200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

the 'tazkirah' during 'i love islam' program, pj..

Saturday, September 27, 2008

Bersyukurkah aku??

Bismillahirrahmaanirrahim..


Wah, hari ni aku still sangat bertuah! Masih lagi dapat segala nikmat-nikmat yang aku nikmati semalam! Keupayaan menghidu, merasai, melihat, mendengar, dan macam-macam lagi.. Menghidu makanan dengan hidung, yang dimana berlakunya percambahan selera, impuls dijana ke otak, perut berkeroncong menjadi lapar, dan seterusnya berlakulah penghantaran maklumat-maklumat kod yang menyebabkan air liurku meleleh.. Duh.. semua tak terkawal bai.. Keupayaan melihat lagi satu.. yang aku selalu lupa untuk berterima kasih kepada Yang Menciptakan.. Aku berupaya lihat alam sekeliling, pokok, langit, burung-burung, kucing, kawan-kawan, madam kelas aku cun.. lagi, x lupa juga.. pelajar perempuan kat kelas aku.. bukan nak cakap ape, tertarik jugak hati nih..kadang-kadang bila syaitan suka duk kat telinga aku, mujur ade jugak malaikat menggerakkan hati aku untuk mengingat merekalah perhiasan dunia semata.. yang paling penting, aku dapat kenal diri aku..sifat fizikal aku.. rupa aku.. dengan adanya bantuan sepasang mata ni.. mata melihat dari dalam cermin yang hidungku kemek. Lalu impuls dihantar ke otak secara melompat-melompat melalui setiap nodus ranvier. Selepas setiap halangan myelin sheath yang dilalui, Alhamdulillah, akhirnya serebrum dapat jua menafsirkan yang hidungku kemek. Alangkah indahnya pabila ku dapat membuat kesimpulan bahawa aku adalah insan yang sangat hensem dan sempurna dengan hidungku ini… bukan nak bangga, tapi kalau dah kenyataan, kena terime jugelah.. baruku sedar, aku merupakan seorang insan yang sangat sempurna!

Kalaulah aku tiada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk meghidu, hati untuk merasa, ini bermakna, segala keindahan dunia hanyalah menjadi ilusi sahaja. Alhamdulillah, sesungguhnya nikmat Allah kepadaku saaangat luas! X terungkap luasnya... Dan nikmat yang paling besar aku nikmati kini ialah nikmat menjadi Muslim dan iman di dada.. Aku tahu segala keupayaan yang aku nikmati ini ada yang mencipta-Nya. Tak logiklah pulak kalau sesuatu wujud tanpa Pencipta. Kalau kat dunia ni pun, segala robot dan mesin ada tangan manusia yang mencipta. Dan sudah pasti tangan manusia ini ada Pencipta. Aku mahu menjadi orang yang bersyukur sepanjang masa, kerana walaupun aku tak nampak Allah, tetapi segala nikmat-nikmat yang Dia kurniakan cukup membuat aku rasa kerdil, hina, dan lemah. Walaupun aku terfikir yang alam ghaib ini semuanya ilusi, namun aku yakin bahawa Allah sudah pasti ingin menguji hamba-hambaNya yang sering dilimpahi nikmat yang melimpah ruah. Adakah hamba-Nya lalai dan leka, sedar dan waspada..wallahu’alam. Sekadar mengulang kata-katafavourite’ madam bio aku, ‘Setiap kejadian dan apa yang diciptakan Allah pasti ada hikmahnya..’

Aku berteleku di tikar sejadah, mengangkat tangan penuh mengharap,

Ya Allah, jadikan kami hamba-hamba-Mu yang selalu bersyukur akan nikmat-Mu, supaya kami takut melakukan sesuatu yang menentang syariat-Mu.. ameen..”

0 thoughts from optimists:

Post a Comment