Posted by
Huda Idris
at
10:13 AM
Tuesday, July 12, 2011
Salam'alaik~
Morning~
Harini terdetik untuk menyelitkan sikit pasal perhimpunan rakyat bersih hari Sabtu lepas.. Saja tinjau2 berita n internet lepas ape yang berlaku.. suatu benda yang sangat menarik untuk kita fikir. Hok ni oyat gitu, hok tu oyat gini. Semalam, dengar kenyataan PM bahawa jangan risau, kita akan kekalkan demokrasi berparlimen di Malaysia. Tapi lepas tu, aku tengok balik puisi A. Samad Said, yang berkisar- Demokrasi kita demokrasi lara.. Masa ni baru terasa mendalam betul makna sajak A. Samad Said tuh.. dengan jiwa seni dia, dia boleh selitkan unsur2 yang meruntun jiwa dan merobek rasa di sebalik huruf-huruf yang menyusun kata.. Jom tengok ;
Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
Release date: Jun 27, 2011
Puisi ni dikelurkan dalam seminggu sebelum perhimpunan bersih tu, dan lepas je sajak ni dideklamasikan scr rasmi, dapat berita yang A Samad Said dikaitkan dengan perhimpunan nih.. Em, pelik.. Cuba kita anggap A.Samad Said ni salah sorang rakyat Malaysia marhaen dan dia meluahkan rasa melalui sajak dia, sepatutnya takde masalah kan. Itu hak dia. Kan negara demokrasi kita negara demokrasi berparlimen? Rakyat sepatutnya diberi kebebasan bersuara.. Huhu.. << Peace no war>> Just mt 10 cent.
Banyak lagi perkara yang berlaku spt ;
1.Kematian Allahyarham Baharudin disebabkan gas pemedih mata,
2. Hj Shuhardi yang kekejangan dalam keadaan tangan brigak (terikat/tergari),
3. Kisah seorang nenek tua(The lady of liberty) yang disoal beberapa kali sebab dia pakai baju kuning-namun diceritakan takda sape pun yang bagitau dia jangan pakai baju kuning hari tersebut,
4. Perhimpunan Bersih di luar negara tanpa halangan polis dan sebagainya
5. Kenapa perhimpunan ini haram sedangkan demonstran mahukan "bersih" dan berhimpun dalam keadaan aman.. kul 4 katanya bersurai, memang bersurai di kawasan2 KL/ jalan menghala stadium merdeka..
tapi yang lain-lain tu cuba cari ulasan sendiri pucuk pangkal, cerita sebenar. Bukan malas nak ulas, tapi kalau cakap banyak-banyak nanti, banyak pula silap. Susah plak nak menghadapi Ramadhan dalam keadaan yang "bersih" nanti, akibat dosa yang mengunung. Allahhhh~
Perhimpunan yang lalu telah menjadi sejarah Malaysia. Untuk aku, kau, dan kita renung-renungkan. Kita golongan pertengahan yang akan mewarisi kepimpinan. Segenap kepimpinan, dari keluarga, tempat kerja, dan lain2. Kalau dok renung2kan, dok rok laa~
Huhu~ ni aku nak kongsi beberapa video menarik... Yang ni Yana tagged kat Fb...
ni puisi A. Samad Said
ni versi kartun punya.. comel lote.
yang ni kelakar.. tapi xda kena mengena directly dengan "bersih"...
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sangat jeleklah seseorang yang berkata: “Aku telah lupa ayat begitu begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).” (al-Bukhari dan Muslim) -sumber himpunan hadis harian JAKIM-
yang sedang mencari hikmah. semoga terpilih menjadi hamba yang mencintai Allah dan rasul, dan berjihad di jalan-Nya. Kuliyyah of Pharmacy, IIUM.. ('09-'13) & the journey continues.....
Lifelong learning as a caliph.. ~ Daulah islam is coming=)
"The university today does not teach people how to think. The students come to university to make money. I always said to my students if you want to be rich don't come to university. The rich Chinese are mostly uneducated. To be rich you are not obliged to be highly educated. You can just pick one spot in KL and start selling Nasi Lemak and trust me your earning will be higher than university's Professor. People come to university in order to be a complete human being, not about making money. When I correct SPM history papers most of the time I will be correcting my own answer schemes. Our education system does not produce humanbut robots."-Prof Emeritus Dato' Dr Khoo Kay Kim -dipetik dari rausyanfikir-
DINAR KUANTAN
jom beli dinar. klik gambar.
Hikmah..
Saudaraku, menjadi manusia yang benar-benar memahami dan melaksanakan tujuan penciptaannya, bukanlah suatu pilihan, tetapi satu keperluan. Rasalah bertanggungjawab untuk hidup penuh erti kerana hidup di sini hanya sekali. bukankah setiap manusia pasti kembali kepada Tuhannya? Lalu, apalagi yang kita harapkan selain kembali dalam redha-Nya.. (89:27-30)
Ukhuwah bukan sekadar mengucapkan kata2 sayang, memenuhi keperluan fizikal.. namun lebih jauh dari itu, ukhuwah adlh modal ke syurga... ukhuwah yg didasari dgn aqidah dan cinta pada Islam akan menjadi modal kita untuk ke syurga.. ana uhibbuki fillah!
roomies
setiap muslim itu adalah modal berharga untuk Islam.. ~bina islam dalam dirimu nescaya ia akan tertegak di negaramu.. (hasan al hudaibi)~
Ketahuilah, pembaikan akhlak-akhlak sertacorak fikiran manusia bermula dengan proses pembaikan hati atau jiwa.
Manusia juga kelihatan baik kerana dia berada dalam suasana beragama . Namun sebenarnnya, batin mereka celaka. Selagi jiwa tidak disembuhkan,tidak di ubati, seandainya keluar sahaja dari tempat yang tersebut, dia menjadi sebaliknya. Hal demikian kerana sifat mazmumah kembali tiba. Tiada lagi undang-undang bertindak sebagai penjaga. Justeru itu, penyembuhan dari kacamata kesufian, mesti menyembuhkan jiwa.
Ketahuilah sahabat, kita mahu melahirkan orang benar ketika bersendirian, benar di di mana sahaja tempat persinggahan. Kerana apa dia benar? Kerana hatinya sentiasa berhubung dengan Allah, pencipta diri dan segala keindahan. Ini sebenarnya akidah. Antara Jiwa dan Allah ada hubungan.
Hati mereka sudah ada takut dan gerun kepada Allah Maha Penyanyang. Mereka sudah mencapai maqam ihsan. Mencapai ihsan merupakan matlamat perjalanan. Betapa ramai manusia merasa selesa di lorong akidah dan perundangan. Sebenarnya mereka tersangkut pertengahan jalan.
semua selingan pendidikan hati dipetik dari karya titisan air jatuh ke hati, sumber klik sini. harap maklum.
Pendidikan Hati Dua
Segala kebaikan yang kita lakukan berdasarkan nilai mata manusia.Hakikatnya, kita menjadi baik kerana nilai pandangan manusia. Semuanya lantaran bimbang di hatinya..”takut manusia berkata begini, atau begitu”. Bukan dek kerisauan pandangan Maha pencipta. Jelas sekali, kita masih tidak terlepas dari kawalan manusia. Apakah ini sifat seorang hamba?
Ketahuilah sahabat, tempat ketakutan sesungguhnya di hati tidak di akal sebagaimana kita sangka. Akal, sekadar tempat persinggahan ilmu yang dibicara. Kadang-kadang ingat biasanya lupa. Daripada akal, ilmu cuba menuju ke hati manusia. Alahai, hati tidakberfungsi sebaiknya bagaikan alat yang tiada daya. bagaimana ia bisa bergetar kepada Allah. Zikir Allah dilaungkan, tetapi kita kalah dengan kerdipan mata. Tertidur sahaja.
semua selingan pendidikan hati dipetik dari karya titisan air jatuh ke hati, sumber klik sini. harap maklum.
0 thoughts from optimists:
Post a Comment