200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

hot news today : forum memeluk islam

Sunday, August 10, 2008
my introduction : when heAr bout d forum's title, of course tha first thing that will lingering in ur mind is some sorts of beneficial forum. ask halim as he thought so at first. however, it's not. This forum has connection with IFC, and dad says, they organize this forum to get permission from Pak Lah in accomplishing their desires. What's their desire? everything that concerns about murtad cases and Islam issues. To zoom in, it is better that u get an overview about this 1st.. =)


Forum Memeluk Islam : Apakah masalah anda, Majlis Peguam?
Shirzad Lifeboat
Fri | Aug 08, 08 | 5:38:41 pm MYT

Tajuk forum yang akan dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia, "Memeluk Islam" mempunyai implikasi seolah-olah Islam sebuah agama baru dan penuh dengan masalah bagi sesiapa yang berminat untuk menganutnya sehingga ia seolah-olah perlu diberikan amaran.



Barangkali Majlis Peguam hanya benar-benar mahu membincangkan soal teknikal bersabit implikasi undang-undang kesan apabila seseorang ahli keluarga atau pasangan bukan Islam memeluk agama Islam.

Jika hanya mahu membincangkan soal teknikal perundangan, tidak perlulah Majlis Peguam menggunakan tajuk seperti itu kerana tajuknya sahaja sudah seolah-olah membawa niat tidak betul dan mengundang pelbagai reaksi negatif dari pemimpin kerajaan dan pembangkang serta pemimpin-pemimpin pelbagai pertubuhan NGO Islam.

Dalam lain perkataan, tajuk forum ini sahaja sudah terbukti provokatif sehigga mengundang kemarahan umat Islam Malaysia.

Tentulah tidak sepatutnya Setiausaha majlis berkenaan Lim Chee Wee menyelar Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak difahaminya.

Nampaknya Lim Chee Wee terlupa bahawa Syed Hamid adalah Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung tentang ketenteraman awam dan keselamatan dalam negera dan juga merupakan seorang peguam.

Kenyataan dan amaran Syed Hamid agara Majlis Peguam tidak bermain api dengan isu membabitkan agama sudah tentulah dibuat berdasarakan pelbagai pertimbangan termasuk beberapa insiden buruk yang telah berlaku di masa lalu membabitkan isu seperti ini.

Pandangan rasmi kerajaan itu turut dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kata beliau, "Saya tidak faham mengapa dia (Majlis Peguam) nak anjurkan forum ini, apa tujuannya kerana telah berjuta-juta manusia di dunia ini memeluk Islam sekian lama, jadi kenapa pula mereka perlu bising sekarang.

"Saya lebih setuju jika dibuat satu forum khas tentang mana yang lebih baik dan logik antara agama Islam dan agama lain. Ini lebih baik dan bermanfaat,�

Bagi Presiden Persatuan Peguam Muslim Tan Sri Abu Zahar Ujang, beliau mengingatkan bahawa negara mempunyai Akta Hasutan yang masih diguna pakai dan jika berlaku kemaharahan kaum dan penganut agama Islam maka Majlis Peguam perlu memikul tanggungjawab.

Kata Abu Zahar, "Jika isu berkaitan agama Islam mahu dibincangkan, ia perlu dibuat antara Majlis Peguam dengan pihak berwajib, bukannya melalui forum awam."

Antara pihak yang berwajib itu termasuklah Menteri Dijabatan Perdana Menteri Dato� Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan kenyataan, "Majlis Peguam tidak seharusnya mencampuri urusan agama Islam, Raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu, jika ingin terus dihormati... Majlis Peguam perlu sedar bahawa Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan yang mengaitkan keagamaan, kaum dan hak Melayu adalah sensitif dan tidak boleh diperbincangkan secara terbuka, dan jika mereka meneruskannya, mereka memang mengundang padah termasuk kemarahan masyarakat Melayu.

"Walaupun sudah buat pada siri pertama forum Memeluk Islam dan hujung minggu ini siri kedua, saya bagi amaran, majoriti senyap masyarakat Islam di Malaysia belum lagi bangun untuk menyanggah mereka, tetapi jangan suruh kami bangun."

Selain daripada Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan hampir semua pemimpin NGO Islam membantah, Pemuda PAS dan Pemuda UMNO juga turut menyatakan bantahan masing-masing mengenai pengajuran forum berkenaan.

Setakat ini, nampaknya segala amaran pihak kerajaan dan bantahan serta pandangan pembangkang dan NGO Islam tidak diendahkan oleh Majlis Peguam.

Seperti yang dinyatakan oleh beberapa orang pemimpin, terdapat cara lain dan saluran rasmi atau saluran lebih berwibawa dan objektif untuk membincang sebarang masalah, jika ada, membabitkan perundangan berkaitan umat Islam dan mereka yang memeluk agama Islam.

Namun setakat ini, Majlis Peguam seolah-olah seperti tidak mengendahkan atau menghormati pandangan dan sensitiviti umat Islam serta suara bantahan pemimpin mereka.

Maka ini mengundang kepada persoalan: Apakah masalah Majlis Peguam sebenarnya? What is your problem? - mr/mks._

1 thoughts from optimists:

  1. salam alayk.

    How they can be like this. Pak Lah tak boleh buat apa2 ke..or Nik Aziz and others..who really understand and think how to solve it?

Post a Comment