika serangan Israel ke atas Gaza beberapa tahun lalu... Senjata mukmin ialah doa.


“Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka ,
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa!
Wahai tuhan yang penuh raksasa!
Wahai tuhan yang bersifat murka!
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab,
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka....”

Semoga Allah mengurniakan kejayaan dan ketenangan buat para mujahidin di seluruh dunia. Semoga Allah selamatkan saudara-saudara Islam di Palestin, Pattani, dan tempat lain. Takbir!

Daripada Anas:

أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قنت شهراً حين قُتِل القُرّاء، فما رأيته حزن حزناً قط أشدّ منه

Maksud:
Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan semenjak para penghafaz al-Quran telah terbunuh, maka tidak pernah aku melihat baginda begitu sedih dengan kesedihan sekuat itu. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 5, hlm. 180, No. hadith: 1300.)


(120) وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى

"Dan orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu Muhammad sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)." (Al-Baqarah :120)

sumber doa
sumber hadith
sumber ayat al quran 2:120


Darul,
Waktu Asar,
Kuantan

facebook versi Islam

Sunday, May 30, 2010



BismiLlah..

Hajat di hati nak post pasal entri lain, tapi tertarik kat entri Kak Chik berkenaan millat facebook, dikatakan facebook versi Muslim.

Millatfacebook dibuat hasil penentangan Pakistan dari Hari Melukis Nabi s.a.w. pada 20 mei lalu. Tak pasti sama ada FB yg banned Pakistan dulu atau Pakistan yang sekat FB dulu dari liputan dalam negaranya. Dalam youtube ade berita yang pakistan banned fb. Tp dalam entri kakchik, cakap fb banned pakistan. Mana-manalah.

Salute la pakistan. Mmg sebijik macam fb. Tapi macamane nak cek ni orang Pakistan-Muslim punya ye? Pakistan xde guna APCO kan? he, sinis.





InsyaALLAH, harap2nya millatfacebook ni dapat ganti fb yang penuh kontroversi tu.

Akhir-akhir ni pun, banyak dapat peringatan dari group n emel tentang fb. Last-last, decide nak deactivate dulu fb. Takut main fb amik banyak cuti yang tinggal sebulan je lagi. Lepas ni, kalau ade keperluan lain, baru nak reactivate semula.

Semoga iman kita dalam peliharaan ALLAH selalu. Wassalam.

Mengapa AL-Quran perlu dihafaz?

Thursday, May 27, 2010



tazkirah dipetik dari worldofislam.ning


Sebab Pertama :
Anda sedang melaksanakan salah satu sunnah tertinggi Rasulullah S.A.W

Sebab Kedua :
Anda sedang mengisi otak anda dengan 'makanan' paling sempurna.

Sebab Ketiga :
Anda akan menjadi manusia lebig seimbang seperti Rasulullah S.A.W

Sebab Keempat :
Anda sedang mendaftar untuk menjadi ahli kelab teragung 'Ahlullah'

Sebab Kelima :
Anda sedang membantu Tuhan secara tidak langsung mengekalkan Al - Quran

Sebab KeEnam :
Kehidupan anda terasa lebih dekat dengan Tuhan

Sebab keTujuh :
Anda sedang memasang 'filter' pembersih tercanggih untuk 'mata hati' anda

**Huraian fakta di atas boleh anda dapatkan di website ini. Klik Di Sini
p.s : kaedah baru dalam hafazan : KAEDAH JIBRIL cuba klik link di atas)

Salam Mujahadah :)

Al-Quran dan kita

Wednesday, May 26, 2010



tazkirah dipetik dari worldofislam.ning

Terdapat tiga kewajipan utama kita terhadap al-Qur’an:
a) Membaca al-Qur’an dengan tartil (tersusun)
b) Menghayati bacaan al-Qur’an
c) Menjadikan al-Qur’an sumber petunjuk dalam kehidupan dan amalan seharian.


Membaca al-Qur'an bukanlah sekadar untuk mencari ganjaran dan pahala membacanya sahaja (satu huruf sepuluh pahala) sebagaimana yang digambarkan oleh sesetangah orang, bahkan ganjarannya yang hakiki adalah dengan mempraktikkan al-Qur'an dan berpegang teguh dengan ajarannya, sebagaimana firman Allah s.w.t.:

وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ

Maksudnya: dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu nescaya Allah pasti akan melihat amalanmu, dan begitu juga Rasul dan orang-orang yang beriman (pasti mereka juga akan melihat amalanmu). (At-Taubah:105)


Sabda Nabi s.a.w.:

«اقرأ القرآن ما نهاك، فإذا لم ينهك فلست تقرأه»

Maksudnya: Bacalah al-Qur'an kerana al-Qur'an dapat mencegahmu (daripada melakukan dosa), maka jika (kamu membacanya dan) ia tidak mencegahmu (daripada melakukan dosa), maka kamu sebenarnya tidak membaca al-Qur'an (dengan bacaan yang hakiki) -hadis hasan li ghoirihi-


Bagaimanakah cara untuk kita mendapat faedah daripada al-Qur'an agar al-Qur'an dapat dipamerkan dalam kehidupan dan amalan seharian?
Caranya:
-Pertama, kita hendaklah terlebih dahulu mendengar bacaan ayat al-Qur'an sama ada yang dibaca oleh kita sendiri ataupun orang lain.
- Kedua, kita hendaklah cuba sedaya upaya untuk memahami maknanya (contohnya dengan membaca buku tafsir yang muktabar atau dengan bertanya kepada para guru @ Ulama').
- Ketiga, kita hendaklah beramal dengan al-Qur'an (melaksanakan suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya) dengan penuh keikhlasan dan kesedaran.

- Firman Allah s.w.t.:

(فَبَشِّرْ عِبَادِ الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الأَلْبَابِ)

Maksudnya: Maka berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku, iaitu mereka yang mendengarkan sesuatu perkataan, lalu mereka mengikuti perkataan yang terbaik, mereka itulah yang telah diberi petunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Az-Zumar:17-18)

- Ini bermakna, orang yang mendengar ayat al-Qur'an hendaklah memahaminya dan beramal dengan apa yang terdapat di dalam al-Qur'an, KERANA pembacaan dengan penghayatan dapat menjangkau hati, lalu menggetarkan perasaan dan memberi kesan kepada jiwa.



Oleh itu, al-Qur'an hendaklah dibaca dengan penuh penghayatan, pemahaman, penelitian, dan kesedaran, kerana dengan cara inilah kita dapat memberikan bacaan al-Qur'an haknya serta maknanya yang sebenar, sebagaimana firman Allah s.w.t.

(الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ)

Maksudnya: Mereka itulah yang kami berikan kepadanya al-Kitab (al-Qur'an), mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan.(Al-Baqaroh:121)

Sayyidina Ali r.a. (wafat 40H) berkata:

"لا خير في عبادة لا فقه فيها، ولا في قراءة لا تدبر فيها، وإياك أن تصير مشغوفاً بعدد الختمات على نفسك، فلأنْ تُرَدِّدَ آية واحدة ليلة خيرٌ لك من ختمتين".

Maksudnya: Tiada kebaikan dalam ibadah yang dilakukan tanpa sebarang kefahaman, begitulah juga tiada kebaikan dalam bacaan al-Quran yang dibaca tanpa sebarang penghayatan. Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menyukai berapa banyaknya bilangan kamu mengkhatamkan (menghabiskan) al-Qur'an, ketahuilah bahawa jika kamu dalam satu malam hanya mengulang-ulang satu ayat al-Qur'an (dengan penghayatan) adalah lebih baik daripada kamu mengkhatamkan al-Qur'an dua kali (tanpa penghayatan).


اللهم اجعل القرءان لي في الدنيا قرينا وفي القبر مؤنسا وفي القيامة شفيعا وعلى الصراط نورا وفي الجنة رفيقا ومن النار سترا و حجابا

"Ya Allah,jadikanlah al-Quran itu bagiku sebagai perhubungan di dunia, dan di qubur pula sebagai teman yang jinak, dan di hari Qiamat pula sebagai pelindung, dan di titian sirat pula sebagai cahaya penyuluh dan di syurga pula sebagai teman yang setia, dan dari api neraka sebagai penghalang dan pendinding.."
Amiin...

seorang sahabat amik masa baca al-Quran kejap kat lab.


Allahumma Solli 'ala Muhammad

Sunday, May 23, 2010

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim

Pengajaran Hadis:
i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.



Allahumma Solli 'ala Muhammad







Respon dari hari melukis karakter Nabi... orang Muslim membantah sekeras-kerasnya..
"JANGAN LUKIS GAMBA NABI KAMI!"
"JANGAN MAINKAN NABI!"
"Dont' draw our prophet!"

Orang2 kafir mungkin berkata "Why they are too religious?!"... "but then they follow our lifestyle.. HAHA!"

Spt pesan Us Hasrizal, pemboikotan dan protes besar-besaran tidak akan bertahan lama, jika akar umbinya tidak dibaiki. Hidup semula dengan cara hidup Islam nan indah, syumul, dan mulia, yang dibawa baginda Rasul s.a.w yang kita kasihi dan sayangi. Kekasih ALLAH, penghulu segala Anbiya'.

Terngiang-ngiang 1
scene dalam cerita Perempuan Berkalung Sorban, pelajar2 pesantren melaung2kan...
"WALA TALBISUL HAQQA bil BATHIL.. (sehingga akhir ayat..)"
(Mafhumnya, jangan dicampur yang baik dengan yang buruk..)

Berderau juga darah, bergetar juga segala saraf ini.

Mengenangkan dunia akhir zaman dan segala kekacauan.
Baik dan buruk tidak jelas. Bencana alam. Bumi kian panas.
Tabiat manusia yang ganjil.

Berkiralah wahai diri, sebelum hari Hisab yang abadi.



Allahummar zuqnal jannata wa na'imaha wa ma yuqarribu ilaiha, min qaulin, wa fi'lin, wa niyyatin, wa i'tiqood.. AMIN

ehadith dari web jakim.


sugar shortage?!

Wednesday, May 19, 2010
Bismillah...

Di suatu kawasan kampung yang terletak di Maran, sahabatku bertanya,
"Huda, awak wat air pakei gula mane?"
"Aaa? Gula pakcik tu."
"Nak skit bleh? Kitorang puas cari kat kedai, gula habis."
"GULA HABIS?" tanyaku.

Di dalam suatu farmasi di bandar Kuantan, kedengaran berita pagi dari celah-celah corong radio yang tersorok, pemecah kesunyian di dalam premis tersebut.
"Dilaporkan gula tiada di kedai-kedai di sini (ade la negeri2 berkenaan).." ulas penyampai berita.
Terdapat sorang dua orang awam berpendapat,
"Pueh, makcik cari, agak-agaknyer ade orang sorok... susoh la gula xde.."


Antara perbualan seorang kakak pembantu farmasi dengan seorang budak mentah, diperihalkan dari sebuah akhbar, kalau nak beli gula pun kena tunjuk surat nikah.
"Aik? Nape dia nak tengok surat nikah? Kalau orang x kahwin tak bleh beli gula ke?" tanya budak itu.

"Entahla da.. tapi orang tu kene balik umoh balik, amik surat... dan pastu die wat laporan polis, sebab peniage tu mintak bende pelik-pelik.."
"Kat Kuantan pun, gula kene catu. Sorang bleh beli 2 je... Kat pasaraya dot dot.."
"Hmmmmm...ish...."

Allahuakbar. Ayah pernah beritahu tentang pendapatnya yang gula akan susah nak beli, dan harga barang akan naik. Bleh lawat entri ini Berkadar langsung. Sesungguhnya semuanya dalam perkiraan dan pemerhatian Allah... Maka, beruntunglah orang-orang yang jujur...

Al faQirah,
Kuantan,
6.56 pm

alhamdulillah

Tuesday, May 18, 2010
Alhamdulillah.

Perjalanan hidup 2 3 hari ini banyak memberi erti.

susah. berhikmah. usaha. berani. semangat. kerjasama. toleransi. pengorbanan. sabar. cekal.

Tak terungkap dek bilangan kata-kata. Tak puas untuk dikenang. Biarlah segalanya untuk direnung sedalam-dalam. Refleksi yang menyegarkan.

Sangat menghargai. Berterima kasih.

Kau sering mencorakkan hidupku. Menjadikannya berwarna warni.

Aku puas.

Terima kasih tarbiyyah dan semua yang menjayakannya.

Satu je yang akak nak kongsi, "Tarbiyyah itu puas..."

Memali : Satu Sejarah

Monday, May 10, 2010
Sumber : Albanjari online




Kempen seruan mengibarkan 'Jalur Memali' (dibawah) selama 3 hari mulai hari ini di blog. Berikan sokongan anda menentang kezaliman penguasa. Alfatihah untuk semua syuhada !

Sajak ini adalah karya seni Rahmat Haron, sebuah karya yang membuat jiwa menangis mengenangkan korban-korban jiwa pada syuhada Memali yang menentang penangkapan tanpa bicara.

[Dalam sejarah perjuangan melawan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Ibrahim Mahmud (yang dikenali dengan nama Ibrahim Libya) dan penduduk kampung Memali adalah antara mereka yang paling berani – dengan keras menentang penahanan tanpa bicara hingga derita raga dan jiwa serta terkorban kehilangan nyawa mereka. Maka pergilah mereka meninggalkan kita sebagai syuhada dan pengorbanan yang cukup besar sekali.]

Hari itu Selasa malang,
hari tujuh RabbiulAwwal tahun seribu empat ratus enam hijrah.
setelah malap cahaya lokap,
panjang kembara malam membawa gelap subuh menutup terang matahari, negara, seragam dan senjata mengepung para pejuang yang enggan menyerah, enggan ditahan tanpa kesetaraan, enggan ditangkap tanpa kesaksamaan hak manusia penjara tanpa bicara-warisan tuan penjajah mahu rakyat menjadi hamba.

sejahtera keadilan telah ditelan kebusukan huru hara rasuah. merekalah para pejuang menentang kezaliman haloba, tapi ketamakan kuasa tetap serakah nafsunya mentah kedarah para petani dan buruh mereka para pejuang kebenaran hanya penoreh getah

iya mereka hanya himpunan orang-orang kampung, para guru, merinyu malaria, bekerja sendiri, mekanik motorsikal, pemandu, penoreh getah, tapi mereka setia segar menghidupkan tanah air yang bukan milik mereka.

Tanah dan air yang telah dirompak bebal nasional, tanah dan air yang telah dijual bodoh nasional, Ibrahim Mahmud dan teman-temannya siap teguh iman perjuangan melawan perisai ampuh kekuasaan Iblis_Syaitan_Act - ISA.

ISA adalah jaminan selamat buat penguasa rakus menindas dan memeras penguasa pujanya Iblis kuasa penguasa sembahnya Syaitan rasuah penguasa berkuku besi pelindungnya ISA_Iblis Syaitan Act.

Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perompak zalim bertopeng alim, Akta Keselamatan Dalam Negeri, adalah undang-undang yang menyelamatkan para perusuh hak asasi rakyat,

Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan perasuah dan penyeleweng kuasa
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang yang menyelamatkan kepura-puraan
Akta Keselamatan Dalam Negeri
adalah undang-undang Iblis dan Syaitan,
akur aturan perjanjian sesat mengekalkan kuasa sementara,

Pemerintah ketagihan kuasa
dadahnya wang dan harta
pemimpin khayal dengan serakah
erat sayangnya pada angkuh memaksa
rapat kasihnya pada sombong memeras
begitu dalamnya cinta kuasa memeluk timbunan harta kekayaan rakyat jelata .

ISA gari yang merantai kejujuran,
ISA tembok batu, jeriji besi, memisah kasih anak dan isteri, keluarga tercinta
ISA adalah tangisan
ISA adalah ketakutan

Tapi ISA bagi Ibrahim dan Memali adalah keberanian paling tinggi
perjuangan menolak pemenjaraan tanpa bicara
pengorbanan nyawa demi merdeka
dari menjadi hamba pemerintah yang gila kuasa
dan November adalah bulan cukup hitam, sembilan belas hari bulan tahun sembilan belas lapan puluh lima di Baling, siong kekuasaan Bangsat Nasional laparkan darah rakyat murba
ketabahan para pejuang cukup sabar teguh berdiri,
di balas kereta perisai dan senjata
Memali adalah sejarah melawan ISA
paling berani
merdeka semangat Ibrahim Libya dibalas peluru
gegak gempita tembakan
adalah sendu kesedihan

maka tumpahlah darah ke tanah air yang kegeringan
gugur empat belas orang pejuang
syahid menuntut keadilan
melawan penahanan tanpa bicara

akal penguasa putus budinya
dan dacing timbang berat sebelah tidak seimbang
rasa hati telah kabur, pudar dan terhakis
benang-benang kusut
fikiran hanyut
keyakinan tak dapat dikoyakkan kuasa
merah mengalir darah merdeka
korban ISA dan kekejaman negara
syahid para pejuang terpejam mata dalam sejahtera nafas keadilan
BN merampas kebahagian keluarga, mencabut nyawa suami dan ayah, para perempuan menjanda dan anak-anak yatim tidak berbapa


Dakwah dan Orang Manja

sumber : Dakwah tidak boleh dipikul oleh orang manja

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi dengan hamparan permaidani merah dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh rintangan, mehnah dan tribulasi. Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu yang merasa pahit getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang diseksa, ada yang harus berpisah dengan sanak-saudara, ada pula yang diusir dari kampung halamannya dan berderetan lagi kisah perjuangan manusia lain yang telah mengukir bakti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap jalan dakwah yang suci ini.

Cuba kita renungkan kisah peperangan Dzatur Riqa’ yang dialami oleh sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kuku tercungkil. Namun mereka tetap mengharungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya kerana keikhlasan mereka dalam perjuangan. Keikhlasan membuatkan mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya…

Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Kerana sumbangan yang telah mereka berikan, dakwah ini tumbuh bersemi dan kita pun dapat menikmati hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan umat Islam telah mengembangkan populasi dalam jumlah besar. Semua itu kurnia yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para as-Sabiqun al-Awwalun dalam medan dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka. Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surat At-Taubah: 42.

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُون) التوبة : 42)

"Kalaulah apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu adalah jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu)."

Mereka juga telah melihat pengajaran daripada orang yang dapat bertahan dalam mengharungi perjalanan yang berat itu, hanya kesetiaanlah yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan pancaroba perjuangan. Ia menjadikan mereka optimis dalam menghadapi kesulitan dan siap berkorban untuk meraih kejayaan. Kesetiaanlah yang menghantarkan jiwa-jiwa patriotik ini untuk berada pada barisan paling depan dalam perjuangan. Kesetiaan jualah yang membuat pelakunya berbahagia dan sangat menikmati beban hidupnya serta setia dalam kesempitan dan kesukaran mahupun kelapangan dan kemudahan.

Sebaliknya orang-orang yang manja jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka selalu mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikan dakwah dengan pelbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak berjuang. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahan telah menyerang jiwa-jiwa mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan bahawa kepahitan adalah sebahagian risiko dan sunnah dakwah ini. Malah kesanggupan dalam dakwah mereka tergugat lantaran anggapan mereka bahawa perjuangan dakwah tidak harus mengalami kesulitan.

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ* وَلَوْ أَرَادُواْ الْخُرُوجَ لأَعَدُّواْ لَهُ عُدَّةً وَلَـكِن كَرِهَ اللّهُ انبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُواْ مَعَ الْقَاعِدِينَ ) التوبة : 45-46)

“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”. (At-Taubah ; 45-46)

Kesetiaan yang ada pada mereka merupakan kayu ukur ampuh untuk menilai daya ketahanannya dalam misi dakwah. Sikap ini membuatkan mereka sentiasa bersiap-siaga untuk menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai perajurit paling hadapan dengan segala akibat yang akan dihadapinya, ia sentiasa berada pada posisinya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau apabila mereka ditempatkan pada bahagian belakang, ia akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah dan terliur dengan apa yang diperolehi oleh barisan depan sebagaimana yang disebutkan Rasulullah saw. dalam beberapa riwayat tentang pejuang yang baik.

Marilah kita menyelusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Beliaulah yang disebutkan Hasan Al Banna sebagai orang yang sebaik sahaja pulang dari bekerja, beliau sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah dan kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari detik ke detik secara ‘maraton’. Beliau selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Akan tetapi, sesudah menunaikan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya, beliau merupakan orang yang pertama sekali datang ke tempat kerjanya. Malah, beliaulah yang membukakan pintu gerbang pejabatnya.

Pernah beliau mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya itu tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al-Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail meminta izin untuk ke kota lainnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan duit untuk beliau menaiki taksi. Abdul Fattah mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Aku sering ke mana-mana dengan teksi dan kereta-kereta mewah, tapi aku tetap dapat memikul dakwah ini dan aku pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Karana itu, pakailah duit ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirehat sejenak.” Beliau pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kenderaan awam sahaja.” :nangis:

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Quran.

يِا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إن تَتَّقُواْ اللّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَاناً وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ وَاللّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ] الأنفال : 29]

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar.” (al-Anfal ; 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengharungi jalan dakwah ini. Dan mereka pun tahu bahawa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah mau merubah janji kepada-Nya.

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلاً] الأحزاب : 23]

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar, menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.” (Al-Ahzab ; 23)

Pernah seorang pejuang Palestin yang telah lama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana ditemubual; “Apakah yang membuat anda dapat meninggalkan keluarga dan kampung halaman sebegini lama?” Jawabnya, “Kerana perjuangan. Dan, dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih bererti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. Kalau bukan karena dakwah dan perjuangan, kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” ungkapnya lirih.

Aktivis dakwah sangat menyakini bahawa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuat mereka kuat menghadapi pelbagai rintangan dakwah. Jika dibandingkan apa yang kita sumbangkan serta apa yang kita harungi dalam jerit perih perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini hanyalah secebis pengorbanan waktu untuk dakwah, secubit pengorbanan tenaga dalam amal khairiyah untuk kepentingan dakwah dan sekelumit pengorbanan harta dari keseluruhan harta kita yang banyak. Cubalah bandingkan dengan pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disisir dengan sisir besi, ada yang digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga robeklah orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat mengharungi kegetiran ini kerana kesabaran yang ada pada dirinya. :nangis:

Kesabaran adalah kubu pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun kerana keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah swt.Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah rang yang menakjubkan yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini, “Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini atau kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini?”

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Ketabahan, keseriusan dan kesungguhan aktivis dakwah merupakan kenderaan yang akan menghantarkannya kepada kejayaan dan kegemilangan. Semoga Allah menghimpunkan kita dalam kebaikan. Wallahu’alam.

Adaptasi dari tulisan : Drs. DH Al Yusni
Baitul_Irfan yahoogroups :)

pengeditan

Sunday, May 9, 2010
Pembuka bicara,




I am new with this stuffs. Editing. Trying to get familiar dengan benda alah ni. Online tutor banyak tolong. Aku ada rujuk youtube, photoshopstar, dan kakak sendiri. Sebenarnya yang korang puji-puji tu, adalah hasil yang aq amik skit2 dari sumber2 tu dan of course dengan izin Allah. Kalau korang ada Photoshop dalam pc tu, mai aaa cuba-cuba, Konfem puasss hati :)


edisi simple grayscale. 1st try letak gambar. Less opacity n fill.


edisi overall. rehlah + photography session. yang ni 5th try.
Gamba quran ksa tu malas nak buang. huhuhu.



macam retorik tak ayat bawah tu? retorik tak retorik, kita usahakan ye. Hu.




Yang ni bukan aq edit. Amik dari fb orang. IAllah nak try buat 1 yang layer2 macam ni jugak.
Nasyid tombo ati ni best. Jawa + Melayu. Rentak slow dia best.

.. kerana kami sayang Muhammad

Emosi budak-budak, biasalah mudah pecah. Tiba-tiba Muhammad menangis lagi. Setelah sekian kali dimarahi. Siapa suruh main-main solat. Siapa suruh pukul adik. Siapa suruh malas baca buku.

"Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Uuu. Waaaa. Uuuuu" (Muhammad menangis sedu sedan)

"Wah, panjang amad menangis. Mesti pandai mengaji. Nanti mengaji baca panjang macam ni jugak tau"

"Waaaaaaaaaaaaaaaaaa. Uuu. " Muhammad sambung nangis.

"Menangis tu tanda kuat abang long"

Marah tanda sayang,
...kerana itu kami sayang Muhammad ngeh.

Abg Long, if one day u managed to read this, don't forget to pray for our family n be a gooood brother to all ^.^V peace

Hari minggu memang hari yang kutunggu-tunggu, sebab dua orang kanak-kanak ini mampu menceriakan hidup.

Tadi masa keluar jalan-jalan kat bandar, dengan RM 1 yang ibuku bagi, Nabil puas tengok sekeliling apa yang dia boleh beli, last2 dia beli tanah liat rm 1 :)

Akhir, Selamat Hari Ibu pada ibuku, dan semua ibu di dunia! BarakAllahufikunna!

warming up fasa pertama

BismilLahir ar-rahman ar-rahim.

selawat Fatih. sumber.

Situasi 1

“Suami makcik, garang dengan hukum. Dan makcik ajar anak-anak pun begitulah. Nak ajar, perlu dengan ilmu. Bab-bab hukum memang perlu bertegas, sampaikan suami makcik pernah ugut anak makcik bila dia buat salah, kalau ada hukum boleh bunuh anak, aku bunuh dah kalau buat begini. Haaa, macamtu garang suami makcik. Hukum ni awak, tak boleh buat main.”

Situasi 2
Di suatu majlis ilmu, saudara itu bangun lalu bertanya soalan,
“Ustaz, bagaimana untuk kita menyampaikan dakwah kepada orang sekeliling?”
“ Al-Islam un-Nur. Bagi Nuur padanya, bagi cahaya.”
Aku menelan air liur. Ringkas jawapannya, tapi penuh makna.

Situasi 3
Dalam majlis yang sama, rakan sebelah saudara tadi bangun lalu mengangkat tangan untuk bertanya, barangkali tak mahu melepaskan peluang emas ni,
“Ustaz, mengapa jiwa ini seringkali tidak rasa kehangatan tarbiyyah walaupun sedang berada bersama-sama mereka yang pernah sama-sama mendapat tarbiyyah?”
“Kalau tak minum air, bagaimana kamu nak rasa air itu?
Jika air itu susah dicari, bagaimana kamu nak hilangkan dahaga tanpa iltizam dan usaha bersungguh-sungguh?
Sekali lagi aku terpempan. Jawapan ringkas mencuit hati. Aku tekun mendengar.
Ustaz sambung lagi,
“ Seorang Muslim itu, ada syakhsiahnya, ada identitinya, ada akhlaknya.”
Hatiku mengiyakan.

Situasi 4.
Dalam bas, dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Akak, saya nak bagitahu sesuatu boleh?”
“Boleh boleh.. sila sila”
“Saya teringin nak jadi macam akak.”
“Ha?” Aku pandang diri ku. “Macamana?” tanyaku sambil menghirup air mineral.
“Macam akak la. Bertutup semua.”
“Mulakanlah” jawabku dengan sedikit terkejut.
(..cerita ni ada sambungan... iAllah ada rezeki aku sambung)

Situasi 5
"Hidupkan rumah kita dengan Al-Quran. Nanti kat kubur sok, dia tolong kamu. Saya riso sangat kubur. Kubur tu nanti kite sorang-sorang"
Jemaah diam. Tok menambah.
"Kalau doa, jangan mintak kaya. Nak buat ape duit banyak, boleh ke kamu nak bawa mati..?"
Mungkin kerana perasaan hormat kerana tok lebih tua dari para jemaah dan tok merupakan tok guru pada semua, jadi semua jemaah menerima dengan hati yang terbuka. Kadangkala tersindir juga dalam diam, hu.

Alhamdulillah, sebulan cuti telah berlalu dengan beberapa perkara penting. Macam-macam nasihat dan suntikan semangat dah diterima, sekarang tinggal masanya untuk berperanan.

Renunglah sedalam-dalamnya langit biru itu, juga segala keindahan nikmat kurniaan Tuhan, dan muhasabahlah berapa sangat keringatmu untuk memakmurkan bumi ini sebagai khalifah-Nya, Huda.

Jika sampai hidayah itu datang mengetuk pintu hati, terimalah dan peganglah bersungguh-sungguh. Khuatir hidayah itu hilang dan tidak kembali lagi di tengah kesakitan zaman kini.

I'tibar dari cerita di atas:
1. Perlu garang dan lebih garang dengan hukum. Tiada manja-manja. No pain, no gain.
2. Jiwai tarbiyyah, tekuni dakwah.
3. Jiwai tarbiyyah, tekuni dakwah.
4. Terlampau banyak tanggungjawab ke atas orang sekeliling.Islam yang sampai tidak diamal dan dihayati. Mungkin banyak halangan dan tekanan yang dihadapi, who knows. ?
5. Quran. Quran. Quran. Quran dan akhirat.

Semoga baki cuti 2 bulan lebih rancak, insyaALLAH... Selamat untuk semua,,

seuntai kata untuk dirasa

Tuesday, May 4, 2010

Nasihat itu perlu. Bukankan Islam itu menganjurkan nasihat?

Hati perlu ditegur. Biar celik dari kehitaman maksiat dan nafsu.

Dan sekali lagi hatiku di "heart wash" . Terima kasih kepada yang sering menasihat. Nasihatlah, nasihatlah banyak-banyak, walaupun hati ini acapkali degil. Hatiku berbesar hati, tanda masih ada mereka yang prihatin, dan tanda masih ada rahmat Allah untukku.Inilah yang senior2 pesan dulu di musolla sekolah semasa majlis ilmu, teguran itu tanda masih ada rahmat Allah untuk kita. tQ, tQ...


Cawan yang kosong jika tidak diisi dengan air pasti terisi dengan habuk atau pun bendasing-bendasing yang tidak diperlukan badan sebenarnya.

Rumah yang kosong dari zikir dan bacaan Al-Quran itu bagaikan kubur-kuburan. Itulah perumpamaan yang dilarang Baginda supaya kita tidak mengosongkan bilik-bilik dan rumah kita bagaikan kuburan yang tiada lagi kedengaran zikir dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


Cuti yang kosong dari pengisian, begitulah juga boleh melahir dan menghasilkan insan yang kaku dan terisi oleh anasir-anasir yang membekukan minda dan menyejukkan semangat bahawasanya hidup ini adalah satu perjuangan, boleh melupakan kita bahawa hidup ini adalah ikatan Aqidah dan perjuangan.


Ikatan Akidah yang kita ikat dengan Allah di Luh Mahfuz di suatu ketika dahulu, yang kita semua pelajari didalam slot-slot pendidikan Islam kita bahawasanya kita hidup demi satu KALIMAH terangkum dua penyaksian. La ilaha illallah, Muhammadu rrasulullah. .

Dengan kalimah ini kita diazankan sewaktu lahir ditelinga kanan, dengan kalimah yang sama kita diiqamatkan disebelah kiri sehingga akhirnya kita pasti PERGI dan disolatkan juga terisi penuh pembuktian terhadap dua kalimah ini.

Dengan itu sedarkah kita kalimah itu adalah kalimah tauhid, kalimah aqidah, kalimah syahadah yang memerlukan pembuktian, memerlukan pengEsaan, menuntut penyaksian. Kerana apa? Kerana kita hidup dengan kalimah itu, demi menegakkan kalimah itu, dan kita pasti mati walaupun kita berjuang atau pun tidak demi kalimah itu.

Cukupkah dengan bangun tidur bangun setiap hari tanpa ada jasa buat kemenangan Islam? Biarlah orang lain bercuti tanpa terisi, jangan kita mengikut jejak tradisi.



Akhir sekali, ayah berpesan...

"Ilmu itu untuk diamal. Amal untuk beriman. Banyak ilmu, tiada amal, tiada gunanya. Dah berilmu, jadi tanggungjawab untuk beramal.."

Pesanan keramat! Allahu Allah... tQ tQ kepada semua... barakALLAH...

islam dan politik : satu bicara

Monday, May 3, 2010







sumber : maghfirah.wordpress


Assalamualaikum wbt....

Ustaz ,

saya ni bukanlah mewakili mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni berdasarkan hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.

Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!

Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya agak ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan tabligh tersebut?

Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan.Saya dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat kehidupan!!

Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis taalim mengenai Iman dan amal!!

Dan saya pun berfikir semula tentang usaha Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan kembali pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi, kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus berada dalam kelalaian!!

Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula paham!

Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah terlalu bias. Pegang pada kebenaran..

Jazakallahu khairan kathira.

Muhammad Syafiq

————————————————————————————-

Jawapan dari Ustaz Ali Muda

Wa`laikumussalam warahmatuLlah.

Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.

Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul. Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.

InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2 pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar. Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik, prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan, dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.

Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu, kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg mesti dan wajib.

Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru` (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?

Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan hujah-hujah: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal drp sistem kafir, (4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.

Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru` bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:

1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus). Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.

Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.

2) Apabila kita bercakap mengenai parti politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2 ) . Jika parti Islam bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi tiada satu nas pun yg melarangnya.

3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud " Sesungguhnya Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf (barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…" (Al-Saff)

4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat kerat.

Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yg memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)?

Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta, menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!! (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi taboo kpd pembangkang).

Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak. Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg kerajaan pusat.

Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w. mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)? Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a. berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling besar?

Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.

Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj. Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu.

Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2 barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh?? …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!

5) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2 itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti politik.

Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib hukumnya.

Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu), revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya demokrasi.

Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya. Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa secara membuta tuli???

6) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih, bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin), memang tak perlu kpd parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan kebertanggungjawaban spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!… termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya, ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa siapa berani menegur.

7) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas yg mengharamkannya.

8) Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat, maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap, bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji, dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?

9) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah, iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna. Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu, kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!

Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya), ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua. Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu, bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak. Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg memperjuangkan Islam.


Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

Di petik dari Laman Ustaz Ali Muda

berkadar langsung

Saturday, May 1, 2010





Satu petang...

'Ayah nak minum air ape?'

'Kopi O..'

'Nah ciap dah. Manis x?'

'Bolehla..'

'Hihi.. orang memang tak suka buat manis-manis. 3 sudu ke 4 entah.'

'Gula jangan letak banyak-banyak... X lame lagi naikla harga gula..'

'Ha? Bukan baru naek jadi rm1.60 ke?'

'Naik lagi nanti..'

'Mane ayah tahu?'

'Dah kan ade tumpahan minyak kat AS...'

'Abih tu?'

'Bila diorang susah dapat gula, bekalan rendah, permintaan tinggi, harga pun naik la... '

'Aik? Kita beli gula dari AS ke ayah? '

'Tak, tapi mereka kawal... semua barang pun pusat kat situ, tokei besar barang2 kat situ. Gula terus je hanta dari negara lain ke negara destinasi. Tapi urusan keluar masuk orang kat sana yang kawal...'

'OooOooooooo...' orang dangkal ilmu ber O panjang tanda baru faham.

simpul panjang :
bencana alam di A.S berkadar langsung dengan kenaikan harga barang dunia.
kenaikan harga barang berkadar langsung dengan beban kepada masyarakat/ orang awam.
beban ke atas orang awam berkadar langsung kadar kemiskinan.
kadar kemiskinan berkadar langsung dengan kekufuran.
(ada fuqaha menyebut "Kemiskinan itu hampir kepada kekufuran” )

simpul pendek :
cuba fikirkan... feel free to drop your answers at comment box..

p.s : Petikan perbualan seorang anak dan seorang ayah. Ayah yang terbaik di dunia buat saya :)





Semoga ALLAH memberkati umur ayah dan anak-anak dan keturunannya, dan mendekatkan kami dengan syurga dan nikmat2nya melalui perbuatan, percakapan, niat, dan i'tikad. AMEEN.....