200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

rindu

Saturday, February 20, 2010
melepas rindu, berbicara isu tarbiyyah.

melepas rindu, mengingati kekasih ALLAH.

melepas rindu, mendengar alunan indah bait qasidah.

melepas rindu, bermuhasabah sejenak.

melepas rindu, berbual dan berbicara dengan ayah.

melepas rindu, mengisi biar berisi ruang-ruang kosong kehidupan

Rindu itu keperluan.
Yang mencetuskan tindakan.


Menjadi seorang muslim adalah bermaksud memasukkan diri ke dalam kerangka dan acuan Islam. Ia bermaksud anda beriman kepada Allah, tuhan yang esa lalu akur dan tunduk kepada pengajaran dan undang – undangNya.

Apabila anda kekal di dalam acuan itu, anda adalah seorang muslim yang sempurna. Jika sebaliknya, anda cacat dan kecacatan itu akan terus membesar dan bertambah mengikut tahap perlanggaran terhadap undang – undangNya. Jika berlaku keengkaran, ia bererti kekufuran dan keluar dari agama.

Menjadi seorang muslim bererti memasuki perlumbaan menuju kesempurnaan. Kesempurnaan adalah berusaha menjadikan diri semakin dekat dengan Allah yang esa dan memperolehi keridhaanNya.

Kesempurnaan dan taqarrub kepada Allah hanya berlaku apabila kita semakin mendekati sunnah RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam. Baginda adalah penunjuk jalan yang satu dan baginda adalah ikutan yang satu di dalam agama. Tiada siapa boleh berlumba di atas landasan selain landasan binaannya.

Kemuncak perlumbaan adalah apabila anda menjadi pejuang Islam yang ikhlas.

-Ustaz Nik Abduh



...Salam Maulidur Rasul, Allahumma Solli 'Ala Muhammad...

**Majlis ilmu~kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. malam semalam sangat bererti **

2 thoughts from optimists:

  1. kakchik said...:

    sedapnya puisi ringkas tu

  1. DaruL said...:

    aaa kak chik,
    bila pulak ana wat puisi tuh..
    huhuhu.. tu apa saya lalui dalam hari jumaat..
    hari penuh barakah

    syukran 4 da visit:D

Post a Comment