
Apa yang akan kita buat kalau semasa kelas, guru memberitahu yg peperiksaan akhir hanya akan tinggal seminggu?
Dah pasti dalam masa seminggu tu kita pulun usaha, buat nota setiap bab, hafal nota, ulangkaji tutorial, kuiz, jumpa madam, menghafal, latihan, dan latihan... sehinggalah hari peperiksaan.
Bagaimana pula kalau esok kita akan periksa? Mahu tak tidur kita dibuatnya.

“Ketar pale nih..ketar pale!” kata lieyana izyan berdialek Terengganu sambil menunjukkan reaksi tangannya terketar-ketar menunjukkan perihal cemas.
Inilah fenomena menghadapi peperiksaan. Baru suatu peperiksaan akhir. Soal menentukan kita layak untuk ke kampus utama atau tidak. Atau, boleh diumpamakan dengan peperiksaan yang lebih besar seperti peperiksaan yang menentukan kita layak untuk melanjutkan pelajaran ke ‘seberang laut’ atau tidak, periksa degree,master, pHd, PTK, dan sebagainya. Segala macam jenis periksa yang penting.
cuba bayangkan pada situasi ini pula :
Seorang doctor berkata kepada seorang pesakit, “ Anda hanya mempunyai masa sehari untuk hidup, maafkan saya..” Apa yang akan pesakit itu buat? Sudah pasti, dalam masa sehari yang diberi ‘hint’ oleh doctor, tiada sesaat pn pesakit itu habiskan dengan sia-sia dan termenung. Dek tekanan masa yang singkat untuk hidup, sebelum dijemput ke alam barzakh.
Sungguh, beruntunglah pesakit itu. Dia boleh membuat persediaan di atas tekanan yang diberi walaupun tidak semestinya dugaan masa doctor itu benar-benar betul.
Kita...?
Kita yang sentiasa di bawah minda sedar atau melangkaui minda sedar sering beranggapan kita masih punya banyak masa hidup di atas dunia ini, dek tiada tekanan khusus seperti kisah doctor dan pesakit di atas. Lupakah kita kepada satu hadis Nabi yang menyatakan, ‘Orang yg paling cerdik ialah mereka yg banyak mengingati mati ...?'
Perihal masa dunia dan akhirat
Masa di akhirat, jauh bezanya dengan dunia. 1 hari di akhirat nisbahnya kepada 1000 tahun di dunia. Jika kita kira-kira menggunakan ilmu hisab yang dipelajari ketika sekolah rendah, purata umur hidup seseorang manusia selama 60 tahun di dunia, menyamai dengan 1 jam 26 minit di akhirat! Allah, sebentar sahaja!
Apa yang aku dah buat selama 1 jam lebih hidup di dunia..?
Berisikah bekalan kembara aku itu, ataupun sekadar bekalan kosong berisi angin..?Nota kepada diri : Gunakanlah masa dgn baik, dan segala tindak tanduk bermula dari hati.. anda dah tahu, anda faham, selamat beramal.......Selamat bercuti 4 bulan kepada sebahagian pelajar ex-CFS.. Ketahuilah 4 bulan itu ialah 28.8 saat.. alangkah pendeknya.. Semoga kita terus istiqamah untuk membuat kebaikan.. Selamat melawan nafsu! Pesanan khas buat DIRI INI SENDIRI terUTAMAnya..
Juga,
Selamat Menghadapi peperiksaan akhir dgn tenang kepada adik-beradikku, Cu Halim dan Cik Yi, dan rakan-rakan, Zalikha di UKM =) dan Dinah di UiTM (exam Arab..) =)








